You are on page 1of 8

Faktor-faktor mempengaruhi

pembinaan rumah.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembinaan sesebuah rumah.Faktor-faktor ini yang
telah mencetus pelbagai reka bentuk rumah seperti mana yang telah dapat dilihat pada masa kini.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan sesebuah rumah ialah:

a)Faktor sejarah:-

Dari segi faktor sejarah,kita mendapati keadaan manusia berubah dari masa ke semsa.Jika kita
melihat pertempatan awal manusia,manusia pada zaman dahulu lebih banyak tertumpu di kawasan
yang berhampiran sungai.Namun,pada zaman awal manusia iaitu zaman paleolitik manusia hidup
didalam gua.Apabila zaman berubah,gua tidak lagi menjadi tempat tinggal manusia sebaliknya
kawasan di lembah sungai atau tasik menjadi tumpuan manusia untuk mendirikan tempat tinggal.
Malah,faktor sejarah juga mempengaruhi reka bentuk rumah bagi sesetengah kelompok
manusia.Sebagai contoh,rumah orang minangkabau mempunyai bentuk bumbung sperti kerbau.Ini
ad kaitannya dengan sejarah perlawanan kerbau oleh kaum mereka pada suatu masa dahulu.

b)Ciri-ciri fizikal:-

Ciri-ciri fizikal kebiasaannya menjadi faktor penting dalam pembinaan rumah.Sebagai


contoh,rumah masyarakat bajau laut di atas bot lantaran mereka hidup di atas laut.Bagi masyarakat
petani pula rumah mereka di bina di atas tanah.

c)Keselamatan:-

Dari segi keselamatan pula,masyarakat terdahulu tinggal di dalam gua.Ini kerana mereka tidak
tahu untuk membina rumah sendiri.Selain itu,gua juga menjamin keselamatan mereka dari ancaman
binatang buas.Jika dilihat masyarakat didalam hutan seperti orang asli contohnya,mereka membina
rumah mereka tinggi dari lantai bumi.Ini bertujuan untuk mengelakkan binatang liar seperti babi
hutan memasuki rumah mereka.Malah,keadaan rumah yang tinggi juga membolehkan mereka
menghindari ancaman dari bintang liar yang lain.

d)Bentuk:-

Dari segi reka bentuk pula,boleh dilihat keadaan rumah di setiap negara adalah berlainan.Sebagai
contoh,negara-negara Eropah mempinyai bumbung berbentuk tirus manakala di kawasan yang
panas seperti negara-negara Arab mampunyai bumbung yang rata.Bentuk-bentuk sebegini di bina
mempunyai tujuannya yang tertentu.Bumbung tirus seperti yang dibina di Eropah adalah untuk
mengelakkan salji terkumpul di atas rumah apabila musim sejuk tiba.Malah kita biasa melihat
terdapat cerobong asap di bumbung mereka.Ini kerana mereka akan membakar kayu untuk
memanaskan rumah mereka seandainya mereka tidak menggunakan pemanas rumah yang lebih
canggih.Di negara-negara Arab,keadaan bumbung yang rata membolehkan mereka menyidai
pakaian diatas rumah mereka.Tambahan pula keadaan iklim panas yanag kurang hujan
membolehkan bahagian bumbung mereka digunakan untuk kegunaan mereka sendiri.
e)Keselesaan:-

Jika dilihat pada keselesaan pula,kebanyakan rumah kini di bina mengikut kepada pendapatan
seseorang itu dan reka bentuk yang diingini pemilik tersebut.Ada juga sesetengah bahan binaan
yang mereka gunakan memberi keselesaan kepada orang yang tinggal di dalam rumah itu sendiri.
Sebagai contoh,negara-negara Arab rumah mereka di bina menggunakan tanah.Ini membeiri
keselesaan kepada mereka kerana rumah mereka tidak berada di dalam keadaan panas.Manakala di
kawasan kutub pula,orang-orang Eskimo tinggal di dalam rumah susunan bongkah ais yang di
kenali sebagai igloo.Rumah yang di perbuat dari ais ini sebenarnya panas di kawasan dalamnya
membolehkan orang yang tinggal di dalamnya terhindar daripada kesejukan melampau di kutub.

