You are on page 1of 32

ISI KANDUNGAN

________________________________________________________
BIL. TAJUK HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN m/s 1


2.0 RIWAYAT HIDUP SIGMUND FREUD m/s 2-3
3.0 TEORI PSIKOANALISA/PSIKOSEKSUAL m/s 4-8
3.1 CIRI UTAMA TEORI
3.2 PERKEMBANGAN PERSONALITI
3.3 PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS
4.0 TAHAP KESEDARAN DALAM PSIKOANALISIS m/s 9-10
5.0 TAHAP PERKEMBANGA KEPERIBADIAN MENURUT FREUD m/s 11-16
6.0 ISU UTAMA (PENGKID) m/s 18-29
6.1 DEFINISI
6.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
6.3 KESAN
6.4 LANGKAH
7.0 KESIMPULAN m/s 30
8.0 BIBLIOGRAFI

Senarai rajah
Rajah 2.1 : Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil
pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark.
Rajah 4.1 : Tahap- tahap dalam Teori Sigmund Frued

Rajah 5.1 : Tahap perkembangan peribadi

1.0 PENGENALAN
1
Personaliti selalu disebut untuk menyatakan tingkah laku seseorang. Ada yang merujuk
personaliti sebagai paras rupa dan tidak kurang menyatakan personality merupakan gaya
seseorang apabila berada dalam sesuatu suasana. Menurut Santrock (2007) berminat
menyatakan personality sebagai penerangan kepada kepelbagaian individu yang membezakan
dengan jelas kognisi dalam kalangan individu.

Mengikut Fiest dan Fiest (2002), personaliti merujuk kepada perbezaan berfkir, emosi
dan perlakuan seseorang terhadap persekitaran dunia luar. Atan Long (1976) dalam Suppiah,
Aziz dan Ramlah (2008), menjelaskan bahawa personality berasal daripada perkataan Latin
‘Pesona’, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka,iaitu merujuk kepada
penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personality merangkumi
pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi,
kebiasaan dan sebagainya. Allport pula menyatakan bahawa konsep personality sebagai
organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menetukan tingkah laku dan
pemikiran.

Personaliti dilihat berdasarkan pelbagai perspektif. Personaliti merupakan aspek


penting dalam membicarakan tingkah laku seseorang. Ahli psikologi perkembangan
mengesahkan bahawa personaliti seseorang berkembang bermula dari awal kelahiran hingga
ke akhir hayat. Peringkat remaja dianggap oleh Sintrock (2003) sebagai peringkat konflik
personaliti yang serius.

Personaliti individu ini terutamanya remaja banyak dibincangkan dalam pelbagai


teori. Antaranya ialah Teori Trait Personaliti, Teori Tiga Faktor, Teori Penjenisan Tubuh
Badan, Teori Psikoanalisa dan Teori Psikososial. Bagi Teori Psikoalisa, teori ini
membincangkan bahawa setiap individu mempunyai personaliti berbeza. Teori ini telah
diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud ini
menyatakan bahawa perilaku dan proses mental manusia dimotivasi oleh kekuatan-kekuatan
dan konflik-konflik dari dalam manusia sendiri iaitu manusia memiliki sedikit kesedaran dan
penguasaan atas kekuatan.

2.0 RIWAYAT HIDUP SIGMUND FREUD

2
Rajah 2.1 Foto 1 menunjukkan gambar tokoh Sigmund Freud, manakala Foto 2 diambil
pada tahun 1909 di hadapan Universiti Clark. Barisan hadapan : Sigmund Freud, Granville
Stanley Hall, Carl Jung. Baris belakang dari kiri: Abraham A. Brill, Ernest Jones, Sandor
Ferenczi.

Sigmund Schlomo Freud dilahirkan pada tanggal 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada
tanggal 23 September 1939 dalam sebuah keluarga Yahudi di Freiberg (Pribor), Moravia,
dalam Empayar Austria (kini dimiliki oleh Republik Czech). Pada tahun 1877, ketika
berumur 21 tahun, beliau menyingkatkan namanya menjadi "Sigmund”. Walaupun Sigmund
merupakan anak sulung dan mempunyai tiga orang adik lelaki dan lima orang adik
perempuan, beliau mempunyai abang-abang tiri yang lebih tua hasil daripada perkahwinan
ayahnya yang pertama. Keluarganya mempunyai kewangan yang terhad dan tinggal disebuah
rumah pangsa yang penuh sesak.

Walaupun demikian, ibu bapanya berusaha untuk mennyediakan pendidikan yang


sempurna bagi Sigmund kerana sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdikan yang
ketara, Sigmund juga lebih disayangi oleh kedua ibu bapanya berbanding adik-beradiknya
yang lain. Sigmund mendapat tempat pertama dalam kelasnya selama enam tahun daripada
lapan tahun persekolahannya, dan kemudian beliau menyertai Universiti Vienna ketika
berumur 17 tahun, dari 1873 hingga 1881.

Pada keseluruhannya, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Freud
kerana beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen peribadinya sekurang-kurangnya dua
kali, iaitu sekali pada tahun 1885, dan sekali lagi pada tahun 1907. Selain itu, dokumen-
dokumen milik beliau kemudiannya dikawal dengan ketat dalam Arkib Sigmund Freud dan

3
hanya diberikan kepada pewaris rasminya iaitu Ernest Jones, dan beberapa ahli golongan
dalaman psikoanalisis.

Pada tahun 1886, Freud pulang ke Vienna dan telah membuka klinik yang
mengkhusus dalam gangguan saraf dan otak. Kemudian beliau telah melangsungkan
perkahwinannya. Beliau menguji kaji dengan hipnotisme pada pesakit-pesakit histeria dan
neurosis yang paling teruk, tetapi kemudian menutup kliniknya. Semasa membuat uji kaji,
Freud mendapati bahawa jika beliau membaringkan pesakit-pesakitnya di atas katil, beliau
dapat menggalakkan mereka untuk bercakap tentang apa-apa sahaja yang difikirkan (suatu
praktik yang diistilahkan sebagai kaitan bebas).

Dalam tempoh umur empat puluhan, Sigmund menghidapi pelbagai jenis kecelaruan
psikosomatik serta ketakutan berlebih-lebihan terhadap kematian diri sendiri dan fobia-fobia
yang lain (Corey, 2001, m.s. 67). Pada masa itu, Sigmund terlibat dalam mengkaji mimpi-
mimpi sendiri, serta dinamik perkembangan personaliti. Dalam analisis diri ini, beliau
mendapati terdapat perasaan pemusuhan terhadap ayahnya (Jacob Freud) dan beliau teringat
perasaan nafsu berahi pada masa kanak-kanak terhadap ibunya yang merupakan seorang
wanita yang menarik, mesra, dan bersifat melindungi (Corey, 2001, m.s. 67). Di dalam Teori
Psikoanalisa beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada ibu
berbanding ayah dan kadang kala mempunyai sifat cemburu sekiranya ayah rapat dengan ibu.

Selepas menerbitkan beberapa buku laris mengenai fikiran bawah sedar pada tahun
1900 dan 1901, Sigmund dilantik sebagai profesor di Universiti Vienna di mana beliau
memperoleh banyak pengikut yang setia. Pada tahun 1930, Sigmund telah dianugerahkan
dengan Hadiah Goethe oleh bandar raya Frankfurt sebagai penghormatan kepada sumbangan-
sumbangannya dalam bidang psikologi. Ibunya meninggal dunia pada tahun yang sama
ketika berumur sembilan puluh lima tahun. Pada tahun 1933, ketika Adolf Hitler dan Nazi
merampas kuasa di Jerman, buku-buku Sigmund telah dibakar oleh S. A. di khalayak ramai.

Sigmund gemar menghisap cerut sepanjang hayatnya, termasuk juga selepas


rahangnya dibuang melalui pembedahan, akibat barah, sehingga kematiannya pada 23
September 1939. Beliau menghisap sekotak cerut setiap hari. Selepas menghidapi barah
mulut pada tahun 1923 ketika berumur 67 tahun, beliau menjalani lebih 30 pembedahan
untuk merawat penyakitnya dan selama beberapa tahun, beliau terpaksa memakai prostesis
yang amat menyakitkan untuk memisahkan mulut daripada rongga hidungnya. Akhirnya,
Sigmund tidak tahan dengan kesakitan yang dikaitkan dengan barahnya, dan kemudian
4
menjemput pakar perubatan peribadinya ke rumahnya di London untuk tujuan mengakhiri
hayatnya. Kematian Sigmund disebabkan oleh dos morfina berlebihan yang dibantu oleh
pakar perubatan.

