You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN BOLA JARING

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada
Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta
pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita,
bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan
sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies
Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola
jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.

2.0 KEDUDUKAN PEMAIN

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang
ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain
setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari
kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap
pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang
terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".

Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika membuat


hantaran tengah):

WA GD

GS C GK

GA WD

GA WD

1
Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain:

PEMAIN HAD KAWASAN


Penjaga gol (GK) 1, 2
Pertahanan gol (GD) 3, 4, 5
Pertahanan sayap (WD) 3, 4
Pemain tengah (C) 2, 3, 4
Penyerang sayap (WA) 2, 3
Penyerang gol (WD) 3, 4
Penjaring gol (GS) 1, 2

3
12 45

3.0 TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN

1) Penjaga gol (GK)


Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan
baik di dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh

2
keluar masuk kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan
jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga
perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

2) Penahan gol (GD )

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan


penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah,
kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran
atau mengawal mana- mana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan
gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada
membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

3) Penahan sayap (WD)


Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan.
Tugasnya ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada
penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar
ke tengah atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat
jaringan, WD akan mengawal WA.

4) Pemain tengah (C)


Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia
ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat
hantaran tengah di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan
padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan
D.

5) Penyerang sayap (WA )


Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas
utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA
selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan
kerjasama pemain tengah.

3
6) Penyerang gol (GA )
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA
juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

7) Penjaring gol (GS)


Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS
mestilah mahir
membuat jaringan.

4.0 PERALATAN

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya
ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

4.1 BOLA

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti
bola keranjang. Bola tersebut berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-
7.26g, dikenali sebagai bola 5 size. Bola ini diperbuat daripada getah atau
kulit.

4.2 GELANGGANG

4
Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan
terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk
gelanggang tertutup.

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang,


sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis
Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang
dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat
90cm terletak di tengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius)
4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis
gelanggang tidak lebih dari 50mm.

Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak


yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan
lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya
bulatan tengah.

Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga,


terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan
gol.

4.3 TIANG GOL

5
Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m
(10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring
yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.

5.0 PAKAIAN

Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya pakaian


mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip
dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama
tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.

a) Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan


warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali
bermain di sepanjang kejohanan.
b) Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek
dan seluar track yang sendat (tight) tidak dibenarkan.
c) Setiap pasukan dikehendaki membawa bib masing-masing. Ketinggian
ukuran pada bib adalah 4-6 inci.
d) Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka
keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit.
e) Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti
berkuku pendek.
f) Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak
berpaku.
g) Huruf-huruf di bawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan
belakang baju pemain.

6.0 CARA BERMAIN

6
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang
mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan
melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda
belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua pasukan yang dapat memilih
dengan tepat akan membuat lontaran mula. Manakala bagi pihak ketua
pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya.
Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap pemain
akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre) akan bersedia
di kawasannya untuk memulakan lontaran mula.

7.0 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

7.1 AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Jaring Penjara Malaysia
7.2 PENGANJUR/PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan
oleh Institusi Penjara yang dipilih.
7.3 PENDAFTARAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang
bertugas di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sepuluh (10) orang pemain
menggunakan Borang yang telah disediakan.
Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika
menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
7.4 FORMAT PERTANDINGAN
i. Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit
rehat).
ii. Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menyertai ialah enam pasukan atau
lebih):
 Pusingan awal:

7
Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan iaitu A dan B.
Pasukan yang menyertai akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-
masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir:
Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir.
Johan kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B, dan
Johan Kumpulan B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A.
Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan ke pertandingan akhir
manakala yang kalah pula akan menentukan tempat ketiga dan keempat.
iii. Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam pasukan):
 Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan
bertemu antara satu sama lain.
7.5 PERATURAN DAN UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN
i. Pasukan / penukaran pemain
 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang
pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan
tersebut dikira kalah.
 Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung
permainan, permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menentukan
samada pemain itu boleh meneruskan permainannya. Keputusan akan
dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai dibenarkan ke
gelanggang pada masa itu.
 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu rehat separuh masa.
 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang
pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu. 5.1.5 Pemain hanya
boleh diganti selepas permainan dihentikan kerana kecederaan dan
pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.
 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh
(10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana
pasukan yang gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari
masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan
percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan dengan mata 15 - 0.

