You are on page 1of 25

TEORI PERKEMBANGAN

MORAL
PENGENALAN
• Moral ialah satu kesedaran tentang apa
yang buruk dan apa yang baik, apa yang
betul dan apa yang salah.
• Perkembangan moral pula merujuk
kepada perolehan tentang apa yang betul
dan salah berdasarkan kod-kod etika
masyarakat setempat.
3 komponen moral
1. Afektif: atau emosi, mengandungi
unsur-unsur perasaan
2. Kognitif: pemikiran atau konsep
betul atau salah
3. tingkah laku: menggambarkan
bagaimana kita bertingkah laku
bila dihadapkan dengan cabaran
(berbohong, menipu, mencuri)
Teori Kohlberg
• Lawrance Kohlberg (1972) merupakan
pelopor utama dalam teori perkembangan
moral.
• Teori yang dikemukakan banyak
bergantung kepada pemikiran ahli
psikologi Swiss , Jean Piaget dan ahli
falsafah Amerika John Dewey.
Kaedah Kajian Kohlberg

• Teras contoh Kohlberg terdiri daripada 72


budak lelaki dan kedua-dua keluarga kelas
pertengahan dan bawah di Chicago yang
berumur 10, 13 dan 16 tahun.
• Beliau memperolehi maklumat yang
menjadi asas kepada teori perkembangan
moral melalui kajian yang bertanyakan
tentang sesuatu nilai betul-salah tentang
sesuatu situasi.
Asas Temuramah mengandungi satu siri delima:
• Heinz Mencuri Dadah
Seorang wanita hampir mati akibat sejenis barah
yang khas di Eropah. Terdapat sejenis dadah
yang difikirkan oleh doktor-doktor boleh
menyelamatkan nyawanya. Ianya merupakan
sama bentuk radium yang telah ditemui oleh
seorang ahli farmasi di bandar yang sama baru-
baru ini. Kos menyediakan dadah tersebut
mahal, tetapi ahli farmasi tersebut meminta
bayaran sepuluh kali ganda daripada kos
sebenarnya. Dia membayar $200 untuk radium
dan menetapkan bayaran sebanyak $2000 untuk
sama dos kecil dadah tersebut.
• Suami wanita tersebut iaitu Heinz telah
menemui semua orang yang diketahuinya untuk
meminjam wang bagi membeli dadah tersebut,
tetapi dia hanya dapat mengumpulkan $1000
iaitu separuh daripada kosnya. Dia
memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa
isterinya sedang hampir mati dan memintanya
menjual dadah tersebut pada harga yang lebih
murah atau mengizinkannya membayar lewat
sedikit. Tetapi ahli farmasi itu berkata: “Tidak,
saya menemui dadah tersebut dan saya akan
membuat duit dengannya.” Oleh itu, Heinz
menjadi terdesak dan memecah masuk kedai
lelaki tersebut dan mencuri dadah itu untuk
isterinya. Patutkah suami tersebut bertindak
demikian? (Kohlberg, 1963).
Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
• Peringkat 1 : Prakonvensional
-Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan
- Tahap 2 : Orientasi ganjaran peribadi

• Peringkat 2 : Konvensional
- Tahap 3 : Orientasi harmoni antara peribadi
- Tahap 4 : Orientasi undang-undang dan peraturan

