You are on page 1of 13

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


SARJANA MUDA PSIKOLOGI
(SMP)

TAJUK:
(PENGAJIAN ISLAM MPW 1143)

PENGARUH INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM


DALAM MASYARAKAT.

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 13
SITI SAKINA BINTI SELAMAT 100595
NOR MUNIRAH BINTI MUSTAFA 100174
PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan suatu yang amat penting dalam pembangunan negara.


Neagara maju yang dapat bersaing dengan negara lain boleh dikatakan sebagai
sebuah negara yang mampu menguasai bidang ilmu yang luas serta mampu
mengurangkan kadar buta huruf di kalangan rakyat.

Sebagai contoh Negara Malaysia, dalam konteks Malaysia lebih menekankan


atau dititik beratkan kepada bidang pendidikan. Hasilnya kita dapat melihat negara kita
Malaysia menyaingi negara lain yang maju dalam bidang pendidikan atau pun ekonomi.
Kepesatan pembangunan negara kita juga ada kaitan dengan kepesatan kemajuan
dalam pendidikan.

Untuk menghadapi dekad-dekad yang akan datang perlulah mempertingkatkan


ketahanan kerohanian dan kejiwaan di samping perlu juga untuk mempertingkatkan
keupayaan sains dan teknologi.

Nilai-nilai kerohanian dan akhlak perlu menunjukkan kemampuan dalam


membentuk identity dan budaya bangsa yang mempunyai ketahanan yang mencukupi
untuk menghadapi ancaman daripada luar. Jika aspek ini di abaikan dalam pendidikan
maka kita dalam menghadapi masyarakat industri yang akan kita hasilkan nanti,
masyarakat kita akan menghadapi krisis akhlak dan sosial yang dahsyat seperti mana
yang di alami oleh masyarakat yang maju.

Wawasan 2020 meletakkan asas tentang kepentingan agama dan akhlak dalam
membangun masyarakat industri masa depan. Justeru itu, mereka yang terlibat dengan
pendidikan perllulah peka kepada tanggungjawab membangun uamt yang seimbang
dari segi intelektual, material dan spiritual.

Contoh-contoh yang berkesan untuk mengelakkan daripada berlaku


permasalahan akhlak dan sebagainya ialah dengan menerapkan pendidikan islam di
setiap sekolah, ibu bapa memainkan peranan penting dan keluaran buku-buku yang
berkaitan agama.
DEFINISI

DEFINISI PENDIDIKAN

Sebelum menekankan tajuk dengan lebih mendalam kami akan menekankan


maksudnya terlebih dahulu. Pendidikan berasal daripada kata kerja “didik”. Ertinya
pelihara,jaga ( dengan berhati-hati) ajar. Apabila kata kerja didik diubah menjadi kata
terbitan dengan meletakkan “pen” pada awalanya dan “an” pada akhirnya iaitu
“pendidikan”, ia bererti perihal mendidik atau pengetahuan mendidik. (Prof. Madya Dr.
Abd Halim El-Muhammady: 1994: Pendidikan Islam, Peranannya Dalam Pembangunan
Ummah:M/S 14)

DEFINISI ISLAM

Kata dasar bagi Islam dalam bahasa arab adalah Salimah bererti sejahtera dan
tidak cacat. Segelintir masyarakat mengaggap Islam itu bererti sejahtera, tidak tercela,
selamat, damai, seimbang (harmoni), patuh dan berserah diri. Dari segi istilah Islam
pula Islam diertikan sebagai patuh (taat) dan berserah diri kepada Allah supaya
mendapat kesejahteraan atau salam di kehidupan di dunia dan akhirat. Manakala
dalam pengertian umum pula, Islam itu telah wujud sejak zaman Rasul dan Nabi yang
pertama. Menurut hadis, Allah telah melantik 124 000 orang Nabi. Diantaranya hanya
313 orang dilantik menjadi Rasulullah dan hanya 25 orang yang disebut dalam Al-
Quran. Dalam pengertian khasnya pula, islam itu wujud semenjak dari Rasulullah
terakhir kerana pada ketika itulah islam itu lengkap sebagai peraturan bagi manusia.
(Nasrudin Yunus, Roziah Sidik & Zulkarnain Mohamed:1957-2007:Pengajian Islam: M/S
2)

