You are on page 1of 18

7.

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK 4 JAM


DISLEKSIA

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah
laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap
pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid
berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran

1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian


kanak-kanak disleksia.
2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-
kanak yang mempunyai masalah disleksia
3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian
diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru
yang dilantik khas.

7.1 Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan


bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan
sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat
peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid
dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh
dikategorikan sebagai pentaksairan.

Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya


melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951),
pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria
tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran
merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh
dengan ringkas dan mudah.
7.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada


pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi
komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis
kecatatan yang sesuai :

a. Koleksi (Collection)
Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-
punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat
latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan
laporan guru.

b. Analisis (Annalysis)
Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,
perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

c. Penilaian (Evaluation)
Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,
bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan
kelemahan pelajar.

d. Keazaman (Determination)
Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

e. Syor/cadangan (Recommendation)
Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi
sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan


bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :
a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)
b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)
c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement)
d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)
e. Penilaian (Evaluation)

7.2.1 Pengenalpastian masalah


Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui
proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia
ataupun guru-guru mata pelajaran :

a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka terdiri
daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti
pendidikan di arus perdana selama enam bulan.

7.2.2 Penempatan

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia


dikenal pasti melalui :

a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi


mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.
b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru
pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.
c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD
(Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru
kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.
d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru
program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada
Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada
ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan
pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).
f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi
Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti
kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia
mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.
g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti
program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya.

7.2.3 Pemilihan strategi pemulihan

Untuk melaksana P&P, guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan.


7.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka
satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka sebuah
Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan dan
telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM, UKM,
UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti


memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia
mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:
a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan

b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai.

Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam


pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne
dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-
pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.

7.3.1 Ujian Pengamatan

Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas


pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait
rapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh
dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan
seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat
dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan
makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman
lalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program
Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai
kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah
perlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan berkait rapat dengan pemikiran
manusia.

Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With


Learning Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses
untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme
yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain itu,
Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanak
disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan disleksia
visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan.

Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang


khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad,
perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata
lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan
bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu
objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek
pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa
dengan baik.

Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti


apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajian
menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk
mempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah phonological (Ball &
Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994). Antara aspek masalah
pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah
masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological, mengingat apa yang didengar,
Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kanak-kanak
disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga
menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.
Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk
menerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang
melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh).
Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa
keras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan
contoh pengamatan tactile.

Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan


menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada
bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan merupakan
contoh kepada pengamatan koordinasi.

Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan


koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada
tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang
dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:
a. Pengurusan
b. Penumpuan atau konsentrasi
c. Bahasa
d. Ingatan
e. Emosi atau tingkah laku
Objektif Ujian Pengamatan

Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang
dihadapi oleh murid dalam :

a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk,


corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu,
guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam
b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu
objek objek yang lain.
c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak,
huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan,
atau ke bawah dan dari bawah ke atas.
e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan
kanak-kanak khas.
h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.
i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

Komponen Ujian Pengamatan


Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada :

a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.

b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.

c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

d. Diskriminasi kedudukan (Position in space)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

e. Koordinasi Motor-mata-tangan
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-
mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

f. Pertalian jarak (Spatial Relationship)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke
kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

g. Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

h. Turutan (Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula
aktiviti-aktiviti bersiri.

i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
abstrak.

j. Menyalin (Visual Copying)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

7.3.2 Senarai Semak Disleksia

Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang


dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada
tiga elemen iaitu :
a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis
b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti
c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti
kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiran
mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.

7.3.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)


ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang
murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-murid
yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang
mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia
dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui
penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa
murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :
a. Kecerdasan mental yang normal
b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah
c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan
menulis.
d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum
e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam
pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah
merujuk kepada :
a. Kriteria murid yang dinilai
b. Kriteria Penilai
c. Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :


a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas
b. Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau


b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.
c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.
d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-
langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.
Pencalonan

Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa

TMMD
Perumusan

KMMD
Pelaporan

Tidak sah
Pengesahan Pengamal Perubatan

Sah

Pelaporan

Petunjuk
:
KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia
TMMD : Tiada mengalami masalah disleksia

7.4 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-
daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang
berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca


kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa
Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka
guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

7.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.
Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari
akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

7.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk
membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam


melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.

Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan
Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti
kategori masalahnya.

Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda
akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.

Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.


INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian A

BIODATA MURID

Arahan : Tandakan Ö atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama Murid

1. Jantina 3. Mengikuti Program


Pemulihan Khas

Lelaki
Perempuan
Sedang
Tidak

4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

Tahun Nama Melayu


Kelas Cina
1 India
2 Bumiputra Sabah
3 Bumiputra Sarawak
4 Bumiputra Orang Asli
5 Lain-lain
6
6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian
Akademik

Baik A B C D E
Memuaskan Bahasa Malaysia
Sederhana Bahasa Inggeris
Lemah Matematik
Sains
Kajian Tempatan
Kemahiran Hidup
Pend.Islam/Moral
P.Jasmani &Kes
Muzik
8. Nama Sekolah

9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

Bandar Perlis
Luar Bandar Kedah
Pulau Pinang
11. Daerah Perak
Selangor
W.P.Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
12. Nama Penilai W.P.Labuan

13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

Bahagian B

SENARAI SEMAK
Arahan : Tandakan Ö pada petak yang sesuai.

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.

A. Mengeja
Ya Tidak

1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung


kaitan makna dengan perkataan asal. 2

3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

i. menyusun abjad dalam perkataan 3

ii. menggabung suku kata terbalik 4

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang


hampir sama dalam suku kata. 5

B. Membaca

5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca


berbanding rakan sebaya 6
6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid
Semasa membaca ialah ;
i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

ii. Menggugurkan perkataan; 8

iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9

iv. Melangkau baris; 10

v. Menggantikan perkataan. 11

Ya Tidak

7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12


Perkataan yang mempunyai vokal berganding,
diftong.

8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

C. Menulis

9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

10. Murid sukar menyalin maklumat ;

iii. dari papan tulis 15

iv. yang diperdengarkan 16

11. Tulisan murid sukar dibaca 17

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan


sebaya 18

13. Murid menulis secara terbalik ;

vi. abjad-abjad tertentu ; 19

vii. perkataan 20

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

15. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik.


22

16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ;


i. Tunggal ; 23

ii. Bersiri 24
Ya Tidak

17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26


dengan rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam


bidang-bidang tertentu. 27

20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi


pencapaian akademiknya rendah. 28

21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal


untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi


mengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

24. Murid mempunyai pencapaian yang baik


dalam subjek-subjek kemahiran berbanding
dengan subjek-subjek akademik. 32

25. Murid boleh menjawab secara lisan soalan


kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

26. Murid boleh menceritakan semula petikan yang


diperdengarkan. 34

27. Murid yang kreatif. 35

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

30. Murid berkebolehan dalam membuat


jangkaan 38

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang


tinggi. 40

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Ya Tidak

33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41


34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak
daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan
bacaan dan penulisan. 42

35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46

39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusan


masa 47

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A
(diisi oleh penilai)
Jumlah Jumlah
Ya Tidak
Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,
membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN B
(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)
Kod

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,


membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN C
(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Rumusan

Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia


Tandatangan : ___________________________________

Nama : ___________________________________

Disahkan

T/T Guru Besar : ___________________________________


Cop Sekolah :

Nama : ___________________________________

Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
(U.P Unit Pendidikan Khas)

You might also like