You are on page 1of 21

LATAR BELAKANG HUTAN PAYA LAUT MATANG (HPLM)

HPLM merupakan hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia. Keluasan kawasan
hutan ini ialah 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung.
Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di
bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang
diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.

Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila
rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Pada awalnya
kegunaan sumber kayu kayu dari hutan paya laut ini adalah untuk untuk kayu api, sebagai
bahan mentah dalam pengeluaran arang dan pengeluaran kayu jaras. Dengan meningkatnya
keperihatinan dan kepentingan alam sekitar, pengurusan HPLM telah memberi penekanan
dalam rancangan kerja dalam beberapa dekad yang lepas. Ini termasuklah penekanan ke atas
pemuliharaan dan perlindungan sumber-sumber dan alam sekitar untuk menjamin pengekalan
habitat hidupan liar, pengeluaran perikanan, rekreasi, pelancongan eko, pendidikan,
penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian hayat. Dalam Rancangan Kerja sepuluh tahun
yang mula diamalkan sejak tahun 1930, maklumat penting mengenai stok dirian serta potensi
hasil perlu diketahui dengan tepat beserta lokasinya.

Berdasarkan kepada maklumat ini, zon pengurusan akan ditentukan iaitu zon
produktif, zon pengeluaran terhad, zon perlindungan dan zon tak produktif. Pengkelasan
kepada zon ini adalah berdasarkan kepada kriteria seperti keadaan stoking dan dirian hutan,
tanah dan kepentingan sumber hutan lain. Hutan seterusnya akan dikhaskan kepada fungsi
yang khusus selaras dengan prinsip pengurusan kepelbagaian gunapakai hutan. Pada dasarnya
kelas fungsi hutan ialah dikhaskan untuk pengeluaran kayu, virgin jungle reserve (VJR),
hutan usia tua, hutan penyelidikan, hutan pelancongan eko, hutan simpanan penampan
arkeologi dan hutan pengeluaran biji benih.

Sehubungan dengan itu, peranan HPLM adalah amat penting dalam membekalkan
bahan mentah (greenwood) dalam pengeluaran arang secara berterusan. Kawasan
pengeluaran kayu adalah diuruskan berasaskan prinsip pengurusan hutan berkekalan
(sustained yield management) dengan tempoh pusingan tebangan selama 40 tahun. Bagi
menjamin bekalan yang berterusan pada masa akan datang, kriteria utama yang digunakan
ialah potensi sumber kayu bakau yang ada dan berpotensi untuk pengeluaran arang. Kawalan
yang dilaksanakan ialah menerusi kawalan kawasan (area control) dan isipadu (volume
control). Oleh sebab itulah kajian inventori hutan bagi menentukan dirian stok amat penting
dilaksanakan. Buat masa ini, sumbangan hasil dari usahasil kayu bakau termasuk pengeluaran
kayu jaras dan pengeluaran arang berjumlah lebih kurang RM30 setahun dengan memberikan
pekerjaan langsung kepada seramai lebih kurang 1,260 orang.

Terdapat seramai 71 kontraktor yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran kayu
jaras dan 86 kontraktor yang mengusahakan sebanyak 348 dapur arang.
Sumbangan terbesar HPLM adalah kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan
perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil
tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini
menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil
tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa
akan datang.

Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup
kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara
tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan. Ekosistem HPLM merupakan
habitat penting kepada kehidupan laut dan kemusnahan serta pengurusan secara tidak lestari
boleh memberi kesan negatif kepada sumber pendapatan penduduk dalam jangka panjang.
Di peringkat global, beberapa cadangan telah banyak dikemukakan oleh banyak agensi hasil
beberapa kajian yang melibatkan komuniti hutan paya laut di seluruh dunia untuk mengguna
dan mengurus sumber bakau, persisiran dan perikanan secara optimum dan berkesan.
JENIS HAIWAN YANG HIDUP DI PAYA BAKAU

Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan, terletak kira-kira 50 kilometer antara
Taiping dan Kuala Kurau. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang
meliputi kawasan beting berlumpur (mud flat) dan hutan paya bakau. Kawasan yang
berkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk
Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api
(Avicennia spp).

