You are on page 1of 12

 Model atas-ke-bawah (Top-down model) Model

bacaan ini berasaskan model psikolinguistik oleh


Goodman (1967,1970) dan Smith (1971, 1978).
Model ini memfokuskan peranan pembaca dan
bacaannya yang bersifat linear tetapi bergerak
daripada atas ke bawah.
 Pembaca memainkan peranan utama semasa
memahami teks yang dibaca. Pembaca
menggunakan pengetahuan bahasa bagi
meramalkan teks dan mengurangkan
kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi
bahasa
 Berdasarkan model tersebut, pendekatan mengajar membaca
berdasarkan prinsip berikut:
 a. Pembaca dapat memahami bahan daripada teks yang dibaca
walaupun tidak mengenali setiap perkataan yang dibaca.

 b. Pembaca perlu menggunakan makna dan isyarat tatabahasa


bagi mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali.

 c. Membaca bagi tujuan mendapatkan makna adalah objektif


utama dan lebih baik daripada menguasai huruf, hubungan bunyi
dan perkataan.

 d. Membaca memerlukan penggunaan aktiviti mencari makna


lebih daripada menguasai kemahiran mengenali perkataan
sahaja.
 e. Fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat,
paragraf dan keseluruhan bahan.

 f. Perkara penting berhubung membaca adalah jumlah dan


jenis maklumat yang diperoleh melalui pembacaan.
 Rumusan model ini adalah:

 a. Menegaskan perkara yang dimiliki oleh pembaca seperti


pengetahuan terdahulu dan pengalaman pada teks yang
dibaca bagi tujuan pemahaman.

 b. Menyatakan yang kefahaman bermula dalam minda


pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea mengenai
makna teks yang dibaca

 c. Makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada


bahagian-bahagian kecil.
 Model bawah-ke-atas (Bottom-up model)
Model ini dibincangkan dengan meluas oleh
beberapa pengkaji. Antaranya adalah Gough
(1972, 1985) iaitu tokoh utama teori ini.
Model ini menyatakan individu memulakan
proses membaca apabila matanya mengenal
pasti maklumat visual yang tertera dalam teks
yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang
berurutan. Berdasarkan dapatan pemerhatian,
tumpuan mata pembaca ke atas teks
menghala kepada maklumat secara relatif.
 Pemprosesan membaca bergerak secara linear,
iaitu dimulai dengan mengecam huruf,
mengekodkan pada tahap fonem, mengecam
perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan
sintaksis dan semantik. Ini bermakna maklumat
yang baru diterima sebelum itu
ditransformasikan dan direkodkan selanjutnya.
Bagi menginterpretasikan dan memahami ayat,
pembaca perlu memproses huruf, perkataan,
frasa, klausa dan ayat secara berurutan bagi
mendapatkan makna teks.
 Antara inti pati yang terkandung dalam model ini adalah:

 a. Memberikan penegasan pada teks bertulis.

 b. Membaca dipandu oleh proses yang bertujuan mencari


makna.

 c. Timbul daripada bahagian pada keseluruhan teks.


 Model ini dapat dirumuskan menurut pandangan-pandangan
seperti yang dihuraikan seperti di bawah:

 a. Membaca adalah proses yang bersiri. Analisis visual huruf


demi huruf, membawa kepada mengenal pasti secara positif
setiap perkataan melalui pengekodan fonemik.

 b. Peraturan yang leksikal, sintaksis dan semantik


diaplikasikan pada penghasilan fonemik yang dinyatakan
dalam bentuk cetakan.

 c. Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau


prinsip abjad.
 d. Makna teks diharapkan hadir secara semula jadi yang
diasaskan pada pengetahuan lalu pembaca berkaitan
perkataan, makna dan pola sintaksis bahasa itu.

 e. Menulis hanya bagi merekodkan pertuturan.

 f. Teks bertulis diorganisasikan secara berhierarki iaitu pada


tahap grafemik, fonemik, suku kata, morfem, kata dan ayat.

 g. Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu


dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami
unit yang lebih besar iaitu binaan ayat
 h. Pembaca mesti belajar mengubah daripada simbol auditori
kepada isyarat bahasa.

 i. Pembaca mesti belajar menguasai secara automatik tindak


balas ke atas pola-pola visual teks.

 j. Belajar membaca bertujuan memperkembangkan jarak


tindak balas secara kebiasaan pada pola yang lebih khusus
dalam bentuk grafik.
 Daripada segi pendekatan mengajar,
pendukung model ini percaya pembaca perlu:
a. Mengenal pasti ciri huruf. b.
Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf.
c. Menggabungkan huruf bagi memilih pola
ejaan. d. Menghubungkan pola ejaan bagi
memilih perkataan. e. Menimbulkan proses
membina ayat, paragraf dan tahap sesebuah
teks

You might also like