f)Kepadatan penduduk:-

Pembinaan rumah juga bergantung kepada kepadatan setempat.Sebagai contoh,kawasan bandar


kebanyakan rumah di kawasan ini dibina dalam bentuk perumahan.Ini kerana masyarakat di
kawasan bandar memerlukan rumah.Oleh itu,bagi menampung kehendak ini,perumahan dibina bagi
memenuhi kehendak masyarakat dalam memiliki rumah sendiri di kawasan bandar.Sebaliknya
kawasan luar bandar rumah yang dibina kebiasaan jauh antara satu sama lain.ini kerana kurangnya
kepadatan penduduk dikawasan tersebut.
GUA
Pada zaman dahulu,masyarakat zaman awal telah menjadikan gua sebagai tempat tinggal
mereka.Masyarakat awal manusia iaitu zaman Paleolitik telah menjadikan gua sebagai tempat
tinggal kerana mereka masih tidak tahu untuk membina petempatan mereka sendiri.Namun apabila
mereka sudah semakin maju dan telah berada di zaman Logam,mereka sudah mampu mencipta
alatan dan telah mula membina rumah mereka sendiri.

Gua Niah: Salah satu daripada tempat tinggal awal manusia pada zaman
Paleolitik.

Jika dilihat pada faktor yang telah di nyatakan,terdapat beberapa faktor yang menjadikan Gua Niah
sebagai tempat tinggal awal manusia.

Faktor Sejarah.
Manusia zaman dahulu masih tidak tahu membina rumah mereka sendiri.Oleh itu,gua telah di
jadikan sebagai tempat tinggal mereka memandangkan gua menyediakan tempat mereka
berlindung.

Faktor keselamatan.
Manusia zaman dahulu berlindung daripada ancaman binatang liar dan perubahan cuaca telah
menjadikan gua sebagai tempat mereka berlindung.

Peninggalan penghuni Niah di Gua Kain Hitam –


Lukisan dinding dan perahu mayat.
Pondok
Pondok ialah kecil tanpa bilik yang dibina dari bahan asli seperti papan, jerami atau tanah.
Biasanya pondok dibina di tengah sawah atau hutan, sebagai tempat sementara untuk berehat.
Pondok bukanlah rumah yang tetap. Oleh itu bahan binaan cukup mudah seperti 4 tiang, bertangga
kecil, atap nipah dan tidak berbilik. Pondok kebiasaannya tidak digunakan untuk jangka masa yang
panjang.Namun pondok juga turut dijadikan tempat tinggal terutama bagi penduduk di kawasan
pedalaman.

Pondok di Amazonia,Brazil, dibuat dari jerami dan dibina di atas kaki bajang.

Beberapa faktor yang menjadikan pondok sebagai tempat tinggal.Faktor-faktor ini menjadikan
manusia memilih pondok sebagai pilihan mereka untuk tinggal.

Faktor Ciri-ciri Fizikal muka bumi.


Keadaan kawasan mereka yang jauh di dalam hutan tidak membolehkan mereka untuk
mendapatkan bahan-bahan seperti batu-bata untuk membina rumah.Oleh itu,bahan-bahan seperti
kayu atau daun-daun digunakan untuk membina rumah.Keadaan mereka yang sering berpindah-
randah juga menyebabkan mereka tidak memilih untuk tinggal di dalam rumah yang besar.

Faktor bentuk.
Keadaan mereka yangsering berpindah-randah membuatkan masyarakat yang tinggal di kawasan
pedalaman memmilih untuk tinggal di dalam pondok.Tambahan pula mereka tidak mempunyai
bahan yang seperti di kawasan bandar untuk membina rumah yang besar.Oleh itu,bahan-bahan di
sekeliling mereka sahaja yang digunakan untuk membina sebuah tempat untuk didiami.
Pinggiran sungai atau tasik
Pada masa dahulu,rumah-rumah dibina di kawasan yang berhampiran sungai atau tasik.Rumah
ini dibina dikawasan berhampiran sungai atau tasik bagi memudah mereka untuk mendapat bekalan
air serta sumber makanan untuk kehidupan seharian mereka.Mereka turut menjadikan sungai atau
tasik ini sebagai laluan perhubungan antara satu kawasan ke satu kawasan yang lain.Sebagai
contoh,kawasan di Tonle Sap.Masyarakat yang mendiami kawasan ini kebiasaannya menjadi
nelayan bagi perikanan air tawar kerana Tasik Tonle Sap mengandungi pelbagai jenis ikan air tawar.