Pulau ini penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burung
residen. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau (rhizophura spp) dan rumpai paku
pakis bakau (acrostichum spp). Kawasan beting berlumpur Santuari Burung Kuala Gula
terbentang dari Tanjung Belanak ke Tanjung Burung, pedalaman Teluk Rubiah, sebahagian
Sungai Kurau dan Sungai Burung juga penting kepada burung-burung air mencari makan,
bersarang dan berehat. Di Kuala Gula terdapat dua kategori burung, iaitu residen dan hijrah
(migratory birds). Kedua-dua jenis burung itu menjadi tarikan utama peminat burung ke
Kuala Gula ini. Kerana burung-burung tersebut Kuala Gula muncul di atas peta dunia,
khususnya di kalangan pencinta dan penyelidik burung, sebagai salah satu tempat
persinggahan burung-burung iklim sejuk yang paling popular.

Secara amnya, terdapat 48 spesies burung hijrah yang singgah di Santuari Burung
Kuala Gula dua kali setiap tahun, iaitu antara bulan September hingga Mac. Burung-burung
tersebut berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China,
Jepun dan Siberia singgah dalam perjalanan ke Australia antara September hingga Disember
bagi mengelakkan musim sejuk di negara berkenaan. Manakala, laluan persinggahan mereka
kali kedua di pusat itu ialah dari bulan Januari hingga Mac iaitu ketika penerbangan untuk
kembali dari Australia ke negara asal berkenaan untuk sama-sama menikmati musim panas.

Pada musim itu, mereka akan mengawan, bertelur, menetaskan baka masing-masing
sehingga awal musim gugur yang mana mereka akan kembali terbang ke negara Hemisfera
Selatan dan singgah semula di pesisir pantai dari Haadyai ke Johor, termasuk Kuala Gula.
Begitulah kitaran hidup burung-burung hijrah tersebut yang akan berterusan selama-lamanya,
dengan syarat beting berlumpur di pantai persinggahan mereka, termasuk Kuala Gula, tidak
dicemari oleh kegiatan manusia.
Namun, yang menjadi tarikan sebenar kepada kawasan hutan paya bakau ini, terutama
di peringkat antarabangsa, ialah kehadiran 25 pasangan burung botak upeh (mycteria cinerea)
dan burung botak (leptoptilos javanicus). Mengikut sejarah, burung botak upeh boleh didapati
di Kampuchea, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa dan Sumatera, Indonesia. Ia
dianggap sebagai tidak common dan vulnerable mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP.
Anda akan dapat melihat burung-burung ini dalam kumpulan kecil, kadang-kadang sehingga
lima ekor, berterbangan di antara kumpulan burung bangau besar. Burung botak upeh senang
dibezakan daripada bangau yang berwarna putih itu kerana mereka lebih besar, sehingga satu
meter jika sedang mengepak, berkepala botak berwarna kuning dan berbulu hijau biru.

Sehubungan itu, bancian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) mendapati terdapat 166 spesies burung termasuk 48 spesies burung hijrah yang
hadir di Kuala Gula. Selebihnya ialah burung residen. Di Kuala Gula, anda akan melihat
kumpulan burung bangau membentuk satu jaluran putih di pesisir pantai, manakala burung
kedidi termasuk kedidi kaki merah (trianga totanus) pula seolah-olah tompokan berwarna
kelabu coklat di beting berlumpur itu. Semasa air pasang, kadang-kadang dapat dilihat
sekumpulan burung air berterbangan ke tempat rehat mereka. Selain itu, spesies bangau
seperti bangau kecil, bangau besar dan bangau kerbau boleh disaksikan, termasuk bangau
China yang dianggap spesies paling jarang mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP. Dengan
menggunakan teropong, anda dapat melihat burung lang laut mengembangkan kepak di
puncak pokok bakau atau burung camar yang hinggap bertenggek di pancang-pancang kayu
di tengah laut, berterbangan apabila bot mendekatinya. Di kejauhan, anda akan melihat bot-
bot nelayan sayup-sayup kelihatan seperti tompokan hitam di tengah-tengah laut yang
dipayungi langit biru dan tompokan awan putih.