3.0 TEORI PSIKOANALISIS ATAU TEORI PSIKOSEKSUAL

Sigmund Freud adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam psikologi terutamanya psikologi
personaliti. Teori yang dikemukakan oleh beliau menjadi bahan perbahasan dan penyelidikan
di peringkat antarabangsa. Hasil-hasil perbincangan dan penyelidikan beliau diterbitkan
dalam pelbagai jenis jurnal. Beliau berjaya mengupas dengan mendalam aspek-aspek
dalaman manusia khususnya peranan libido dalam kehidupan manusia. Selepas teori
personaliti Freud diperkenalkan, ramai ahli-ahli teori personaliti lain muncul.

Teori-teori personaliti yang muncul selepas teori personaliti Freud sebenarnya bertitik
tolak daripada teori personaliti Freud itu sendiri. Mereka sebenarnya berhutang dengan Freud
tidak kira sama ada teori mereka menentang ataupun menyokong teori beliau.Adalah sukar
untuk menghasilkan teori personaliti yang baru tanpa memahami terlebih dahulu teori
personaliti yang dikemukakan oleh Freud. Sistem personaliti yang diperkenalkan oleh Freud
perlu didalami bukan sahaja kerana aspek sejarahnya tetapi juga pengaruhnya yang masih
digunakan sehingga ke hari ini (Engler, 1979).

Di dalam Teori Personaliti Psikoanalisa atau Psikoseksual, Freud mendapati bahawa


personaliti seseorang itu menjadi unik disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa.
Freud juga menegaskan bahawa personaliti individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada
umur 5 tahun. Menurut Freud, setiap individu akan melalui kelima-lima peringkat iaitu tahap
oral, anal, falik, latensi dan genital. Adakalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap lain
kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Menurut Freud, personaliti individu sebagai
seorang dewasa iaitu bagaimana mereka bertingkah laku, berfikir dan berasa akan ditentukan
oleh konflik yang dilalui semasa zaman kanak-kanak.

Freud juga menjelaskan bahawa setiap remaja mempunyai tahap komponen


personaliti yang berbeza. Komponen yang dimaksudkan ialah Id, Ego dan Superego. Id
membawa sifat kebinatangan, manakala ego terbentuk daripada pengalaman dan superego
terbentuk daripada baka serta persekitaran. Sekiranya seseorang remaja lebih menonjolkan
Idnya, maka remaja ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan
orang lain. Manakala remaja yang mengutamakan egonya lebih daripada Id, remaja ini akan

5
membuat pertimbangan-pertimbangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Sebaliknya,
remaja yang mempunyai kawalan superego yang tinggi akan sentiasa mengawasi tindak-
tanduknya mengikut norma masyarakat sekeliling. Psikoanalisis boleh diiktirafkan sebagai
satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah
emosinya. Mengikut fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai kaedah rawatan
kepada individu yang mempunyai masalah yang berkaitan personaliti.  

3.1 CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISA

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan
desakan naluri yang semulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan ini lahir satu
konsep antirasional dalam segala gerak-geri dan perlakuan manusia.  Fahaman ini
berpendapat manusia merupakan individu yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan diri sendiri serta tidak dapat membawa kebaikan kepada nasib
haluannya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002).
Tingkah laku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic
instincts) dan desakan biologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan
kepuasan nafsu diri (self gratification).  Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada
lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap dalam asas naluri dan desakan yang
jahat ini.  Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat termasuklah juga institusi kekeluargaan.  Dengan demikian, wujud ciri-
ciri sosialisasi.  Sekiranya sosialisasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan
dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat itu
sendiri. 

3.2 PERKEMBANGAN PERSONALITI

Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penelitian aspek tenaga psiko yang meliputi
konsep Penentuan Psiko dan Tahap Bawah Sedar. Konsep Penentuan Psiko ini bermaksud
6
semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia mempunyai sebab tertentu.  Pada lazimnya
berkait rapat antara hubungan sesama insan.  Dalam erti kata lain, wujud perkaitan antara
tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau
gerakkan emosi yang serta merta.
Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002) lagi, fahaman tenaga psiko dalam diri
individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep Libido.  Konsep libido
menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau Eros (tenaga kehidupan). 
Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang
luas dan tidak tertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek
kepuasan dalam diri. 

Desakan yang kedua dalam tenaga psiko adalah desakan aggresi atau Thanatos
(kehendak mati). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi yang
wujud semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuan psiko ini berkait rapat dengan
kenyataan bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib
haluannya.  Naluri desakan biologikal itu lebih kuat mempengaruhi tingkah laku manusia. 
Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah memberi
fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil.  Dalam
fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji
latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.

3.3 PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS


Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan
personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga
struktur id, ego dan superego.

7
Id diandaikan semua gejala yang semulajadi dalam pemikiran seorang individu. 
Dalam pandangan psikoanalisis, ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud semasa dilahirkan.  Id
dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, diwarisi, dan sedia ada dalam diri
manusia.  Id merupakan satu gejala yang berada di bawah tahap tidak sedar.  Id merupakan
satu tenaga yang primitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
berkehendakkan kepuasan.  Id merupakan sumber Libido.  Tujuan utama id adalah bagi
mendapatkan kepuasan diri sendiri secara mendadak (immediate gratification).  Itulah
sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud, tidak teratur dan tidak bermoral. 
Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang
tidak perlu dipelajari. Selain itu, ia merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi
primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh
tamaddun). Id juga dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi iaitu dorongan dan
kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku.

Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasa kelahiran.  Sebaliknya, ego
berkembang secara berperingkat-peringkat.  Sebagai satu elemen yang berada pada tahap
sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya
mengikut keadaan.  Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan
identifikasinya dengan orang lain termasuklah objek yang berada sekelilingnya. Ego
berfungsi sebagai alat memperkukuhkan diri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi
yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti seseorang individu. Ia juga
bertanggungjawab dan mengawal dorongan dan desakan primitif id agar mengikut kehendak
persekitaran iaitu kehendak moral dan piawai etika masyarakat.

Identifikasi merupakan satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan


peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psiko daripada id kepada ego. 
Antara fungsi ego adalah dapat bertindak terhadap perbuatan yang mendatangkan kecemasan,
biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara
untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta
kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar.  Seterusnya, ego boleh bertindak
terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.

Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan


memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran.  Apabila kaedah ini bergerak dan
8
mengambilalih tingkah laku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisma bela diri ego.  Antara
mekanisma bela diri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.
Superego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku
psikoanalisis.  Superego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. 
Superego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.  Moral yang
dipelajari dan dikenal pasti daripada ibu bapa, mahupun masyarakat.  Moral yang demikian
dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil dan berkembang
dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Merupakan sumber asal suara
hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Muncul
apabila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan ibu bapa untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat.

     Superego mengawal ego dan id.  Superego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa
seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran,
emosi, perasaan, sikap, tingkah laku dan sebagainya.  Di sebalik superego, sentiasa wujud
imej pengawalan.  Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak
keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut.  Keadaan menanggalkan
kasut sebelum masuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu.

Kanak-kanak yang dibesarkan secara melampau mempunyai superego tidak


fleksibel sehingga mencegah diri daripada menikmati keseronokan normal yang sepatutnya.
Kanak-kanak superego punitif yang meningkat remaja akan menghadapi masalah dlm
memenuhi permintaan superego. Contohnya menghadapi kesukaran mengawal permintaan
seksual yg meningkat pada usia baligh. Freud juga percaya kerisauan(anxiety) dan
kemurungan datang bersama kehendak superego yang melampau. Id, ego dan superego
mempunyi matlamat dan kaedah yg berbeza. Konflik dalaman wujud bila id dan superego
menguasai ego. Menurut Teori Freud, konflik antara id, ego dan superego membawa kpd
kecelaruan mental.

4.0 TAHAP KESEDARAN

9
Rajah 4.1 : Tahap- tahap dalam Teori Sigmund Frued

Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain daripada Penentuan Psiko.  Dalam
pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi
keutamaan tahap kesedaran.  Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran iaitu
sedar (conscious), prasedar (preconscious), bawah sedar ataupun tidak sedar (unconscious).