Rumah terapung dan masyarakat nelayan di Kampuchea

Terdapat sekelompok manusia yang memilih kawasan pinggiran sungai dan tasik sebagai kawasan
kediaman atas beberapa faktor.

Faktor ciri fizikal muka bumi.


Keadaan Kampuchea yang mempunyai tasik yang luas menyebabkan masyarakat di Kampuchea
memilih untuk tinggal di dalam rumah terapung di Kampuchea.Mereka memilih untuk tinggal di
tasik kerana tasik menjadi tumpuan utama sumber kehidupan mereka seharian.

Faktor Sejarah.
Jika dilihat pada sejarah,sejak dari zaman dahulu lagi masyarakat Kampuchea telah menjadikan
kawasan tasik Tonle Sap sebagai tempat tinggal mereka.Maka tidak hairanlah mereka menjadikan
tasik Tonle Sap sebagai kawasan tempat tinggal mereka.
Rumah Inggeris
Rumah Inggeris merupakan rumah yang telah dibina oleh pihak Inggeris semasa kedatangan
mereka ke Tanah Melayu untuk menjajah Tanah Melayu.Rumah ini mempunyai rekaan seakan-akan
sama seperti rekaan rumah orang-orang Eropah.Rumah ini menempatkan residen-residen Inggeris
yang bertugas untuk menasihati sultan dalam hal pentadbiran negeri.

Rumah Inggeris dibina atas beberapa faktor.Banyak faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah
Inggeris di negara kita.

Faktor Sejarah.
Kedatangan Inggeris untuk menjajah negara telah meninggalkan rumah yang telah menjadi
kediaman bagi residen Inggeris di Tanah Melayu.

Faktor Keselesaan.
Rumah Inggeris yang dibina di kawasan tanah tinggi mempunyai cerobong asap diatas rumah
mereka.Asap akan keluar melaluinya apabila kayu di bakar untuk memanaskan rumah.
Rumah Kutai
Reka bentuk rumah Kutai di Perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar (yang terletak
dalam lingkungan dunia Bugis), Indonesia. Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap
di Perak. Dikatakan rumah ini menerima pengaruh Bugis.Ada juga yang berpendapat bahawa
rumah ini sebenarnya adalah rekaan yang di bawa dari Acheh.Kedatangan orang Bugis dan Aceh
telah mempengaruhi seni bina rumah di Perak masa masa dahulu.

Ini adalah replika sebuah rumah Kutai yang


terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak

Jika dilihat rumah kutai mempunyai faktornya yang tersendiri yang telah mempengaruhi rumah
tersebut.Seni bina dan rekaan rumah ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut.

Faktor sejarah.
Kedatangan orang-orang Bugis dan Aceh telah banyak mempengaruhi rekaan rumah kutai.Mereka
yang datang dari kepulauan Indonesia telah membawa pengaruh budaya dan diterima oleh
masyarakat setempat.

Faktor Keselesaan.
Rumah kutai yang dibina menggunakan kayu sesuai dengan keadaan iklim di Tanah Melayu yang
panas dan lembap sepanjang tahun.
Rumah Minangkabau
Rumah gadang (bahasa minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat Minagkabau. Gaya seni
bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan
dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang berkhidmat sebagai sebuah tempat tinggal, sebuah
dewan untuk mesyuarat keluarga, dan untuk aktiviti-aktiviti upacara. Dengan masyarakat
matrilineal Minangkabau, rumah gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di
situ - kemilikan adalah dikirimkan dari ibu ke anak perempuan.

Rumah gadang di Kampung Pandai Sikek di Sumatra Barat, dengan dua bangsal
(rangkiang) di hadapan

Faktor sejarah.
Rumah minangkabau merupakan seni warisan daripada sejarah orang minangkabau.

Faktor Keselesaan.
Rumah ini turut di bina berasaskn kayu.Jadi,keadaannya sesuai dengan iklim panas dan lembap
sepanjang tahun.

You might also like