Lokasi ini juga merupakan lubuk ikan sembilang, belanak dan kerapu yang memang
banyak bersarang dan banyak haiwan lain lagi. Kawasan ini adalah syurga flora dan fauna
kerana hutan paya bakau itu kaya dengan mamalia seperti kera, lotong kelabu, memerang
bulu licin, tikus paya, ikan lumba-lumba hidung botol, kucing batu, musang, buaya tembaga,
ketam, pelbagai jenis cangkerang, kelip-kelip dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini beradaptasi
dengan persekitaran paya bakau untuk terus hidup. Sememangnya, hutan paya bakau adalah
hutan yang kaya dengan pelbagai jenis haiwan yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri
untuk hidup dipersekitaran yang masin dan berlumpur.
PENYESUAIAN HAIWAN DI KAWASAN PAYA BAKAU

Di hutan bakau, terdapat tiga keadaan sekitaran yang penting iaitu air laut yang masin,
dataran berlumpur dan tumbuhan hijau pengaruh air pasang surut. Keadaan ini menjadikan
hutan bakau sebagai satu ekosistem yang diduduki oleh pelbagai jenis haiwan yang berbeza
daripada yang menghuni di hutan tanah pamah atau hutan bukit. Haiwan-haiwan di hutan
bakau merangkumi haiwan-haiwan yang tinggal di bawah tanah seperti cacing yang hidup di
permukaan berlumpur seperti ketam rebab dan ikan belacak serta juga yang hidup di pokok
seperti monyet dan yang terbang seperti serangga, burung dan kelawar dan yang hidup di
dalam air seperti pelbagai jenis ikan marin. Berikut ialah haiwan-haiwan menarik yang
tinggal di hutan bakau dan sekitarnya :

i. Ikan Belacak
Ikan Belacak sering dilihat di kawasan dataran berlumpur. Semasa air pasang, ia akan berehat
di atas akar pokok bakau dan batu yang berdekatan dengan sarangnya. Semasa air surut, ia
akan aktif mencari makanan di dataran berlumpur atau menjaga di pintu sarangnya. Ikan
Belacak bernafas dengan insang. Akan tetapi, ia tidak boleh tinggal di dalam air untuk
selama-selamanya. Ikan belacak dapat bernafas di dalam udara melalui kulitnya. Mata Ikan
Belacak bulat dan menonjol, ini membolehkannya melihat kawasan seluas 360° di atas darat.
Ikan Belacak juga mempunyai sirip seperti tangan yang membolehkannya bergerak di atas
tanah lumpur dan memanjat ke atas akar pokok bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan
tanah/darat. Ia menyimpan sedikit air didalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat
oksigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan
selalu berlaga antara satu sama lain.
ii. Lotong Kelabu
Lotong Kelabu sering dilihat di kawasan hutan bakau. Makanan utama Lotong Kelabu ialah
daun muda, bunga dan buah-buahan. Anak Lotong Kelabu yang baru dilahir adalah berwarna
kuning keemasan. Warna ini memberi isyarat kepada ahli-ahli kumpulan yang lain untuk
memberi penjagaan rapi kepadanya. Apabila berusia kira-kira empat bulan, warna kuning
lotong muda akan beransur-ansur bertukar menjadi kelabu kehitaman. Lontong berwarna
kelabu tetapi hujung bulu kelihatan seperti perak pudar. Ianya mempunyai sepucuk bulu
panjang pada kepalanya. Mamalia primat ini hidup di atas pokok-pokok secara berkelompok
dengan 12 - 50 ekor sekumpulan.

