You are on page 1of 15

Tip cara belajar saat akhir/ last minit

Tip belajar saat akhir/ last minit

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang
mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana.
Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu
berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan
seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata
pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya
mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi
apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan
saat akhir ini untuk

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk
ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa.
Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini
untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi
sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12
tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham
akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti.
Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada
masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu,
sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.

5. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam
benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana
bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan
tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

6. Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika
terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut
pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun
lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

7. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua.
Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan
nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan
kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

8. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku
sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah
sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang
separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa
SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

Related posts:

1. Cara belajar selepas kelas Saya apabila keluar kelas terus lupa apa yang saya
belajar....
2. Cara belajar untuk peperiksaan Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja
yang...
3. Cara buat jadual belajar Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak
akan...
4. Cara belajar jika mengantuk Membaca buku atau belajar subjek yang kita tidak
suka akan...
5. Cara belajar semasa kelas Belajar semasa kelas adalah kita tidak pergi melancong
ke tempat...

Panduan menjelang peperiksaan

Daripada Wikibooks.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gunakan saat-saat hampir menjelang peperiksaan untuk membuat persediaan terakhir


seperti:

1. Sentiasa meminta bantuan guru bagi memperkukuhkan pemahaman dan


penglihatan anda mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.
2. Minta pendapat guru tentang soalan-soalan ramalan yang mungkin timbul secara
am.
3. Menyenaraikan perkara-perkara yang mungkin perlu anda beri tumpuan mengikut
keutamaan dan cuba memahaminya dengan lebih jelas lagi.
4. Dapatkan soalan-soalan lepas daripada senior dan kemudian kaji serta cuba jawab
soalan yang belum dapat dijawab dengan baik.
5. Buat perbincangan bersama rakan-rakan bagi menangani masalah yang belum
dapat diselesaikan dan dapatkan pertolongan mereka jika anda belum bersedia.
6. Semak jadual peperiksaan dan buat satu jadual terakhir untuk mengulangkaji
secara ringkas dan padat.
7. Rujuk kembali nota-nota ringkas, gambarajah-gambarajah penting dan ingat
fakta-fakta utama.
8. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta makan makanan yang seimbang.
9. Sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya yang tidak berbelah bagi kepada
persediaan menghadapi perperiksaan anda.

Belajar perlulah dengan kerelaan hati tetapi bukan kerana terpaksa. Belajar kerana
terpaksa tidak dapat membantu anda belajar dengan sempurna dan boleh membuatkan
anda gugup dalam peperiksaan nanti. Yakin akan kebolehan diri. Tanamkan dalam diri
“saya boleh” dan tulis dengan besar dan terang di atas sekeping kad dan letak di hadapan
anda (tempat anda belajar).

Cara belajar selepas kelas

Saya apabila keluar kelas terus lupa apa yang saya belajar. Semasa peperiksaan, saya
mengeluh bahawa saya macam tahu buat, tapi apabila jawab tidak tahu macam mana nak
tulis. Mungkin saya akan kata, saya sudah buat latihan, tetapi masih tidak boleh jawab
peperiksaan. Perkara ini menghantui semua pelajar. Sudah buat latihan tetapi masih tidak
boleh jawab. Apa yang tidak kena? Jangan berlagak anda sudah buat banyak latihan, anda
masih tidak faham lagi apa yang soalan itu tanya. Cuba ulang balik latihan yang anda
buat.

Mungkin anda boleh belajar dengan membaca soalan dan terus membaca jawapan.
Tetapi, anda hendaklah cuba jawab balik soalan itu tanpa lihat jawapan. Bunyi macam
mudah, baca jawapan soalan. Apabila anda buat balik soalan itu, anda sudah tidak boleh
jawab walaupun sebelum ini anda sudah membaca jawapan. Jadi, tidak berguna anda
mencari soalan bocor SPM dan sebagainya sebab walaupun anda ada soalan dan jawapan
masih belum boleh jawab semula.