8
ii. Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,
pertandingan ini tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball- IFNA)
iii. Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang
permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA
perlulah dipatuhi.
iv. Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-
undang permainan, makakeputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Penganjur dari aspek teknikal.
v. Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah mana-mana
peraturan jika difikirkan perlu.
vi. Penentuan kemenangan - Setiap kemenangan akan diberi dua (2)
mata, seri satu (1) mata, dan kalah (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu
pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan
untuk menentukan pemenang:
 Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira
pemenang.
 Sekiranya masih seri, pasukan yang paling kurang ‘bolos’ dikira
pemenang
 Sekiranya masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya
di peringkat awal dikira pemenang.

7.6 PENGADIL PERTANDINGAN


Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pangadil-pengadil yang
bertauliah sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan
undang-undang permainan adalah muktamad.

7.7 BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa
Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

8.0 STRATEGI BERMAIN BOLA JARING

9
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak
permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi
yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa
bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut
akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat
dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran
tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan
dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta
mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif
diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang
dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan.

a) STRATEGI UNTUK HANTARAN TENGAH

Latihan strategi bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola


kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel.
WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam
kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan
akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun
berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat
jaringan gol.

b) KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan
hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting
ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain
pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu
bergerak dengan lebih pantas.

c) STRATEGI HANTARAN DALAM

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung
kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??)
Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang
pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah

10
strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang
bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini.
Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola
kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada
kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah
melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga
akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada
pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada
mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan
menyerang.

d) STRATRGI PERTAHANAN

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan


dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan.
Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada
posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan
lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara
untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau
tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan
pertahanan untuk membuat serangan.

9.0 PENGADIL BOLA JARING

Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada
seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil
bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan, pakaian pemain
sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa ia
berlangsung.

11
Rujukan

1. Helen Ten, 2005, Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Jaring.
2. www.slideshare.net/gtabbas/topik-3-bola-jaring
3. www.scribd.com/doc/6292530/Bola-Jaring
4. jpmportal.prison.gov.my/sukpen/images/stories/.../bolajaring.pdf
5. ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring
6. ww.scribd.com/doc/2505300/Bola-Jaring

12
BONG RU PING

PPISMP BC2 SEM2 AMBILAN JUN 2010

REFLEKSI

Melalui menyiapkan kerja kursus ini, saya telah dapat mempelajari banyak
tentang permainan bola jaring. Permainan ini sangat menarik dan mencabar bagi
saya kerana semasa sekolah menengah saya tidak pernah bermain bola jaring.
Apabila kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan menjalankan pertandingan,
saya berasa seronok dan gembira. Selepas pertandingan, saya berasa
bersemangat untuk bermain lagi.

Selain itu, saya telah memahami betapa pentingnya untuk mengekalkan bola
jaring supaya generasi muda dapat mengenali dan bermain bola jaring. Melalui
hal ini, permainan bola jaring akan dapat dikekalkan secara turun- temurun dan
generasi pada masa depan mempunyai peluang untuk bermain pemainan ini.

Bukan itu sahaja, permainan bola jaring ini boleh dijadikan sebagai hobi
dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam pada hal ini, mereka tidakmudah
terpengaruh oleh rakan sebaya sedangkan mereka mengisi masa lapang mereka
dengan berfaedah. Melalui permainan tersebut, kesihatan badan dapat dijamin.
Hal ini kerana seluruh anggota badan terlibat semasa bermain bola jaring.

13
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Azibah
binti Baharom kerana telah memberi dorongan dan bimbingan kepada saya
semasa meyiapkan kerja kursus ini.

14

You might also like