You are on page 1of 27

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEM 3
SESI 2008/2009

TAJUK TUGASAN :

ANALISIS RENCANA : NILAI TUDUNG SEORANG WANITA &


KEMERIAHAN RAMADAN DISELURUH DUNIA

SENI MENGARANG

( BML 1053 )

NAMA : NORALIA BINTI ROSLAN

NO. MATRIK : D20081032827

PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI

SEMESTER : SEMESTER 3

KUMPULAN : A

NAMA PENSYARAH : DR. ABU HASSAN BIN ABDUL

TARIKH HANTAR : 17.09.2009

1
ISI KANDUNGAN

________________________________________________________________
BIL. TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN m/s 1


2.0 RENCANA YANG DIPILIH m/s 2
3.0 ANALISIS RENCANA PERTAMA m/s 3-16
3.1 KESALAHAN EJAAN
3.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENYAMBUNG AYAT
3.3 KESALAHAN IMBUHAN
3.4 KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH
3.5 KESALAHAN STRUKTUR AYAT
3.5.1 DARI SEGI BINAAN AYAT
3.5.2 DARI SEGI KEHEMATAN AYAT
3.5.3 DARI SEGI KEPADUAN DALAM AYAT
3.5.4 DARI SEGI KEMURNIAN DALAM AYAT
3.5.5 DARI SEGI KEPELBAGAIAN AYAT
3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL
3.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI
3.8 KESALAHAN PENGGUNAAB TANDA BACA
4.0 ANALISIS RENCANA KEDUA m/s 17-20
4.1 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG
4.2 KESALAHAN STRUKTUR AYAT
4.2.1 DARI SEGI KEPADUAN AYAT
4.2.2 DARI SEGI BINAAN AYAT
4.3 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI
4.4 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI
4.5 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA
5.0 PENUTUP m/s 21
6.0 BIBLIOGRAFI
7.0 LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN
2
Konsep kesalahan bahasa sering berlaku dalam penggunaan bahasa. Kesalahan bahasa ialah
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui bersama, sama
ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat (Nik Safiah Karim,
1980 :10) Daripada segi pendekatan, terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-
ahli bahasa untuk menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu analisis melalui rumus dan
transformasi generative (Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid
Mahmood, 2004 ).

Analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa
tertentu. Analisis menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ialah penyelidikan atau
penghuraian sesuatu seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain untuk mengetahui
pelbagai aspeknya secara terperinci atau mendalam. Sebagai contohnya, ayat yang lengkap
terbina daripada konstituen subjek dan predikat. Seterusnya, konstituen subjek dan predikat
ini dilihat terbentuk daripada frasa-frasa tertentu. Sebagain contoh frasa subjek dalam ayat
dasar terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pendekatan
transformasi generatif pula menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untuk
menganalisis dan menghurai ayat.

Kesalahan bahasa ialah suatu bentuk atau binaan penggunaan bahasa yang tidak
menepati tatabahasa. Binaan yang dimaksudkan itu meliputi binaan ayat, klausa, frasa, dan
perkataan. Walaupun jenis kesalahan yang dinyatakan diatas sedikit sahaja, tetapi sebenarnya
setiap jenis itu meliputi pelbagai subjenis pula. Antaranya adalah seperti kesalahan pemilihan
kata, ejaan, binaan ayat, tatabahasa dan juga tanda baca. Begitu juga dengan penggunaan ayat
yang berdasarkan tatabahasa. Tatabahasa adalah susunan bahasa yang dijelmakan dalam
bentuk rumus-rumus bahasa. Dua komponen dalam tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Sintaksis pula adalah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Analisis boleh
dilakukan daripada aspek-aspek ini supaya teknik penulisan bertambah baik.

