You are on page 1of 15

SPP 4052

Sosiologi & Profesionalisme Pendidikan


UTM

Soalan : Apakah itu sosiologi & Sosiologi Pendidikan?

Kerja Kumpulan

Ho See See SX070855PHJ01

Wong Cheng Yun SX070872PHJ01


Tajuk : Apakah itu sosiologi & Sosiologi Pendidikan?

Pengenalan Sosiologi

Sosiologi berasal dari kata Latin Socius dan Yunani iaitu logos. Socius bererti
atau teman dan logos bererti pengetahuan. Dengan demikian, sosiologi bererti
pengetahuan tentang berkawan atau pertemanan. Pengertian ini kemudian diperluas
cakupannya menjadi sekelompok manusia yang hidup bersama dalam suatu tempat
atau disebut dengan masyarakat. Sosiologi diertikan sebagai penetahuan tentang
hidup bermasyarakat kata socius dibentuk dari kata ”sosial” yang diertikan sebagai
”serba berjiwa kawan”, ”serba terbuka” untuk orang lain, untuk memberi dan
menerima untuk umum. Kebalikan dari ”Sosial” adalah ”individual” iaitu serba
tertutup.

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang


berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu,
tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata
sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi termasuk rumpun ilmu sosial, bukan ilmu pengetahuan alam


ataupun ilmu kerohanian.  Sosiologi merupakan ilmu pengetahuan yg kategoris, 
ertinya sosiologi membatasi diri dengan apa yang terjadi dan bukan pada apa yang
seharusnya terjadi.     Sosiologi merupakan ilmu pengetahuan murni (pure science ),
bukan ilmu terapan ( applied science ). Sosiologi merupakan ilmu pengetahuan
abstrak, artinya yang diperhatikan adalah pola dan peristiwa yg terjadi di dalam
masyarakat. Sosiologi bertujuan untuk menghasilkan pengertian-pengertian  dan
pola umum. Sosiologi  merupakan ilmu pengetahuan yang rasional, terkait dengan
ilmu yang digunakanya.

http://www.sman-3 madiun.com/news/index.php? option=com_content&view=article


&id=53: pengenalan-sosiologi
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau
secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak
kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas
akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih
bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan
tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-
unsur yang menjalinkan perpaduan (mencari persamaan) antara kita, dan juga untuk
membentuk "penawar" (antidote) kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.

Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan
seterusnya meladeni masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan
peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili
lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan
perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal

Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kualitatif untuk


menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model-model yang boleh
membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia.
Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kualitatif (seperti wawancara
terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman
yang lebih mendalam terhadap proses sosial.

Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua kaedah secara serentak.
Keputusan daripada kedua dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah
antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am
sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami
bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.
Sosiologi merupakan bidang kajian yang agak baru berbanding bidang sains
social lain termasuk ekonomi, sains politik, antropologi dan psikologi. Istilah ini
dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian
mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema
sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua
kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa,
sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan
penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial.

Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains social yang lain, tetapi salah
satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subjek matter dan
kaedah. Hari ini, kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi social,
kebanyakkanya melalui kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada
organisasi kompleks masyarakat pengilangan.(industrial society).
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi

Lantaran pula, sosiologi ialah satu bidang sains social. Secara relative,
sosiologi antara disiplin ilmu yang baru berkembang, iaitu tidak sampai pun satu
kurun di samping sosiologi juga suatu bidang kajian. Ilmu pengetahuan social di
barat tidak bermula pada suatu tarikh yang spesifik, tetapi muncul secara
berperingkat-peringkat dengan pemikiran awal dilahirkan sekitar kurun ke-18-19.
Istilah sosiologi buat pertama kalinya digunakan oleh seorang sarjana Perancis, iaitu
Auguste Comte (1798-1857).

Comte menerapkan asas saintifk dalam kajia sosiologikal dengan prinsip


positivisme. Pada masa tersebut masyarakat Eropah menghadapi pelbagai masalah
sosioekonomi, misalnya kemiskinan, kebuluran, jenayah, bunuh diri, eksploitasi dan
sebagainya akibat dariipada revolusi industry. Pada dekad yang berikutnya, Karl
Marx(1818-1883)dan Hefrbert Spencer (1820-1903) mengemukakan pandangan
mereka tentang masyarakat dan kehidupan manusia. Sehingga akhir kurun ke-19,
barulah muncul ramai sarjana Barat di Jerman, Itali, Perancis, England dan Amerika
Syarikat yang digelarkan diri mereka sebagai ahli sosiologi.
Rintisan Comte tersebut disambut hangat oleh masyarakat luas, tampak dari
tampilnya sejumlah ilmuwan besar di bidang sosiologi. Mereka antara lainHerbert
Spencer, Karl Marx, Emile Durkheim, Ferdinand Tönnies, Georg Simmel, Max
Weber, dan Pitirim Sorokin(semuanya berasal dari Eropa). Masing-masing berjasa
besar menyumbangkan beragam pendekatan mempelajari masyarakat yang amat
berguna untuk perkembangan Sosiologi.