Apa yang hendak dilakukan adalah buat banyak kali. Kalau buat 10 kali, mesti ingat.
Bunyi macam mudah, tetapi cukuplah buat sikit sikit, lama-lama jadi banyak.Tak perlu
baca banyak tetapi, apa pun tak faham. Lebih baik baca muka surat satu bagi faham
betul-betul. Kemudian anda buka muka surat kedua. Adakah anda mahu cepat habis baca
satu buku? Memang boleh, untuk kali pertama saya cadangkan supaya anda baca dahulu
semua tanpa perlu memahami. Kemudian, barulah anda baca satu muka surat dengan
tekun dan jangan nak cepat habis waaupun subjek lain ada lagi.

Anda boleh pilih hendak membaca subjek sejarah dalam sehari atau 2 hingga subjek
sehari. Memanglah banyak, tetapi, percayalah anda memang akan habiskan semuanya
sebab anda seorang pelajar. Kerja pelajar bukan cari duit untuk sara anak atau keluarga,
cuma duduk dan baca buku. Kalau nak berdiri pun boleh. Nak baca di perpustakaan pun
boleh.

Ingatlah, selepas SPM ada masa rehat setengah tahun. Waktu itu anda sudah tamat belajar
manakala masih ada yang tak habis beajar. Apa yang anda hendak buat masa itu? ramai
yang merancang hendak mencari kerja sambilan. Ketahuilah bahawa saya sebagai calon
SPM pun masih ada masa untuk buat kerja sambilan dan dapat RM500 dalam masa 1
bulan. Ini baru sambilan, sebenarnya anda ada banyak masa selepas SPM walaupun ada
yang pergi ke PLKN. Hanya dapat RM500 sebulan tidak cukup untuk anda hidup
berkeluarga nanti. Oleh itu, anda perlu bersemangat untuk belajar sampai pandai supaya
dapat kerja gaji tinggi. Apabila saya tanya kawan-kawan buat apa selepas SPM, tiada apa
pun yang hebat selain menonton televisyen, melayari internet, melancong, kerja kilang,
berniaga burger dan jawapan antarabangsa adalah tak buat apa-apa.
Masa sebelum SPM macam-macam nak buat, apabila dah lepas SPM, apa pun tak boleh
buat. Pergi sekolah hanya nak dapat duit poket. Lepas SPM bekerja dan dapat sama
macam duit poket pergi ke sekolah. Saya tegaskan sekali lagi, ambil buku dan baca dan
baca dan baca dan baca.

Mana ada teknik lain selain baca, mendengar, melihat dan membuat. Habis sangat, anda
ambil buku dan baca dengan kuat dan rakam. Pasang “earphone” dan dengar balik suara
anda yang merdu itu.

cara lain adalah menulis nota. Kalau malas, fotostat nota ringkas bagi jadi kecil dan
masukkan dalam poket. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi dan baca walaupun satu
muka surat.

Banyak orang bila nak tahu cara cemerlang peperiksaan bertanya kepada orang pandai.
Mereka akan kata baca sajalah. Kita sangka mereka baca banyak, tapi mereka akan kata
baca bila ada “mood” atau mereka akan kata baca sikit saja. Hal ini memang betul, sebab
mereka hari-hari baca sikit-sikit. Kalau saya, memang susah nak baca walaupun
seminggu sekali.

Mereka pun buat latihan, kita mesti kata tak fahamlah. Sebenarnya mereka yang pandai
ini pun baca jawapan bila tak tahu. Kalau soalan yang susah tu, tak payah jawab dan
jawab soalan lain mudah.

Jangan lupa buat kerja sekolah. Kalau anda tak mahu buat kerja sekolah, anda tetap kena
baca buku. Jika anda sanggup kena marah dengan cikgu, tak perlu buat erja sekolah sebab
buang masa saja buat perkara yang anda tidak minat. Anda boleh buat sendiri kerja
rumah yang anda beli buku latihan dari kedai. Apabila tak faham, tanyalah cikgu.
Sekurang-kurangnya anda ada juga kerja nak dibuat.

Anda ada banyak masa, jangan anggap aktiviti kokurikulum buang masa atau kelas
tambahan petang buang masa. Kalau anda duduk di rumah, belum tentu anda baca buku.
Kalau anda baca buku, belum tentu anda ingat. Oleh itu, jangan kata tak cukup masa
sebab anda ada banyak masa untuk baca buku. Tengok televisyen samapai pukul 12
malam boleh, mengapa baca buku tak boleh? Oleh sebab itu, saya kata anda banyak
masa. Lagipun anda bukannya bekerja, hanya belajar. Lepas SPM ada banyak masa
hinggakan anda teringin balik ke sekolah dan jumpa kawan-kawan macam dulu.