Justeru itu, analisis kesalahan merupakan satu usaha untuk menolong para guru dan
pelajar untuk memahirkan diri dengan teknik penulisan yang mantap. Secara tradisional,
analisis kesalalahan bertujuan untuk menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat
di dalam suatu hasil penulisan. Hasil analisis ini diharapkan dapat membantu guru dalam hal
menentukan urutan bahan pengajaran, memutuskan pemberian penekanan, penjelasan dan

3
latihan yang diperlukan serta membantu pelajar menghasilkan sebuah penulisan yang
sempurna dan menarik (Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad, 1998).

2.0 RENCANA YANG DIPILIH

Saya telah memilih dua buah rencana iaitu yang bertajuk “Nilai Tudung Seorang Wanita” dan
“Kemeriahan Ramadan diseluruh Dunia”. Rencana yang bertajuk “Nilai tudung seorang
wanita” telah diperoleh daripada http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/wanita-yang-
wajib-dijauhi-oleh-orang-lelaki iaitu dari laman internet. Rencana ini merupakan sebuah
rencana yang masih belum disunting kerana ia memaparkan banyak kesalahan dari segi
pemilihan kata, struktur ayat, penggunaan tanda baca dan sebagainya. Penggunaan dan
struktur ayatnya juga tidak tersusun serta menampakkan ketidakmatangan penulis dalam
menghasilkan sesebuah rencana. Rencana ini telah ditulis oleh individu yang bernama anai di
Forum Tentang Cinta. Pada kebiasaannya, rencana-rencana atau artikel yang dipaparkan
diruangan internet adalah kurang berkualiti. Justeru itu, saya memilih rencana ini untuk dikaji
dan dianalisis supaya segala kesalahan-kesalahan dapat diperbetulkan serta saya juga akan
mendapat manfaat dengan menganalisisnya.

Rencana kedua yang telah saya pilih adalah sebuah rencana yang bertajuk
“Kemeriahan Ramadhan di Seluruh Dunia”. Rencana ini telah ditulis oleh Hafizahril Hamid
dari surat khabar Mingguan Malaysia, Ahad, 23 Ogos 2009. Rencana ini menunjukkan
kematangan dari segi pemikiran penulisnya yang begitu teliti dalam mengolah ayat. Walau
bagaimanapun terdapat juga beberapa kesalahan yang tidak dapat dielakkan dan disedari oleh
penulis. Berbeza dengan analisis yang dibuat dalam rencana pertama, rencana ini lebih
bersifat sempurna kerana mengandungi ayat-ayat yang panjang dan mantap dalam satu-satu
perenggan iaitu mengandungi lebih kurang 30 hingga 35 patah perkataan dalam satu-satu
ayat. Saya memilih dua jenis rencana yang berlainan disini adalah bertujuan untuk
menunjukkan perbezaan dari segi jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh penulis-penulis
kurang matang dengan penulis yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan ini.
Jumlah kesalahan yang dilakukan oleh rencana pertama adalah lebih banyak berbanding
rencana kedua. Oleh yang demikian, melalui penyelidikan secara terperinci yang telah saya
lakukan pada kedua-dua rencana ini juga, saya akan dapat meningkatkan kemahiran menulis
saya ke tahap yang lebih baik dan sekaligus membolehkan saya menghasilkan sebuah tugasan
yang bermutu.

3.0 ANALISIS RENCANA PERTAMA : “Nilai tudung seorang wanita”


4
3.1 KESALAHAN EJAAN

Menurut Amran Halim (1972 dalam Nuwairi Hj Khazaai (1992), ejaan ialah keseluruhan
jalinan kaedah-kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan tanda-tanda
visual untuk melambangkan kesatuan-kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Ringkasnya ejaan
dapat digolongkan sebagai rumus tulisan yang diselaraskan untuk mewakili bunyi-bunyi
ujaran. Ejaan menjadi kesalahan yang utama dan ketara dan ini merupakan satu perkara
penting untuk diteliti bila diperkatakan tentang penyalahgunaan bahasa. Antara kesalahan
ejaan yang didapati daripada rencana ini adalah :

1. Perkataan muhram di perenggan pertama telah disalah eja. Perkataan muhram


sebenarnya adalah muhrim.huruf ‘a’ selepas ‘r’ harus digantikan dengan huruf ‘i’
supaya maksud perkataan lebih jelas.