iii. Memerang Licin


Memerang Licin suka makan ikan. Selain itu, ia juga makan haiwan yang mudah ditangkap
seperti krustasia (ketam, udang), katak, tikus, kura-kura dan lain-lain. Gigi molarnya yang
kuat membolehkannya menghancurkan cengkerang haiwan krustasia dan invertebrata.
Memerang Licin pandai berenang dan menyelam. Liang hidung dan telinganya ditutup
sewaktu berada di dalam air. Mereka mempunyai cara komunikasi yang rumit. Biasanya
mereka berkomunikasi secara menghidu dan memanggil. Mereka menggunakan tahi dan air
buangan untuk menanda kawasan kewilayahan mereka. Memerang Licin suka bermain
walaupun sudah dewasa.
iv. Biawak Air
Biawak air adalah salah satu jenis biawak yang bersaiz besar di dunia. Ia adalah haiwan
berdarah sejuk. Ia memakan apa-apa sahaja yang dapat ditelan, termasuk serangga, haiwan
invertebrata, ular, telur, ikan dan lain-lain. Ia juga makan burung, tikus dan spesies biawak
lain. Ia lebih suka makan bangkai haiwan dan sampah-sarap. Biawak air menangkap makanan
dengan mengejar dan memburu mangsanya. Ia tidak melakukan serangan hendap. Ia
mempunyai lidah berbelah dua seperti ular dan dapat menghidu bau mangsa dan bau-bau lain
dengan menjulur lidahnya. Biawak air aktif dan pandai berenang. Ia berenang dengan
menggerakkan ekornya. Ia sering berenang sehingga ke laut. Ia dapat menyelam selama
setengah jam. Biawak air biasanya bersembunyi di dalam lubang di kawasan pinggir air.

v. Belangkas
Belangkas mempunyai kerangka luar yang berbentuk bujur. Ia mempunyai ekor yang
panjang. Habitat kegemaran belangkas ialah kuala sungai dan dataran berlumpur hutan
bakau. Belangkas adalah seekor haiwan omnivor. Ia seolah-olah penghisap vakum yang
bergerak di atas dataran berlumpur untuk mencari bangkai haiwan, ikan, kerang dan lain-lain.
Ia juga makan sisa-sisa organik dan alga. Ekor belangkas yang panjang dan tajam itu
sebenarnya tidak beracun, di luar jangkaan umum. Apabila badan belangkas terbalik secara
tidak sengaja, ia mencucuk ekornya ke dalam pasir untuk membantunya kembali kepada
kedudukan biasa. Darah belangkas berwarna biru. Darah belangkas mengandungi sesuatu
bahan yang dapat bertindakbalas dengan sejenis bakteria yang merbahaya kepada manusia.
Dengan itu, ia digunakan oleh manusia untuk menguji kehadiran bakteria dalam bidang
perubatan.

vi. Buaya tembaga


Buaya Tembaga biasanya mendiami kawasan muara sungai, pantai yang tersorok serta
kawasan paya. Makanannya terdiri daripada haiwan-haiwan lain termasuklah ikan, burung
dan pelbagai mamalia. Kisah buaya yang terperangkap dalam pukat nelayan ini pernah terjadi
pada 20 Jun 2009. Seterusnya, ia berlaku lagi 1 April 2010 di perairan Kuala Sepetang yang
mana seekor buaya terperangkap dalam pukat ketika sedang menangkap udang dikawasan
perairan tersebut , kira-kira 5 batu nautika dari Kuala Sepetang. Dikatakan, panjang buaya
tersebut kira-kira 3.3 meter dan lebarnya 68 sentimeter manakala beratnya adalah
100kilogram. Penyesuaian buaya tembaga ini dengan keadaan paya bakau adalah berwarna
kuning, panjang dan bermulut tirus.

vii. Ketam
Masa yang paling sesuai untuk melihat krustacea ialah ketika air surut. Ketam ini akan keluar
dari ekosistemnya di dalam tanah pada masa ini. Krustasia menjadikan Lumpur, detritus dan
bahan-bahan pokok sebagai makanannya. Ia menggali terowong di dalam Lumpur yang juga
melonggarkan dan mengudarakan tanah. Kelakuan ini amatlah penting bagi kesihatan hutan
paya bakau.

a) Ketam Rebab (Uca Sp.) : Kecil dan berwarna warni. Ketam jantan mempunyai salah satu
penyepitnya besar dan digunakan untuk melindungi kawasannya dan juga untuk menatik
perhatian ketam betina yang mempunyai saiz pengepit yang biasa. Apabila air pasang, ketam
ini memasuki terowongnya dan menutup terowong ini dengan pintu kolong sehingga air
surut. Setiap jenis ketam rebab mempunyai raut warna yang berlainan. Ketam rebab
mempunyai warna yang menarik dan suka tinggal di dataran berlumpur yang lapang. Oleh
itu, banyak jenis ketam rebab boleh didapati di pinggir laut, kuala sungai dan pinggir sungai
yang ditumbuhi pokok bakau kerana di sini terdapat dataran berlumpur. Ketam rebab mencari
makanan dengan menggunakan penyepit kecilnya. Ia mengikis tanah lumpur dengan penyepit
kecil untuk mendapatkan sisa makanan, alga, bakteria dan mikroorganisma lain. Jika ketam
rebab jantan. Kehilangan penyepit kecilnya ia akan menggunakan penyepit besar untuk
mencari makanan. Selepas beberapa minggu dan bulan, penyepit kecil akan tumbuh balik.
Ketam jantan melambai-lambai penyepit besarnya untuk menarik perhatian ketam betina dan
menghalau ketam jantan lain.