Cara belajar sebelum kelas.

Saya sebagai bekas pelajar SPM ingin berkongsi kepada anda cara belajar sebelum kelas.

Biasanya kita hendaklah ambil buku dan baca. Tajuk yang kita baca adalah yang cikgu
belum ajar. Walaupun tidak faham, anda hendaklah membaca atau sekurang-kurangnya
membelek-belek buku tersebut. Jangan hanya membaca kulit hadapan sahaja.
hal ini penting supaya apabila cikgu mengajar kita sudah tahu sikit-sikit. Selepas itu, kita
mudah hendak bertanya cikgu tentang apa yang tidak faham.

Biasanya saya tidak membaca dulu sebelum cikgu mengajar. Sebab itu apabila cikgu
mengajar saya tidak tahu apa yang hendak ditanya. Lebih buruk lagi, saya tidak tahu apa
yang perlu saya faham.

Di sinilah pentingnya buku teks. Cuba lihat muka surat pertama bagi setiap bab ada tulis
“apa yang murid akan dapat” atau “learning outcome”. Oleh itu, jika anda boleh
menjawab soalan itu, anda sudah faham apa yang cikgu ajar. Ini juga dipanggil huraian
sukatan pembelajaran.

Cara belajar semasa kelas

Belajar semasa kelas adalah kita tidak pergi melancong ke tempat lain. Maksudnya,
fikiran kita masih berada di dalam kelas. Semua orang kata kena beri tumpuan di dalam
kelas. Bagaimana kalau anda tidak minat apa yang cikgu ajar? Kalau sudah tidak minat
memang susah, anda kena lihat dulu cita-cita anda.

Fikirkan cita-cita anda. Anda mesti tahu anda suka buat apa. Jika anda minat berniaga,
mesti ada kaitan dengan usahawan, akauntan. Manakala jika anda suka mengajar atau
bercakap, mesti ada kena mengena dengan cikgu, pensyarah atau mungkin juga peguam
atau peniaga. Jika anda minat seni, mesti ada kena mengena dengan pelukis, pereka
grafik komputer dan lain-lain. Manakala jika anda minat komputer, mungkin anda ingin
menjadi tukang membaiki komputer, atau tauke kedai komputer, atau pereka laman web
dan sebagainya.

Oleh itu, anda perlu fikirkan cita-cita anda dan lihat syarat-syarat kemasukan ke
universiti. Jika menjadi akauntan, subjek Prinsip Akaun mestilah cemerlang. Jika minat
doktor, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan mesti cemerlang. Banyak peluang
pekerjaan di negara kita, cuma kita tidak tahu apa pekerjaan itu. Apa yang penting anda
belajar adalah untuk mendapat ilmu dan ilmu itu akan digunakan untuk bekerja. Sebab
itu, memilih aliran semasa di tingkatan empat adalah penting supaya kita tidak
membuang masa belajar perkara yang kita memang tidak minat dan tumpukan pelajaran
pada ilmu yang kita minat.

Saya sudah tekankan penting untuk belajar dahulu sebelum kelas supayaapabila di dalam
kelas, kita sudah tahu soalan apa yang hendak ditanya kepada cikgu.

Cara belajar jika mengantuk


Membaca buku atau belajar subjek yang kita tidak suka akan buat kita mengantuk.
Pertama sekali perlu semak sama ada kita tidur 7 hingga 8 jam sehari. Kalau cukup,
maknanya kita tidak suka mata pelajaran itu. Mahu tidak mahu, paksa diri belajar juga.
Kalau tak boleh, tidur sajalah.

Jangan apabila sudah tak minat, tidur berjam-jam. Habis sangat setengah jam. Apabila
bangun dari tidur, cuba baca buku walaupun sedikit. Pendek kata, buat apa-apa aktiviti
yang anda suka dan selepas itu terus baca buku walaupun sedikit. Seperti anda selepas
main “game”, baca terus sedikit buku. Atau selepas menonton televisyen, terus baca
sedikit buku.