• Peringkat 3 : Poskonvensional
- Tahap 5 : Orientasi kontrak sosial
- Tahap 6 : Orientasi prinsip etika sejagat
Peringkat Prakonvensional
• Terdapat pada kanak-kanak prasekolah,
kebanyakan pelajar sekolah rendah, sebilangan
pelajar sekolah menengah atas.
• Ada dua tahap:
Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan
- Motif utama tingkahlaku ialah untuk mengelak
dendaan.
- Pemikiran moral berorientasikan egosentrik
dan terbentuk berasaskan prinsip Hedonisme
iaitu kanak-kanak percaya perlakuan baik akan
mendapat reaksi yang baik juga.
• Tahap 2 : Tahap Ganjaran Peribadi
- dikenali sebagai ‘hedonisme utilitarian’ iaitu
seseorang menilai untuk melakukan sesuatu
berdasarkan keinginan untuk mendapatkan
ganjaran. Tindakbalas selesa sebagai baik dan
tidak selesa sebagai tidak baik. Konsep keadilan
pada kanak-kanak ialah bila semua orang
mendapat peluang yang sama rata.
Peringkat konvensional
• Terdapat pada kanak-kanak sekolah rendah (tahun 5 dan
tahun 6), sebilangan pelajar sekolah menengah rendah
dan kebanyakan pelajar menengah atas.

• Ada dua tahap:


Tahap 3 : Harmoni antara peribadi (budak baik)
- berubah daripada hedonisme kepada sosial
order.
- Pada tahap ini sudah boleh menerima norma
masyarakat.
- Sesuatu tindakan akan dinilai baik atau buruk
berdasarkan pandangan orang lain
- Seseorang akan berkelakuan baik untuk mendapat
pujian.
Tahap 4 : Orientasi undang-undang dan
peraturan
- Kesanggupan melakukan sesuatu
tanggungjawab dalam masyarakat dan
mematuhi peraturan sosial yang telah sedia
ada. Perlakuan baik ialah perlakuan yang
membawa keharmonian kelompok.
Peringkat pos-konvensional
• Tahap pemikiran ini terdapat dikalangan pelajar-pelajar
universiti atau di kalangan orang-orang yang
memperjuang sesuatu prinsip kebenaran untuk
kepentingan umum.

• Ada dua tahap:


Tahap 5: Orientasi kontrak sosial
- berkaitan dengan usaha-usaha mempertahan-
kan hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak
sosial yang telah dipersetujui bersama dalam
masyarakat. Peraturan digubal hasil
persetujuan masyarakat , fleksible dan boleh diubah
sekiranya bertentangan dengan norma-norma
masyarakat.
Tahap 6 : Orientasi prinsip etika sejagat
- Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral
seseorang kerana ia melibatkan soal falsafah
tentang moral itu sendiri.
- Apa yang dianggap betul ditentukan
berdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yang
sesuai untuk semua manusia sejagat tanpa
mengira masa dan keadaan.
- Setiap manusia mesti dihormati dalam segala
aspek.
Kritikan-kritikan ke atas Teori Perkembangan
Moral Kohlberg
• Menumpukan satu aspek perkembangan moral
iaitu jenis pentakulan.
• Dilema yang dikemukakan adalah dilema
berasaskan hipotesis dalam metodologi
kajiannya.
• Ramai ahli falsafah sosiologi dan psikologi
berpendapat bahawa peranan kebiasaan adalah
penting dalam kelengkapan moral individu.
• Tahap-tahap perkembangan moral juga
memihak kepada lelaki dan tidak
menggambarkan cara-cara penaakulan moral
pada wanita.
Teori Gilligan

• Teori Kohlberg ternyata bias terhadap golongan wanita.

• Gilligan (1977,1982) tidak puashati dengan cara Kohlberg


yang hanya menggunakan responden lelaki dalam
usahanya membentuk teori perkembangan moral.