b) Ketam Bakau (Scylla serrata) : Lebih besar dan menjadi hidangan manusia. Ianya sukar
untuk dilihat kerana warna kulitnya seakan Lumpur. Ianya penting dari segi komersial dan
banyak ditangkap untuk dijual oleh komuniti yang hidup berdekatan dengan kawasan ini.

viii. Cangkerang (siput)


Kumpulan cangkerang ini boleh diperhatikan diwaktu air surut. Jenis yang biasa dijumpai
adalah:
a) Berungun adalah sejenis gastropoda yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis. Haiwan
ini memakan daun-daun pokok bakau yang luruh dan juga alga yang terdapat di atas
permukaan Lumpur.
b) Tiram dan Kupang merupakan haiwan dwicengkerang yang berpaut pada sesuatu kawasan
dan tidak bergerak bebas seperti berungun. Ia kebiasaanya dijumpai terlekat pada akar-akar
pokok Rhizophora. Haiwan ini memakan plankton mikroskopik yang dibawa oleh air laut
setiap hari.

ix. Kelip-kelip
Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama keluarga bagi
Kelip-kelip ialah Lampyridae. Kelip-kelip boleh dilihat pada waktu malam melalui cahaya
yang dikeluarkannya. Sewaktu kerja lapangan, kami telah menjalankan “ night walk ”
disepanjang jalan di hutan paya bakau untuk melihat haiwan yang keluar pada waktu malam.
Antara yang kami boleh lihat pada waktu malam adalah kelip-kelip. Kelip-kelip gemar
berada pada pokok yang besar dan tinggi.

Kitar hidup Kelip-kelip ialah:


Telur larva pupa kelip-kelip dewasa

Larva kelip-kelip boleh hidup di dalam tanah atau air. Makanan larva adalah siput dan
kupang. Ia akan mengeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan
menjadikannya separa cecair.

Cahaya Yang Dikeluarkan Oleh Kelip-kelip


Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang
dihasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang
berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen. Sejenis bahan kimia yang
dihasilkan di bahagian abdomen bertindak dengan udara dan menghasilkan cahaya. Yang
istimewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Jantina Kelip-kelip
mudah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen (rujuk
kepada gambarajah di bawah untuk membezakan pencahayaan jantina kelip-kelip). Makanan
utama Kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.
Pengelipan adalah bertujuan untuk mempertahankan diri dan menarik pasangan untuk
mengawan. Selain itu, jika kelip-kelip menghadapi ketakutan dan dalam keadaan cemas, ia
juga akan menghasilkan cahaya.