 Herbert Spencer memperkenalkan pendekatan analogi organik, yang


memahami masyarakat seperti tubuh manusia, sebagai suatu organisasi yang
terdiri atas bagian-bagian yang tergantung satu sama lain.
 Karl Marx memperkenalkan pendekatan materialisme dialektis, yang
menganggap konflik antar-kelas sosial menjadi intisari perubahan dan
perkembangan masyarakat.
 Emile Durkheim memperkenalkan pendekatan fungsionalisme yang
berupaya menelusuri fungsi berbagai elemen sosial sebagai pengikat sekaligus
pemelihara keteraturan sosial.
 Max Weber memperkenalkan pendekatan verstehen (pemahaman), yang
berupaya menelusuri nilai, kepercayaan, tujuan, dan sikap yang menjadi
penuntun perilaku manusia. (Jomo.K.S dan Shamsulbahriah,1986.Teori
Pembangunan Ekonomi: Satu Ulasan Kritis terhadap Pendekatan yang sedia
ada. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Pengenalan Pendidikan

Pendidikan adalah antara komponen penting dalam pembangunan social.


Malah, pendidikan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pembangunan
keseluruhannya.

Pendidikan dalam erti mikro merupakan proses interaksi antara pendidik dan
peserta didik baik di keluarga, sekolah mahupun di masyarakat. Sedangkan
pendidikan dalam erti makro adalah proses interaksi antara manusia sebagai
individu atau peribadi dan lingkungan alam semesta, lingkungan social, masyarakat,
social-ekonomi, social-politik dan social-budaya.

Fungsi pendidikan ialah membantu perkembangan jasmani dan rohani.


Secara makro fungsi pendidik adalah pengembangan peribadi, pengembangan
warga Negara, pengembangan kebudayaan dan pengembangan bangsa.

Rumusan berdasarkan penafsiran beberapa pakar mengenai pendidikan


Pengertiannya sentiasa berubah-ubah.

1. Menurut Plato, pendidikan ialah satu proses untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia.

2. Menurut Aristotle, pendidikan sebagai ilmu bersifat etika dan politik .

3. Menurut Jean Jaques RousSeau, pendidikan merupakan satu proses yang


berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak lagi.

4. Menurut John Macdonald, pendidikan adalah perbezaan pendidikan di antara


masyarakat primitive (latihan vokasional dan pelajaran adat resam. Kepercayaan
serta cara sembahyang) dengan masyarakat moden ( latihan khusus menguasai
kemahiran dan memperoleh ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan).

5. Menurut Montessori, Pendidikan ialah satu proses membentuk dan


mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan social kanak-kanak.

Dalam masyarakat moden, pendidikan mempunyai hubungan langsung


dengan taraf hidup seseorang individu atau sesebuah keluarga. Pendidikan
menjadi batu loncatan untuk mencapai mobility social dan ekonomi di kalangan
rakyat sesebuah Negara. Kepentingan pendidikan tidak seharus dilihat dari segi
matlamat ekonomi sahaja, tetapi pendidikan juga amat berkaitan dengan usaha
untuk melahirkan seorang manusia yang bertanggungjawab, mempunyai akhlak
atau moral yang tinggi serta lebih matang emosi dan pemikirannya agar dapat
menguruskan kehidupan diri dan keluarga dengan lebih sempurna.
Apabila berlakunya modenisasi ekonomi, sistem sosial sesebuah
masyarakat turut berubah. Berdasarkan pentingnya pendidikan kepada
kehidupan manusia pada zaman moden ini, maka menjadi tangungjawab
sesebuah Negara untuk memastikan setiap rakyatnya mendapat pendidikan
yang secukupnya.

Sistem pendidikan yang efektif dapat menghasilkan individu yang bukan


sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
pembangunan ekonomi sesebuah Negara, tetapi pada masa yang sama,
menjalani cara hidup yang dikehendaki. Dalam konteks ini, system pendidikan
menjalankan fungsi sosialisasi yang bersifat nasional kerana system tersebut
melangkaui batas etnik, geografi, agama dan budaya hidup.