Tahap atau peringkat kesedaran yang ditunjukkan dalam Rajah I ini penting dalam
kerja-kerja kaunseling psikoanalisis.  Tahap sedar berada pada tahap teratas dan merangkumi
segala aspek tingkah laku, tindakan, perasaan yang disedari oleh individu. Tahap ini juga
berkaitan dengan komponen ego. Contohnya rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan,
minum dan sebagainya. Tahap Prasedar pula tergolong daripada keadaan pemikiran yang
berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara sendiri supaya dapat
dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar.  Sungguhpun pada asalnya perasaan, pemikiran
itu tidak merupakan sebahagian daripada tahap sedar tadi.  Contoh, pada masa tertentu, kita
akan berasa lapar, ia boleh dirasai sendiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk
makan.  Contoh yang lain, panas dan sejuk dapat difikirkan kekuatannya.  Tahap panas dan
sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.
10
Tahap Bawah Sedar atau juga dikenali sebagai tahap tidak sedar merupakan
peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis.  Peringkat bawah sedar ini
memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku seseorang itu selain daripada desakan
naluri yang semulajadi seperti tenaga psiko. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran
perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara sendiri.  Antaranya seperti
pengalaman yang memalukan dan keinginan untuk melakukan sesuatu yang kurang matang.
Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan
bantuan daripada kaunselor. Pada biasanya perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui
proses repressi yang disekat dari kenyataan.  Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu
biasanya beranggapan atau pun tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu
persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.
Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini
meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seseorang individu. Semua ini
merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar
individu.  Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di
antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada
tingkah laku semasa yang dapat dicerap (Mahmood Nazar Mohamed, 1992).
Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk
bertindak kepada tahap kesedaran kliennya.  Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian
klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat daripada
kenyataan secara mekanisma bela diri repressi.  Secara repressi, individu itu telah dapat
menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai' tetapi kaunselor juga
dikehendaki membantu kliennya bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat
diselesaikan. Kaedah yang boleh digunakan ialah pendedahan, peneroka dan pentafsiran
             Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara
psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan.  Apa yang
dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab
sebenar masalah yang dihadapinya.  Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab
asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri
klien.  Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan.

     Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang
sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien.  Pentafsiran merupakan

11
elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis.  Oleh kerana pentafsiran dapat
membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawah
sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. 
Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep di sebalik kaedah pendekatan
psikoanalisis.  Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat. 

5.0 TAHAP PERKEMBANGAN KEPERIBADIAN

Usia Tahap Objek fokus Tingkah laku Masalah yang terhasil

12
Lahir-18 Oral Mulut, Bibir Menghisap jari, Ketagih alkohol,merokok,
bulan mengigit, mengunyah menggigit kuku,
tidakmatang dan agresif.

18 bln – 3 Anal Dubur Aktiviti membuang air Panas baran, agresif, suka
tahun kecil dan besar lakukan jenayah, kurang
pengendalian diri, suka
bermusuhan.

3-6 tahun Phalik Zakar Tertarik pada jantina Sumbang mahram


yang berbeza

6-11 tahun Latensi Pendaman Mengembangkan Homoseksual, lesbian dan


kecekapan sosial dan pengkid.
intelek, bina hubungan
rapat dengan jantina
yang sama

12-18 Genital Remaja & Membina hubungan


tahun Dewasa dengan lawan jantina

Rajah 5.1 : Tahap perkembangan peribadi

Sigmund Freud melalui teori psikoseksual telah menyatakan bahawa perilaku dan proses
mental manusia dimotivasi oleh kekuatan-kekuatan dan konflik-konflik dari dalam manusia
sendiri iaitu manusia memiliki sedikit kesedaran dan penguasaan atas kekuatan. Hal ini
menyebabkan perilaku manusia menjadi lebih rasional dan boleh diterima secara sosial dan
rasional. Selain itu, Freud juga mendapati bahawa personaliti seseorang itu menjadi unik
disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu bapa. Freud juga menegaskan bahawa personailti
individu telah dibentuk dan menjadi kukuh pada umur 5 tahun. Menurut Freud, setiap
individu mesti akan melalui kelima-lima peringkat yang telah dihuraikan di bawah iaitu tahap
oral, anal, phallic, latency dan genital. Ada kalanya seseorang itu tidak dapat pergi ke tahap
lain kerana ada konflik yang belum diselesaikan. Konflik ini dipanggil fixation.

"fixation is a portion of libido or psychic energy remains invested in that


developmental stage, leaving less energy for the following stages."

Berdasarkan rajah 5.1, Freud mengenalpasti lima tahap perkembangan psikoseksual.


Menurut beliau tahap-tahap dalam perkembangan psikoseksual ini ditentukan oleh objek atau
aktiviti yang diperlukan untuk mencapai kepuasan desakan pada tahap tertentu. Freud juga

13
berpendapat bahawa naluri seks atau naluri untuk mendapatkan keseronokan adalah
merupakan tenaga yang paling penting dalam menentukan tingkahlaku seseorang. Naluri
seksual ini dikenali sebagai eros dan tenaga yang datang daripadanya dipanggil tenaga libido.
Libido berada di tempat tertentu di tubuh badan mengikut tahap mana seseorang itu berada.

Amnya, Freud adalah teoritis pertama yang memusatkan perhatiannya kepada


keperibadian, dan menekankan pentingnya peranan masa awal bayi dalam pembetukan
karakter seseorang. Freud yakin dasar kepribadian sudah terbentuk pada usia 5 tahun, dan
perkembangan kepribadian selepas usia 5 tahun sebagian besarnya hanya merupakan
perkembangan dari struktur dasar tadi. Teknik psikoanalisis mengeksplorasi jiwa manusia
antara lain dengan mengembalikan mereka ke pengalaman masa kanak-kanak. Menurut
Freud, pengalaman awal mempengaruhi perkembangan kepribadian berikutnya. Motivasi
yang tidak disedari secara tidak langsung akan mempengaruhi perilaku proses mental
manusia. Oleh itu, menurut Freud 5 tahap dalam perkembangan psikoseksual itu adalah :

1. Tahap Oral

Tahap oral bermula dari selepas lahir hingga 18 bulan. Objek fokus pada tahap ini adalah
disekitar mulut dan bibir. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah aktiviti
seperti menghisap jari. Mengulum, menggigit dan mengunyah. Kita sedia maklum, bahawa
selepas bayi dilahirkan, aktiviti mulut adalah merupakan pusat utama bagi keseronokan bayi.
Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperolehi kelazatan daripada menghisap dan mengulum
barangan (peringkat menghisap) dan kemudiannya akan menggigit objek yang keras
(peringkat menggigit). Aktiviti-aktiviti ini amat berkaitan dengan isu-isu seperti kepuasan
zon mulut, kepercayaan, kebergantungan dan kebebasan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2002).

Freud berpendapat bahawa, ketidakpuasan atau terlalu puas dengan keperluan ini akan
membawa kepada lekatan. Lekatan berlaku apabila seseorang individu leka dengan satu-satu
aspek perkembangan psikoseksual yang mengakibatkan dan mengganggu individu tersebut
pada tahap selanjutnya. Antara masalah yang terhasil apabila kurang mendapat perhatian atau
tidak mendapat kepuasan zon mulut semasa kecil adalah mereka akan menjadi agresif
terutamanya dari segi pertuturan dan mempunyai sikap oral yang tidak digemari masyarakat
seperti mengumpat, suka memaki, menengking dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak yang
tidak dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi makan juga, apabila meningkat remaja
akan terlibat dengan gejala merokok, ketagih alkohol, suka menggigit kuku dan tidak matang.

14
Tindakan atau aktiviti ini dilakukan bagi menunjukkan tanda protesnya terhadap kekurangan
perhatian daripada kedua ibu bapanya sewaktu kecil. Manakala, jikalau terlalu dipuaskan
pula mereka akan menjadi individu yang terlalu bergantung dan mudah mempercayai orang
lain serta mudah berasa tidak selamat. Namun, bagi mereka yang berjaya pada tahap ini pula
akan mempunyai cirri-ciri mempercayai orang lain tapi tidak terlalu bergantung pada orang.

2. Tahap Anal

Seterusnya, berdasarkan rajah 5.1 tahap anal bermula dari umur 18 bulan hingga 4 tahun.
Objek fokus pada peringkat ini adalah pada bahagian dubur yang mana aktiviti yang
difokuskan adalah membuang air besar dan air kecil. Hal ini menyebabkan tumpuan
diberikan pada tenaga libido iaitu pada otot yang mengawal proses pembuangan. Pada tahap
ini, pertama kalinya kanak-kanak akan mendapati kepuasan impuls idnya dikawal oleh
ibubapa dari segi masa dan tempat pembuangan (toilet training).