BURUNG-BURUNG DI HUTAN PAYA BAKAU

Hutan Bakau yang kaya dengan sumber makanan merupakan habitat tanah lembap yang
unggul untuk banyak spesies burung air jenis migrasi dan residen, terutamanya burung
pesisiran pantai. Burung pesisiran pantai adalah sekumpulan burung randuk yang bersaiz
kecil dan sederhana serta mempunyai bermacam bentuk paruh. Mereka biasanya suka hidup
berkumpulan dan tinggal di kawasan tanah lembap di mana mereka mencari makanan dan
membiak.
Banyak daripada burung pesisiran pantai adalah jenis burung migrasi yang sanggup
terbang sejauh 12,000 km daripada kawasan pembiakan mereka di hemisfera utara ke
hemisfera selatan untuk menghindari musim sejuk. Ada sesetengah burung tidak dianggap
sebagai burung air yang sejati, tetapi mereka bergantung kepada tanah lembap dan dijumpai
di sekitar hutan bakau. Burung-burung ini merangkumi burung pemangsa dan burung pekaka.
Burung-burung yang makan ikan sering dilihat di persekitaraan laluan air seperti Helang
Siput, Helang Tiram dan Helang Merah. Burung pekaka memang lazim dilihat di sekitar
hutan bakau. Spesies burung pekaka yang boleh dilihat termasuk Pekaka Dada Putih, Pekaka
Emas dan Pekaka Bakau yang merupakan burung residen. Burung pekaka migrasi seperti
Pekaka Ungu, Pekaka Api, Raja Udang dan Pekaka Kepala Hitam jarang dilihat.
Burung-burung Migrasi
Burung-burung migrasi berpindah daripada kawasan pembiakannya di utara dan tiba di
Malaysia seawal bulan Ogos. Antaranya, ada yang cuma singgah seketika dalam
perjalanannya ke kawasan yang lebih selatan daripada Malaysia seperti Australia. Ada pula
tinggal di sini untuk menghindari musim sejuk. Pada permulaan musim bunga di hemisfera
utara, iaitu sekitar bulan Februari dan Mac, burung-burung migrasi ini akan memulakan
perjalanan balik ke negara asalnya. Kebanyakan daripadanya meninggalkan hutan bakau di
Malaysia pada hujung bulan Mei.

Jenis-jenis burung migrasi

Kepentingan Hutan Bakau Dalam Pemuliharaan Burung

1. Tempat persinggahan Burung-burung migrasi


Sesetengah hutan bakau di Malaysia seperti Kuala Gula, Perak berada di atas laluan migrasi
burung pesisiran pantai yang penting iaitu Jalur Migrasi Asia Timur-Australasia. Semasa
musim sejuk di hemisfera utara, iaitu dari bulan September hingga Mei, banyak burung
pesisiran pantai mengunjungi Kuala Gula untuk menghindari musim sejuk atau singgah
sebentar untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke tempat lain.
Kuala Gula mempunyai dataran berlumpur yang luas serta hutan bakau merupakan punca
makanan dan tempat perlindungan yang penting kepada burung pesisiran pantai.
2. Merupakan Kawasan Penting Burung
Disebabkan terdapatnya burung air yang berjumlah besar di Kuala Gula dan kewujudan
burung terancam di dalam hutan, satu stesyen renjer telah didirikan oleh PERHILITAN untuk
tujuan penyelidikan dan pengawasan Kuala Gula yang juga dinamakan IBA (Important Bird
Area ) atau Kawasan Penting Burung oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia mengikut
kriteria antarabangsa.

3. Terdapat burung-burung terancam sedunia.


Terdapat dua spesies upeh di sini iaitu Burung Botak dan Upeh Bakau yang kedua-duanya
terancam sedunia yang biasanya dijumpai di hutan bakau. Populasi utama Upeh Bakau di
Malaysia kini terhad kepada hutan bakau di Kuala Gula, Perak sahaja. Burung Botak boleh
didapati di Parit Jawa, Muar dan Kuala Gula, Perak dan beberapa tempat lain. Burung air lain
yang terancam seperti Sekindi Kepala Hitam, Pedendang dan Bangau Cina boleh didapati
dalam bilangan yang kecil.
Tabiat pemakanan burung pesisiran pantai
Pelbagai bentuk dan saiz badan, kaki dan paruh burung-burung pesisiran pantai membezakan
pemakanan mereka. Rapang mempunyai penglihatan yang baik untuk membantu mencari
makanan. Burung Kedidi pula mencucuk paruh yang sensitif ke dalam tanah lembut untuk
mendapat makanan. Perbezaan paruh menunjukkan kesesuaian dan adaptasi mereka untuk
mendapatkan makanan.