Pendidikan adalah suatu saluran yang penting untuk membangunkan dan


merupakan suatu perubahan kepada sesuatu umat. Malah suatu perubahan yang ingin
dibuat oleh sesuatu masyarakat perlu dimulakan dengan perubahan manusia yang
berasaskan daripada proses pendidikan.
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat pelbagai perspektif maksud untuk pendidikan Islam. Namun hasil


rumusan pendidikan Islam adalah satu pendidikan yang “bersepadu” dalam erti kata
yang sebenarnya. Pendidikan bersepadu dalam Islam bermaksud pendidikan yang
menghubungkan tentang prinsip-prinsip mnegenai Tuhan,alam dan diri secara
serentak.(Prof. Madya Dr. Abd Halim El-Muhammady: 1994: Pendidikan Islam,
Peranannya Dalam Pembangunan Ummah:M/S 13)

Sesetengah Sarjana Muslim mentakrifkan Pendidikan Islam sebagai suatu


proses melaksanakan falsafah pendidikan dan menterjemahkannya secara realiti dalam
usaha membina insan dan masyarakatnya mengikut falsafah Islam yang berasaskan
prinsip-prinsip nilai yang dibawa oleh islam. .(Prof. Madya Dr. Abd Halim El-
Muhammady: 1994: Pendidikan Islam, Peranannya Dalam Pembangunan Ummah:M/S
13)

Proses pendidikan merupakan proses menjaga dan memelihara fitrah ( sifat-sifat


semulajadi) kanak-kanak serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud pada diri
mereka dengan adanya dorongan dan sokongan.

Pendidikan Islam merupakan proses mendidik melatih akal, jasmani, rohani dan
emosi manusia berasakan sumber wahyu yang terdapat di dalam al-quran dan al-
sunnah. Pengalaman Salaf al-Salih serta ilmuan mu’tabar untuk melahirkan insan yang
solehh yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawab oleh
Allah S.W.T ke atas manusia supaya mendapat kebahgiaan di dunia dan akhirat.
( Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah: 1993: Pendidikan Islam Era 2020: M/S 14)
MENURUT AKTA PEMBELAJARAN 1961

Melalui akta yang dibuat iaitu Akta Pembelajaran 1961 menjadikan pendidikan
Islam kewajipan Kerajaan Pusat. Dengan ini, semua murid Islam mesti diberi
pendidikan Islam selama berada di sekolah rendah dan sekolah menengah. (Ismail Ab.
Rahman: 1992: Pendidikan Islam Malaysia: M/S 35)

USAHA-USAHA PADA MASA KINI

Usaha pendidikan Islam pada masa kini sedang dijalankan kepada aktiviti
pelajaran dan mata pelajaran agar menuju matlamat dan berjalan ke landarsan ke arah
pendidikan Islam. Antara usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk memantapkan
lagi mengenai pendedahan pendidikan Islam ini ialah guru-guru dilatih di Maktab-
maktab Perguruan dengan pendidikan Islam. Mereka dilatih keyakinan mengenai
bagaimana mata pelajaran yang mereka ajar boleh dijadikan asas pendidikan akhlak
dan akidah. Selain itu, mereka diberi bahan-bahan untuk mempertingkatkan kefahaman
mereka.

Selain itu, penulis buku-buku teks digalakkan memasukkan unsur-unusr


pendidikan Islam seperti akidah, akhlak dan sebagainya.Antara usaha lain ialah
Kerajaan telah memulakan satu sistem persekolahan yang baru dinamakan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama yang mana murid-muridnya didedahkan dengan
pendidikan Islam dan ilmu-ilmu Islam lebih banyak berbanding di Sekolah Kebangsaan.

