You are on page 1of 6

MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN CINA

MASYARAKAT CINA

Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak
pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Sejak awal dalam sejarah China ,
orang-orang Cina mempercayai bahawa mereka lebih cerdik, beradab dan
berkebolehan daripada orang-orang tamadun lain.

Orang-orang Cina lebih menghargai hasil minda (pemikiran) daripada hal-hal


kebendaan. Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-
kemahiran menggabungkan bahan-bahan berlainan untuk menghasilkan sebuah
jentera yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang secara mudah dan
berkesan.

Tetapi mereka lebih menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup


bersama-sama dalam keadaan harmoni dan keadaan kebahagiaan.

Memang benar orang-orang Cina menghargai kekayaan (harta benda) tetapi mereka
hanya menghargai kekayaan jika ianya boleh memberikan kepuasan hidup dan
membolehkan mereka menikmati kehidupan serta mempunyai status yang tinggi dalam
masyarakat mereka.
BUDAYA TAMADUN CINA

Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang
lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak
turun termurun.

Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian yang tersendiri
bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina
bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan
orang Cina keseluruhannya.

Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelansungan hidup dan


keharmonian sesama anggota masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di
pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan
mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang
menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.
NILAI ETIKA MASYARAKAT

 Konfusius menganjur beberapa konsep:

Ren/jen

 Ren merujuk kepada makna kasih sayang.


 Menurut Mencius ialah ekspresi jantung manusia.
 Ren juga dirujuk kepada sifat perikemanusiaan.
 Konfusius mengatakan:
o jangan melakukan sesuatu yang kamu tidak suka ke atas orang lain (jen)
o tetapi lakukan perkara yang anda suka ke atas orang lain (shu).
 Seseorang yang tidak hormat pada sseorang pasti tidak akan dihormati oleh
masyarakatnya.
 Ren merupakan konsep yang luas dan kompleks.
 Ia meliputi makna kasih sayang diri sendiri, terhadap ibu bapa, suami isteri,
anak2 dsb.
 Mencurah kasih-sayang mesti berjalan atas dasar chung dan shu.
 Kemudian seseorang itu mampu melahirkan masyarakat yang stabil dan
harmoni.

Konsep Junzi/Chung Tzu

 Menurut Konfusius, konsep ini ialah sifat2 kebaikan termasuk kesederhanaan


dan kebiasaan.
 Juga menyarankan sifat berpengetahuan, berkebolehan dan kebijaksanaan.

Sistem Bermasyarakat

 Tertumpu kepada keadilan, keberanian, bijaksanan, jujur dsb.


 Masyarakat Cina tradisi dibahagikan kepada 4 kelas.
o Golongan cerdik pandai
o Golongan petani
o Golongan tukang
o Golongan peniaga.
 Golongan cerdik pandai dimasukkan ke dalam golongan pemerintah.
 Pada abad ke-19 dan 20, berlaku pada masyarakat Cina tradisi:
o perubahan dengan kemunculan golongan pekerja.
o kemerosotan fahaman Konfusius.
o kejatuhan kumpulan aristokrat intelektual.

SISTEM ETIKA KELUAGA MASYARAKAT CHINA

Nilai-nilai keluarga dan konsep (LIMA HUBUNGAN) Sistem keluarga merupakan asas
untuk sistem sosial di negeri China, Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi budaya
Cina iaitu: -

Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat.


Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya.
Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya.
Hubungan antara seorang suami dengan isterinya.
Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.

Tiga daripada hubungan asas tersebut merupakan hubungan antara ahli-ahli dalam
sebuah keluarga.Dua hubungan yang lain(hubungan antara pemerintah dengan rakyat
dan hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh diperluaskan untuk menjadi suatu
jenis hubungan "keluarga".

Kesemua ini dapat dilihat dalam perayaan-perayaan kaum Cina seperti Tahun Baru
Cina , Pesta Chap Goh Meh, Kuih Bulan dll.Ini dapat menjamin keharmonian dalam
sebuah keluarga dan juga diseluruh negeri.

NILAI-NILAI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Menurut fahaman masyarakat Cina , suatu perancangan pendidikan yang lengkap


bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral tetapi
juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang berpendidikan
bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga beradat dan bersopan.

Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adat -adat kelahiran, perkahwinan,
pertuturan dan lain-lain.

Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang
menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan.

Pentadbir sebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya
bukan berasaskan keturunan dan kekayaannya.

Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang mencukupi dalam hal-hal


tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan kebahagiaan rakyat yang
diperintahnya.

NILAI-NILAI SOSIAL

Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota masyarakat
tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini dapat mengumpulkan semua ahli
masyarakat dan mewujudkan perpaduan sesama manusia.

Ianya dapat menghapuskan permusuhan antara individu dengan individu dan kumpulan
dengan kumpulan yang lain.Selain itu, ia berfungsi untuk melanjutkan sistem-sistem
sosial masyarakat Cina .

Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis
dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun
temurun.

Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen


tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa kesemua ini orang Cina akan
kehilangan identiti dan pengenalan bangsanya sendiri.

You might also like