Contoh ayat :

Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.

Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.

2. Kesalahan ejaan sama ada. Ejaan ‘sama ada’ ialah kata majmuk yang ejaannya
mestilah diasingkan. Hal ini kerana, sama ada tidak terkategori sebagai kata majmuk
yang ejaannya sudah mantap dan tidak berlaku pengguguran bunyi /a/.

Contoh ayat :

Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-


pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada


pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

3. Kesalahan ejaan surat khabar. Surat khabar harus dieja dengan menjarakkan antara
surat dan khabar kerana perkataan ini bukanlah terdiri daripada kata majmuk yang
telah mantap.

Contoh ayat :

5
Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi
yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya


lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

3.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis,
yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor, 2006).

1. Kata hubung dari hanya digunakan dihadapan kata nama arah, tempat,waktu atau
masa. Oleh yang demikian dalam struktur ayat ini penggunaan kata hubung ‘dari’
digantikan dengan kata hubung daripada ‘kerana’ daripada berfungsi dihadapan
manusia, haiwan, benda , unsur mujarad, sumber atau asal kejadian suatu benda,
perbezaan dan perbandingan.

Contoh :

Kesalahan : Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.

Pembetulan : Apabila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan


muhrim, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin
keseluruhannya.

2. Kesalahan penggunaan kata hubung dan. ‘Dan’ merupakan kata hubung gabungan
iaitu jenis kata yang menhubungkan dua jenis klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya. Penggunaan dan pada ayat majmuk ini adalah tidak tepat. Oleh itu
penggunaan kata sendi nama ‘dengan’ lebih bertepatan kerana ia berfungsi untuk
menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai gaya lagi
yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dengan berbagai-bagai gaya


lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

6
3. Kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang mana bukanlah kata
hubung untuk menyambungkan ayat. Sesungguhnya ia telah melanggar hukum nahu
Bahasa Melayu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.

Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang akhirnya akan menjadikan daya tarikan kepada
lelaki bukan muhramnya.

4. Kesalahan penggunaan kata penyambung dihadapan ayat untuk menyambung idea.

Contoh ayat :

Kesalahan : Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan
lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Pembetulan : Selain itu, pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan
gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

5. Kesalahan penggunaan kata penghubung bilamana dalam ayat. Tiada dalam senarai
nahu kata penghubung Bahasa Melayu yang membenarkan penggunaan bila mana
dalam ayat. Perkataan lain yang bertepatan harus digunakan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah


pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak
dan bangga dalam diri.

Pembetulan : Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah


pakaian wanita Islam sekarang yang walaupun bertudung, tetapi semakin
membesarkan riak dan bangga dalam diri.

7
6. Kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam. Perkataan dalam hanya digunakan
untuk menunjukkan lingkungan tetapi tidak digunakan untuk menunjukkan ruang.
Oleh itu, penggunaan kata sendi nama pada lebih bertepatan untuk digunakan kerana
pada digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan
diri dari masa ke semasa.

Pembetulan : Aurat, wajib ditutup tapi pada masa yang sama, perbaikilah kesilapan
diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

3.3 KESALAHAN IMBUHAN

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses
menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

1. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan apitan dipeR-...-kan pada perkataan peraga. Kata
kerja yang terbentuk dengan apitan imbuhan ini wujud dalam ayat pasif iaitu ayat
yang menjudulkan objek asal.

Contoh ayat :

Salah : Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya
masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan
sebagainya.

Betul : Walaupun pelbagai gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun


pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang
leher, dada dan sebagainya.

2. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Ke-..an pada perkataan seluruh. Golongan kata
kerja, kata adjektif dan kata nama boleh bergantung pada apitan Ke-…-an untuk
membentuk kata kerja dalam ayat pasif.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga
ke kaki.