Paruh Burung-Burung Pesisiran Pantai Yang Berbeza Membezakan Pemakanan Mereka

Beberapa jenis burung yang terdapat di hutan bakau dan kawasan di Sekitarnya
Burung botak Upih bakau

Bangau besar Pucung keladi

Pekaka bakau Kendi pisau raut


Helang merah Camar kecil

Terdapat lebih 200, 000 burung dikuala gula. Pantai ini jenis berlumpur. Burung upih bakau
merupakan burung yang dihormati sebagai simbol panjang umur dan murah rezaki. Membuat
sarang diatas pokok dengan menggunakan dahan dan daun. Tempat rahsia burung upih bakau
untuk membiak boleh dicapai apabila air surut. Sumber makanan yang cukup dihutan paya
bakau membenarkan mereka untuk terus hidup. Banyak ditonjolkan dlm karya seni dan
sastera. Burung ini juga memilih dalam pemakanan. Burung kendi kepala hitam pula berasala
dari Kemboja dan Vietnam. Spesies burung bangau pula mempunyai penglihatan yang amat
tajam, pergerakan yang pantas, paruh yang panjang dan merupakan pemangsa yang berjaya.

Seterusnya, burung botak mempunyai tengkuk kekuningan, kepak yang besar dan
merupakan burung terbesar di Malaysia yang sedang mengalami kepupusan. Ia juga
dikatakan sebagai burung yang senyap kecuali dengan menggunakan paruhnya yang panjang
serta tajam. Burung puchong cina juga, menggunakan paruhnya yang tajam untuk
mematahkan tengkok haiwan yang yang menjadi mangsanya. Ia juga mengeluarkan sayap
untuk menunjukkan berakhirnya 1 hidangan yang sedap. Burung-burung lain yang duduk
dilumpurakan berpindah mencari tempat perlindungan pada waktu malam. Ketika air surut
pula, organisma halus seperti ketam, siput dan belacak akan mula keluar menjalankan
aktiviti.

KEGUNAAN POKOK BAKAU


Hutan bakau banyak menyumbang kepada manusia, sama ada dari segi nilai ekologi,
ekonomi dan sosio-budaya. Ia juga penting untuk tumbuhan dan haiwan.
A) Nilai Ekologi
1. Melindungi Pinggir Pantai
Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai. Hutan bakau bertindak sebagai
penampan semulajadi dengan mengurangkan kelajuan ombak dan angin yang sampai ke
kawasan pinggir pantai.Akar pokok bakau berfungsi memerangkap tanah untuk memberi
kestabilan kepada kawasan pinggir pantai dari bencana alam.

Pinggir Pantai denganPerlindungan Hutan Bakau Pinggir Pantai tanpa PerlindunganHutan Bakau

2. Tempat Perlindungan Dan Mencari Makanan Bagi Haiwan dan Ikan


Hutan bakau merupakan tempat perlindungan pelbagai haiwan yang bergantung kepada
perubahan pasang surut dan musim. Hutan bakau yang kaya dengan bahan nutrien dan
plankton menjadikannya kawasan yang sesuai untuk ikan, udang dan ketam hidup.Struktur
akar jangkang dan pneumatofor yang ada pada pokok bakau memberi perlindungan kepada
ikan-ikan kecil, udang dan ketam dari pemangsa dan pergerakan arus air serta ombak.
3. Tempat perlindungan Burung-burung Yang Beraneka
Hutan bakau dan dataran lumpur kaya dengan pelbagai jenis makanan, termasuk plankton,
tumbuh-tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan yang menjadi makanan utama bagi
burung-burung air. Hutan bakau juga menjadi kawasan persinggahan untuk berehat dan
mencari makanan bagi burung-burung yang berhijrah setelah terbang beribu-ribu kilometer.

4. Menyokong kitar hidup haiwan laut


Hutan bakau memainkan peranan penting dalam perkembangan hidup beberapa spesies
ikan, udang dan juga ketam. Terdapat beberapa jenis udang, ketam dan ikan melahirkan anak-
anak di hutan bakau, anakanak ini akan berada di hutan bakau sehingga cukup dewasa
sebelum berpindah ke laut. Banyak spesies udang, ketam dan ikan mencari makanan, bertelur
dan membesar dikawasan ini.