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003), konflik ditahap ini berlaku apabila kanak-
kanak mempunyai senjata samaada untuk mematuhi atau tidak patuh pada kehendak ibu
bapa. Dua kesan jika tahap ini tidak berjalan dengan lancar adalah :

i. Membuang ditempat dan masa yang tidak sesuai dan hal ini kemudiannya akan
dimarahi oleh ibu bapanya. Jika kanak-kanak mendapat kepuasan dengan cara ini
mungkin pembentukan ciri positif di dalam dirinya semakin berkurang. Misalnya,
ibubapa yang kurang memberikan perhatian terhadap cara pembuangan najis anaknya
akan menghasilkan individu yang panas baran, agresif, suka bermusuhan dan suka
melepaskan perasaan sehingga usia dewasa dengan melakukan pelbagai kegiatan
jenayah. Menurut Freud lagi, kes-kes jenayah yang dilakukan individu adalah
berpunca dari pembawaan zaman kanak-kanak lagi.

ii. Kanak-kanak yang menahan proses pembuangan. Aktiviti ini akan dapat
menghasilkan keseronokan erotik pada mereka dan ia merupakan satu teknik yang
dilakukan kanak-kanak untuk memanipulasi ibubapa. Sebagai contoh, apabila
seseorang kanak-kanak itu berjaya menahan proses pembuangannya dari membuang
di tempat-tempat awam atau tempat dan masa yang tidak sesuai, ia secara tidak
langsung dapat menarik perhatian dan kasih sayang dari kedua ibubapa mereka. Hal
ini seterusnya akan menghasilkan individu yang kedekut, degil, terlalu kemas, rigid
dan tekun apabila dewasa kelak.

15
3. Tahap Phallic

Tahap Phallic pula bermula pada umur 4 hingga 5 tahun. Objek fokus pada tahap ini adalah
pada bahagian zakar. Antara tingkah laku yang menonjol pada tahap ini adalah kanak-kanak
mula tertarik pada jantina yang berbeza. Tumpuan diberikan pada kepuasan libido iaitu alat
kelamin, konflik antara impuls id dan kehendak masyrakat. Pada tahap ini, kanak-kanak mula
timbul rasa ingin tahu perbezaan diantara alat kelamin lelaki dengan perempuan serta proses
kelahiran. Zaman akhir kanak-kanak ini, merupakan konflik yang paling sukar untuk
diselesaikan kerana berlakunya kompleks oedipus dan kompleks elektra iaitu keinginan tidak
sedar kepada ibu bapa berlainan jantina.

i. Kompleks oedipus adalah kanak-kanak lelaki bersaing dengan bapa untuk dapatkan
kasih sayang ibu, rasa cemburu dan bermusuhan terhadap bapa. Misalnya, apabila
sibapa bermesra dengan siibu, sianak ini akan melakukan sesuatu untuk menarik
perhatian ibunya. Kasih sayang yang diberikan ibunya kepada bapanya haruslah tidak
melebihi dari kasih sayang ibunya kepadanya. Untuk mengawal tingkah laku ini
kanak-kanak lelaki belajar beridentifikasikan dirinya dengan bapa.
ii. Kompleks elektra pula ialah bapa objek kasih sayang kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak perempuan ini akan menyalahkan ibu mereka dan cuba ambil tempat
ibu dengan cuba menarik perhatian bapanaya.

Menurut Freud, konflik ini tidak dapat diselesaikan keseluruhanya kerana


pembentukan superego dikalangan wanita tidak sempurna. Konflik ditahap ini dan
penyelesaiannya akan menentukan perhubungan dan sikap dewasa terhadap jantina berlainan.
Jikalau tidak berkesan, ia akan menghasilkan personaliti narsistik yang inginkan perhatian,
pujian, sombong dan menunjuk-nunjuk. Masing-masing lelaki dan wanita tampilkan
kelelakian dan kewanitaan uutuk memanipulasi dan tawan mereka daripada lain jantina.
Selain itu, masalah yang akan timbul pada tahap ini jika tidak dibendung adalah masalah
sumbang mahram. Hal ini terjadi kerana, mereka yang pada mulanya hanya mempunyai
perasaan berahi kepada ibu atau bapa mereka, namun atas paksaan atau sukarela mereka
terpaksa beridentifikasi dengan ibubapa. Perasaan ini dipendam dan akan dibawa ke tahap
dewasa dan akan mengakibatkan berlakunya hubungan abnormal.

4. Tahap latency

16
Tahap latency ialah pada umur 6 hingga 11 tahun. Objek fokus tahap ini adalah pada
pendaman. Naluri seksual dipendamkan ditahap prasedar. Pada tahap ini individu cuba
menyeimbangkan kecekapan sosial dan inteleknya. Selain itu, individu mula membina
hubungan rapat dengan rakan sejantinanya. Menurut Freud, pada tahap ini naluri seksual
dipendamkan ditahap prasedar kerana kebanyakan tumpuan dan fokus disalurkan pada
aktiviti sekolah, minat dan sukan (Mahmood Nazar Mohamed, 1992).

Mengikut Teori Freud, tahap Latency adalah antara umur 6 hingga akil baligh. Freud
berpendapat bahawa tahap oral, anal dan phallic adalah tahap di mana personaliti dewasa
kebanyakannya telah dibentuk. 3 struktur utama personaliti dalam teori Freud (id, ego,
superego) telah dibentuk pada umur 5 tahun dan hubungan antara id, ego dan superego adalah
kukuh pada tahap tersebut. Maka, pada tahap Latency, kanak-kanak dan juga ibu bapa
“berehat” seketika di mana hubungan mereka lebih stabil, tidak seperti semasa tahap phallic
iaitu semasa berlaku Oedipus-complex. Pada tahap inilah, naluri seks adalah dominan.
Kanak-kanak meluang lebih masa dalam aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta
bergaul atau membina hubungan rapat dengan rakan daripada jantina yang sama. Hubungan
sosial, pada peringkat awal semasa zaman kanak-kanak tingkah laku untuk bersosial sudah
mula berkembang sedikit demi sedikit bermula dari alam persekolahan lagi. Dan apabila
meningkat usia remaja mereka sudah pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling,
melalui interaksi sosial ini boleh memberi impak yang negatif atau positif pada individu
tersebut. Walaubagaimanapun, jika hubungan antara rakan sejantina ini terlalu memuaskan,
maka masalah seperti hubungan homoseks, lesbian, pengkid dan lain-lain akan terhasil.

Psikoanalisis menekankan kesan peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila


meningkat dewasa. Remaja yang kurang mendapat perhatian daripada kedua ibubapanya
sewaktu kanak-kanak mudah untuk terjeremus dalam gejala seperti lesbian, pengkid dan
homoseksual. Pengkid misalnya, terjadi kerana sewaktu ditahap anal, ibubapanya kurang
memberikan perhatian terhadap cara pembuangan najis anak. Mungkin juga ibubapa tersebut
telah membiarkan anak-anak mereka membuang air kecil atau besar tanpa panduan dari
ibubapa. Malah, dari sejak kecil lagi kanak-kanak ini lambat diberikan makan dan dibiarkan
berseorangan tanpa kasih sayang. Hal ini seterusnya menyebabkan lahirnya pelajar atau
individu yang bermasalah pengkid. Oleh kerana, dirinya tidak dipedulikan, lalu mereka
mengambil keputusan untuk mencari keseronokan dengan cara lain melalui memenuhi
kepuasan kendiri.

17
5. Tahap Genital

Tahap genital adalah tahap yang terakhir sekali iaitu tahap pemantapan (remaja & dewasa).
Objek fokus pada tahap ini adalah pada jiwa keremajaan dan ingin menjadi dewasa. Ia adalah
tahap sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti dengan
struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada tahap ini juga individu
mula membina hubungan denagn lawan jantina. Tahap ini juga menekankan peranan
sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, penarikan interaksi seksual dan persediaan
perkahwinan serta berkeluarga.

Pada masa ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan
kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara
pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan
sosialisasi, perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan
persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak
ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan. Jika tidak berlaku sebarang lekatan
pada mana-mana tahap perkembangan, individu akan membesar dengan normal dan
hubungan antara jantina juga memuaskan.