8
Pembetulan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup keseluruhan badannya dari kepala
hingga ke kaki.

3. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan MeN-… pada kata penutup untuk menerangkan
ayat. Awalan MeN-.. ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif
atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf
pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Dalam konteks ayat ini MeN-…
bertemu dengan huruf t dan menjadikannya menutup. T bertukar menjadi n.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan.

Pembetulan : Pemakaian tudung menutupi aurat sudah melanda dari peringkat


bawahan hingga kepada peringkat atasan.

4. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan ber- dipermulaan perkataan warna. Dalam


konteks ini, konsep jamak boleh diluaskan untuk maksud perbuatan yang berlaku
antara dua pihak, berulangan, berterusan dan berpanjangan (Zaidi Ismail, 2008).

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.

Pembetulan : Labuci berwarna-warni dijahit pula di atasnya.

5. Kesalahan dalam meletakkan imbuhan yang tidak bersesuaian dengan tujuan ayat.
Imbuhan akhiran ..-kan pada perkataan menjadikan harus dibuang untuk menjelaskan
ayat. Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata tugas dan kata
adjektif bergabung dengan akhiran ..-kan untuk membentuk kata kerja. Manakala
dalam konteks ayat ini pula hanya awalan MeN-.. digunakan kerana MeN-..
menyatakan keadaan bukan perbuatan.

Contoh ayat :

9
Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.

Pembetulan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.

6. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Me-…-kan pada perkataan terasa untuk


menjelaskan ayat. Imbuhan ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan
digunakan untuk menandakan kausatif.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya
satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

Pembetulan : Kita tidak merasakan bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini
hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.

7. Kesalahan tidak meletakkan imbuhan Meng-…-I pada perkataan ikut untuk


menjelaskan ayat. Empat golongan kata utama iaitu kata adjektif, kata nama, kata
tugas dan kata kerja boleh menerima apitan Meng-…I untuk membentuk kata kerja.

Contoh ayat :

Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

8. Kesalahan tidak menggunakan imbuhan apitan meN-..-kan dengan lengkap. Imbuhan


ini biasanyan menerima objek yang tidak bernyawa dan digunakan untuk menandakan
kausatif.

Contoh ayat :

10
Kesalahan : Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung.

Pembetulan : Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan
tidak bertudung.

3.4 KESALAHAN PENGGUNAAN ISTILAH

1. Istilah yang digunakan untuk menegaskan syarak adalah tidak bertepatan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan


garisan syarak.

Pembetulan : Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan


hukum-hukum syarak.

2. Kesalahan penggunaan istilah melanda. Kata-kata yang dipilih adalah keterlaluan,


sedangkan maksudnhya kosong. Penulis hanya ingin menarik pembaca dari segi
kebolehan berbahasa dan ia tidak membawa makna yang berkesan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan.

Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah bermula dari peringkat


bawahan lagi hingga kepada peringkat atasan.

3.5 KESALAHAN STRUKTUR AYAT

3.5.1 Kesalahan binaan ayat.

1. Ayat tidak mengandungi predikat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

Pembetulan : Dapatlah kita saksikan disana sini wanita mula memakai tudung untuk
menutup aurat mereka.

2. Kesalahan ayat tergantung yang berpunca daripada penggunaan kata sendi pada awal
ayat.

11
Contoh ayat :

Kesalahan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah
hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan, tidak kiralah samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

3. Ayat tiada subjek. Di dalam binaan ayat, unsur subjek dan predikat perlu ada untuk
menyatuklan ayat. Kata penerang iaitu harus hadir selepas atau dibelakang subjek.

Contoh ayat :

Kesalahan : Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki
bukan muhramnya.

Pembetulan : Wanita yang menutup aurat iaitu pakaian dan tudung yang tidak
menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan
daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

4. Kesalahan ayat tidak lengkap iaitu tiada predikat. Tidsak jelas diama subjek dan
dimana predikat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan
lain-lain penyakit hati.

Pembetulan : Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak


dan lain-lain penyakit hati yang kemudiannya akan merugikan diri.

