You are on page 1of 70

UNIT 1

ASAS PSIKOLOGI

BAB 2
PERKEMBANGAN MANUSIA
2.1 PENGERTIAN
PERKEMBANGAN MANUSIA
Perkembangan pada manusia ialah
perubahan yang bersifat kualitatif.
Sifat perubahan ini tidak dapat diukur,
tetapi jelas berlaku jika dibandingkan
dengan peringkat yang lebih
awal.(Atan Long,1980)
Paul Eggan dan Don Kauchak
berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berurutan dan
kekal dalam diri seseorang hasil
daripada pembelajaran, pengalaman
dan kematangan.
Slavin (1997) pula berpendapat
perkembangan adalah berkaitan
dengan mengapa dan bagaimana
individu berkembang dan
membesar, menyesuaikan diri
kepada persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa. Beliau
berpendapat, individu akan mengalami
perkembangan sepanjang hayat,
iaitu perkembangan dari segi fizikal,
personaliti, sosioemosional dan
kognitif serta bahasa.
Menurut Crow dan Crow (1980),
perkembangan merupakan
perubahan secara ‘kualitatif’ serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari
segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial.
KESIMPULAN:
Perkembangan ialah aspek
perubahan yang dialami individu
yang bersifat kualitatif, tidak dapat
diukur tetapi jelas kelihatan berubah
melalui peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel
sehingga akhir hayat organisma
2.2 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN
DAN PERKEMBANGAN
Aspek Proses pertumbuhan Proses perkembangan
(Perubahan kuantitatif) (Perubahan kualitatif)

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan Bertambah kemahiran


bilangan gigi bertambah menggunakan anggota
spt mengangkat, berjalan,
berlari dan melompat

Mental Berkembangnya keupayaan Berkembangnya kemahiran


memikirkan tentang banyak menggunakan perkataan
perkara bahasa, angka, pemikiran,
penaakulan, pembentukan
konsep dan ingatan.
sambungan…..