Ingat saya, sudah maklumkan bahawa tak perlu kelam-kabut nak habiskan sebuah buku
atau satu bab. Baca sedikit-sedikit dan lama-lama jadi banyak. Macam toyol, curi duit
sikit-sikit, lama-lama jadi banyak. Itulah, tengok banyak cerita seram tapi tak pernah
ambil pengajaran.

Kalau mengantuk dalam kelas tak tahulah nak buat apa. Kalau cikgu itu garang, memang
tak boleh tidur. Saya memang mengantuk, tapi saya tahu ini disebabkan tidak tidur 7 atau
8 jam sehari. Jadi, tidurlah bagi cukup, kalau cikgu mengajar mesti menguap saja. Hal ini
disebabkan cara mengajar cikgu yang bosan. Cuba buat memorandum suruh cikgu tukar
cara mengajar. Buat macam kuiz dalam televisyen tu, ubah la rancangan Kelab Pop,
Perdana Ria, Roda Impian dan lain-lain bagi sesuai dengan cara belajar.

Oleh itu, kena semak dahulu diri kita ini sudah tidur 7 atau 8 jam sehari. Kemudian kalau
sudah cukup tidur kita masih mengantuk, ini bermakna kita tak minat. Kalau tak minat,
apa pun tak jadi. Sebab itu saya kata jangan gelojoh nak habiskan semua bab dan buku.
Ambil muka surat satu dan habiskan hari ini. Kemudian sambung muka surat dua hari
esok.

Cara lain adalah cuba baca buku, kemudian apabila mengantuk terus tutup buku dan
sambung esok. Jangan tutup buku dan tidur kalau memang sudah cukup tidur 7 atau 8
jam. Matematik kalau ambil dan buat latihan memang tak mengantuk. Tapi kalau buat
latihan matematik dan tak dapat jawapan, memang mengantuk. Apabila tak dapat
jawapan, tutup buku atau jawab soalan lain kemudian tanya cikgu atau kawan di sekolah.
Jangan nak buat banyak soalan, kalau sudah tak minat itu buatlah sedikit-sedikit dan
tinggal soalan yang tak dapat jawapan.

Ada masa kita ada “mood” dan kita baca buku banyak-banyak. Esok pula kita tak ada
“mood” dan tak baca buku langsung. Ingatlah, baca sedikit saja kalau ada “mood”, kalau
tak ada “mood” pun kena baca juga sedikit.

Cara baca buku dekat peperiksaan


Banyak orang yang kata apabila baca buku dekat peperiksaan mudah ingat. Cuba
buktikan, berapa markah yang dia dapat apabila baca sehari sebelum peperiksaan? Saya
nasihatkan sekali lagi supaya tidak baca buku hanya sehari sebelum peperiksaan tetapi
hendaklah baca setiap hari sedikit-demi sedikit. Tak kiralah ingat atau tidak, tetapi
sekurang-kurangnya baca juga daripada tak baca langsung.

Kalau anda ingat nak baca buku 3 bulan sebelum SPM atau tingkatan 5 baru nak baca
buku, anda sebenarnya tersilap langkah. Apabila 3 bulan sebelum SPM nak baca buku,
anda akan ikut perangai sebelum 3 bulan. Maknanya, anda akan tetap malas dan rasa tak
cukup masa atau banyak masa lagi atau tak cukup masa. Kalau anda di tingkatan 4 masih
rasa tingkatan 5 baru nak bersungguh-sungguh, memang tak jadi. Hal ini berlaku kepada
saya di mana saya masih bawa perangai malas di tingkatan 4. Macam mana nak ubah
perangai malas kalau dah lama jadi malas di tingkatan 4. Bacalah buku sikit-sikit setiap
hari sejak di tingkatan 4.

Kalau anda dah berada di tingkatan 5, anda akan gunakan 1 hari bulan sebagai rancangan
nak bermula, akhirnya masih tak mula langsung nak baca buku. Sebab itu saya suruh
baca sikit-sikit dan jangan nak cepat habis. Baca dari muka surat satu kemudian sambung
muka surat 2 esoknya. Kalau anda boleh baca 3 muka surat tanpa mengantuk, kemudian
apabila masuk muka surat 4 baru mengantuk, hendaklah anda baca buku 3 muka surat
sehari. Kalau sudah memang tak minat nak baca buku, baca juga 1 muka surat sehari!
Jangan tak baca langsung apabila tak faham. Cuba cari soalan SPM tahun lepas dan cuba
tengok macam mana soalan dia. Memanglah nampak susah, tapi apabila sudah sampai
hari peperiksaan sebenar SPM, saya tiba-tiba rasa senang pulak soalan ini, tapi tak boleh
jawab sebab tak ingat. Tak ingat disebabkan baru baca 3 kali dalam masa yang singkat.