3.5.2 Kehemataan dalam ayat.

12
Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan kata iaitu tidak
menokok tambah atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan dalam ungkapan atau
menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya. Untuk menjaga kehematan ayat, kata
atau frasa yang bergaris perlu digugurkan.

1. Kesalahan penggunaan frasa yang membazir atau berlebih-lebihan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci.

Pembetulan : Dibandingkan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya
dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

2. Kesalahan penggunaan kata pelbagai yang lewah. Perkataan pelbagai pada suku kata
kedua hendaklah digugurkan kerana pelbagai pada permulaan ayat sudah cukup untuk
menyatakan banyak.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-
wanita Islam kini.

Pembetulan : Pelbagai warna dan fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita
Islam kini.

3. Kesalahan ayat tidak gramatis. Penggunaan perkataan kesemuanya dalam ayat


menjadikan ayat tidak padu dan tidak gramatis. Oleh itu, pengguran unsur tokok
tambah ini harus dilakukan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya


menambahkan fitnah ke atas wanita

3.5.3 Kepaduan dalam ayat

Kesatuan ayat beerti adanya kesatuan idea yang diungkapkan oleh ayat yang jelas dan padu.
Kejelasan dan kepaduan ayat sangat bergantung pada kesempurnaan struktur bahasa yang
digunakan dalam mendukung suatu idea atau konsep. Hal ini bererti bahawa harus ada
hubungan (Nuwairi Hj Khazaai, 1992).
13
1. Penggunaan ayat yang tidak padu kerana menggunakan kata hubung kerana yang tidak
bersesuaian untuk menyambung ayat. Ayat juga tidak padu kerana frasa sendi nama
tidak boleh berfungsi sebagai subjek. Subjek ayat ini akan menjadi jelas dan
keseluruhan ayat menjadi padu sekiranya kata hubung pancangan keterangan ‘kerana’
digugurkan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang


bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, wanita yang bermaruah tidak
akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.

2. Kesalahan penggunaan perkataan yang lewah dan melemaahkan ayat. Perkataan orang
lain dari ayat hendaklah digugurkan untuk menghasilkan ayat yang padu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain

Pembetulaan : Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk berdakwah.

3.5.4 Kemurnian dalam ayat

Yang dimaksudkan kemurniaan dalam ayat ialah menjaga keaslian struktur ayat dan nahu
Bahasa Melayu serta mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis Bahasa Inggeris atau
Bahasa Arab di dalamnya (Pitsamai Intarachat, 1987).

1. Kesalahan pelanggaran hukum jamak atau penggaandaan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada


pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Pembetulan : Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada


pekerja-pekerja pejabat.

3.5.5 Kepelbagaian ayat

14
Kepelbagaian ayat terpancar daripada struktur ayat yang digunakan dalam keseluruhan
karangan. Ada yang bermula dengana subjek dan ada yang bermula dengan predikat atau
dengan penerangan (Pitsamai Intarachat, 1987).

1. Kesalahan pengolahan ayat yang tidak padu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir
dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk
disampaikan.

Pembetulan :Kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan sekiranya


tidak terus memperbaiki diri dari segi zahir dan batin, walaupun kita menutup
aurat.

3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN PARTIKEL LAH, NYA, PUN, TAH DAN KAH.

1. Perkataan ia dan kata penekan -nya tidak boleh digabungkan.

Contoh :

Salah : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Pembetulan : Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ia dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

2. Penggunaan perkataan yang harus menggunakan kata penegas dihujung perkataan


untuk memantapkan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah
tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Pembetulan : Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang


bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badannya di khalayak umum.

3. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah di awal perkataan dapat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
15
Pembetulan : Dapatlah kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.

4. Kesalahan tidak menggunakan kata penegas –lah diakhir pekataan bukan untuk
menjelaskan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya bukanlah bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


tetapi sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

5. Kesalahan menggunakan partikel –pun dalam ayat. Partikel pun, lah, kah, nya dan tah
tidak boleh berdiri sendiri. Penggunaannya hendaklah hadir pada belakang perkataan
untuk menegaskan ayat. Oleh itu, penggunaannya hendaklah digugurkan dari ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

Pembetulan : Orang Islam lain yang ingin mengikuti jejak orang-orang bertudung
tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.