B) Nilai Ekonomi
1. Perikanan
Hasil laut seperti ikan, udang, ketam dari hutan bakau merupakan punca pendapatan utama
untuk perkampungan nelayan. Perairan di kawasan hutan menyokong industri sangkar
terapung untuk spesies komersial. Antara ikan yang dikomersialkan adalah seperti ikan
kerapu, gurut-gurut dan sebagainya untuk meningkatkan pendapatan. Misalnya, setiap guni
kerang dengan berat 70kg akan dijual secara borong kepada pemborong dengan harga yang
murah.
2. Perhutanan
Kayu bakau boleh digunakan untuk pembinaan rumah, membuat bot, perangkap ikan, rangka-
rangka bangunan, hasil kraftangan, sumber api seperti arang dan pelbagai Fungsi Hutan
Bakau. Menurut pegawai Jabatan Perhutanan, kegunaannya kayu bakau apabila berusia 15
tahun, terlalu rapat dan hanya menggunakan bahagian tapak. Apabila pokok berusia 20tahun,
masih menggunakan tapak juga. Kemudian setelah berusia 30 tahun, pokok akan ditebang
habis menggunakan ginsaw dan kemudian baru tanam semula. Digunakan untuk hasilkan
kayu arang bermula sejak 1903 dan untuk dieksport ke Jepun. Objektif utama untuk terus
keluarkan kayu jaras dan kayu api. Pilihan tebangan di kawasan yang ditetapkan. Giliran
tebangan ditetapkan 30tahun. 73% hutan berasil dan bakinya tidak berhasil termasuklah
untuk tujuan pelancongan dan penyelidikan. Tentukan setahun untuk tanam semula. Tahun
ke-3 selepas penebangan kawasan akan diperiksa. Penanaman juga dibuat secara anak tabung
kemudian ditanam oleh kakitangan dan jarak tanaman boleh dilihat dengan jelas dan banyak
cabang. Pembekal biji benih kepada jabatan. Merupakan daya tarikan eko pelancongan dan
tempat pembiakan marin.

Arang kayu yang dihasilkan di Indonesia Arang BBQ


Arang BBQ Bantal arang

Tapak / lapik kasut Bahan kecantikan

Kegunaan lain pokok kayu bakau selain daripada arang adalah turut digunakan dalam
penghasilan bahan kecantikan, piling bahan bakar dengan ketahanan lebih 100 tahun. Bahan
kecantikan dengan menggunakan air yang ada pada pokok bakau dan wap semasa
pembakarannya boleh digunakna bahan kosmetik. Serbuk atau sisa-sisa arang yang kecil
jangan dibuang tetapi letakkan didapur dan bawah katil untuk menyerap bau. Seterusnya, ia
digunakan dalam bentuk lapik kasut atau tapak kasut untuk menyerap dan menyedut bau
kaki. Bahan seterusnya adalah arang berbentuk telur dihasilkan dengan campuran serbuk
tebung gandum untuk membuat bahan bakar, 1 biji boleh digunapakai selama 45minit. Kayu
yang Buat di Indonesia berbentuk panjang, kalau di Malaysia hanya mengambil masa selama
1 bulan, tetapi di Indonesia penghasilannya selama 4 bulan, tetapi berkualiti kerana akan
menghasilkan api warna biru dan cantik. Kegunaan lain seperti dalam penghasilan ubat-
ubatan seperti panadol untuk membuang keracunan dalam badan dalam bentuk bantal dan
sebagainya.

3. Makanan dan Ubat-ubatan


Pucuk daun pokok bakau boleh dimakan sebagai sayur. Kekacang pokok Api-api hitam
direbus untuk mendapatkan kacang yang boleh dimakan. Buah Perepat digunakan dalam
pembuatan bahan minuman. Sap pokok nipah digunakan dalam penghasilan cuka dan nira.
Daun-daun nipah digunakan untuk penganyaman tikar, atap, bakul dan rokok daun. Hasil
perubatan Cina seperti kulit pokok Tumu merah digunakan untuk merawat cirit-birit; asap
daripada pembakaran kayu Buta-buta untuk merawat penyakit kusta dan daunnya untuk
merawat penyakit sawan.

C) Nilai Sosio-Budaya

Tempat Pelancongan, Penyelidikan dan Pendidikan


Nilai estetikanya dapat menarik perhatian burung air dan haiwan. Hutan bakau juga unik
sebagai tapak pelancongan dan rekreasi. Merupakan suatu sumber yang amat sesuai untuk
program-program pendidikan alam sekitar dan untuk menjalankan penyelidikan saintifik.
Misalnya, Pusat Eko Pelajaran Laut Matang, Kuala Sepetang telah dijadikan kawasan untuk
penyelidikan.

You might also like