You are on page 1of 6

Budaya sopan santun yang semakin dilupakan~~

Yang Dihormati Saudara Pengurusi Majlis, Yang Berbahagia Timbalan Pengarah


Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Dr. Hamzah b. Ehsan, Yang Arif Barisan Penal
Hakim yang adil lagi bijaksana, Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah
dan rakan guru pelatih yang saya kasihi sekalian.  Assalmualaikum warahmatullah
wabarokatuh dan salam Satu Malaysia.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun  yang saya dendagkan sebentar tadi amat bersesuaian dengan tajuk pidato
yang bakal saya persembahkan pada pagi ini. Tajuk pidato saya berkisar mengenai
adab, budi bahasa dan budaya masyarakat melayu. Oleh itu, izinkan saya untuk
persembahkan sebuah pidato yang bertajuk “Budaya sopan santun semakin dilupakan”.

Sebelum saya memulakan pidato saya pada pagi yang penuh permai ini, izinkan
saya untuk menghuraikan tajuk pidato yang bakal saya sampaikan. Merujuk Kamus
Dewan Edisi ketiga, definisi budaya ialah kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara
berfikir ataupun berkelakuan. Sopan memberi maksud baik budi bahasanya, tahu  tertib
peraturan dan beradab. Manakala santun membawa erti halus budi bahasa atau budi
pekerti. Jesteru, dapat disimpulkan bahawa budaya sopan santun memberi erti
perlakuan ,tingkah laku atau adab yang halus.

Hadirin sekalian,
Budaya sopan santun dalam kalangan masyarakat kita merupakan budaya yang
diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang. Ianya kekal hingga ke hari ini
menjadi amalan dan cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat.
Masyarakat Melayu Islam khasnya terkenal dengan budaya bersopan santun.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Hal ini membuktikan bahawa adab
bersopan santun amat penting kerana ia mencerminkan kemuliaan akhlak dan tingkah
laku sesorang. Namun begitu, zaman kecanggihan teknologi kini, ramai yang sudah
mula lupa akan budaya masyarakatnya terutama generasi muda.

Pada zaman kini budaya bersopan santun sudah tidak lagi menjadi amalan
dalam kehidupan.  Budaya sopan santun dalam pergaulan, cara berpakaian, adab
bertutur dengan orang tua tidak begitu diambil perhatian. Jika hal ini tidak dibendung,
maka akan lahirlah generasi yang tidak tahu bersopan santun dan akan menimbulkan
pelbagai masalah tatasusila, pergaulan dan sebagainya.  Justeru itu, semua pihak
mestilah memainkan peranan dalam menyebarkan dan mengekalkan budaya sopan
santun, terutamanya di kalangan generasi muda, kerana mereka merupakan insan
yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,
Masyarakat kini sudah tidak lagi mengamalkan budaya sopan santun. Mereka lebih
mengutamakan keseronokan dunia yang sementara. Hal ini dapat dibuktikan apabila banyak terjadinya
masalah sosial dalam kalangan remaja yang sukar dibendung. Kebanyakan budaya yang menular di
kalangan remaja kini berlatar belakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. Kehidupan
mereka tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti hiburan yang
melampau, pergaulan bebas, masalah gangsterisme, vandalism dan lain-lain lagi. Selain itu, kedudukan
sesorang dalam organisasi masyarakatnya berpandukan darjat dan kekayaan, bukannya adab bersopan
santun dalam kehidupan. 

Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani dan juga seorang yang pakar dalam bidang sains
menyatakan bahawa “yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal
keturunannya”. Penyataan ini membuktikan bahawa, kedudukan seseorang itu tidak bergantung kepada
darjat atau keturunannya, tetapi ia bergantung kepada ilmu pengetahuan dan adab iaitu mengamalkan
budaya sopan santun dalam kehidupan. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik
merupakan orang yang mulia akhlak dan adab sopan santunnya. Oleh itu, seharusnya semua pihak
memainkan peranan masing-masing agar budaya sopan santun tidak akan dilupakan.
Hadirin sekalian,
Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan
kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun. Contohnya ibu bapa mengajar
anak-anak supaya memberi salam dan mencium tangan orang tua sebelum pergi ke
mana-mana, membongkokkan badan sedikit ketika melintas di khalayak ramai,
memakai pakaian dengan kemas dan sesuai tidak kira di dalam atau luar rumah, di
sekolah atau ketika dalam majlis.Pendidikan di rumah memainkan peranan penting
dalam membentuk peribadi anak-anak supaya patuh bersopan santun. Bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini kerana, untuk membentuk
insan yang tahu akan adab bersopan santun amatlah sukar jika tiada didikan sejak kecil
lagi. Oleh itu, setiap ibu bapa harus peka dengan cara didikan yang baik. Didikan ibu
bapa yang diterapkan dengan adab bersopan santun akan menjadikan mereka insan
yang tahu dan mengamalkan budaya sopan santun.