• Mengikut teori Kohlberg, kebanyakan golongan wanita


menaakul di tahap 3 (orientasi harmoni antara peribadi),
manakala kebanyakan lelaki di tahap 4 (orientasi undang-
undang dan peraturan).(Kohlberg dan Kramer, 1969).
• Gilligan berpendapat sebenarnya golongan
wanita memperkembangkan orientasi tersendiri
terhadap isu-isu moral yang tiada kurang
matangnya berbanding dengan orientasi yang
digunakan oleh lelaki.
• Golongan lelaki sering dididik menjadi asertif,
berdikari dan berorientasikan
pencapaian.Mereka melihat dilema moral
sebagai konflik-konflik yang tidak dapat dielak
antara hak-hak dua pihak dan undang-undang
masyarakat dilihat sebagai perlu untuk
menyelesaikan konflik-konflik tersebut.(tahap 4
teori Kohlberg)
• Sebaliknya golongan wanita dididik
menjadi empatik, bersifat keibuan dan
prihatin terhadap kehendak orang lain.
• Definisi “baik, sempurna” ialah
berdasarkan tahap prihatin mereka
terhadap orang lain, pengasih dan
intimasi.
• Gilligan mengatakan pengalaman-
pengalaman inilah yang menyebabkan
golongan wanita menganggap dilema
moral sebagai konflik antara kepentingan
diri dengan kehendak orang lain (tahap 3
Kohlberg).
• Perbezaan-perbezaan inilah
yang kemudiannya membawa
kepada perbezaan penilaian
moral dan prinsip keadilan
antara lelaki dan perempuan.
• Lelaki lebih kepada moral
keadilan dan perempuan
kepada moral kasih sayang dan
tanggungjawab.
Tahap-tahap
perkembangan moral
golongan wanita mengikut
Gilligan ada 3:
Tahap 1:
Orientasi Kepada Kelangsungan
Hidup Peribadi

• Fokus ialah pada minat kendiri wanita. Apa


yang penting ialah kehendak diri. Keperluan
dan kewujudan orang lain tidak penting atau
tidak perlu dipertimbangkan. Fokus seseorang
wanita ketika ini ialah kelangsungan hidup. Apa
yang praktikal dan apa yang paling baik adalah
penting baginya.
Transisi 1: Transisi daripada kepentingan diri
peribadi kepada sifat bertanggungjawab.

Transisi ini melibatkan pergerakan atau perubahan


pemikiran moral daripada hanya memikirkan diri
kepada mula mempertimbangkan pandangan dan
permintaan orang lain. Semasa transisi ini, seseorang
wanita mula sedar bahawa ia bukan sahaja
bertanggungjawab ke atas dirinya tetapi juga ke atas
orang lain termasuk anak yang dikandungnya atau
yang belum lahir. Ia mula mengetahui bahawa
keputusan yang ia buat akan turut mempengaruhi
dirinya dan orang lain.
Tahap 2 :
Kebaikan adalah pengorbanan diri
• Seseorang wanita mula mengetepikan
kehendak dan keperluan diri. Pada masa
ini, memenuhi keperluan orang lain lebih
penting. Kesediaan untuk berkorban
adalah penting demi orang lain. Konflik
mula muncul antara menerima
tanggungjawab di atas perbuatan sendiri
dengan tekanan daripada orang-orang lain
atau keputusan yang dibuat.
Transisi 2:
Daripada Kebaikan Kepada Realiti
• Semasa tempoh transisi, seseorang
wanita mula memeriksa situasi secara
objektif. Mereka tidak bergantung kepada
orang lain lagi dalam membuat keputusan
dan tidak lagi menurut apa yang orang lain
suruh buat. Seseorang wanita di masa ini
akan bukan sahaja mengambil kira
keperluan dan kehendak orang lain tetapi
juga kehendak diri. Ia lebih bersifat
objektif.
Tahap 3:
Moraliti Tanggungjawab Yang Tidak Ganas
• Seseorang wanita mula berfikir tentang
konsekuen tidak langsung keputusan dan
tingkah laku mereka. Ia tidak hanya berfikir
tentang apa yang orang lain kata tetapi sudah
mula menerima tanggungjawab untuk membuat
penilaian dan keputusan sendiri. Ia meletakkan
dirinya sebagai sama taraf dengan orang lain
dan akan menerima hakikat bahawa ia
bertanggungjawab ke atas konsekuen-
konsekuen tingkah lakunya. Prinsip yang
penting di sini meminimakan tahap kecil hati
dirinya dan juga orang lain.

You might also like