You are on page 1of 20

IBN KHALDUN(1332 - 1406)

 seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi


 bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.
Lahir
• Tunis, Tunisia Tempat
• 1 Ramadan pada tahun 732Hijrah. (27 Mei
Lahir
1332)
Tarikh
• Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad
bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin
Penuh
Muhammad bin Ibrahim bin Abdura hman bin
Nama
Ibn Khaldun.
LATAR BELAKANG IBN KHALDUN
KELUARGA IBN KHALDUN
 berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah
menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol.
 Akhirnya beliau berpindah dan menetap di Afrika Utara
semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah
Tunis pada waktu itu.
PENDIDIKAN IBN KHALDUN
 Ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan
Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik.
 Meneruskan pelajaran sehingga usia beliau meningkat 19
tahun apabila dunia di landa The Great Plague bermula
dari Samarkand sehingga Maritania. Bencana alam
tersebut merupakan titik tolak yang amat penting dalam
kehidupan Ibn Khaldun. Seterusnya menceburi diri
dalam dunia politik.
 Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu
Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-
Salam.
• Meninggal dunia pada 17 March 1406 di Kaherah, Mesir. 1406
• Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul
Abbas, Cairo dan mengerjakan haji
• Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka 1387
memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab
mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
• Ibn Khaldun belayar ke Alexandria, dimana beliau menghabiskan riwayatnya 1382
sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain.
• Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tunisia
dan Morocco 1363
• bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam
Castile "the Cruel of Castile".
Pandangan-pandangan Ibn
Khaldun

Teori ekonomi Teori manusia Teori Teori nilai, wang Teori


Islam dan ekonomi pengeluaran dan harga pengagihan
TEORI EKONOMI ISLAM
 Prinsip dan falsafah ekonomi:
1. keadilan (fairness)
2. kerjasama (cooperation),
3. kesederhanaan (moderation).
 Keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan
musnah.
 Menurut beliau, ketidakadilan ialah:
1. merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan.
2. mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa
atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain.
3. meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.
 "Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja
paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah
apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."
TEORI MANUSIA DAN EKONOMI
 Ibn Khaldun menganggap manusia itu sebagai manusia
Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan
pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas
muka bumi ini.
 Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan
perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat.
 manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model
untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan
keutamaan kepada kehidupan akhirat.
TEORI NILAI, WANG DAN HARGA
 Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori
nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran
(exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah
bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai
buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.
 "Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu
digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan.
Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan
keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh,”
kata Ibn Khaldun.
TEORI PENGELUARAN
 Kehidupan perekonomian menghala ke arah pelaksanaan
keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.
 Menurut beliau, pengeluaran berasaskan:-

i.  faktor buruh
ii. kerjasama masyarakat.
 Beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras
harga amat perlu untuk mengekalkan tahap
produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar
masyarakat melakukan perancangan semasa menghasilkan
sesuatu produk.
o Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi
(economic growth) dan pembahagian tenaga
buruh bergantung rapat dengan pasaran. 
TEORI PENGAGIHAN
 Beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor:-
I. Sektor pengeluaran
II. Sektor pertukaran
III. Sektor perkhidmatan awam
 Harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau
upah, keuntungan, dan cukai.
 Nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang
terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan.
 Keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga
antara harga jualan dengan harga belian.
 Perbezaan antara kedua-dua harga itu haruslah stabil untuk

mengelakkan keuntungan yang melampau serta berlipatganda.


SUMBANGAN IBN KHALDUN
i. Bidang falsafah sejarah dan sisiologi (Umraniyat).
 Karya al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab
ini mengandungi enam jilid dan paling terkenal, kitab Al-
Muqaddimah atau Prolegomena.
 Al-Muqaddimah mengandungi analisis dan menerangkan:-

i. peristiwa sejarah dunia.


ii. peristiwa dalam kehidupan masyarakat
iii. proses pembentukan negara

iv. faktor kemajuan serta kemunduran

v. perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian


dan pertanian.
 Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam,
khususnya dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan
sejarah.
ii. Antara hasil karya Ibn Khaldun dalam bidang
sejarah dan agama termasuk seperti yang berikut:-

 Bidang sejarah:
• Universal history
• Sejarah maghrib

 Bidang keagamaan:
• Lubab al-Mahsul(Summary of the Result)
• Shifa’ as-Sail(Healing of the Inquirer)
SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI
i. Menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan
percaya kepada kebebasan memilih.
ii. Memajukan konsep ekonomi dari segi kebebasan
perdagangan.
iii. Memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga
buruh
iv. Memperkenalkan pembahagian tenaga kerja
v. Menyokong pasaran terbuka
vi. Menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas
harga dan keuntungan.
SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL
i. Ibnu Khaldun mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai
kadi ketika menetap di Mesir.Beliau melaksanakan
kepemimpinan politik dengan perpaduan sosial dan
kuasa tanpa paksaan.
ii. Menganalisis tentang dinamika hubugan kelompok.
iii. Menunjukkan kepentingan al-’Asabiyya(perasaan kekitaan)
 Mewujudkan tamadun baru
 Meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.
SOAL & JAWAB
1. Nyatakan pandangan-pandangan yang dikemukakan
oleh Ibn Khaldun.
2. Menurut pandangan Ibn Khaldun, apakah tindakan
yang dianggap sebagai ketidakadilan?
3. Menurut teori pengagihan, Ibn Khaldun telah
membahagikan ekonomi kepada 3 sektor. Nyatakan
tiga sektor tersebut.
4. Nyatakan 3 perkara yang telah dihuraikan dalam kitab
Al- Muqaddimah.
5. Apakah sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang
ekonomi?
BIBLIOGRAFI
 Buku:
1. Choong Lean Keow, P. (2009). Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah
Pengajian 4 tahun. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. M/S 97 & 98.
 Internet:

1.  Tokoh-tokoh Islam. (n.d.). Retrieved Januari 10, 2011, from Ibn


Khaldun: http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.html
2. Wikipedia. (n.d.). Retrieved Januari 10, 2011, from Abdul Al-
Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun: http://
ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-
Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun
3. Scribd. (n.d.). Retrieved Januari 10, 2011, from Tokoh Falsafah
Islam: http://www.scribd.com/doc/5467334/ibn-khaldun
SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan oleh:

CHEANG SI EN (T1MT3)

LIM HOI SAN (T1MT3)

You might also like