You are on page 1of 8

KATA ALU-ALUAN

Menteri Pelajaran Malaysia

Kini,dalam mengharungi era globalisasi generasi muda khususnya para pelajar berhadapan
dengan pelbagai cabaran yang bakal menguji kematangan, keupayaan dan kemampuan mereka
untuk berfikir serta membuat keputusan yang tepat untuk diri , keluarga, bangsa , agama dan
negara.Justeru para pelajar perlu diasuh, dibentuk dan dididik dengan pelbagai ilmu,
kemahiran,kepandaian serta pengetahuan sebagai pelengkap diri untuk meraka menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan ini.

Dalam hal ini, pihak sekolah perlu memainkan peranan secara berkesan dan sistematik dalam
mendidik, mengasuh dan memperlengkapkan diri pelajar dengan pelbagai bidang ilmu dan
kemahiran bagi membolehkan mereka berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di dunia
ini,sekaligus menjadi aset berharga untuk memacu kemajuan dan pembangunan negara pada
masa hadapan.Pembangunan diri pelajar yang seimbang daripada aspek emosi, rohani, jasmani
dan intelek perlu ditekankan supaya selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Seterusnya, setiap lapisan masyarakat seyogianya memberi komitmen yang padu bagi bersama-
sama menjayakan agenda pendidikan negara serta menyematkan perasaan bahawa anak-anak kita
ialah tanggungjawab bersama.Lantaran itu, usaha untuk menjayakan agenda pendidikan negara
tidak harus diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia semata-mata
sebaliknya harus dipikul dan dikongsi bersama oleh semua pihak.

Akhir kata, tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Malim,
Melaka atas usaha dan inisiatif menerbitkan majalah ini. Semoga penerbitan majalah ini akan
membawa manfaat kepada pelbagai pihak terutama dalam mengiktiraf peranan sekolah sebagai
institusi penjana modal insan berkualiti untuk negara.

Selamat Maju Jaya

YAB TAN SRI DATO’ HJ.MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN

Menteri Pelajaran Malaysia


Kata alu-aluan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah atas penerbitan
majalah sekolah tahun 2010 ini. Saya percaya penerbitan majalah ini ialah hasil kerjasama dan
komitmen yang tinggi semua warga sekolah terhadap kejayaan sekolah.

Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang cerah.Melalui pendidikan berkualiti,
modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.Dalam mengharungi cabaran arus dunia tanpa
sempadan, para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan dengan tuntutan
semasa dan masa akan datang.Antara kemahiran tersebut ialah penguasaan bahasa kedua,
kemahiran ICT, kemahiran berfikir dan kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam pasukan.

Kementerian Pelajaran mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu terhadap


pendidikan.Keseimbangan ini dijuruskan kepada pembangunan modal insan yang bersepadu dari
segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.Hal ini bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang tinggi akhlaknya, menguasai ilmu dan kemahiran, memiliki keterampilan dan
mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pada masa yang sama, pemupukan semangat patriotik dan jati diri ialah faktor gandingan yang
penting.Perkara ini hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan perpaduan dan intergrasi
nasional yang baik.Pelajar hendaklah berasa bangga dengan pencapaian-pencapaian negara dan
mereka hendaklah menyakini bahawa mereka turut berupaya untuk menyumbang kepada
kemajuan negara pada suatu hari nanti.

Sehubungan itu, saya menyeru agar pihak sekolah akan terus mengambil langkah aktif dan
proaktif untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman pembelajaran yang berkesan dan dapat
melahirkan warga negara yang patriotik, berfikiran progresif, maju dan prihatin.

SELAMAT MAJU JAYA

TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kata Alu-aluan

Pengarah Pelajaran Negeri Melaka

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah IMPIANA MALIM 2010 kerana telah
berjaya menyusun dan menerbitkan majalah pada tahun ini.Kerjasama dan gabungan idea serta
usaha yang berterusan antara pelajar dan guru merupakan suatu budaya kerja yang baik dan perlu
dijadikan landasan untuk mencipta pelbagai kejayaan lain pada masa depan.