Justeru itu, krusus Tamadun Islam telah diperkenalkan di Institusi Pelajaran


Tinggi dan Maktab-maktab Perguruan sejak mulai 1983. Krusus ini bertujuan unutk
memperkenalkan pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Diharapkan mereka boleh
mnejadi pemimpin masyarakat.
Perkembangan Pendidikan Islam adalah melalui beberapa peringkat. Justeru itu,
ia mengikuti peredaran zaman dan masa untuk memperkembangkan pendidikan Islam
di kalangan masyarakat. Perkembangan Pendidikan Islam pada masa dahulu dan masa
kini tidak terdapat banyak bezanya.

Antaranya perkembangan Institusi Pendidikan Islam terdapat pelbagai cara


antaranya seperti halaqah, majlis-majlis tertentu seperti majlis agama, di maktab,
madrasah atau pun surau dan lain-lain.

Madrasah adalah salah satu institusi penyebaran pendidikan Islam.Sebelum


madrasah adalah masjid. Masjid merupakan institusi penyebaran pendidikan Islam
sebelum masdarah,para ulama memainkan peranan dalam penyebaran mengenai
pendidikan Islam.

Contohnya pada zaman nabi dahulu rumah Aqram menjadi tempat perbincangan
dan penyebaran dakwah pendidikan Islam seterusnya telah terbina Masjid pertama iaitu
Masjid Nabawi. Manakala pada zaman sekarang terdapat pelbagai masjid yang telah
didirikan yang bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islamiah.

Masjid merupakan tempat beribadah. Selain itu, masjid juga mempunyai peranan
untuk menyampaikan maklumat yang penting mengenai dakwah islam seperti
mengadakan ceramah.

Pengaruh pendidikan Islam juga adalah daripada sekolah pondok. Kebiasaannya


sekolah pondok lebih menekankan kepada hafalan & bacaan Al-Quran.

Pendidikan Islam juga berkembang dari sosialisasi di sekolah iaitu melalui para
guru menyampaikan maklumat dan seterusnya buku-buka yang banyak dilahirkan
daripada pelbagai pengarang dan terbitan sehingga wujudnya perpustakaan untuk
mendapati pelbagai bahan di situ. Di perpustakaan boleh terdapat pelbagai jenis
maklumat dan buku-buku yang ingin di perolehinya.
PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KINI.

Pada masa kini, Pendidikan Islam dalam pengertian yang umum dikatakan telah
wujud di sekolah agama yang dikendalikan oleh kerajaan-kerajann negeri,rakyat, dan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Keadaannya berbeza-beza di antara
sekolah dan di antara negeri. Walau bagaimanapun, pada amnya perlu diwujudkan
konsep kesepaduan ilmu. Malahan ilmu agama dan ilmu yang bukan agama tidak harus
wujud dalam kotak-kotak yang berlainan. Seharusnya diadakan untuk mendapatkan
pendedahan mengenai pendidikan Islam.

Pendidikan Islam dalam erti kata mata pelajaran khusus yang telah disediakan
dalam kurikulum kebangsaan sekarang,telah digubalkan berasaskan konsep Islam
sebagai satu cara hidup.Walau bagaimanapun tumpuan tersebut hendaklah dihalakan
terhadap pelaksanaan dan guru pula haruslah mempertingkatkan keupayaan untuk
menampilkan bahawa Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan saling berkaitan
dengan ilmu-ilmu yang lain.

Pendidikan Islam era 2020 perlulah melahirkan generasi Muslim yang kukuh
imannya yang menguasai semua ilmu pengetahuan, yang tinggi dan berketrampilan
yang canggih, yang berakhlak mulia, yang sentiasa berbakti kepada agama, bangsa
dan negara.

Selain itu, untuk mencapai matlamat penbentukan sistem pendidikan Islam,


kajian dan perancangan perlu dilakukan dengan segera untuk manfaatkan kepada
semua sekolah tidak kira sekolah agama atau pun sekolah kebangsaan. Kurikulum
yang lengkap yang dihasilkan boleh membantu sekolah-sekolah ini memainkan
peranan yang positif dan boleh membangunkan sumber manusia yang bermasa depan
yang baik seperti beriman, berilmu dan berakhlak.