Ada yang kata kena tumpukan bab-bab yang kita rasa boleh buat, lepas tu bab yang
memang tak boleh buat tak perlu peduli. Kalau soalan itu pilihan, mungkin boleh. Tapi,
saya sendiri tak boleh nak jawab soalan yang memang rasa boleh jawab, tetapi boleh
jawab soalan yang tak pernah buat banyak latihan. Hal ini disebabkan banyak buat latihan
dalam masa yang singkat menjadi pening. Soalan yang saya jarang buat tetapi buat juga
sedikit menyebabkan saya tak pening dan boleh jawab.

Cara buat jadual belajar


Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya
sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang
berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual
yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8
malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa
makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang
yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang
lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar
peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu
hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya
rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai
matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan
percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik.
Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan
peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka
matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak
suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan,
kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-
mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa
yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka
surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun
peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak
cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda
akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main
“game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda
tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu
lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda
boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar
seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan
menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah
jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis.
Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau
malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi
ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga
perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari.
Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka
sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam
pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu
senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3
sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa
untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.

Cara belajar untuk peperiksaan


Ambil buku dan baca dan buat latihan. Itu saja yang cikgu anda kata. Kalau tak faham
tanya. Lepas balik rumah, terus pegang buku dan tidur. Oleh itu, hari ini anda kena baca
bab 3 muka surat 23 topik 4 dan buat latihan topik 4. Kalau tak boleh buat baru tanya
cikgu atau rujuk jawapan.

Sudah banyak kali saya berpesan supaya ambil buku dan baca. Kalau tak baca,
bagaimana nak jawab? kalau tak pernah buat latihan, macam mana nak tahu solan macam
mana yang akan ditanya? Kalau buat sikit latihan, bagaimana nak mahir? Bacalah
perlahan-lahan dan selalu. Biasanya saya akan baca apabila ada “mood”, kalau baca
apabila tak ada “mood”, memang tak guna. Tetapi, jangan asyik tak ada “mood”, cipta
“mood” sendiri. Anda mesti tahu apa yang anda suka. Contohnya apabila tengok
televisyen ada iklan, masuk bilik dan baca walaupun 5 minit tetap dinamakan baca.

Kalau subjek matematik, tak ada masalah dengar lagu dan tengok televisyen. Tetapi,
kalau masa buat latihan esei pun dengar lagu, kemungkinan jawapan anda adalah lirik
lagu.

Peperiksaan itu tidak penting. Tetapi menjadi penting apabila peperiksaan itu menjadi
sebab untuk masuk universiti. Sebab nak masuk universiti adalah untuk belajar mengenai
sesuatu bidang yang kita suka dan ilmu itu kita akan guna masa bekerja. Sesiapa yang
dapat keputusan cemerlang peperiksaan, bolehlah masuk universiti dan belajar apa yang
dia suka untuk guna masa bekerja.

Kalau anda lihat jadual kelas, anda akan lihat banyak masa Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.Oleh itu, gunakan masa yang banyak itu untuk mahir subjek bahasa. Di rumah
tak perlu ulangkaji subjek itu kerana sepatutnya dah mahir di sekolah.