Majalah sekolah merupakan wadah yang dapat merakamkan pelbagai maklumat dan sejarah
sekolah.Pelbagai sumber dapat dimuatkan dalam majalah ini dan boleh menjadi tatapan pelajar,
ibu bapa dan masyarakat. Rakaman sejarah dalam majalah ini juga boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan pada masa akan datang.Oleh itu, sidang redaksi majalah haruslah peka dan teliti
dalam membuat pemilihan isi kandungan majalah agar maklumat tersebut dapat memberikan
manfaat kepada sekolah dan negara.Semua ini amat penting bagi membolehkan generasi akan
datang berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang menuntut jati diri yang mantap.

Kecemerlangan sekolah yang dirakamkan dalam majalah ini sudah semestinya akan dapat
mewujudkan perasaan bangga warga sekolah ini dan dapat memupuk semangat untuk
meneruskan kecemerlangan pada masa depan.Hal ini amat bertepatan dengan matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia membangunkan modal insan yang cemerlang dan bertaraf
dunia.

Oleh itu, saya menyeru seyogianya semua warga SMK Malim supaya meneruskan usaha gigih
tanpa mengenal erti jemu demi memastikan sekolah ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

TUAN HAJI ISA BIN HAJI ABU

Pengarah Pelajaran Negeri Melaka


Kata Alu-aluan

Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah IMPIANA MALIM 2010 atas peluang yang
diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah pada tahun ini.
Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi 2010 yang berjaya merealisasikan penerbitan
majalah pada kali ini.

Pada saya penerbitan majalah sekolah seumpama ini merupakan salah satu usaha untuk mendidik
pelajar-pelajarnya. Mereka dididik untuk menulis,menyusun atur artikel,gambar,peristiwa dan
melibatkan diri dalam proses penerbitan majalah.Usaha murni sekolah perlu disokong dan
pelajar-pelajar ini perlu diberi pengiktirafan.Harapan saya agar majalah IMPIANA MALIM ini
terus dipertahankan penerbitannya dan terus kekal menjadi wadah pendidikan sebagai pencetus
idea dan penjana minda setiap orang dalam sekolah. Saya percaya dengan penerbitan majalah
dwitahunan sekolah ini, kebanyakan peristiwa sekolah sepanjang tahun akan dirakamkan.

Peranan sekolah dan para pendidik sentiasa mencabar. Pelbagai halangan perlu ditangani
terutama dalam menghadapi kerenah para pelajar. Bukan sahaja guru-guru yang mengharapkan
para pelajar berjaya,tetapi ibu bapa , masyarakat dan negara mengharapkan kejayaan pelajar dan
seterusnya dapat menjayakan matlamat Wawasan 2020.Dalam era globalisasi kini, warga
pendidik sewajarnya menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar
dapat memenuhi tuntutan keperluan ilmu bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang sebagai
mana yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhir kata, tahniah kepada warga SMK Malim atas kejayaan mendidik para pelajar.Semoga
SMK Malim terus mencipta kecemerlangan.

Sekian , terima kasih.

ABD MUTALIB BIN OSMAN

Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah


Kata Alu-aluan

Pengetua SMK Malim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya majalah IMPIANA MALIM dapat
dilahirkan pada tahun ini.Sekalung tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi 2010 dan semua
yang terlibat atas kegigihan menghasilkan majalah ini dengan jayanya.

Kecemerlangan yang diperoleh hari ini bukanlah datang bergolek. Sesungguhnya kecemerlangan
itu memerlukan banyak kesabaran serta pengorbanan yang besar . Seyogianya, para pelajar tidak
harus leka dan tenggelam dibawa arus pembangunan negara terutamanya dalam dunia tanpa
sempadan yang pastinya penuh dengan cabaran yang heterogen..Justeru, diharapkan dengan
didikan, ajaran. bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan guru , pelajar sekolah
ini akan dapat mempunyai dan mengamalkan keseimbangan dan pembangunan intelek,rohani,
emosi dan jasmani dengan berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Para pelajar merupakan generasi pelapis yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa
hadapan. Dengan itu,menjadi kewajipan kepada pelajar untuk melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan agar tidak tercicir pada zaman yang serba moden ini terutamanya
dalam bidang teknologi maklumat. Hasrat ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan
para pelajar yang cemerlang bagi menjayakan misi Wawasan 2020.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi
2010,guru,guru,PIBG, kakitangan sekolah dan para pelajar yang sentiasa memberikan sokongan
dalam apa jua bentuk bagi menjayakan penerbitan majalah ini. Tidak lupa juga terima kasih
kepada pengiklan-pengiklan yang banyak memberikan sumbangan dalam penerbitan IMPIANA
MALIM ini.

