You are on page 1of 3

5.

0 KETERANGAN TEORI

5.1 Teori Perkembangan Jean Piaget

Sebagaimana yang kita tahu, dalam membicarakan ataupun mengkaji tentang


proses perkembangan kanak-kanak, pelbagai aspek yang boleh diambil kira dan salah
satunya ialah perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Bagi melicinkan sesuatu kajian,
kita seharusnya berpegang pada teori yang telah diketengahkan oleh pakar-pakar yang
cukup hebat yang dulunya pernah mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak dan
menterjemahkan kedalam bentuk teori dan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak,
terdapat dua teori perkembangan iaitu teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan teori
perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Jadi, bagi mengkaji tahap perkembangan kognitif adik
Nor Aishah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih teori perkembangan kognitif
Jean Piaget.

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa proses pemikiran


manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai
kematangan. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan
melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu (Haliza Hamzah,
2001). Jean Piaget telah mengenalpasti beberapa faktor yang saling berkait yang boleh
mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan
persekitaran, pengalaman sosial dan juga keseimbangan.Kematangan biologi merujuk
kepada proses pemikiran yang depengaruhi oleh faktor baka/genetik dan apabila saya
menjalankan beberapa pemerhatian terhadap adik Nor Aishah, saya mendapati corak
pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh faktor baka/genetik kerana memandangkan
perkahwinan campur antara ibu dan bapanya. Ibu beliau berketurunan Melayu dan ayah
beliau memiliki darah campur antara Melayu dan India. Jadi, faktor genetik ini juga banyak
mempengaruhi cara beliau berfikir.

Selain itu, interaksi beliau dengan persekitaran juga sangat baik. Hal ini kerana,
beliau gemar meneroka,menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati dengan
mudah. Beliau senang membuat hipotesis awal terhadap apa yang beliau lihat dan dengar.
Pengalaman sosial yang dimiliki oleh beliau juga cukup luas jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang sebaya dengan beliau. Ini kerana beliau lebih rapat dengan ayah
berbanding dengan ibunya dan ayah beliau merupakan seorang kontraktor merangkap
pengerusi JKKK di kawasan perumahan beliau. Jadi, beliau sering mengikuti ayahnya ke
tempat JKKK dan perkembangan kognitif beliau juga banyak dipengaruhi oleh pergaulan
beliau dengan orang-orang persekitaran yang lebih tua daripadanya. Beliau juga merupakan

26
seorang yang peramah dan senag bergaul dengan orang yang baru beliau kenal. Mungkin
disebabkan faktor inilah, beliau mempunyai ramai kawan dari segenap peringkat umur dan
masing-masing senang bergaul dengannya.

Faktor keempat yang dikenalpasti oleh Piaget ialah faktor keseimbangan.


Keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk
mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. Dalam mengupas tentang adik Nor
Aishah, beliau sememangnya senantiasa cenderung untuk memahami persekitaran beliau
dan berusaha untuk mencapai proses keseimbangan. Dalam mencapai proses
keseimbangan, beliau akan melalui beberapa proses seperti skema, organisasi, asimilasi
dan akomodasi dan apabila beliau berjaya melaluinya, proses keseimbangan akan berlaku.
Sebagai contoh, saya telah melakukan satu ujian tentang skemata bagi membantu beliau
untuk faham yang setiap ayat mestilah dimulai dengan huruf besar. Dalam situasi baru
ataupun dalam skema ini, beliau keliru samada huruf besar sepatutnya diletakkan di
hadapan setiap ayat ataupun setiap patah perkataan. Jadi, saya menerangkan kepada
beliau bahawa setiap ayat sepatutnya dimulai dengan huruf besar bukannya setiap patah
perkataan dimulai dengan huruf besar dan proses ini dipanggil sebagai proses asimilasi.
Proses beliau mengubah pemikiran beliau tentang kedudukan huruf besar untuk disesuaikan
dengan pengalaman baru dinamakan akomodasi. Selepas itu, apabila beliau telah berjaya
memahami skema lama dan menukar kepada skema baru,barulah proses keseimbangan
berjaya dicapai.

Di samping itu, dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau telah
mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat sensorimotor
(semenjak lahir- 2 tahun), peringkat pra operasi ( 2-7 tahun), peringkat operasi konkrit ( 7-11
tahun) dan peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas). Jadi, memandangkan adik Nor
Aishah berusia 7 tahun, jadi teori ini sememangnya sesuai untuk diaplikasikan keatas beliau.
Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini berkebolehan untuk
berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit
dan pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan
(conservation), proses pengelasan, dan proses penyusunan . Bagi konsep pengekalan, ia
terbahagi kepada tiga prinsip utama iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip
keterbalikan. Tetapi, setiap kanak-kanak berbeza dari segi perkembangan kognitifnya.
Dalam kajian saya tentang adik Nor Aishah tentang penguasaannya terhadap konsep
pengekalan, pada pandangan saya beliau masih belum menguasai konsep ini dengan baik.
Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan ujian dalam mengenalpasti kuantiti air. Beliau telah
diberikan dua biji gelas yang mempunyai kuatiti air yang sama dan selepas itu, air daripada

27
salah satu gelas di tuangkan ke dalam bekas yang berbeza bentuknya dengan gelas
tersebut. Beliau ditanya adakah kuantiti air masih sama dan jawapan beliau adalah tidak.
Sepatutnya beliau menjawab ya kerana tiada penambahan atau pengurangan kuantiti air
dilakukan (prinsip identiti) dan apa yang berlaku hanyalah perubahan bentuk bekas (prinsip
ganti rugi). Prinsip keterbalikan juga turut berlaku iaitu apabila air dari bekas itu dituang
semula ke dalam gelas. Bagi proses pengelasan dan proses penyusunan, beliau telah
berjaya menjalaninya dengan baik dan cemerlang ( rujuk lampiran B).

Kesimpulannya, berdasarkan kajian saya keatas adik Nor Aishah dengan


berpandukan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, saya dapat simpulkan bahawa
perkembangan beliau masih pada tahap normal seperti kanak-kanak yang sebaya
dengannya walaupun beliau masih belum menguasai satu daripada kemahiran asas dalam
teori Jean Piaget iaitu proses pengekalan. Hal ini mungkin disebabkan kekeliruan beliau
dalam membentuk skema baru dan mungkin ini disebabkan oleh faktor persekitaran. Tetapi,
hal ini tidak perlu dibimbangkan kerana dari semasa ke semasa beliau akan belajar daripada
persekitaran beliau secara beransur-ansur dan akhirnya akan berjaya mencapai proses
keseimbangan dalam setiap aktiviti yang beliau lakukan.

28

You might also like