Jika tiada berlaku lekatan pada mana-mana tahap berkembang sempurna sebagai
individu normal dan hubungan antara jantina memuaskan. Psikoanalisis menekankan kesan
peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa. Freud juga percaya kanak-
kanak melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang ditetapkan. Pada setiap
peringkat ada bahagian badan yg membekalkan kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yg
melalui tahap oral, anal, falik, latensi dan genital dgn memuaskan akan menjadi orang dewasa
yg normal. Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana tahap menyebabkan fixation pada
tahap tersebut dan ini akan mempengaruhi kehidupan dewasanya. Misalnya, orang yang
makan terlalu banyak di tahap oral mungkin mempunyai fixation di tahap ini dan menjadi
gemuk atau penagih dadah bila dewasa. Pembinaan Kerjaya yang Mantap dan Pembinaan
Institusi Kekeluargaan, diimana apabila mengecapi tahap kematangan, maka individu akan
mengejar matlamat hidup mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih bahagia dan
berjaya serta stabil. Dimana mereka akan membina suatu pekerjaan yang tetap dan mencari
pasangan hidup bagi membentuk keluarga (Hairunnaja Najmuddin, 2003).

6.0 ISU UTAMA PENGKID

18
Dalam perkembangan seksual, beberapa masalah sering dikeluhkan oleh ibu bapa kerana
perkembangan ke arah seksual yang normal tidak dilihat. Biasanya tingkah laku yang awal
diamati adalah dari segi tingkah laku yang tidak mencerminkan jantina mereka. Dari segi
fizikal dan alat kelamin, mereka menunjukkan jantina yang jelas tetapi dari segi peranan dan
pengenalan jantina tidak berlaku perkembangan yang boleh mengukuhkan jantina mereka
yang sebenar.

Sebagai remaja yang sedang berkembang dan melalui alam persekolahan, mereka
biasanya mementingkan sosialisasi dan pergaulan dengan remaja yang lain. Jika mereka
mempunyai masalah dari segi perkembangan psikoseksual ini, biasanya ibu bapa akan
melihat kelakuan dan tingkah laku yang tidak sesuai dengan jantina. Banyak ibu bapa berasa
risau apabila melihat anak-anak mereka tidak mahu memakai pakaian tertentu yang dibeli.
Remaja perempuan lebih suka memakai pakaian lelaki dan membenci pakaian perempuan.
Mereka juga lebih selesa dan gembira untuk berkawan dan bergaul dengan remaja lelaki.
Aktiviti lasak lelaki seperti memanjat dan permainan lelaki sangat digemari dan mudah pula
dilaksanakan. Walaupun mereka berlagak seperti lelaki, mereka memahami bahawa jantina
mereka perempuan. Sifat ala lelaki (tomboi) seperti ini tidak menjadi masalah yang besar
selagi pengenalan jantina wujud dan tidak celaru atau berubah.

Pada sesetengah remaja, pengenalan jantina juga berubah. Mereka tidak mahu
mengaku jantina yang ada pada mereka tetapi mengaku sebaliknya. Oleh itu, mereka mula
berkelakuan menunjukkan tingkah laku jantina yang dianuti itu. Misalnya, remaja perempuan
bukan sahaja mahu memakai pakaian lelaki malah menunjukkan sifat lelaki yang ditiru secara
berlebihan. Kebiasaannya menerusi perkembangan seksual Sigmund Freud, fenomena
pengkid berlaku pada tahap latensi. Pada umur enam hingga dua belas tahun. Pada peringkat
latensi, objek fokus adalah pendaman. Oleh hal yang demikian, remaja akan melakukan
mengembangkan kecekapan sosial dan intelek, bina hubungan rapat dengan jantina yang
sama. Justeru berlaku tingkah laku homoseksual, pengkid dan lesbian.

Fenomena pengkid (tomboi) ini hanya terdapat dalam kalangan remaja perempuan
terutama di sekolah-sekolah yang menampung para pelajar perempuan sahaja. Remaja
perempuan yang menonjolkan diri mereka sebagai lelaki dengan gaya dan tingkah laku
seperti remaja lelaki dikenali sebagai pengkid. Mereka megah dipanggil pengkid tetapi tidak
suka dipanggil “tomboi”. Sesetengah daripada mereka tidak kelihatan seperti tomboi tetapi
mereka membina imej sebagai lelaki. Rambut dipotong pendek dan mereka sentiasa memakai
19
seluar atau berpakaian seperti lelaki. Di sekolah dan di rumah, mereka terpaksa memakai
pakaian perempuan kerana peraturan dan takut dimarahi ibu bapa. Tetapi sebaik-baik sahaja
keluar dari sekolah dan rumah, mereka akan memakai pakaian lelaki. Ada yang menghisap
rokok, minum arak dan melakukan aktiviti seperti lelaki. Malah ada yang berani bergaduh
dan bertumbuk dengan remaja lelaki untuk membuktikan sifat mereka. Pada hari-hari
tertentu, mereka berkumpul di pusat membeli-belah untuk bergaul. Golongan pengkid ini
akan mencari teman perempuan atau “makwe”. Dalam pergaulan sesama rakan perempuan
ini, mereka suka dikenali sebagai “pakwe” malah nama pun kadang-kadang ditukar kepada
nama lelaki. Ada yang mengaku bahawa melakukan kegiatan seksual dengan teman
perempuan mereka seperti bercium dan sesama merangsang.

Bagi remaja, mengaku diri mereka sebagai pengkid bukanlah suatu masalah.
Tetapi ibu bapa dan guru amat berasa risau terhadap tingkah laku yang digayakan itu. Bagi
orang dewasa, tingkah laku yang ditunjukkan itu memang tidak manis sekali. Mereka
sebenarnya seorang perempuan dan mengalami haid pada setiap bulan. Mereka memahami,
sedar dan mengetahui yang mereka itu perempuan tetapi gemar dan minat untuk berlagak dan
bertingkah laku seperti lelaki. Masalah yang susah hendak difahami oleh ibu bapa adalah
apabila mereka mempunyai anak yang secara fizikal memang jelas jantinanya tetapi dari
peringkat awal-awal lagi sudah menunjukkan ciri-ciri atau sifat jantina sebaliknya. Sifat yang
ada itu, kadang-kadang begitu semulajadi dan dirasakan susah untuk diubah.

Daripada pengamatan yang dibuat terhadap pengkid ini, kebanyakan mereka tidak
meneruskan tingkah laku ini setelah mereka dewasa atau setelah tamat sekolah menengah.
Malah ada yang berubah dan menggayakan semula sifat kewanitaan mereka dan tidak lagi
menjadi “kasar” seperti lelaki. Remaja pengkid ini ada yang berubah selepas dibawa untuk
kaunseling atau terapi. Kesedaran nilai moral dan agama yang diterapkan kepada mereka
sewaktu kaunseling akan menggalakkan mereka berfikir dengan lebih lanjut tentang tingkah
laku mereka. Banyak orang mengatakan bahawa fenomena ini adalah berbentuk sementara
dan tidak kekal. Remaja pengkid ini akan berubah setelah mereka matang dan dewasa. Hal ini
demikian kerana, menerusi perkembangan teori psikoseksual pada tahap genital mereka mula
melakukan tingkah laku membina hubungan dengan lawan jantina.

6.1 FAKTOR-FAKTOR PENGKID

 KELUARGA

20
Keluarga memainkan peranan dalam mendidik anak remaja. Antara faktor berlakunya gejala
pengkid adalah disebabkan daripada keluarga. Hal ini demikian kerana, cara didikan yang
diberi oleh ibu bapa akan mempengaruhi perkembangan anak-anak. Misalnya fenomena
pengkid berlaku apabila dalam keluarganya, terdapat adik beradik lelaki yang ramai. Gejala
pengkid akan mudah berlaku apabila hanya dia seorang sahaja anak perempuan manakala
adik beradiknya yang lain adalah lelaki. Keadaan ini mendorongnya untuk menjadi pengkid.
Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan yang kasar dan bertingkah laku seperti anak
lelaki, biasanya tidak gembira jika anak mereka dipanggil tomboi mahupun pengkid. Jika
mereka sedar dari awal lagi tentang arah perkembangan psikoseksual anak mereka ke arah
ini, mereka perlu menyekat kecenderungan ini dan menggalakkan kecenderungan serta
tingkah laku jantina yang sebenarnya.

Gejala pengkid seperti ini kadang-kadang secara tidak sedar disokong pula dengan
pendekatan ibu bapa yang turut mengukuhkan lagi tingkah laku yang ditunjukkan.
Sesetengah ibu bapa tidak sedar yang pendekatan mereka salah kerana mereka sendiri
mempunyai konflik tertentu terutama dari segi kelahiran anak dengan jantina yang
diidamkan. Ibu bapa sepatutnya menggalakkan tingkah laku yang sesuai dengan jantina yang
ada pada anaknya. Ibu bapa juga turut mendidik cara yang sama dengan adik beradik lelaki.
Keadaan ini menyebabkan anak perempuan cenderung untuk menjadi pengkid.