Sosial Mula berinteraksi Menyedari perbezaan


dgn ahli-ahli antara lelaki dan
bukan keluarga perempuan serta
spt jiran, rakan peranannya,
sebaya dan guru. kepentingan disiplin
kumpulan serta
penyesuaian dgn rakan
sebaya.
Emosi Tumbuhnya Berupaya menguasai
perasaan suka, perasaan dan
duka, marah, mengawal perasaan
sayang dan ketika marah atau
sebagainya. cemburu.
2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN MANUSIA
2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu)
 Dibawa oleh individu sejak dlm
kandungan hingga kelahiran.
 Faktor keturunan atau pembawaan
 Cth: Baka Faktor Rh darah
Pemakanan Kesan X-Ray
Kesihatan Ibu Emosi Ibu
Dadah dan Alkohol Umur Ibu
Merokok Teratogenik dan
Penyakit Ibu
2.3.2 Faktor Eksogen
 Faktur yg datang dari luar diri individu.
 Cth: Pemakanan
Keluarga
Rakan Sebaya
Sekolah
Tempat Tinggal
Media Elektronik dan Sebaran Am
Pusat Ibadat
Persekitaran Dunia
2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Bil Ciri Perkembangan Contoh
1 Proses yg berterusan Orang tua berumur 80
sepanjang hayat thn mengalami proses
perubahan dari segi
mempelajari cara
berinteraksi dgn
cucunya
2 Proses perubahan yg Apabila kaki kanak-
berlaku akibat kanak telah kuat dan
tindakan saling kait mampu memikul berat
antara perkembangan badan sendiri, barulah
jasmani dan dia bersedia utk belajar
pembelajaran berjalan
sambungan…..
3 Perubahan yg dialami Kanak-kanak yg belajar
adalah dari segi fungsimerangkak, meluahlan
jasmani, emosi, mental perasaan gembira,
dan sosial. mempelajari bertutur
dan bergaul dgn kanak-
kanak lain.
4 Dipengaruhi oleh baka Kanak-kanak yg
dan persekitaran. Baka dilahirkan dgn bakat
menentukan had per- melukis tetapi tanpa
kembangan, manakala persekitaran yg
persekitaran akan me- memupuk bakat ini
nolong perkembangan mungkin tidak boleh
mencapai tahap yg mencapai potensinya
maksimum. sebagai pelukis.
sambungan…..
5 Proses perubahan ke Kanak-kanak di dunia
arah sifat yg sejagat dan boleh merangkak pada
mengikut aturan semula peringkat umur satu
jadi serta menuju ke tahun, berjalan pada
arah tertentu dan umur dua tahun dan
dijangkakan. bertutur pada umur
tiga tahun.
6 Ada tugas terdapat dlm Kanak-kanak dari
semua kebudayaan dan kebudayaan yg
timbul pada masa lebih berlainan dapat belajar
kurang sama walaupun berjalan sebelum
dlm kebudayaan yg mencapai umur dua
berlainan. tahun.
sambungan…..
7 Ada tugas yg wujud pada Dalam kebudayaan
umur yg berlainan Malaysia, tugas
mengikut kebudayaan perkahwinan berlaku
atau kelas sosial. lebih awal dikalangan
kelas sosial bawahan
berbanding dgn kelas
pertengahan.
8 Ada tugas yg berkait Kanak-kanak negara
rapat dgn kebudayaan. membangun bekerja
pada umur 15 thn atau
kurang berbanding
negara Barat pada
umur 18 thn atau
lebih.
sambungan…..
9 Ada tugas yg wujud Di negara Barat
mengikut keperluan terdapat ramai
kebudayaan pemandu lori atau bas
wanita
10 Ada tugas yg dipelajari Individu belajar
sedikit demi sedikit dan peranan jantina dari
memakan masa yg agak peringkat awal
lama kanakkanak dan awal
dewasa hingga
berkahwin.
11 Ada tugas yg perlu Kanak-kanak perlu
dipelajari sekali sahaja. belajar berjalan sekali
sahaja.
2.5 Teori-Teori Perkembangan
Manusia
2.5.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
Tiga alam kesedaran:
i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan
ingatan.
ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan
persepsi dan perasaan.
iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan
pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi
semua naluri serta keinginan manusia.
Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;
i) Id—hanya tahu mendesak dan
memaksa.Sifatnya suka kepada keseronokan dan
kegembiraan dan kepuasan. Id tidak pernah
matang dan membesar dan ia bersifat tidak
rasional, tidak bermoral. Dorongan yang
dilakukan oleh id bersifat di bawah sedar.
ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik,
berkembang secara berperingkat, elemen tahap
sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan
boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga
eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan
dilakukan, memilih persekitaran yang sesuai.
Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;
ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik,
berkembang secara berperingkat, elemen
tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan
kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia
merupakan tenaga eksekutif yang mengawal
jenis tindakan yang akan dilakukan,
memilih persekitaran yang sesuai. Ia juga
terpaksa menangung beban dan
tanggungjawab kerana terpaksa menjadi
orang tengah di antara id dan superego. Ego
perlu waras dan rasional.
Tiga elemen perkembangan personaliti
manusia;

iii) Superego—menyerupai hati nurani,


merupakan komponen sosial dan moral.
bertanggungjawab menentukan sesuatu
tingkah laku itu baik atau buruk
berdasarkan kepada pendidikan yang
diterimanya sejak awal dulu, ia bersifat
idealistik. Dapat melahirkan ganjaran yang
berupa penghargaan diri dan dendaan yang
berupa rasa bersalah dan kritik diri.
Peringkat Perkembangan Mengikut
Sigmund Freud
Umur Peringkat

0-18 bulan Oral

2-4 tahun Anal

4-6 tahun Falik

6-12 tahun Latensi

12 tahun ke atas Genital


2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean
Piaget
Dua proses utk membina kefahaman:
ii) Organisasi
iii) Adaptasi

Dua cara proses adaptasi:


vi) Proses asimilasi-menambah maklumat baru
vii) Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia
ada utk memahami maklumat baru.

Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat


organisasi atau adaptasi semula pada skemata
utk mendapat keseimbangan.
Peringkat Perkembangan Kognitif
Mengikut Jean Piaget
Umur Peringkat Cara Berfikir
0-2 Deria motor Mengguna deria motor dan
tahun deria yg lain meninjau dan
memahami persekitaran

2-7 Praoperasi Berfikir secara simbolik utk


tahun menyelesaikan masalah tetapi
pemikiran masih tidak logik
dan mudah diperdaya oleh
persepsi yg berlainan.
sambungan…..

7-11 Operasi Berfikir secara logik dan


tahun konkrit konkrit. Boleh selesai
masalah secara cuba-jaya

12 tahun Operasi Berfikir secara abstrak


ke atas formal konsep hipotetikal dan
akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
2.5.3 Teori Perkembangan Psikososial
Erikson

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah


berdasarkan lima prinsip,iaitu :

• Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.


• Perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
• Perkembangan manusia mengikut tahap-
tahap yang tertentu.
sambungan…..

• Setiap tahap mempunyai konflik dan


konflik ini mesti diatasi sebelum individu
dapat berfungsi dengan jayanya pada
tahap berikutnya.
• Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu
tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap berikutnya.
Tahap Perkembangan Manusia
Berdasarkan Teori Erikson
Tahap Peringkat Konflik
Umur
Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan
percaya lawan tidak percaya
Kedua 18 bulan-3 Tahap autonomi lawan rasa
tahun malu atau sangsi
Ketiga 3 tahun-6 Tahap inisiatif lawan rasa
tahun bersalah
Keempat 6 tahun-12 Tahap industri lawan rasa
tahun rendah diri
sambungan…..

Kelima 12 tahun-20 Tahap indentity lawan


tahun kekeliruan peranan

Keenam 20 tahun-40 Tahap intimasi lawan


tahun pengasingan diri

Ketujuh 40 tahun-60 Tahap generativiti lawan


tahun stagnasi

Kelapan 60 tahun ke Tahap intergriti ego lawan


atas putus asa
2.5.4 Teori Perkembangan
Behaviorisme dan Sosial Kognitif
• Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg
dapat dilihat dan diukur.
• Perubahan berlaku kerana pengalaman
• Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan
• Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian
boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.

• Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah


Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan
Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura
(a) Teori Pelaziman Klasik Pavlov
• Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov.
• Kajian terhadap sistem pencernaan anjing
menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas.
• Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg
menimbulkan gerak balas.
• Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul
akibat ransangan.
• Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara
ransangan dengan gerak balas dinamakan
pelaziman.
• Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan
dikenali sebagai pelaziman klasik.
• John B. Watson(1878-1958) membuktikan
bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan
(b) Teori Pelaziman Operan Skinner
• B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan
harus diperhati dlm jangka masa yg panjang.
• Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan
yg mudah.
• Menjalankan kajian menggunakan tikus dan
burung merpati.
• Menghasilkan Skinner Box.
• Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh
dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang)
jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak
balas itu ditunjukkan.
• Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan
dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk
perkembangan individu
(c) Teori Pembelajaran Sosial:
Bandura(1977)

• Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986)


yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling
bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen
penentu persekitaran.
• Teori pembelajaran ini menekankan peranan
kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.
• Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui
pemerhatian terhadap permodelan
Empat langkah proses peniruan oleh
Bandura:
• Tumpuan kpd tingkah laku model
(attention).
• Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa
itu dlm sistem ingatan (retention).
• Mengingat atau menghasilkan apa yg
disimpan dlm bentuk tingkah laku
(reproduction).
• Motivasi (motivation) yg secukupnya utk
menghasilkan tingkah laku, cth pemberian
peneguhan.
2.5.5 Teori Ethologi Lorenz
• Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm
keadaan semula jadi.
• Evolusi dan faktor biologi berperanan penting dlm
perkembangan manusia dan pengalaman awal
individu adalah penting.
• Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan
anak angsa.
• Kesimpulannya kita tidak akan memahami
perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak
memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula
jadi mereka.
sambungan….
• John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan
teori ethologi dlm teori perapatan (Theory
of Attachment) menyatakan semua haiwan
termasuk manusia dilahirkan dgn program
biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg
membawa kpd perkembangan tingkah laku
sosial spt perapatan.
• Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat
yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain.
• Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil
akan memberi kesan sepanjang kehidupan
individu.
2.5.6 Teori Perkembangan Ekologikal
• Menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan organisma.
• Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979)
yg melihat persekitaran ekologikal manusia
berdasakan hubungannya dgn konteks di
mana individu itu berinteraksi.
• Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:
(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro
(b) Sistem Meso (e) Sistem Krono
(c) Sistem Ekso
• Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling
hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.
• Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu
dgn individu lain dlm persekitaran di mana
individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan
jiran.
• Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak
melibatkan individu secara langsung, tetapi
mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth
tempat kerja ibu bapa.
• Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks,
merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.
• Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan
transisi yg berlaku dlm persekitaran individu
sepanjang hayatnya.
2.5.7 Teori Perkembangan Arnold
Gesell
• Arnold Lucius Gesell(1880-1961)
mementingkan baka sebagai penggerak
utama terhadap perkembangan di mana
kematangan fizikal adalah faktor utama
menentukan proses pembelajaran.
• Peringkat perkembangan berbeza kerana
kadar pertumbuhan yg berlainan.
• Lima tahun pertama merupakan tapak
perkembangan tingkah laku dan aspek lain
yg membawa kpd perkembangan
seterusnya.
2.5.8 Teori Tugas Perkembangan
Robert Havighurst
• Tugas perkembangan bermaksud jangkaan
ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah
laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang
individu pada peringkat umur tertentu(Atan
Long,1980).
• Tugas perkembangan ialah satu set
kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai
oleh individu utk menambah penguasaan
terhadap persekitaran(Newman dan
Newman,1999)
• Robert Havighurst menekankan bahawa
perkembangan kanak-kanak amat
dipengaruhi alam sekitarnya.

• Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga


dewasa dan seterusnya tua, individu harus
memenuhi atau mencapai tugas-tugas
perkembangan yg telah ditetapkan oleh
masyarakat dan budaya di mana individu
tersebut tinggal.
2.6 Perkembangan Kanak-kanak
hingga remaja
2.6.1 Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).

(c) Perkembangan Fizikal dan Kognitif.


• Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.
• Pertambahan berat badan 5 paun setahun.
• Panjang badan masa lahir 4 kali ganda
panjang muka.
• Permulaan tahap ini kanak-kanak
mempunyai semua gigi susu.
Havighurst berpendapat:
• 9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat.
Bersedia menghadam dan
menyerap pelbagai jenis
makanan.
• 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk
menjadi suku kata.
• 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran.
• 5-6 tahun: Bersedia utk membaca.
• 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk
Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif
Piaget:
(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun)
• Guna deria motor utk berinteraksi.
• Tidak mempunyai konsep kewujudan objek.
(ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun)
• Guna simbol utk mewakili aspek
persekitarannya.
• Pertuturan bersifat egosentrik.
• Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan,
dan transformasi.
• Pemikiran realisme, animisme dan
artifisialisme
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Berdasarkan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson:
(iii) Percaya lawan tidak percaya (0-1
tahun)
• Kepercayaan pada persekitaran dan orang
lain wujud bila bayi mendapat penjagaan
yg baik dari penjaga terutama ibu.
• Memudahkan individu menghadapi
masalah dan mencari jalan penyelesaian.
sambungan…..
(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi
(2-3 tahun)
• Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri.
• Keinginan melakukan sesuatu secara bebas.
• Permulaan pembentukan perasaan
keyakinan diri.
• Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan
dan bantu menyelesai sesuatu tugas.
• Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan
timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar
mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.
sambungan…..

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun).