Tuisyen 2 jam seminggu untuk satu subjek dengan harga RM20? Lebih baik upah orang
untuk tengok anda baca buku, kemudian guna duit itu pergi makan di luar sebab dah
habis belajar. Cikgu anda mengajar satu masa 40 minit. Contohnya Sejarah ada 3 masa
dan itu bermakna anda belajar 2 jam seminggu. Manakala subjek Bahasa Melayu anda
belajar selama 4 jam seminggu. Tetapi subjek Bahasa Melayu anda jawab peperiksaan
hanya 4 jam 45 minit. Cikgu tuisyen adalah cikgu di yang mengajar di sekolah. Saja dia
mengajar untuk tambah duit poket. Benda yang dia ajar memang tak lari daripada apa
yang cikgu ajar. Mungkin cara dia ajar berlainan sedikit. Cikgu sebagus mana pun kalau
anda balik tengok televisyen tanpa buka dan baca sedikit pun apa yang dia ajar, memang
tak guna! Anda hendaklah baca! Buat latihan!
Saya cadangkan anda tengok soalan SPM tahun-tahun lepas dan cuba buat. Jangan nak
berlagak anda buat banyak latihan dan baca banyak buku kalau soalan SPM tahun lepas
tak boleh buat. Ada yang kata, buat apa buat latihan tahun lepas sebab mesti sudah tak
tanya soalan yang sama. Anda perlu tahu, tujuan menjawabnya adalah untuk semak sama
ada anda boleh buat atau tak, kalau masih tak boleh buat, macam mana nak jawab soalan
yang sebenar. Kalau SPM boleh letak buku atas meja pun, belum tentu anda boleh jawab
jika tak tahu cara menjawab. Kalau nak tahu tanya cikgu atau sesiapa saja cara
menjawab.

Kalau tak minat tak payah baca banyak-banyak, nanti anda apabila bekerja nanti mesti
tak akan minat bekerja yang menggunakan subjek itu.Walaupun begitu, anda perlu sapat
A subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik. Subjek-subjek sains seperti Fizik,
Kimia, Biologi juga perlu dapat A kalau nak kerja hebat-hebat. Kalau nak jadi akauntan
pun gaji besar juga, bagi dapat A subjek Prinsip akaun. Kalau nak gaji tinggi-tinggi,
belajar kena pandai subjek sains (Fizik, Kimia, Biologi). Habis sangat dapat C pun jadi.
Yang penting jangan biar saja buku tanpa anda baca. Ingatlah, lepas SPM banyak lagi
benda-benda buang masa anda boleh buat. Sekarang ni cuba ambil satu buku subjek apa-
apa dan lihat dan baca dan cuba jawab dan jawab. Mana ada rahsia lain selain baca,
minum air jampi satu tong pun belum tentu boleh dapat A. Pernahkah anda jumpa orang
yang kata dia tak baca buku pun boleh dapat A. Paling tidak dia kata baca sikit dan sikit
dia tu apabila kumpul-kumpul hari-hari memang jadi bukit.

7 tips latihan ‘Menguruskan Masa’ sepanjang cuti sekolah – Tip


1

Posted by Osman Affan under Urus Masa


[2] Comments

Tip menguruskan masa yang pertama ialah ‘Buat satu senarai tugasan yang perlu
dilakukan’. Di dalam Bahasa Inggeris, ini dinamakan ‘To Do List’. Untuk menyediakan
senarai ini adalah satu kerja yang sangat mudah sebenarnya tetapi kesannya kepada cara
kita melakukan sesuatu kerja adalah amat besar sekali.

Jika anda seorang pelajar, di masa cuti sekolah ini, pada waktu malam sebelum tidur,
buat latihan ini selama 5 hingga 10 minit. Sediakan satu buku kecil. Buku kecil yang
dicadangkan ialah buku kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. Namun jika tidak ada,
jangan risau. Jangan jadikan ia satu alasan. Ambil apa-apa sahaja buku atau kertas
kosong yang boleh digunakan.

Dalam masa 5 hingga 10 minit, tuliskan semua perkara yang anda mahu lakukan pada
esok hari. Fikirkan sejenak, selepas bangun tidur, apakah aktiviti-aktiviti yang perlu anda
lakukan. Senaraikan semuanya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting dan juga aktiviti yang
mungkin kurang penting. Mungkin pada waktu cuti sekolah anda ada lebih banyak
aktiviti yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Tidak mengapa. Tuliskan sahaja.
Latihan ini sebenarnya adalah untuk membiasakan diri kita berfikir dan melihat sedikit
jauh ke depan sebelum kita melakukan sesuatu. Masalah utama pelajar yang menghadapi
masalah pengurusan masa ialah mereka rasa terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.
Namun apabila mereka senaraikan di atas kertas perkara-perkara tersebut, ia tidak
kelihatan begitu banyak lagi. Hasilnya, mereka rasa ia boleh disempurnakan dengan baik.

Langkah seterusnya.