Seterusnya, pendidikan digunakan sebagai satu mekanisme untuk


menyatupadukan setiap lapisan masyarakat supaya dapat menghasilkan
kehidupan yang lebih harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama
lain yang melangkaui batasan etnik, agama, budaya dan bahasa.

Pengenalan Sosiologi Pendidikan

Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan


pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan
sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk
perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.

Pada dasarnya, pendidikan dilihatkan sebagai suatu usaha manusia yang


optimistik yang dicirikan oleh cita-cita untuk mencapai kemajuan dan kebaikan.
Banyak orang memahaminya sebagai cara untuk mengatasi hambatan dan
merapatkan jurang ketaksamaan, serta juga untuk memperoleh kekayaan dan
status. Pendidikan juga dilihatkan sebagai tempat di mana kanak-kanak dapat
berkembang mengikut keperluan dan potensi sendiri.

Pendidikan harus bertujuan untuk mengembangkan setiap individu sehingga


potensinya yang penuh dan memberikan mereka peluang untuk mencapai sebanyak
yang boleh dalam kehidupan mereka, sejajar dengan keupayaan sejadi mereka.
Bagaimanapun, visi ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, menurut banyak ahli
sosiologi, kenyataannya adalah bahawa pendidikan memiliki matlamat yang lebih
besar daripada peringkat individu dan bertujuan untuk mengekalkan kestabilan
sosial menerusi pengeluaran semula sosial terhadap ketaksamaan. Apakah
matlamat kestabilan in berbeza-beza, bergantung kepada sudut pandangan
sosiologi yang digunakan untuk menghadapi persoalan tersebut.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi_pendidikan

Beberapa definisi sosiologi pendidikan menurut beberapa ahli:

1. Menurut F.G. Robbins, sosiologi pendidikan adalah sosiologi khusus yang


tugasnya menyelidiki struktur dan dinamika proses pendidikan. Struktur
mengandung pengertian teori dan filsafat pendidikan, sistem kebudayaan, struktur
kepribadian dan hubungan kesemuanya dengantata sosial masyarakat.
Sedangkan dinamika yakni proses sosial dan kultural, proses perkembangan
kepribadian,dan hubungan kesemuanya dengan proses pendidikan.

2. Menurut H.P. Fairchild dalam bukunya ”Dictionary of Sociology” dikatakan


bahwa sosiologi pendidikan adalah sosiologi yang diterapkan untuk memecahkan
masalah-masalah pendidikan yang fundamental. Jadi ia tergolong applied
sociology.

3. Menurut Prof. DR S. Nasution,M.A., Sosiologi Pendidikan adalah ilmu yang


berusaha untuk mengetahui cara-cara mengendalikan proses pendidikan untuk
mengembangkan kepribadian individu agar lebih baik.
4. Menurut F.G Robbins dan Brown, Sosiologi Pendidikan ialah ilmu yang
membicarakan dan menjelaskan hubungan-hubungan sosial yang mempengaruhi
individu untuk mendapatkan serta mengorganisasi pengalaman. Sosiologi
pendidikan mempelajari kelakuan sosial serta prinsip-prinsip untuk mengontrolnya.

5. Menurut E.G Payne, Sosiologi Pendidikan ialah studi yang komprehensif


tentang segala aspek pendidikan dari segi ilmu sosiologi yang diterapkan.

6. Menurut Drs. Ary H. Gunawan, Sosiologi Pendidikan ialah ilmu pengetahuan


yang berusaha memecahkan masalah-masalah pendidikan dengan analisis atau
pendekatan sosiologis.

7. Emile Durkheim Sosiologi adalah suatu ilmu yang mempelajari fakta-fakta sosial,
yakni fakta yang mengandung cara bertindak, berpikir, berperasaan yang berada
di luar individu di mana fakta-fakta tersebut memiliki kekuatan untuk
mengendalikan individu.

8. Selo Sumardjan dan Soelaeman Soemardi Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan


yang mempelajari struktur sosial dan proses-proses sosial termasuk perubahan
sosial.

9. Soejono Sukamto Sosiologi adalah ilmu yang memusatkan perhatian pada segi-
segi kemasyarakatan yang bersifat umum dan berusaha untuk mendapatkan
pola-pola umum kehidupan masyarakat.

10. William Kornblum Sosiologi adalah suatu upaya ilmiah untuk mempelajari
masyarakat dan perilaku sosial anggotanya dan menjadikan masyarakat yang
bersangkutan dalam berbagai kelompok dan kondisi.