 BUDAYA

Di samping itu, budaya juga antara faktor masalah pengkid. Budaya yang mempengaruhi
tingkah laku tidak baik adalah amalan masyarakat yang tidak konsisten dan bertentangan
dengan amalan dan kehendak budaya sejagat. Budaya yang ada di Barat lambat laun akan
sampai ke negara kita. Kenyataan ini sudah dapat dilihat sekarang. Contohnya ialah kegilaan
remaja dengan budaya pengkid. Budaya pengkid sudah pun kelihatan dalam kalangan remaja
kita. Jika dulu budaya pengkid hanya terdapat pada anak-anak muda di negara Barat tetapi
sekarang ia telah menular kepada anak-anak muda kita.

Pakar psikologi dan psikiatri mengatakan bahawa anak-anak muda biasanya


memerlukan suatu saluran untuk menyalurkan kekeliruan dalam jiwa mereka jika mereka
melalui dan mengalami perkembangan psikologi yang kurang mantap. Kebanyakan golongan
ini pula kurang panduan dan bimbingan dari individu yang seharusnya memberi panduan dan
tunjuk ajar serta mengawasi. Sesetengah anak muda seperti ini enggan menjadi belia yang
baik dan mereka juga enggan berusaha untuk menjadi anak muda yang baik dengan
21
mengamalkan nilai social yang dapat diterima oleh masyarakat. Mereka berasa lebih selesa
dan megah dengan cara hidup pilihan mereka sendiri yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah
mereka meniru sesuatu yang dirasakan dapat memberi kepuasan dan kelainan.

 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Selain itu pengaruh rakan juga antara faktor berlakunya pengkid. Kegagalan untuk
mengaplikasikan konsep kendiri dan personality terhadap remaja dalam proses pengajaran
dan pembelajaran terjadi kerana remaja itu sendiri lebih mudah terpengaruh kepada
persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya jika tiada pengawasan dan perhatian daripada
guru serta ibu bapa. Sebagaimana yang diketahui, remaja lebih gemar menghabiskan masa
lapang mereka bersama rakan-rakan. Banyak waktu mereka berada bersama rakan-rakan
termasuklah dalam waktu persekolahan.

Pada waktu ini, remaja sedang mencari-cari identiti sebenar mereka. Mereka lebih
gemar meniru perwatakan yang dilihat oleh mereka seharian seperti watak dalam filem
kesukaan mereka, majalah dan rakan sebaya mereka sendiri. Masalah pengkid berlaku
apabila seseorang remaja itu cuba meniru rakan pengkidnya yang lain.

 AGAMA

Faktor agama juga memainkan peranan dalam masalah pengkid ini. Teras kepada ketinggian
akhlak dan budi adalah agama. Insan yang baik dalam erti kata yang lain adalah insan yang
beragama. Asas kepada akhlak dalam Islam adalah kesetiaan dan ketaatan kepada Allah
S.W.T, nilai dan peranan akhlak, dengan itu akan menjadi mutlak, kekal dan tidak berubah.
Sebaliknya, nilai dan peranan akhlak yang berasaskan kehendak masyarakat atau negara akan
sentiasa berubah-ubah dan menjadi relatif. Nilai-nilai yang berubah-ubah ini seperti nilai
keseronokan dan budaya. Faktor agama yang dimaksudkan ialah remaja membuat tafsiran
yang salah terhadap agama. Pada dasarnya, hukum beragama merupakan amalan yang baik.
Mengikut kajian teologi, tidak ada agama yang mengajarkan perkara yang tidak baik kepada
orang lain. Penyalah tafsir dan metod pengajaran yang tidak betul memungkinkan agama
yang dianuti akan diseleweng oleh remaja.

Didikan agama yang sempurna dan lengkap bagi mewujudkan kesedaran diri yang
tinggi juga perlu untuk membanteras masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa
kini. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting bagi melahirkan insan yang
berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak mulia. Seterusnya penghasilan
22
insan yang sempurna ini mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Apabila
seseorang itu mempunyai fahaman agama yang tinggi maka risiko untuk melakukan
kejahatan adalah minimum. Hal ini demikian kerana, seseorang itu akan dapat membezakan
antara kebaikan dan keburukan.

 SIKAP INGIN MENCUBA

Pada setiap hari, remaja didedahkan dengan berbagai-bagai tarikan yang dapat
mempengaruhi mental mereka. Kadang-kadang tarikan ini sungguh kuat sehingga mereka
sanggup melakukan apa sahaja untuk meniru dan bermegah-megah dengan perbuatan
mereka. Sungguhpun mereka tahu perbuatan seperti ini tidak diterima oleh ibu bapa, tetapi
mereka akan cuba mempengaruhi ibu bapa untuk mengikut kehendak dan kemahuan mereka.
Misalnya masalah pengkid, remaja tahu akan kesan perbuatan tersebut terhadap diri masing-
masing. Namun sikap ingin mencuba yang mendalam terhadap diri mereka sehinggakan
remaja tidak peduli akan kesan mahupun akibatnya kelak.

6.2 KESAN – KESAN GEJALA PENGKID

 Kesan kepada diri sendiri

Gejala pengkid merupakan gejala seks songsang, di mana individu yang terlibat dalam gejala
tersebut telah mengamalkan nilai – nilai hidup yang bertentangan dengan ajaran agama dan
norma hidup masyarakat. Gejala ini bukan sahaja akan mendatangkan impak terhadap diri
sendiri tetapi juga akan mendatangkan impak negatif kepada keluarga dan masyarakat.

Pengamalan gaya hidup yang bertentangan dengan nilai agama dan norma hidup
masyarakat ini mendatangkan kesan yang amat teruk kepada individu itu sendiri. Keruntuhan
akhlak merupakan kesan utama yang dapat dilihat pada pengamal gejala pengkid ini. Nilai –

23
nilai murni yang sepatutnya wujud dalam diri telah digantikan dengan nilai – nilai yang tidak
sepatutnya. Nilai ketimuran yang harus dipegang sebagai seorang gadis melayu telah
ditinggalkan sebaliknya diganti dengan perwatakan seorang lelaki. Budi bahasa dan tutur kata
yang sopan melambangkan akhlak yang terpuji bagi seorang gadis, tingkah laku yang lemah
lembut dan bersopan santun merupakan ciri yang patut ada bagi seorang gadis. Bagi individu
yang terlibat dalam gejala ini mereka akan menukarkan perwatakkan mereka seperti seorang
lelaki sehingga sanggup memakai bengkung untuk menutup ciri fizikal mereka. Rambut akan
dipotong menjadi seperti lelaki dan perwatakkan mereka menjadi kasar seperti seorang lelaki.
Perasaan yang wujud hanya untuk kaum sesama jenis mennyebabkan mereka selesa
berperwatakan seperti lelaki. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan golongan ini
adalah perbuatan bagi orang yang tidak berakhlak dan bermoral.

Gejala pengkid ini juga akan merosakkan akidah. Hal ini demikian kerana Islam
mengharamkan hubungan seks sesama jenis atau jantina, malah agama lain juga tidak
membenarkan perbuatan ini. Bagi individu yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini
jelaslah mereka telah membelakangi hukum – hukum agama sehingga sanggup mengubah
perwatakan menjadi lelaki. Golongan ini telah berada di landasan yang salah kerana telah
mengubah fitrah kejadian manusia. Kitab Al – Quran yang diturunkan sebagai pegangan ada
menyebut tentang golongan ini di dalam surah Al – Shu’ara ayat 26 – 160. Dalam ayat ini ada
disebut tentang kisah kaum Nabi Lut yang telah mengamalkan cara hidup songsang iaitu
homoseks. Kaum yang engkar dengan ayat-ayat Allah s.w.t. ini diberikan hukuman bencana
iaitu diterbalikkan tanah tempat tinggal mereka ke dalam perut bumi hanya setelah mereka
menafikan maksiat homoseksual selepas berkali-kali dinasihatkan oleh Nabi Lut supaya
bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t. yang benar. Kejadian yang diceritakan
dalam Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan hubungan seks
sesama jenis ini melanggar hukum Allah dan merosakkan Akidah individu tersebut.