Setelah anda tulis semua aktiviti yang perlu dilakukan esok, lihat semula senarai aktiviti
tersebut. Saya mahu anda berikan nombor atau gred untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Saya
mahu anda berikan aktiviti tersebut gred, 1,2 atau 3. Gred ini bermaksud,

Gred 1 – Sangat penting Gred 2 – Penting Gred 3 – Tidak penting

Penting atau tidak penting ini pula anda perlu berhati-hati. Anda perlu jelas apa matlamat
anda sebagai seorang pelajar. Jika saya tanya bermain video games selama 3 jam adalah
Gred 1, 2 atau 3, apakah jawapan anda? Jika anda jawab 3 (tidak penting), bermaksud
matlamat anda ialah untuk menjadi pelajar cemerlang dan cita-cita anda satu hari nanti
ialah mahu berjaya dalam bidang yang boleh dikaitkan dengan pendidikan.

Namun jika anda jawab 1 (Sangat penting), ini bermakna cita-cita anda bukanlah mahu
menjadi pelajar cemerlang. Ada kemungkinan cita-cita anda mahu menjadi pemain video
games professional.

Jadi, untuk perbincangan kita mengenai cara menguruskan masa ini, saya andaikan cita-
cita anda ialah mahu berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. Berikan gred
kepada senarai aktiviti anda sekarang. (Jika anda pelajar sekolah rendah, dapatkan
bantuan ibu bapa, abang, kakak atau guru untuk menentukan gred aktiviti ini.)
Apabila anda lihat gred ini semua, anda boleh nampak dengan jelas apakah fokus utama
aktiviti anda untuk hari esok. Jika anda kesuntukan masa, anda perlu fokuskan kepada
perkara yang mempunyai gred terendah iaitu 1 atau 2. Apabila anda penat selepas
melakukan aktiviti gred 1, anda boleh berehat dengan melakukan akitiviti dalam senarai
yang mempunyai gred lebih tinggi. Contohnya, selepas penat membuat kerja sekolah
Matematik (Gred 1), anda boleh berehat dengan melakukan aktiviti menonton DVD
Kungfu Panda (Gred 3). Hebat bukan? Siap Gred 1, berehat dengan Gred 3. Hasilnya
banyak aktiviti dalam senarai boleh disempurnakan.

Setelah esok berakhir iaitu pada waktu malam sebelum tidur, lihat semula senarai ini.
Cuba tandakan mana aktiviti yang telah disempurnakan. Percaya atau tidak, jika teknik
ini diamalkan, anda akan rasa sangat seronok apabila anda membuat tanda pada aktiviti
yang telah disempurnakan. Ia memberikan kita satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Bagaimana dengan aktiviti yang belum disempurnakan? Tuliskan semula aktiviti tersebut
di dalam senarai baru untuk hari berikutnya. Kadangkala kalau ia gagal dilakukan hari
ini, ia akan menjadi semakin penting pada keesokan harinya. Jadi pastikan kita menukar
gred aktiviti tersebut jika perlu.

Tanamkan azam untuk membuat aktiviti ini sepanjang cuti sekolah ini. Jangan risau kalau
anda rasa sukar pada mulanya. Saya akan terangkan lagi tentang kepentingan langkah ini
dalam posting saya seterusnya. Selamat menulis senarai aktiviti harian anda.

Tips belajar saat akhir


Daripada Wikibooks.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus.
Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar sebegini, cuba amalkan kaedah di
bawah ini:

Petua
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan.
Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya
dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi
lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan
diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil
menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali.
Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-
kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang
dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu
anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri
anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda
berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-
apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil
masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba
berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung
semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar.
Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa
mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda
berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda
hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng
berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.

Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga
dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak
mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa
kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan
pengurangan waktu tidur yang dilakukan.

Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi
peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan
memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami
gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai
perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana
ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka
pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu,
mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan
ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi
tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang
atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat
doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak
sendirian. Ini akan membahayakan anda.

Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian


mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin
tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang
anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi
lebih buruk setelah habis belajar.

Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang
berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-
kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu
mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya
untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan
mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang


penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang
penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan
isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai
masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan
membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu
anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-
soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari
setiap soalan yang anda pilih.

You might also like