Masyarakat juga hendaklah turut terlibat dalam memastikan budaya sopan


santun diamalkan dalam setiap urusan baik di rumah, pejabat, jalan raya, di pusat
membeli-belah dan sebagainya. Jika budaya bersopan santun dapat dikekalkan dalam
kehidupan seharian, maka kita akan dapat hidup dalam suasana yang aman dan
bersatu padu. Budaya bersopan santun merupakan lambang keperibadian masyarakat
melayu sejak dahulu hingga sekarang, maka haruslah dikekal dan diperkukuhkan lagi
bagi menangkis budaya-budaya negatif yang sedang meracuni pemikiran dan tingkah
laku terutama di kalangan generasi muda dan tua.
“Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.” Kata-kata ini membuktikan
bahawa seseorang yang mampu mengawal diri daripada terjebak dengan budaya-
budaya negatif dan mengamalkan budaya sopan santun akan mengecapi bahagia dan
ketenangan dalam hidupnya sekali gus melahirkan sebuah bangsa yang berjaya dan
derdaya saing.

Hadirin sekalian,
 Seharusnya, budaya sopan santun tidak dilupakan, semua pihak harus
mengembeleng tenaga berusaha untuk menyemai budaya sopan santun dalam jati diri
setiap masyarakat melayu. Hal ini kerana, bangsa yang ingin maju mestilah memajukan
bahasanya. Bahasa dalam konteks ini tidak hanya merujuk kepada bahasa sesuatu
bangsa sahaja, tetapi ia juga merujuk kepada adab dan budaya sesuatu bangsa. Oleh
itu, untuk memastikan masyarakat melayu khususnya beragama Islam mampu
mencapai kejayaan, kita harus bersama-sama berusaha untuk mengekalkan budaya
sopan santun dalam kehidupan. Sesungguhnya, mahkota adab dan sopan santun lebih
tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. Sebelum
saya mengundur diri, izinkan saya mengalunkan serangkap pantun.

Sekian, terima kasih.

Budi Bahasa: Amalan Yang Semakin


Dilupakan
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sejak kebelakangan ini, amalan berbudi bahasa semakin kurang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian. Budi dan bahasa adalah dua elemen yang

berkaita rapat dalam pembinaan jati diri sesebuah masyarakat. Budi adalah kelakuan yang baik,

manakala bahasa merupakan percakapan dan tingkah laku yang sopan santun.

Budi bahasa yang baik dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Sejak kebelakangan

ini, ia semakin kurang diamalkan kerana kurangnya didikan tentang amalan ini di peringkat keluarga. Jika

amalan ini tidak dididik sejak kecil, rakyat Malaysia akan hilang budi bahasanya. Contohnya, remaja hari

ini kurang mengamalkan pemberian salam kepada orang tua. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah

memainkan peranan mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa.

Selain itu, amalan berbudi bahasa kurang diamalkan kerana segelintir rakyat kita sudah tidak lagi

mempunyai sifat baik. Sebaliknya, jiwa mereka dipenuhi sifat sombong, angkuh, meninggi diri dan

angkuh. Orang yang mementingkan diri sendiri dapat dilihat di jalan-jalan raya. Para pemandu yang

memandu laju dan tidak bertimbang rasa menunjukkan diri mereka tidak mempunyai budi bahasa yang
sepatutnya.  Ada sesetengah remaja tanpa segan silu berasmara di khalayak ramai tanpa memperdulikan

orang sekeliling. Akibatnya, bercambahlah bilangan bayi hasil daripada hubungan terlarang. Tanpa sifat

malu dan adab sopan, gejala rasuah dan jenayah kolar putih juga mengakibatkan kerugian kepada

negara.

Seharusnya kita mengamalkan sifat terpuji seperti lemah lembut, menghormati orang lain dan

berhemah tinggi kerana ia dapat melahirkan rasa kasih mesra sesama manusia tidak kira bangsa, agama,

usia, taraf atau warna kulit.

