You are on page 1of 24

Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato’ Dol Said


______________________________________

Folio Sejarah
______________________________________

Perjuangan Rakyat Tempatan


Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Nama : Muhammad Ibrahim Fikri bin Rawi


Tingkatan : 2 Alfa
Guru Pembimbing : En. Mohd Fareed bin
Yusof
Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat


1 Perhargaan 3
2 Objektif Kajian 4
3 Dato’ Maharaja Lela Pejuang 5-9
Kebanggaan Perak
4 Dato’ Bahaman Pahlawan 10 - 13
Pahang
5 Mat Salleh Menyanggah SBUB 14 - 17
6 Tok Janggut Pejuang Jihad 18 - 21
7 Rumusan 22 - 23
8 Rujukan 24

Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa tersayang
yang telah memberi banyak sokongan dan semangat

2
kepada saya bagi menyempurnakan folio ini. Selain
itu, ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang
memberi pelbagai bantuan serta kebenaran
menggunakan kemudahan di sekolah untuk
menjalankan Folio Sejarah ini dan guru subjek
Sejarah saya, Encik Mohd Fareed bin Yusof yang
telah banyak memberi panduan, nasihat serta
bimbingan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa
kepada rakan-rakan kelas saya yang telah memberi
kerjasama serta sumbangan semasa folio ini
dilalukan.

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi


keperluan sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan
Dua. Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah :

3
 Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa
penjajahan.
 Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan
penderitaan dan penghinaan.
 Memahami dan menyedari sebab-sebab
penentangan dan kesan-kesannya.
 Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai
panduan masa kini dan masa hadapan.
 Mempelajari semangat patriotisme serta bangga
akan negara sendiri mereka yang
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan
negara, pahlawan tanah air telah berjuang
bersama - sama rakyat tempatan untuk
menentang penjajah.

Dato’ Maharaja Lela Pejuang


Kebanggaan Perak

4
Latar Belakang
Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan
Perak dan penghulu di Pasir Salak. Pada November
1874 , Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.
Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor. Pelantikan
itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan
pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di
Pasir Salak.

Faktor Penentangan

5
(a)Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah


menandatangani pengisytiharkan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip cukai.
Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika
enggan menandatangani. Birch membakar rumah
Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor.

(b)Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak.


Pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak
menandatangani perisytiharkan penyerahan kuasa
kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah
kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim ,
mengurus kutipan cukai dan melantik
penghulu.

(c)Memperkenalkan Cukai Baru

6
Birch bertindak sesuka hati. Birch memperkenalkan
cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap ,
senjatah dan bayaran permit untuk membalak.
Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar
sebagai cukai kelamin.

(d)Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar


Perak apabila beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.
Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila
menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya.

Peristiwa Penentangan

7
Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela
telah bermesyuarat di Durian Sebatang. Mereka
mengambil keputusan untuk membunuh Birch . Dato’
Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor , Pandak
Indut Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya . Mereka berazam menghalau British
keluar dari bumi Perak . Pada 2 November 1875 ,
Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak
memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela
dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk
membunuh Birch . Pembunuhan Birch menyebabkan
British menyerang Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela
dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak . Pasukan British
dikalahkan dan Kapten Innes terkorban .
Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan
berlaku hampir setengah tahun .
Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di
Bandar Tua . Pejuang Perak akhirnya dikalahkan
setelah British dibantu oleh tentera dari India dan

8
Hong Kong .
Kesan Penentangan
Pada tahun 1877 , Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor,
Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung
sampai mati di Matang , Perak . Sultan Abdullah dan
Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di
Lautan Hindi . Raja Ismail dibuang negeri ke Johor .
British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak
menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol
kepahlawanan orang Melayu.

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

9
Latar Belakang
Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.
Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa
Pahlawan Semantan. Diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau dalam perang
saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.
Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah
kematian Orang Kaya Indera Segera. Dato’ Bahaman
tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

Faktor Penentangan

10
(a) Hilang Hak Mengutip Cukai
Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik
E.A.Wise sebagai pengawai majistret dan pemungut
hasil di daerah Temerloh. Dato’ Bahaman dilarang
mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di
Temerloh.
(b) Pembinaan Balai Polis
Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis
di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Dato’Bahaman. Konflik antara kedua-duanya
menjadi lebih serius. Dato’ Bahaman menganggap
tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta
mengancam kedudukannya.
(c) Perlucutan Gelaran
Hugh Cliffod menganggap Dato’ Bahaman sebagai
penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British.
British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran
Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan
British memalukan Dato’Bahaman dan beliau
bersumpah menghalau keluar British dari Pahang.
Peristiwa Penentangan

11
Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang
pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan
tanpa kebenaran . Tindakan British itu menyebabkan
Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai
Polis Lubuk Terua . Peristiwa ini mencetuskan
peperangan. Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford
mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk
menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam
pertempuran di Kelubi. Hugh Clifford berundur dan
meminta bantuan daripada Singapura. Pada Januari
1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad
menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan
tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai
oleh J.P.Rodger ditumbuhkan. British membekalkan
200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru. Sultan
Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan
berjaya menawan 11 kubu Dato’Bahaman di Bentong
Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh
Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan
Terengganu . Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah
menyemarakkan semagat pejuang Pahang berjihad

12
menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato’
Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai . British bertindak
balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan
semula Jeram Ampai. Dato’Bahaman, Tok Gajah dan
Mat Kilau berundur ke Kelantan. Pengunduran ini
menandakan berakhirnya perang menentang British
di Pahang.