Pengamalan gaya hidup songsang ini akan menyebabkan individu tersebut mengalami
kesan fizikal yang tidak sihat. Golongan ini terdedah kepada penyakit mental, merasa tidak
gembira (unhappy) dan tidak puas (unfullfield). Kesan fizikal yang dapat dilihat ialah mereka
selalunya mengalami kemurungan dan kelihatan pucat. Hal ini demikian kerana kesan
daripada hubungan seks yang mereka lakukan dengan pasangan masing – masing. Hubungan
seks yang kerap dilakukan dengan pasangan menyebabkan mereka kelihatan tidak bermaya,
pucat dan kelihatan murung. Kesan fizikal ini akan menyebabkan golongan ini tidak dapat

24
menumpukan perhatian terhadap pelajaran sehingga menyebabkan prestasi pelajaran mereka
menurun. Golongan ini juga terdedah kepada penyakit mental. Sesetengah daripada golongan
pengkid, merupakan seorang yang setia kepada cinta dan sesetengah daripadanya lebih suka
bertukar pasangan untuk memuaskan nafsu songsangnya. Bagi golongan pengkid yang setia
kepada cinta dan sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan mereka, golongan ini akan
menghadapi tekanan perasaan yang teruk sehingga membawa kepada penyakit mental
sekiranya pasangan mereka beralih arah kepada pengkid lain. Selain itu, golongan ini juga
mudah mendapat penyakit mental kerana mereka menganggap diri mereka tidak normal
seperti individu lain dan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat.

Kesan negatif dari pengamalan gejala songsang ini juga ialah individu yang terlibat
akan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti penyakit kelamin yang serius dan HIV
Positif. Penyakit kelamin yang berpunca daripada hubungan seks sesama jenis yang
dilakukan bertujuan untuk memuaskan nafsu sendiri dan pasangan dengan memasukkan
sesuatu ke dalam kemaluan masing – masing seperti jari atau sayur – sayuran seperti lobak
merah, terung timun dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada
kemaluan. Jangkitan kuman dan bakteria pada kemaluan juga akan menyebabkan individu
terdedah kepada penyakit kelamin yang serius. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh wakil
kuantitatif Gaunteng mendapati bahawa 9 peratus wanita kulit hitam dan 5 peratus wanita
kulit putih yang mengamalkan hubungan seks songsang ini dilaporkan mendapat HIV
Positif. Pengamalan gejala seks songsang ini meninggalkan kesan negatif bukan sahaja dari
segi fizikal dan kesihatan sehingga boleh membawa kepada kematian malah mereka juga
akan mengalami tekanan mental dan emosi.

 Kesan kepada keluarga.

Gejala pengkid ini bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada individu malah ia juga
akan memberi impak negatif kepada institusi keluarga.

Keruntuhan institusi perkahwinan akan berlaku. Sekiranya gejala ini tidak dibendung
sejak di awal penglibatan mereka iaitu di usia remaja, tidak mustahil sekiranya mereka
meningkat dewasa dan berkahwin atau dipaksa berkahwin ini akan memberi kesan kepada
rumah tangga individu tersebut. Hal ini demikian kerana golongan ini sanggup bertindak di
luar batasan seperti meninggalkan suami dan anak semata – mata untuk hidup bersama
pasangan pengkid mereka. Beberapa tahun dahulu media massa dan elektronik pernah
memaparkan tindakan seorang suri rumah yang telah berkahwin selama 7 tahun telah lari
25
meninggalkan suami dan 2 orang anaknya untuk meneruskan gaya hidup songsangnya
bersama kekasih pengkidnya. Tindakan mereka ini dianggap sebagai tindakan yang tidak
bermoral kerana meruntuhkan institusi perkahwinan yang merupakan sebuah ikatan yang suci
dan memilih jalan hidup yang songsang dan haram di sisi agama.

Perbuatan golongan ini juga menjatuhkan maruah keluarga mereka sendiri. Ahli
keluarga semestinya merasa malu sekiranya ada diantara ahli keluarga mereka yang terlibat
dengan gejala seks songsang ini. Jiran – jiran dan masyarakat sekeliling tentunya akan
memandang serong kepada mereka disebabkan tindakan salah seorang dari ahli keluarga
tersebut. Tindakan golongan ini yang tidak memikirkan perasaan dan maruah keluarga akan
menyebabkan hubungan kekeluargaan akan terjejas.

Gejala pengkid yang semakin berleluasa ini jika tidak dikawal akan menyebabkan
manusia lari dari sistem perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan yang suci terpatri
diantara dua hati yang berlainan jantina. Bagi golongan pengkid yang bernafsu kepada
golongan wanita mereka tidak akan berkahwin. Hal ini demikian kerana perkahwinan
merupakan salah satu hukum untuk menghalalkan hubungan di antara lelaki dan wanita, bagi
golongan pengkid mereka boleh memuaskan nafsu masing – masing tanpa perlu berkahwin
kerana naluri dan keinginan nafsu seks mereka adalah pada kaum wanita. Golongan ini akan
tinggal sebumbung bersama pasangan masing – masing tanpa perlu merasa takut kerana
mereka mempunyai jantina yang sama dan tidak perlu berkahwin seperti pasangan normal
yang lain. Jelaslah menunjukkan bahawa golongan ini akan lari dari sistem perkahwinan yang
sah. Tindakan golongan ini yang lari dari sistem perkahwinan akan menyebabkan terputusnya
nasab keturunan mereka. Perhubungan sesama jenis tidak dapat menghasilkan zuriat. Oleh
yang demikian mereka tidak dapat memperkembangkan keturunan mereka dan nasab
keturunan mereka akan terputus disebabkan tindakan mereka yang memilih jalan hidup yang
songsang ini.

 Kesan kepada Masyarakat

Selain itu gejala pengkid juga akan mendatangkan kesan kepada masyarakat. Memusnahkan
kekuatan moral masyarakat iaitu masyarakat Islam dikenali dengan masyarakat yang
mengamalkan adat ketimuran dan mempunyai moral yang baik. Wujudnya gejala pengkid ini
akan menyebabkan pandangan masyarakat lain kepada masyarakat Islam berubah dan
sekaligus menjatuhkan maruah masyarakat. Tindakan segelintir anggota masyarakat
menyebabkan seluruh institusi masyarakat mendapat kesan. Gejala pengkid ini juga
26
mencerminkan kemunduran masyarakat. Hal ini demikian kerana gejala ini juga diharamkan
di negara – negara lain kecuali negara – negara maju seperti Amerika, Singapura dan
sebagainya. Wujudnya gejala seperti ini di Malaysia mencerminkan kemunduran masyarakat
di kalangan masyarakat negara lain yang juga mengharamkan seks sesama jenis yang jelas
terpesong ini.

6.3 LANGKAH – LANGKAH MENGATASI GEJALA PENGKID

Gejala pengkid yang semakin berleluasa ini harus diatasi dengan segera supaya generasi
muda kita tidak terus terjerumus ke lembah hina ini. Langkah - langkah mengatasi harus
diambil segera supaya negara dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Ibu bapa, guru, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan harus menggembleng
tenaga bersama - sama untuk menyelamatkan golongan ini.

 Peranan Ibu Bapa

Anak merupakan anugerah berharga daripada Allah s.w.t. Lahirnya mereka ke dunia ibarat
kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan kehidupan anak – anak dengan didikan
yang betul. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan anak –

27
anak, seharusnya sejak dari kecil anak- anak perlu dididik supaya mencintai kebaikan dan
didikan agama yang kuat perlu diterapkan dalam diri mereka, supaya mereka tahu perkara
yang haram dan halal dalam agama masing – masing. Keperibadian dan sahsiah anak - anak
haruslah dibentuk berlandaskan pegangan agama supaya mereka tidak bertindak di luar
landasan agama. Ibu bapa juga harus dekati dan selami perasaan anak – anak dan harus
mengambil kira perasaan mereka dalam membuat keputusan di usia remaja.

Dalam membuat keputusan ibu bapa harus mengamalkan cara asuhan autoritatif di
mana mereka membentuk tingkah laku anak – anak mengikut kebolehan diri mereka dan
pada masa yang sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka harapkan dicapai
oleh anak - anak. Ibu bapa juga harus menggunakan pendekatan psikologi sekiranya ada di
antara anak mereka yang cenderung mempunyai perwatakan seperti tomboy sebelum mereka
terjebak dalam gejala pengkid. Khidmat kaunseling dari pakar – pakar psikologi dapat
membantu anak ini supaya tidak mengalami kecelaruan gender dan perlu mendekatkan
dirinya dengan didikan agama. Selain itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang terjebak
dalam gejala ini di peringkat awal perlulah memisahkan mereka daripada kawan – kawan
seamalannya. Pindahkan mereka ke tempat lain yang mempunyai persekitaran yang selamat
supaya mereka tidak berpeluang mengulangi perbuatan yang sama lagi. Pergerakan mereka
juga harus dipantau dari semasa ke semasa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang telah
terlibat dalam gejala yang tidak bermoral ini secara serius mereka haruslah mendekati dan
membimbing anak mereka kembali ke pangkal jalan. Tindakan ibu bapa yang menyisihkan
atau menghalau anak mereka dari rumah akan memburukkan lagi keadaan.

