You are on page 1of 4

RANCANGAN 

INTERGRASI  MURID  UNTUK  PERPADUAN (RIMUP) 

RANCANGAN Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang mula diperkenalkan


semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri
Pendidikan pada 1984 (ketika itu Menteri Pelajaran) kini akan digiatkan lagi
melibatkan lebih banyak sekolah di seluruh negara.

Walaupun kini program RIMUP dijalankan secara berterusan di beberapa buah


sekolah di seluruh negara sehingga kini, pelaksanaannya dijalankan secara tidak
serius dan tidak berstruktur.Ditambah dengan kewujudan beberapa kompleks
sekolah wawasan, RIMUP seolah-olah dilupakan walaupun konsep pelaksanaannya
baik dan murni.

Bagaimanapun menurut menurut sumber Kementerian Pendidikan, kini, selain


program integrasi menerusi sekolah wawasan, program RIMUP mula dihidupkan
semula di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang. Kata sumber itu lagi, usaha-
usaha serius ke arah menyegar dan menyebarluaskan program RIMUP juga kini
sedang giat dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan yang
bertanggungjawab berhubung kegiatan dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Khabarnya, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan akan menghalusi semula


buku panduan pelaksanaan RIMUP yang diterbitkan pada 1986 dan akan disebarkan
ke seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebagai panduan pelaksanaan.
Buku panduan itu akan diperincikan lagi dengan memasukkan beberapa elemen
baru terutamanya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan pelajar secara bersama
melalui perkongsian kemudahan melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah. Selain itu
menurut sumber Kementerian Pendidikan, jika sebelum ini buku panduan itu
ditumpukan kepada pelaksanaan di sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan (SK),
sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, tetapi konsepnya kini akan
diperluaskan di sekolah-sekolah menengah.

Apa sebenarnya pengisian RIMUP dan apakah perbezaannya dengan projek


integrasi yang dilakukan menerusi konsep sekolah wawasan?. Perbezaan paling
ketara antara kedua-dua konsep integrasi itu ialah daripada segi fizikalnya.
Sekolah Wawasan seperti mana yang diketahui umum melibatkan sebuah kompleks
yang menghimpunkan ketiga-tiga jenis aliran sekolah rendah di negara ini iaitu SK,
SJKC dan SJKT.

Program-program integrasi antara ketiga-tiga sekolah itu dijalankan di dalam


kawasan persekitaran sekolah. Walaupun memakai nama sekolah yang berlainan
dan di bawah pentadbiran tiga guru besar berlainan, pelajar dan guru sekolah
berkongsi kemudahan asas seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin.
Perhimpunan pelajar melibatkan ketiga-tiga jenis sekolah iaitu SK, SJKC dan SJKT
dilakukan setiap hari.

RIMUP pula meliputi aktiviti-aktiviti bercorak integrasi kaum melibatkan tiga sekolah
berlainan aliran terutamanya daripada kawasan yang berhampiran.

Projek-projek yang dilaksanakan itu akan melibatkan penggabungan kegiatan-


kegiatan khas, penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah serta
perkongsian dan penggembelingan tenaga, pengalaman dan kepakaran yang ada.
Matlamat akhirnya ialah perpaduan kaum antara pelajar daripada ketiga-tiga aliran
persekolahan.

Konsep kesefahaman, kerja sama, tolong menolong, muhibah dan toleransi antara
pelajar daripada ketiga-tiga jenis aliran persekolahan ini juga adalah unsur-unsur
yang akan disemai menerusi program RIMUP.

Antara kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan untuk dilakukan secara bersama


ialah seperti merentas desa, lumba jalan kaki, bola sepak, bola keranjang, bola
baling, sukaneka dan juga kegiatan-kegiatan bercorak khidmat masyarakat seperti
gotong royong membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah.

Satu aspek penting dalam melaksanakan RIMUP ini ialah ia tidak akan melibatkan
aspek-aspek agama, akademik, bahasa pengantar, kurikulum dan pentadbiran
ketiga-tiga jenis sekolah.Dalam erti kata lain, segala program yang dirancang di
bawah RIMUP hendaklah dilaksanakan di luar waktu rasmi sekolah demi
menjejaskan keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah. Soal integrasi
kaum antara pelajar kini menjadi amat penting bagi menjamin bangsa Malaysia yang
bersatu padu dan kesedaran kepada pentingnya perpaduan itu perlu dipupuk sejak
pelajar berada di sekolah lagi.

Memandangkan pembinaan sekolah wawasan memerlukan belanja yang besar,


RIMUP perlu dilaksanakan secara lebih serius, tersusun dan melibatkan lebih
banyak sekolah. Malah, kerjasama antara ketiga-tiga buah sekolah itu seharusnya
tidak dihadkan kepada aktiviti-aktiviti bercorak kokurikulum semata-mata, tetapi juga
melibatkan aktiviti akademik.

Umpamanya berkongsi mengadakan kelas-kelas tuisyen ataupun bertukar-tukar


kertas soalan peperiksaan antara ketiga-tiga sekolah. Selain itu, ketiga-tiga sekolah
juga boleh bersatu tenaga untuk mengadakan kem-kem motivasi. Mungkin di sini,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada ketiga-tiga sekolah boleh bergabung
tenaga untuk merancang program tertentu.

TUJUAN PROGRAM 

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP) merupakan  satu


program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang
bangsa, etnik, budaya,  dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan
kestabilan sesebuah negara dengan sebab  ini kerajaan telah memberi peruntukan
yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan
untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak
mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan
sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan
pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..
 
Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa.
Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman,
pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada
dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.
 
Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap
bersatupadu  tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai 
dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di
peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung
juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat
meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup
dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.
 
Objektif  :

    Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta


warga sekolah.
     Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni
dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang.
     Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan
murid serta semua yang terlibat.
     Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran,
kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang
terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

You might also like