11. Allan Jhonson Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari kehidupan dan perilaku,
terutama dalam kaitannya dengan suatu sistem sosial dan bagaimana sistem
tersebut mempengaruhi orang dan bagaimana pula orang yang terlibat
didalamnya mempengaruhi sistem tersebut.
12. Roucek & Waren, sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara
manusia dengan kelompok sosial.

13. Soerjono Soekanto, sosiologi adalah ilmu yang kategoris, murni, abstrak,
berusaha mencari pengertian-pengertian umum, rasional, empiris, serta bersifat
umum.

14. Pitirim Sorokin Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan dan pengaruh
timbal balik antara aneka macam gejala sosial (misalnya gejala ekonomi, gejala
keluarga, dan gejala moral), sosiologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan
dan pengaruh timbal balik antara gejala sosial dengan gejala non-sosial, dan
yang terakhir, sosiologi adalah ilmu yang mempelajari ciri-ciri umum semua
jenis gejala-gejala sosial lain.

15. William F. Ogburn dan Mayer F. Nimkopf Sosiologi adalah penelitian secara
ilmiah terhadap interaksi sosial dan hasilnya, yaitu organisasi sosial.

16. J.A.A Von Dorn dan C.J. Lammers Sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang
struktur-struktur dan proses-proses kemasyarakatan yang bersifat stabil.

17. Max Weber Sosiologi adalah ilmu yang berupaya memahami tindakan-tindakan
sosial.

18. Paul B. Horton Sosiologi adalah ilmu yang memusatkan penelaahan pada
kehidupan kelompok dan produk kehidupan kelompok tersebut.
http://www.zimbio.com/Blogging/articles/PCpO9Zch_2K/Definisi+Sosiologi+Pen
didikan

19. Bagi Ibnu Khaldun, asas sosiologi adalah penyelidikan, paling mudah
didefinisikan sebagai mendapatkan jawapan kepada soalan dan matlamat
penyelidikan adalah pengembangan teori, data, empirikal yang diperoleh
menurut kaedah saintifik. Teori sosiologi menghurai, meramal atau
mengklasifikasikan aspek kehidupan sosial pada tahap kemujaradan yang
terpisah daripadan rakaman peristiwa konkrit semata-mata. (Saleh Faghirzadeh
2008,Sosiologi,Kuala Lumpur, Attin Press Sdn Bhd.)

KONSEP ASAS DALAM SOSIOLOGI

Manusia hidup dalam keadaan yang berpecah-belah dan berpuak-puak


mengikut kaum, agama, budaya, negara dan laini-lain. Namun begitu, manusia ialah
makhluk sosial yang perlukan kasih sayang dalam kehidupannya. Maka, konsep
asas dalam sosiologi dapat diwujudkan dan dibahagikan kepada masyarakat,
kebudayaan, etnik, ras dan identiti etnik.
Masyarakat merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya
yang sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai
entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain. Satu kelompok manusia
yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama.
Hubungan mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain.
Masyarakat akan mewujudkan satu organisasi atau institusi tertentu yang
dapat menyatukan manusia dalam kumpulan unit sosial. Jadi, masyarakat
didefinasikan sebagai jaringan perhubungan pelbagai individu yang merujuk kepada
pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.
Masyarakat hidup bermasyarakat, memahami cara hidup bermasyarakat
memahami budaya dan masyarakat lain, memupuk kerjasama di kalangan
masyarakat. Ciri-ciri masyarakat seperti manusia yang hidup berkelompok,
melahhirkan kebudayaan, mengalami perubahan, berinteraksi, terdapat kepimpinan
dan stratifikasi sosial.
Dengan itu, kebudayaan dianggap sebagai keseluruhan cara hidup yang
wujud dalam sesuatu masyarakat. Dalam bidang sosiologi, kebudayaan bermaksud
kepercayaan sesuatu masyarakat dan perlambangan simbolik kepercayaan dlam
aktiviti kreatif. Kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara hidup ahlinya. Koleksi
idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan sesuatu dari satu
generasi kepada satu generasi. Fungsi budaya dalam kebudayaan ialah dapat
memenuhi dan menyediakan keperluan dan mengatur hubungan sesama manusia.
Di samping itu, ia juga sebagai panduan kepada angota masyarakat dan sebagai
penggalak kepada manusia untuk mencipta serta menjadi alat penyatuan dan
penenalan identiti.
Selain itu, istilah etnik berasal dari perkataan Yunani ”ethnos”, istilah ini
digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Yunani ataupun orang lain yang
berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama. Pada abad ke-19,
dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan ini dilihat sama dengan istilah ras yang
mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna
kulit, rangka tubuh, bentuk kepada dan tekstur rambut.
Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan
bagi mengelakkan kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk
kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat
resam, bahasa, agama dan sebagainya.
Terdapat tiga jenis teori yang biasa digunakan untuk mengklasifikasikan
manusia berdasarkan perbezaan biologi iaitu : ras sebagai keturunan, ras sebagai
jenis dan ras sebagai subspesis. Pandangan ahli sosiologi, konsep ras lebih dilihat
sebagai satu hasil konstruksi sosial. Ras ini merupakan sekumpulan manusia yang
melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai keturunan
yang membezakan mereka dari yang lain.
Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja
kerana memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-
mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial,
berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain.
Kesannya akan menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran
yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Penyalahgunaan
konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan diskriminasi
di antara golongan tertentu di dalam dunia.
Etnik pada masa kini lebih mementingkan aspek: objektif-kebudayaan yang
dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama, subjektif-kepercayaan dalaman
kumpulan, semangat kekitaan dan perpaduan komuniti. Oleh itu, identiti etnik
merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biological walaupun
ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap. Ia merujuk kepada keahlian
dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinasikan mengikut ras, sejarah,
pengalaman, agama, bahasa yang dikongsi bersama. (JUR. PEND.
GEOGRAFI/197210242001121 - BAGJA WALUYA/PIS/Konsep dasar sosiologi.pdf)
Pada kesimpulannya, sebahagian besar daripada ilmu pengetahuan yang
dihasilkan oleh ahli sosiologi boleh digunakan oleh pelbagai pihak untuk memahami
dan menganalisis fenomena sesebuah masyarakat.

Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan


pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan
sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk
perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.

Pada dasarnya, pendidikan dilihatkan sebagai suatu usaha manusia yang optimistik
yang dicirikan oleh cita-cita untuk mencapai kemajuan dan kebaikan. Banyak orang
memahaminya sebagai cara untuk mengatasi hambatan dan merapatkan jurang
ketaksamaan, serta juga untuk memperoleh kekayaan dan status.[3] Pendidikan juga
dilihatkan sebagai tempat di mana kanak-kanak dapat berkembang mengikut
keperluan dan potensi sendiri. Pendidikan harus bertujuan untuk mengembangkan
setiap individu sehingga potensinya yang penuh dan memberikan mereka peluang
untuk mencapai sebanyak yang boleh dalam kehidupan mereka, sejajar dengan
keupayaan sejadi mereka.

Bagaimanapun, visi ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, menurut banyak ahli
sosiologi, kenyataannya adalah bahawa pendidikan memiliki matlamat yang lebih
besar daripada peringkat individu dan bertujuan untuk mengekalkan kestabilan
sosial menerusi pengeluaran semula sosial terhadap ketaksamaan. Apakah
matlamat kestabilan in berbeza-beza, bergantung kepada sudut pandangan
sosiologi yang digunakan untuk menghadapi persoalan tersebut.
Sosiologi dapat menghasilkan pengertian-pengertian, pola-pola umum manusia dan
masyarakatnya. Sosiologi meneliti dan mencari apa yang menjadi prinsip dan
hukum-hukum dari interaksi manusia serta sifat, bentuk , isi dan struktur masyarakat.

Rujukan

1. JUR. PEND. GEOGRAFI/197210242001121 - BAGJA WALUYA/PIS/Konsep dasar

sosiologi.pdf

2. Alex Inkeles, 1982, Apa Itu Sosiologi ? Suatu Pengenalan Mengenai Disiplin dan 

Profesion, Universiti Harvard, DBP, Kuala Lumpur.

3. Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi

5. Jomo.K.S dan Shamsulbahriah,1986.Teori Pembangunan Ekonomi: Satu Ulasan

Kritis terhadap Pendekatan yang sedia ada. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi_pendidikan

7. http://www.zimbio.com/Blogging/articles/PCpO9Zch_2K/Definisi+Sosiologi+Pendidik

an

8. Saleh Faghirzadeh 2008,Sosiologi,Kuala Lumpur, Attin Press Sdn Bhd

9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi

10. http://www.scribd.com/doc/25294912/Sosiologi-Merupakan-Sebuah-Istilah-Yang-

Berasal-Dari
11. http://www.sman-3-madiun.com/news/index.php?

option=com_content&view=article&id=53:pengenalan-sosiologi

You might also like