Akhir kata, semoga SMK Malim sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan selaras dengan VISI
dan MISI sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERILTIZAM BERWAWASAN

DATIN HAJAH NORHAYATI BINTI AHMAD BCM

Pengetua , SMK Malim


Kata Alu-aluan

YDP PIBG SMK Malim

Assalmualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh da Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Sidang Redaksi 2010 dan pihak sekolah kerana
memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini. Tahniah dan
syabas ditujukan kepada Sidang Redaksi dan guru-guru penasihatnya atas kejayaan menerbitkan
majalah sekolah IMPIANA MALIM pada tahun ini .

Saya percaya penerbitan majalah ini telah memberi ruang kepada para pelajar mengasah bakat
dalam bidang penulisan dan mempamerkan karya mereka melalui majalah ini. Malah, para
pelajar turut diberi pendedahan teknik-teknik penerbitan majalah secara sistematik.Pengalaman
yang ditimba ini amat bermakna sebagai persediaan kepada para pelajar untuk menempuhi dunia
pekerjaan.

Melalui ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kapada semua ibu bapa
agar memberikan sokongan padu terhadap aktiviti-aktiviti tahunan yang dijalankan oleh pihak
sekolah seperti acara Sukan Tahunan,Mesyuarat PIBG, Program Peningkatan Akademik ,
Perkhemahan KRS dan sebagainya.Penglibatan dan komitmen daripada ibu bapa adalah penting
bagi memupuk budaya kekeluargaan dengan setiap warga sekolah ini.Sebenarnya tiada jalan
pintas untuk mencapai kejayaan melainkan dengan berusaha bersungguh-sungguh. Saya percaya
anak-anak pelajar SMK Malim telah menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya menuntut
ilmu daripada guru-guru yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Kejayaan anda pada hari ini menandakan kejayaan sistem pendidikan negara.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada warga SMK Malim atas kejayaan
yang dicapai pada tahun ini. Semoga kejayaan yang dicapai ini berterusan hendak-Nya.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

ENCIK AMZAH BIN OSMAN

YDP PIBG SMK Malim


Kata Alu-aluan

Ketua Pengarang

Salam Sejahtera dan salam perpaduan

Syukur kepada Tuhan atas kurniaan tenaga dan inspirasi yang dititiskan kepada seluruh ahli
jawatankuasa dan Sidang Redaksi IMPIANA MALIM 2010 dalam usaha melahirkan majalah
sekolah pada tahun ini.Saya amat mengagumi idea, kesungguhan dan sinergi mereka hingga
dapat menghasilkan IMPIANA MALIM pada kali ini. Mereka sangat cekap dan efisien. Saya
pasti rebah tanpa mereka. Benarlah kata pujangga,” kerja sepasukan lebih baik daripada kerja
seorang diri”. Terima kasih kepada ‘pasukan’ saya.

Pada saya, majalah sekolah merupakan ‘duta kecil’ iaitu sebagai wahana untuk menyalurkan
wadah sekolah kepada warganya dan masyarakat di sekelilingnya .Imej sekolah sama ada gah
atau tidak , juga mampu dijelmakan melalui majalah sekolah.

Harapan saya,segala paparan dalam bentuk penulisan dan gambar yang dirakam dalam
IMPIANA MALIM ini mampu menjadi memori terindah anda sepanjang tahun 2010. Terima
kasih kepada warga SMK Malim yang menyumbang karya, menjadikan IMPIANA MALIM
sebagai wahana untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti anda.

Akhir kata daripada saya , IMPIANA MALIM telah kami hidangkan kepada anda.Jadi,
nikmatilah dengan hati dan fikiran yang terbuka. Jika masih terdapat kekurangan di mana-mana
mohon maaf saya pinta.

Salam hormat.

HO KAM PUI

Ketua Pengarang

IMPIANA MALIM 2010


PERHATIAN
KEPADA GURU KELAS BERKENAAN, SILA
HANTAR SENARAI NAMA PELAJAR YANG
TELAH MEMBAYAR YURAN MAJALAH
SEKOLAH SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI
SELASA (6.4.2010) JAM 10.00 PAGI.KERJASAMA
ANDA AMAT DIHARGAI.

You might also like