3.7 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI

1. Kesalahan penggunaan kata nafi bukan. Kata nafi bukan digunakan untuk penafian
dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Oleh itu, dalam ayat ini kata naïf bukan harus
digantikan dengan penggunaan kata naïf tidak. Hal ini kerana, kata naïf tidak memang
digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Tujuan merupakan kata
adjektif (Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad, 1998).

Contoh ayat :

Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya tidak bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

3.8 KESALAHAN PENGGUNAAN TANDA BACA

16
1. Kesalahan tidak meletakkan tanda koma. Tanda koma diperlukan ketika
menyenaraikan tiga unsur atau lebih.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga
ke kaki.

Pembetulan : Ini kerana, syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik, serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga
ke kaki.

2. Kesalahan penggunaan noktah dipertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai


gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Pembetulan : Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya dan berbagai-bagai


gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

3. Kesalahan tidak menggunakan tanda koma di pertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan
sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang
wanita.

Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja untuk menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita.

4. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca koma di permulaan ayat.

Contoh ayat :

17
Kesalahan : Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Pembetulan : Rekaan itu kesemuanya, bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,


sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

5. Kesalahan tidak meletakkan tanda baca di pertengahan ayat, bagi memudahkan proses
pembacaan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan
sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang
wanita

Pembetulan : Walhal sepatutnya, pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja bagi menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita.

6. Kesalahan penggunaan meletakkan tanda baca titik walaupun ayat belum sempurna.

Contoh ayat :

Kesalahan : . Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah
yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

Pembetulan : Sombong makin bertambah, jalan mendabik dada, terasa tudung kitalah
yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.

7. Kesalahan penggunaan tanda baca noktah di pertengahan ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang
bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Pembetulan : Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang
bukan muhramnya dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

4.0 ANALISIS RENCANA KEDUA : “Kemeriahan Ramadan di Seluruh Dunia”

18
4.1 Kesalahan penggunaan kata hubung

1. Kesalahan penggunaan kata hubung yang mana. Perkataan yang mana bukanlah
kata hubung untuk menyambungkan ayat dalam nahu Bahasa Melayu.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa
yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat
seharian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan
juga ahli keluarga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa,
pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian
menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli
keluarga.

2. Kesalahan menggunakan kata hubung bagi. Berdasarkan koleksi pedoman bahasa,


kata sendi untuk tidak boleh ditukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk
menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Kata sendi
nama untuk boleh bertukar ganti penggunannya dengan bagi jika digunakan
dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan
kegunaan sesuatu. Kata sendi bagi dalam ayat ini tidak bertepatan kerana ayat
berikutnya selepas bagi menunjukkan bahagian (Abdullah Hassan, Seri Lanang
Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman, 2006).

Contoh ayat :

Kesalahan : Sambutan yang dilakukan secara berlebih-lebihan tidak lagi


mencerminkan ajaran Islam sebenar kerana ia dilakukan hanya bagi memenuhi
tuntutan nafsu.

Pembetulan : Sambutan yang dilakukan secara berlebih-lebihan tidak lagi


mencerminkan ajaran Islam sebenar kerana ia dilakukan hanya untuk memenuhi
tuntutan nafsu.

4.2 Kesalahan struktur ayat


19
4.2.1 Kepaduan ayat

1. Kesalahan penggunaan kata sendi nama kerana frasa sendi nama tidak boleh
berfungsi sebagai subjek. Subjek ini akan menjadi jelas dan keseluruhan ayat
menjadi padu apabila kata sendi nama ‘dan’ digugurkan.

Contoh ayat ;

Kesalahan : Dan pastinya akan ada ganjaran yang dijanjikan Allah untuk
setiap umatnya yang cekal menjalankan perintahnya sepanjang bulan yang
mulia ini.