• Mula berinteraksi dan terdedah kpd


persekitaran yg mencabar.
• Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu
yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu.
• Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal
dgn usianya kerana perkembangan kognitif
dan fizikal telah bertambah.
• Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud
perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.
2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak
(6-12 tahun)

(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif


Menurut R. Havighurst:
• Mempelajari kemahiran fizikal utk
permainan biasa.
• Membentuk sikap menjaga kebersihan
badan dan konsep kendiri.
• Belajar menyesuaikan diri dgn rakan
sebaya.
• Belajar bertingkah laku mengikut jantina.
sambungan…..

• Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca,


menulis dan mengira.
• Memperoleh simpanan konsep yg
mencukupi utk berfikir dan membuat
keputusan dlm kehidupan.
• Membentuk taraf moral yg tinggi.
• Mencapai kebebasan diri.
• Membentuk sikap positif terhadap
kumpulan sosial dan institusi.
Berdasarkan Teori Piaget:
• Kanak-kanak lebih berupaya mengawal
otot-otot kecil dgn baik.
• Pertumbuhan mata lebih baik.
• Pemikiran tidak lagi egosentrik.
• Pemusatan perhatian mula berkurangan.
• Mula faham konsep transformasi, kebalikan
dan pengekalan.
• Berfikiran logik.
• Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan
waktu.
• Dapat menguasai operasi siri dan boleh
menaakul.
sambungan…..

• Berupaya menggambarkan situasi yg


mudah.
• Berupaya duduk dan mendengar.
• Boleh menyiapkan tugasan.
• Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti
• Gemar memerhati perkara dan situasi yg
baru.
• Bersikap ingin menilai.
• Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh
sejarah.
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial
Erikson:
(iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah
diri.
• Kanak-kanak berada di sekolah rendah.
• Guru dan rakan sebaya mempengaruhi
perkembangan.
• Pemikiran mencapai operasi konkrit.
• Berupaya membuat transformasi dan berfikiran
logik.
sambungan…..

• Melakukan tugasan dgn penuh minat dan


tekun.
• Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-
kanak utk pupuk sikap rajin.
• Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak
dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri
dan kurang berkeyakinan pada kebolehan
diri sendiri
2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)
(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif
Havighurst berpendapat:
• Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan
sebaya dari kedua jantina.
• Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan
bentuk badan.
• Menerima peranan sosial mengikut jantina.
• Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu
bapa atau orang dewasa.
• Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat
utk memikul tanggung jawab.
• Mencapai satu set nilai dan sistem etika.
• Bersedia utk berkeluarga
sambungan…..

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif


Jean Piaget:
• Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara,
pengeluaran sperma, kedatangan haid.
• Perubahan tubuh badan.
• Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang
sempurna.
sambungan…..
• Dari segi mental, remaja boleh
menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak.
• Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.
• Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan
masalah.
• Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan
masalah.
• Skemata akan bertambah.
• Dapat melihat kaitan antara situasi yg
relevan ketika menyelesaikan masalah.
• Tidak bersikap autoritarian tentang
pendapatnya.
• Menerima satu set kepercayaan dan nilai.
• Dapat membezakan antara baik dan buruk.
(b) Perkembangan Sosial dan Emosi
Berdasarkan Teori Perkembangan
Psikososial Erikson:
(v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role
confusion).
• Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi
sendiri terhadap dunia mereka.
• Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan
fungsi mereka dlm masyarakat.
• Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan
rasa diterima.
sambungan……