 Peranan Guru dan Pihak Sekolah

Selain daripada ibu bapa, guru dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah ini. Gejala pengkid yang kebiasaannya bermula di
peringkat sekolah menengah seperti di sekolah berasrama dan sekolah perempuan
memerlukan pemerhatian guru yang serius untuk mengatasi gejala songsang ini. Guru perlu
bersikap terbuka dan fleksibal dalam membicarakan isu berkenaan pendidikan seks di
sekolah. Kebiasaannya, guru tidak suka membicarakan hal – hal berkaitan pendidikan seks ini
mungkin kerana faktor malu. Bagi mengatasi masalah ini guru perlu bersikap terbuka dengan
pelajar dalam membicarakan hal – hal yang berkaitan. Pembelajaran mengenai seks, hanya
terdapat dalam silibus mata pelajaran sains dan biologi sahaja dan pelajar hanya didedahkan
ketika sesi pembelajaran ini sahaja. Untuk mengatasi masalah ini guru mata pelajaran lain
28
juga perlu bersikap terbuka dalam membicarakan isu seperti ini dengan pelajar. Hal ini
demikian kerana sekiranya guru sentiasa memberi pendedahan tentang isu ini, pelajar akan
dapat mengetahui baik dan buruk gejala tersebut, mereka juga berpeluang untuk menyatakan
pendapat dan bertanya kepada guru tentang sesuatu perkara yang mereka ingin ketahui. Guru
juga harus mendekati dan cuba selami tingkah laku pelajar mereka, supaya mereka dapat
mengesan sekiranya ada di antara pelajar mereka yang terjebak dalam gejala – gejala yang
tidak sihat. Sekiranya guru dapat mengesan pelajarnya terjebak dalam gejala ini pendekatan
psikologi boleh digunakan iaitu dengan membawa pelajarnya berjumpa kaunselor di sekolah
dan perlulah sentiasa memantau tingkah laku pelajar ini.

Seterusnya pihak sekolah juga harus memainkan peranan yang penting dalam
menangani masalah di kalangan pelajar ini. Pihak sekolah boleh menganjurkan program –
program berbentuk keagamaan seperti kem motivasi dan sebagainya. Dalam program ini
pihak sekolah bolehlah memasukkan modul – modul berkaitan keagamaan dan ceramah
motivasi yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar – pelajar tentang gejala – gejala yang
tidak sihat.

 Peranan Kerajaan

Pada 23 0ktober 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan telah mngeluarkan fatwa yang
mengharamkan hubungan seks sesama jenis bagi wanita iaitu pengkid. Namun begitu
Maklum balas yang diterima dari masyarakat dan golongan pengkid amat mengecewakan.
Badan bukan kerajaan iaitu pihak NGO dan segelintir masyarakat memberi kritikan pedas ke
atas fatwa yang di keluarkan oleh MFK itu. Tindakan segelintir golongan ini memberi
gambaran seolah – olah tindakan golongan pengkid ini tidak salah dan di sokong oleh
sesetengah pihak.

Untuk mengatasi masalah ini kerajaan perlu mengambil pendekatan undang – undang.
Undang – undang khusus untuk sabitkan kesalahan ke atas wanita yang mengubah dirinya
menjadi seperti lelaki mengikut undang – undang syariah perlu diwujudkan. Jika pendekatan
undang – undang tidak diambil, usaha untuk mengatasi masalah ini agak sukar kerana
golongan ini boleh bertindak sesuka hati kerana tiada undang – undang yang dapat
mendakwa segala tindakan mereka. Undang – undang syariah bagi golongan mak nyah dan
gay telah diwujudkan, jadi untuk memerangi golongan pengkid ini undang – undang syariah
perlu diwujudkan.

29
Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga juga perlu memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi gejala ini. Pihak kementerian ini perlu megadakan
kempen “Selamatkan Wanita dan Keluarga “ supaya ahli keluarga dan masyarakat sama-
sama membuka mata membanteras gejala yang tidak sihat ini. Pihak kementeriaan juga boleh
mengadakan program berbentuk ceramah yang dapat memberi panduan dan pendekatan
kepada ibu bapa dalam mengatasi masalah ini.

 Peranan Masyarakat

Masyarakat juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi gejala pengkid
yang kian berleluasa ini. Masyarakat harus membuka mata dan bersama – sama
mengembleng tenaga membawa golongan pengkid ini kembali ke pangkal jalan. Antara
langkah – langkah yang boleh diambil oleh masyarakat bagi mengatasi gejala ini ialah
sentiasa memberi perhatian serius terhadap gejala ini. Masyarakat sekeliling tidak boleh
memandang enteng perlakuan golongan remaja ini sebaliknya mereka harus mengambil
tindakan supaya masalah ini dapat di atasi.

Pandangan msyarakat pada golongan ini juga harus diubah. Masyarakat tidak boleh
memandang hina dan membuat diskriminasi ke atas golongan ini. Sekiranya anggota
masyarakat terus bersikap seperti ini masalah ini sukar diatasi malah akan menjadi bertambah
rumit. Masyarakat harus bijak memainkan peranan untuk membawa remaja – remaja ini
kembali ke pangkal jalan. Mereka harus cuba mendekati golongan ini supaya mereka tidak
merasa tersisih dan lama - kelamaan mereka dapat menjalani kehidupan normal seperti
individu lain.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisa atau Teori Psikoseksual ini adalah suatu
teori yang membincangkan personaliti remaja berbeza pada setiap tahap. Terdapat beberapa
komponen iaitu id, ego dan superego yang mana ketiga-tiga ini mempunyai sifat yang
berlainan disetiap tahap. Seperti yang diterangkan id ialah sifat yang paling tersorok didalam
tahap tidak sedar individu, ego ialah sifat separuh sedar manakala superego pula ialah sifat
yang terbaik di dalam diri manusia yang sentiasa ingin ditunjukkan oleh individu.

30
Manakala lima tahap yang telah dibincangkan ialah tahap oral (0-18 bulan), anal (2-4
tahun), falik (3-7 tahun), latensi (6-11 tahun) dan genital (12 tahun keatas). Di dalam
perbincangan, isu pengkid telah dikupas, di mana fenomena ini sering berlaku pada tahap
latensi. Pada tahap ini, naluri seks adalah dominan. Kanak-kanak meluang lebih masa dalam
aktiviti sekolah, hobi baru dan aktiviti sukan serta bergaul atau membina hubungan rapat
dengan rakan daripada jantina yang sama. Pada tahap inilah permulaan bagi gejala yang tidak
bermoral akan berkembang sekiranya pihak-pihak tertentu terutamanya ibu bapa dan keluarga
tidak bertindak segera mengekang naluri tersebut daripada terus berkembang. Antaara gejala-
gejala lain yang turut berkembang pada tahap ini ialah homoseksual, lesbian, bohsia,
transeksual.

Oleh yang demikian, teori Psikoanalisa atau teori Psikoseksual oleh Sigmund Freud
ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengenali perkembangan kanak-kanak sehingga
mereka dewasa. Dalam teori ini, banyak pengetahuan yang boleh dipelajari dalam menangani
isu-isu gejala yang tidak sihat agar dapat ditangani dan dibanteras dengan segera terutamanya
ibu bapa dan keluarga.

8.0 BIBLIOGRAFI

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fiest and Fiest. (2002). Cognitive Development in Adulthood Personaliti : A Fifth Science

View Reading, MA : Aidilson-Wesley.

H. Jalaluddin. (2005). Psikologi Agama.Jakarta : PT RajaGrafindo Persada.

Hairunnaja Najmuddin. (2003). Memahami dan Bimbingan Remaja Nakal. Pahang : PTS

publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Kuala Lumpur : Dewan

31
Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin. (1980). Psikologi Remaja. Selangor :

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah Jantan,

Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan Pekembangan

Pelajar. Shah Alam :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sanmtrock, J.W. (2007). Educational Psycology. New York : McGrawHill Inc.

Sumber Internet

Diambil pada : 17 Ogos 2009

Hil4ry.Wordpress.com/…/teori_psikoseksual_dari_Sigmund_Freud/.

Diambil pada : 17 Ogos 2009

Psikologi_freud_fies.blogspot.com

Diambil dari : 18 Ogos 2009

Images.irwanuryana.multiply.com

32

You might also like