Langkah untuk mewujudkan sistem pendidikan Islam yang lengkap merupakan


startegi asas dan utama.Kesannya amat besar kerana ia melibatkan dengan guru, dan
mengadakan latihan, penilaian, kurikulum dan sebagainya. Strategi yang kedua ialah
Islamisasi Ilmu. Tujuannya ialah untuk memastikan semua ilmu yang diajar adalah
selaras dengan Islam.
PENDIDIKAN ISLAM DI PERINGKAT SEKOLAH

Perlaksanaan Penididkan Islam di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan adalah


berlandaskan perlakuan-pelakuan yang terkandung yang terdapat di dalam Penyata
Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pembelajaran 1961.

Ketiga-tiga perakuan itu telah memperuntuksn supaya pendidikan Islam atau


mata pelajarna agama Islam diajar dimana-mana sekolah yang telah didaftakan. Hasil
daripada perakuan tersebut pada peringkat awalnya telah diajarkan di luar jadual waktu
persekolahan(di waktu petang). Sehingga 1962 barulah mata pelajaran Agama Islam
dimasukkan ke dalam jadual rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran dan
pembelajaran sebanyak 120 minit seminggu. (Prof. Madya Dr. Abd Halim El-
Muhammady: 1994: Pendidikan Islam, Peranannya Dalam Pembangunan: M/S 105 &
106)

PERKEMBANGAN DAN PERCAPAIAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH

Kurikulum Pendidikan Islam lebih tertumpu kepada peringkat sekolah menengah


telah dibentuk berdasarkan kepada keperluan dan matlamat untuk member
pengetahuan mengenai Agama Islam kepapa pelajar-pelajar. Oleh itu, kandungan
kurikulum atau sukatan pelajaran lebih tertumpu kepada asas-asas dan prinsip-prinsip
yang berkaitan dengan Agama Islam seperti tauhid, ibadah ( fiqh ) , sejarah Islam dan
pengajaran dari sejumlah ayat-ayat yang tertentu dari Al-Quran dan Hadis Rasullah
S.A.W.

Berdasarkan kepada matlamat dan isi kandungan kurikulum yang lebih


menumpukan kepada pengetahuan mengenai agama Islam kepada pelajar-pelajar,
maka penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran lebih mengarahkan kepada
penyampaian maklumat dan ilmu mengenai Agama Islam daripada pencapaiannya
dalam aspek amalan dan penghayatan Islam di kalangan pelajar-pelajar.
PENDIDIKAN ISLAM DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
(KBSM).

Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)


merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Agama Islam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSM). Contohnya di dalam Pendidikan Agama Islam KBSm lebih
membeirkan penumpuan kebolehan membaca Al-Quran dan menanamkan asas-asas
fardu ain dan cara hidup Islam.

Manakala Penididikan Islam KBSM pula lebih memberikan penumpuan dan


penekanan yang sepenuhnya kepada kebolehan membaca dan memahami ayat Al-
Quran, pengukuhan Aqidah Islamiah, Ibadat dan cara hidup Islam. Penekanan
pembelajaran di peringkat ini lebih ditumpukan kepada penghayatan dan amalan Islam
di samping kefahaman tentang ajaran Agama Islam.Bagi memastikan keberkesanan
Pendidikan Islam di peringkat menegah ini, orientasi pengajaran dan pembelajaran
dikaitakn dengan amalakan kehidupan dalam seharian.

Nilai-nilai daripada matapelajarn lain seperti Geografi, Sains, Sejarah,


Matematik, Bahasa Melayu dan matapelajaran lain direntasi dan diserap supaya wujud
kesepaduan di antara ilmu-ilmu dan nilai-nilai yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di
peringkat Sekolah Menengah. Melalui pendekatan inni, cita-cita hendak melahirkan
insan harmonis dan seimbang sepertimana yang dikehendaki di dalam falsafah
Pendidikan Negara akan tercapai.