• Remaja yg mampu menyesuaikan diri


mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama,
simpati, mudah akrab, disiplin dll.
• Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri
mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan
diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik,
merendahkan orang lain, buruk sangka dsb.
2.7 Implikasi Teori Perkembangan
Kepada Guru
• Membolehkan guru memahami mengapa pelajar
bertingkah laku sedemikian,
• Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,
• Membantu pendidik merancang objektif dan
matlamat pembelajaran yg sesuai
• Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan.
• Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa
yg tidak disenangi pelajar pada peringkat
umur tertentu.
• Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha
mengawal tingkah laku dan memotivasikan
pelajar.
• Merancang pengajaran dan pembelajaran yg
sesuai dgn tahap perkembangan pelajar.
• Prihatin dan sabar dlm membimbing
pelajar.
• Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yg sesuai dgn tahap
pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
• Membuat intervensi utk mengatasi masalah
pembelajaran pelajar.
• Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah
yg perlu dilakukan utk sama-sama
mengatasi masalah pelajar.
Kumpulan 1
1. Apakah definsi perkembangan manusia?
2. Terdapat DUA (2) faktor yang
mengandungi perkembangan manusia
iaitu faktor endogen dan faktor eksogen.
Bezakan di antara maksud faktor endogen
dan faktor eksogen?
Kumpulan 1
1. Senaraikan LIMA (5) faktor endogen
yang menpengaruhi perkembangan
manusia.
2. Senaraikan EMPAT (4) faktor eksogen
yang menpengaruhi perkembangan
manusia.
3. Kelaskan penyataan di bawah sebagai
faktor endogen atau eksogen.
Kumpulan 1
1. Kelaskan penyataan di bawah sebagai
faktor endogen atau eksogen.
b. Sabri suka melepak bersama rakan-
rakannya.
c. Ibu yang sedang mengandung itu genar
merokok
d. Bayi yang baru lahir itu didapati
mengidap AIDS.
Kumpulan 2
1. Senaraikan TIGA (3) alam kesedaran yang
dinyatakan oleh Sigmund Freud.
2. Sigmund Freud juga percaya bahawa
perkembangan persomaliti manusia terdiri dari 3
elemen. Senaraikan elemen-elemen tersebut?
3. Pada pembacaan anda mengapakah teori
ethologi yang diperkenalkan oleh Lorenz banyak
mendapat kritikan?
kumpulan 2
4. Menurut Teori Perkembangan Psikologi
Erikson, bayi akan membentuk tiga tahap
perkembangan sosial dan emosi.
Senaraikan tiga tahap tersebut.
5. Bagaimanakah guru dapat
mengaplikasikan saranan teori psikologi
Erikson di dalam bilik darjah?
Kumpulan 3
1. Berikan definisi perkembangan mengikut
DUA (2) orang tokoh dalam bidang ini.
2. Bagaimanakah Eggan dan Kaucak (1997)
dan Salvin (1997) melihat perkembangan
diri manusia?
3. Senaraikan EMPAT (4) perkembangan
kognitif kanak-kanak mengikut Jean
Piaget.
Kumpulan 3
4. Gesell telah membahagikan tahap
perkembangan kanak-kanak kepada lima
peringkat. Jelaskan peringkat 1 hingga
3.
5. Terdapat empat langkah proses peniruan
yang dilalui oleh manusia yang
dinyatakan oleh bandura. Senaraikan
EMPAT (4) langkah tersebut.
Kumpulan 4
1. Erikson telah membahagikan 3 tahap
perkembangan semasa kanak-kanak
Terangkan maksud tahap ketiga iaitu
Inisiatif atau rasa bersalah.
2. Terdapat empat langkah proses peniruan
yang dilalui oleh manusia yang
dinyatakan oleh Bandura. Senaraikan
EMPAT (4) langkah tersebut.
Kumpulan 4
1. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan
dan perkembangan dari aspek mental.
2. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan
dan perkembangan dari aspek fizikal.
3. Mengikt Arnold Gesell terdapat DUA (2)
faktor penting terhadap penggerak utama
terhadap perkembangan individu.
Senaraikan faktor tersebut.
Kumpulan 5
1. Senaraikan LIMA (5) peringkat perkembangan
yang dikemukakan oleh Sigmund Freud.
2. Nyatakan secara ringkas maksud peringkat
latensi yang dinyatakan oleh Sigmund Freud.
3. Terangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh
kanak-kanak pada tahap Inisiatif atau Rasa
Bersalah yang dikemukakan oleh Erikson
Kumpulan 5
1. Apakan pandangan Piaget yentang
keupayaan mental remaja?
2. Berdasarkan teori perkembangan Erikson
remaja boleh dimasukkan ke dalam tahap
mana?

You might also like