Pembetulan : Pastinya akan ada ganjaran yang dijanjikan Allah untuk setiap
umatnya yang cekal menjalankan perintahnya sepanjang bulan yang mulia ini.

4.2.2 Kesalahan struktur binaan ayat

1. Kesalahan melakukan pengulangan dua perkataan penekan yang sama didalam


ayat. Penggunaan satu perkataan sahaja sudah cukup menjelaskan isi yang hendak
dikemukakan. Sebaliknya pengulangan perkataan yang sama buat kali kedua
bersifat lewah. Pengulangan yang kedua harus digugurkan.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa
yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat
seharian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan
juga ahli keluarga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa
yang mana terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian
menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli
keluarga.

2. Kesalahan struktur ayat yang tidak lengkap

Contoh ayat :

20
Kesalahan : Malah ada yang kehilangan ahli keluarga akibat peperangan suatu
musibah yang sangat menyayat hati ketika Ramadhan baru sahaja bermula.

Pembetulan : Malah ada yang kehilangan ahli keluarga akibat peperangan apabila
suatu musibah yang sangat menyayat hati berlaku ketika Ramadhan baru sahaja
bermula.

4.3 Kesalahan penggunaan kata pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir dihadapan frasa nama, manakala adalah
menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa nama.

1. Kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat.

Contoh ayat :

Kesalahan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas ialah ketika berbuka puasa yang
mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat seharian
menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga ahli
keluarga.

Pembetulan : Pastinya kemeriahan yang paling jelas adalah ketika berbuka puasa
yang mana pastinya terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan setelah penat
seharian menjalani ibadah puasa sambil berkumpul bersama sanak saudara dan juga
ahli keluarga.

4.4 Kesalahan penggunaan kata nafi

Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif manakala kata
nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

1. Kesalahan penggunaan kata nafi bukan dalam ayat. Kata naïf bukan hanya
digunakan dihadapan frasa nama dan frasa sendi nama, sedangkan dilakukan
merupakan frasa kerja. Oleh itu, penggunaan tidak lebih bertepatan untuk
digunakan di dalam ayat.

Contoh ayat :

21
Kesalahan : Namun begitu kemeriahan yang disambut hendaklah dilakukan
dengan sederhana mungkin bagi mengelakkan pembaziran secara berleluasa dan
bukan dilakukan semata-mata atas tujuan menunjuk-nunjuk.

Pembetulan : Namun begitu kemeriahan yang disambut hendaklah dilakukan


dengan sederhana mungkin bagi mengelakkan pembaziran secara berleluasa dan
tidak dilakukan semata-mata atas tujuan menunjuk-nunjuk.

4.5 Kesalahan penggunaan tanda baca

1. Kesalahan tidak meletakkan tanda sempang pada kata ganda. Tanda sempang perlu
diletakkan pada kata ganda kedua yang tidak mempunyai makna. Dalam konteks
ayat ini perkataan pauk tidak mempunyai makna (Ahmad Khair Mohd Nor, 2008).

Contoh ayat :

Kesalahan : Jika kita dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan hidangan lazat
malahan ada yang sehingga berlebihan namun bagi mereka jika masih terus
bernyawa untuk menjalani ibadah puasa pada keesokan harinya itu sudah cukup
baik bagi mereka.

Pembetulan : Jika kita dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan hidangan lazat
malahan ada yang sehingga berlebihan namun bagi mereka jika masih terus
bernyawa untuk menjalani ibadah puasa pada keesokan harinya itu sudah cukup
baik bagi mereka.

5.0 KESIMPULAN

Orang berpendapat bahawa menulis ini mudah. Walhal, tanpa ilmu seseorang itu tidak akan
dapat menulis dengan baik. Ilmu dari segi penulisan seni mengarang adalah meliputi
pengetahuan dalam bidang tatabahasa yang meluas, penguasaan kosa kata yang tinggi dan
pelbagai, pemilihan kata atau diksi yang tepat serta pengolahan ayat yang menarik.