Sikap masyarakat Malaysia yang semakin kurang menitikberatkan amalan berbudi bahasa boleh

dibantu oleh peranan media massa. Media cetak dan media elektronik harus berganding bahu

menyiarkan berita atau kempen kesedaran akan perlunya budi bahasa dalam masyarakat. Melalui

kerjasama semua pihak, amalan budi bahasa yang semakin terhakis dapat disuburkan kembali dalam

kalangan masyarakat di negara ini.

Pihak sekolah sebagai institusi sosial, tidak hanya berperanan sebagai pusat persediaan

peperiksaan. Kempen budi bahasa di peringkat sekolah dapat membantu menyedarkan pelajar untuk

menjadi remaja yang berbudi bahasa. Tuntasnya, peranan guru di sekolah juga amat penting dalam

meningkatkan amalan budi bahasa.

Setiap warga masyarakat yang mempunyai budi bahasa, akan dipandang tinggi dan mulia. Orang

lain juga akan lebih menghormati dan senang bergaul dengan mereka yang mengamalkan budi bahasa.

Harta kekayaan, rupa paras dan darjat tidak menjamin seseorang itu dihormati dan disegani.

Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama memupuk amalan budi bahasa kerana ia
dapat disemai dan dibajai, ia juga tidak dapat dijual beli. Pepatah ada menyatakan, ‘yang kurik
itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.’ Asas kesedaran
terhadap budi bahasa harus disemai sejak kecil bak kata pepatah, jika melentur buluh, biarlah
dari rebungnya.
APAKAH SOPAN SANTUN MENJADI SEMAKIN MAHAL?
Posted by Jefferson , Saturday, April 24, 2010 9:32 AM

Seiring dengan globalisasi, budaya-budaya negara asing telah masuk dan memberikan dampak terhadap budaya dan
nilai-nilai tradisional di negeri ini. Dampak tersebut dapat berupa pengaruh positif, namun dapat juga pengaruh negatif.
Tidak sedikit nilai-nilai tradisional yang telah dilupakan oleh masyarakat asli negeri ini, khususnya kalangan remaja.
Banyak dari mereka yang telah melupakan tentang pentingnya sopan santun.

Salah satu contoh kurangnya norma sopan santun dari kalangan remaja adalah tidak menyapa orang yang berusia lebih
tua dari mereka. Ketika mereka bertemu guru-guru di sekolah, banyak dari mereka yang hanya jalan berlalu, tanpa
memanggil.Selain itu, hal yang seringkali kita lihat adalah para remaja yang memanggil orang yang lebih tua bagaikan
memanggil teman sekelas. Mereka berbicara dengan menggunakan bahasa-bahasa gaul yang mungkin tidak cocok
dengan orang yang lebih berusia, sehingga konflik dari kedua pihak pun terjadi dan hubungan mereka pun semakin
buruk.

Sopan santun sebenarnya sangatlah penting untuk diterapkan bagi para remaja. Remaja merupakan generasi penerus
bangsa, dimana nasib tanah air kita tercinta ada di dalam tangan mereka. Tidak sedikit dari para remaja yang menilai
bahwa sopan santun bukanlah sesuatu yang penting, dan bahkan meremehkannya karena mereka merasa tidak keren
dan tidak sesuai dengan budaya barat yang masuk ke Indonesia. Para remaja seharusnya mengetahui bahwa sikap
mereka yang sopan santun justru akan dihargai banyak orang. Dengan merasa dihargai juga, orang-orang pun akan
memberikan kesan yang sangat baik terhadap kita. Apabila para remaja sebagai penerus bangsa gagal menyadarinya,
dan mereka terus tidak menerapkannya ketika berhubungan dengan masyarakat asing, maka bangsa Indonesia akan
membawa kesan yang buruk dan akan martabat negeri ini pun akan turun dalam dunia internasional.

Supaya lebih merasa dihargai dan martabat negeri ini tidak menurun, maka yang harus kita lakukan adalah belajar untuk
menjadi orang yang penuh dengan sopan santun. Namun, ini bukanlah berarti bahwa kita harus meninggalkan budaya-
budaya asing yang mempengaruhi budaya sopan santun negeri kita ini. Mulailah dari hal-hal yang kecil, seperti
menyaring perilaku yang dianggap sopan atau tidak sopan. Sapalah ketika bertemu dengan orang-orang yang lebih tua
dan meminta maaf jika melakukan kesalahan yang membuat orang lain tidak senang. Sopan santun sebenarnya malah
akan membawa kesan dan dampak positif, dan juga tidak usah mengorbankan sesuatu untuk melakukannya. Jadi,
mengapa kita sebagai orang yang penting di masa depan tidak memulai untuk menerapkan sopan santun dalam hidup
kita mulai sekarang?

You might also like