You are on page 1of 4

Memilih jenis rumput untuk ditanam di halaman rumah bukanlah satu

perkara yang mudah. Terdapat banyak jenis rumput di pasaran.


Antara yang popular ialah rumput mutiara, rumput karpet dan rumput
lembu (cow grass). Saya bukanlah pandai sangat tentang ilmu
landskap ni tetapi hasil dari sedikit pengalaman didapati rumput
karpet dari jenis Philipine adalah yang paling mudah ditanam, tahan
lasak dan mudah penjagaannya berbanding dengan jenis-jenis rumput
yang lain. 

pemilihan rumput yang sesuai amat penting agar laman


yang sempit akan kelihatan lebih luas.

Rumput mutiara
Rumput mutiara memang cantik dan tidak perlu dipotong kerana ia
sentiasa pendek tetapi penjagaannya agak cerewet. Air dan baja mesti
mencukupi agar ia terus subur dan hijau. 

Cow grass
Cow grass (rumput yang biasa ditanam di padang-padang sekolah)
pula seakan-akan rumput mutiara tetapi ia mudah panjang dan perlu
dipotong sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau tak.. akan jadi
padang ragutla nampaknya sesuai dengan namanya rumput lembu. 

Rumput karpet
Rumput karpet pula ada banyak jenis, antaranya ialah jenis Jepun,
Taiwan dan Philipine. Jenis Jepun mahal sikit berbanding Philipine
tetapi bentuknya lebih halus dan cantik.. dari segi penjagaan pun lebih
cerewet berbanding Philipine. Jenis Taiwan saya tak tahu banyak
tetapi kalau jenis Philipine memang senang nak tanam dan senang
penjagaannya.

Philipine grass boleh dibeli dengan harga yang murah di Sg Buloh. Ia


berharga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekeping (2 X 1 kaki). Kalau
bernasib baik boleh dapat RM1.00 sekeping. 

Cara tanam: sebaik-baiknya tutup rapat semua kawasan dengan


kepingan rumput yang dibeli. Jadi, tak perlulah nak tunggu lama untuk
rumput tu membiak dan menjalar untuk memenuhi seluruh kawasan.
Pada peringkat awal kenalah siram dengan jumlah air yang
secukupnya agar ia tidak layu dan mati. 
Tetapi kalau bajet cipot boleh ikut cara saya ni.. potong kepingan
rumput kecik2.. lebih kurang 1/4 kaki dan susun dengan jarak 1/2
kaki antara satu kepingan dengan kepingan yang lain (lihat gambar
sebelah). Ia mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk tumbuh dan
memenuhi seluruh kawasan.

Saya hanya membelanjakan RM100 untuk menanam rumput di


halaman ni yang luasnya lebih kurang 35 X 75 kaki persegi. Kalau
diupahkan kepada kontraktor saya rasa kosnya tidak kurang RM3000 -
RM4000.
Saya tanam separuh laman dulu sebab tu bahagian depan dah penuh
tetapi bahagian belakang masih ada lompong. Lepas dua bulan
penuhlah nanti dengan rumput.

Persediaan sebelum menanam rumput: ratakan dahulu tanah, buang


benda-benda yang merbahaya seperti sisa-sisa binaan yang lazimnya
dibuang oleh kontraktor binaan. Cara yang terbaik ialah korek dahulu
kira-kira setengah kaki dalam dan masukkan tanah baru. Lepas tu
tutup dengan pasir halus dan sembur dengan racun rumpai yang
dicampur dengan serbuk racun benih cambah. Tujuannya ialah untuk
membunuh benih-benih rumput liar yang kita tidak kehendaki. Kalau
tak, rumput liar akan tumbuh lebih cepat dari rumput hiasan
kita. Kemudian letak kepingan rumput. Pastikan air sentiasa
mencukupi terutama sebelah petang kerana ketika itu cuaca lebih
panas dan kering. Setelah rumput hidup iaitu setelah daunnya mula
menghijau jangan lupa tabur baja.. tanyalah kedai baja tentang jenis
baja yang sesuai digunakan.

Pengalaman saya dengan Philipine Grass ni memang mudah. Kalau


rumput ni dah hidup kadang-kadang sampai 3 hari tak siram pun ok
lagi. Saiznya pula tak akan menjadi terlalu panjang.. setakat 5 bulan
saya mula menanam rumput ni sekali pun tak pernah saya potong.
Apa yang perlu diambil perhatian ialah rumput-rumput liar yang
tumbuh dicelah-celahnya, kita kena cabut sendiri rumput-rumput liar
ni agar ia sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Selamat Mencuba!!

Nak tunggu rumput penuh 


baru nak susun buat landskap.

You might also like