Selain Pendidikan Islam di sekolah untuk memberi pengatahuan tentang Agama


Islam maka Pendidikan Islam juga adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang kuat imannya, kuat ibadahnya,kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat
ketaqwaanya.Matlamat Pendidikan Islam adalah berlandasankan Al-Quran dan As-
Sunnah untuk membentuk dan memperkembangkan insane supaya menjadi muslim
yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia kea rah melengkapkan diri
serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa.
PENGENALAN SISTEM PENGAJIAN PONDOK

Sistem pengajian pondok merupakan cara yang umum yang diikuti di pusat-
pusat pengajian Islam zaman silam sebelum, masyarakat Islam mengenali sistem
persekolahan. Malah al-Azhar , sebuah merupakan pusat oengajian yang tertua dibina
namun masih berkembang menjadi Universiti yang moden dan masih mnegekalkan
sistem ini sebagai salah satu dari cabang pengajian Islam.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam member penekanan yang lebih kepada “Amalan dan


Penghayatan Islam”.Segala pengajaran Islam seharusnya di jadikan amalan yang murni
atau di amalkan bagi setiap umat Islam. Pendidikan Islam jug aperlu dihayati dalam
setiap perlakuan tanpa berlaku perselisihan atau bertentangan ajaran Islam yang lain.

Oleh yang demikian, pengajaran pendidikan Islam bukan hanya untuk member
ilmu, nasihat, didikan dan ingatan di dalam bilikm darjah sahaja tetapi ianya perlu
diamalkan dan dilaksanakan supaya berterusan sama ada di dalam bilik darjah, kelas
atau pun di kampung atau di rumah.

Untuk memantapkan lagi Pendidikan Islam seorang guru atau pun ulama
memainkan peranan dalam skill, kebolehan atau kemahiran yang tinggi dalam
menyampaikan pengajarannya.

Salah satu kebolehan yang perlu ada bagi seorang guru atua ulama untuk
memantapkan Pendidikan Islam ialah bagaimana ia dapat menggabungkan jalinkan
aspek yang terdapat di dalam mata pelajaran pendidikan Islam iaitu Tilawah Al-Quran
dan Ulum Al-Syariah dan dapat merentas atau m enyerapkan dengan isi serta nilai-nilai
yang terdapat di dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Geografi dan lain-lain.
KESIMPULAN

Bagi mnecapai matlamat pendidikan Islam, kita memerlukan dedikasi dan


kesungguhan yang tinggi di kalangan pihak-pihak yang terlibat. Kita faham dan yakin
bahawa perubahan masyarakat melalui pendidikan adalah cara yang paling sesuai
kerana cara evolusi yang demikian dapat menjamin kesejahteraan hidup. Saya juga
yakin jika kita sama-sama berganding bahu dengan bersungguh-sungguh kita akan
mendapatkan hasil yang baik.
SUMBER RUJUKAN

1. Prof. Madya Dr. Abd Halim El-Muhammady: 1994: Pendidikan Islam,


Peranannya Dalam Pembangunan: Persatuan Bekas Mahasisiwi Islam Timur
Tengah, Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

2. Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah: 1993: Pendidikan Islam Era 2020: Tekno
Edar.

3. Zawawi Hj. Ahmad: 1996: Sains Dalam Pendidikan Islam: Dewan Bahasa &
Pustaka,Kuala Lumpur.

4. Ismail Ab. Rahman: 1992: Pendidikan Islam Malaysia: Universiti Kebangsaan


Malaysia, Bangi.

5. Syed Ali Ashraf & Ismail Ahmad : 1994: Horizan Baru dalam Pendidikan Islam:
Dewan Bahasa & Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

6. Abdullah Sani Yahaya: 2003: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: PTS


Publication & Distributor Sdn.Bhd. Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

7. Tang Chee Yen: 1990: Asas Pendidikan Sekolah dan Perkembangan: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

You might also like