22
Pengolahan ayat yang menarik ini pula melibatkan unsure-unsur retorik seperti penggunaan
skema dan majaz dalam ayat serta penghasilan ayat yang mantap dan logik.

Selain itu, penggunaan ayat yang amat berkesan juga penting dalam penulisan. Hanya
dengan ayat yang berkesan buah fikiran atau informasi dapat disampaikan kepada pembaca
dengan jelas dan tepat. Ayat-ayat yang berkesan memiliki cirri-ciri seperti kesatuan dalam
ayat, kesejajaran bentuk dalam ayat, kepelbagaian jenis ayat, mengandungi penekanan seperti
teknik pengulangan ayat dan penjudulan dalam ayat, logic dalam berbahasa, kehematan dalam
ayat iaitu tidak menokok tambah serta kemurnian dalam ayat iaitu tidak menggunakan unsure-
unsur bahasa Inggeris dan Arab dalam penulisan.

Kesimpulannya, kita perlulah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika menulis. Penulisan


memerlukan pengetahuan serta komitmen yang tinggi daripada penulis., Kesilapan boleh
berlaku jika kita leka dan lalai. Sebagai langkah berjaga-jaga, semakan tatabahasa boleh
dibuat apabila selesai menulis karangan. Ketelitian yang diaplikasikan akan membuahkan
hasil yang lumayan serta kepuasan yang meningkat. Oleh itu, jagalah tatabahasa anda dan
pastikan setiap patah perkataan yang dicoretkan diatas kertas telah difikirkan terlebih dahulu
dibahagian otak agar ayat tidak berterabur dan isi dapat disampaikan dengan kemas.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman. (2006). Sintaksis
Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS
Professional.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Persoalan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
23
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad. (1998). Strategi Bahasa : Panduan nahu
dan Retorik untuk Penulisan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood ( 2004 ) :
Tatabahasa Dewan, Dawama Sdn Bhd.
Nuwairi Hj Khazaai. (1992). Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pitsamai Intarachat. (1987). Sintaksis Predikat dalam Bahasa Malaysia. Kula Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Hj Salleh. (1995). Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna.
Selangor : Utusan Publications dan Distributors Sdn.Bhd.
Sulaiman Masri M.A. (1988). Sebutan Baku Panduan dan Senarai Perkataan. Kuala Lumpur:
Syarikat S.Abdul Majeed.
Wan Abu Bakar Wan Abas, Hashimah Harun. (1988). Panduan dan Latihan Sistem Ejaan
Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Zaidi Ismail. (2008). Disebalik Kata. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN

Nilai tudung seorang wanita

17 julai 2008

Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta

24
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia
menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita
terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan
warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus
dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan
dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di
khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan
garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata
untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang
menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana
sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari
peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak
lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada
yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar
ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan
kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan
berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk
tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya


menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin
itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan
muhramnya.

25
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah
pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan
bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah
yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung,
tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak
merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak
terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang
mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai
tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi
masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat
dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki
yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-
orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang
ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang
mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan
tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang
bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga
kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka
tidak nampak perbezaan antara agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya
peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi
Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tetapi
hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke
semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan melihat orang lain,
Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna jikalau akhlak belum boleh

26
menjadi baik kita tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang
sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buanglah perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain
penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap
wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan
Allah. Amatlah tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun
tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat
adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki
perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cubalah
kita tingkatkan amalan lain. Janganlah meninggalkan sembahyang terutamanya dalam waktu
bekerja. Didiklah diri menjadi orang yang lemah-lembut, buanglah sifat kasar dan sifat suka
bercakap dengan suara yang meninggi. Buanglah juga sikap suka mengumpat, suka mengeji
dan mengata hal orang lain dan jagalah tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana
indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat
untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula menghormati dan
mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya itu pasti terhasil apabila individu Islam itu
sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mestilah mengorak langkah sekarang
sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

27

You might also like