Kesan Penentangan
Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan
keberanian menentang British . Kedudukan British di
Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh
pahlawan Pahang. Kebangkitan ini berlansung
selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 . British terpaksa
menanggung hutang yang banyak. Sultan Wan
Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar
setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

13
Mat Salleh Menyanggah SBUB

Latar Belakang
Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato
Batu. Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah
Sungai Sugut. Berketurunan Bajau dan Suluk.
Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian
berperang. Kebangkitan Mat Salleh merupakan
kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan
di Sabah.

14
Faktor Penentangan
(a) Perjuang Jihad
Kebangkitan berpunca daripada semangat
perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di
selatan Filipina .
(b) Peraturan Yang Membebankan

SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah


seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen
perahu yang membebankan rakyat .

(c) Percubaan Berunding Gagal


Pada Ogas 1895, Mat Salleh dan pembesar tempatan
ke Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort,
C.V.Creagh. Tujuan untuk berunding tentang masalah
cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB
terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh dan
pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah
menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan
Sandakan.

15
(d) Perkampungan Dibakar
Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh
mengancam kepentingan SBUB. SBUB bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa
yang berjaya menangkap Mat Salleh.
Peristiwa Penentangan
Pada Julai 1897, Mat Salleh mendirikan kubu di
Ranau dan membakar Pulau Gaya. Pada November
1897, Mat Salleh menyerang Ambong. William
Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya
mengalahkan Mat Salleh lalumenawankan
perdamaian dan pengampunan kepadanya. Pada
April 1898, rundingan diadakan antara Mat Salleh
dengan Cowie di Menggatal. Mat Salleh dan
pengikut diberi pengampunan. Penduduk Inanam
yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan
kembali semula. Mat Salleh dibenarkan mentadbir
daerah Tambunan. Mat Salleh diminta melaporkan
pengerakannya kepada SBUB. SBUB tidak
menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB

16
mengambil alih pentadbiran di Tambunan . Mat
Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan
dengan menbina kubu di Kampung Teboh,
Tambunan. SBUB menyerang kubu Mat Salleh
secara besar-besaran. Pada Januari 1900, SBUB
berjaya menewaskan Mat Salleh. Mat Salleh
terkorban.
Kesan Penentangan
Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti
Mat Setor dan Kamunta. Pada Julai 1902, British
berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di
Sabah sepenuhnya.

17
Tok Janggut Pejuang Jihad
Latar Belakang
Nama sebenar Haji Mat Hassan Bin Munas.
Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada.
Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah. Mahir dalam ilmu persilatan.
Menetap di Kampung Nering, Kelantan. Bekerja
sebagai petani dan peniaga.
Faktor Penentangan
(a)Peraturan Tanah
Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun
1915 yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah.
(b)Pengenalan Cukai Yang Membebankan
Petani dikehendaki membayar cukai seperti :

 Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen


sepokok
 Pokok pinang 1 sen sepokok

18
 Sirih 5 sen sejunjung

 Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor

Peraturan ini membebankan rakyat.


(c)Perasaan anti-British

Sentimen anti - British meningkat apabila Britain


menyerang Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa
Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh
dunia berjihad menentang penjajah barat. Tok
Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir
Puteh.

(d)Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan


Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar
cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di
bandar. Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk
membayar cukai tetapi gagal. Mereka yang gagal
membayar cukai akan ditangkap dan didenda.
Penduduk tempatan marah kepada British kerana
sikap biadab pegawai British .

19
Peristiwa Penentangan
Pada 28 April 1915, Pegawai Daerah Puteh
menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok
Janggut kerana gagal membayar cukai. Perbalahan
berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam
oleh Tok Janggut. Pada 29 April 1915, Tok Janggut,
Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak
Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan
ke atas Pasir Puteh. Mereka menduduki Pasir Puteh
selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas
daripada ancaman British. Engku Besar Jeram iaitu
Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. Tok
Janggut sebagai Perdana Menteri. Pada 9 Mei 1915,
British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar
kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan pemimpin kanannya. Pada 23 Mei 1915,
British membakar rumah Tok Janggut dan
pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Tok
Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh.
Pada 24 Mei 1915, British menyerang Tok Janggut
yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Tok

20
Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut diarak ke
Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung
songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama
4 jam. Kemudian beliau dikebumikan di Pasir Puteh.
Kesan Penentangan
Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai
pahlawan yang menentang kuasa penjajahan Barat.
Semangat perjuangan mereka membanggakan kita
walaupun tewas di tangan British.

21
Rumusan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa


penjajahan menyebabkan penderitaan dan
penghinaan. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh
penjajah dan penduduknya pula ditindas. Demi
mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan
negara, pahlawan tanah air telah berjuang bersama
-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah,
tetapi British telah menggunakan tipu helah, kekuatan
tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk
melumpuhkan perjuangan mereka. Pejuang-pejuang
negara dijatuhi hukuman mati, dibuang negara,
dipenjara, harta benda dirampas dan perkampungan
mereka dibakar. British juga mengisytiharkan pejuang
tanah air sebagai pemberontak dan penderhaka.
Walaupun mereka gagal, namun semangat dan
keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi
inspirasi kepada pejuang seterusnya. Penjajahan
British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada
seluruh rakyat.

22
Belajarlah daripada sejarah, jika kita lupa dan
leka kita akan dijajah semula. Oleh itu, untuk kekal
menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang
berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
membina jati diri serta memperkasa bangsa dan
negara.

23
Rujukan
 Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
 Buku Rujukan Sejarah
 Internet

24

You might also like