You are on page 1of 75

"Ingatlah,

sabar itu iman,


duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman
dan mati tak berteman.."
ABU BAKAR MAMAT
PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN
 Aplikasi teknik pengurusan haiwan.
 Teknik praktikal asas yang biasa digunakan dalam
industri ternakan dan keberkesanan kos.
 Semakin mudah dilakukan hari demi hari, tahun demi tahun.
 Baik untuk haiwan
 Di dalam kursus ini kita akan memperkatakan haiwan
yang dipelihara secara komersial untuk makanan dan
serat (Lembu , kambing, biri-biri, babi, ayam-itik, untuk
susu dan daging)

ABU BAKAR MAMAT


DEFINISI PENGURUSAN
Mengurus bermakna "menangani atau mengawal”

Pengurusan haiwan adalah:


Menjaga/memelihara, mengawal dan menangani
spesies haiwan.

Masa dan tenaga pengurus haiwan adalah memberi


makanan , perlindungan dan memastikan kesihatan serta
keupayaan reproduksi yang optimum.

ABU BAKAR MAMAT


SECARA UMUM SISTEM PENGURUSAN AKAN BERUBAH MENGIKUT:
1. Spesies haiwan
2. Kegunaan haiwan (lembu - tenusu atau daging)
3. Lokasi - bahagian negeri, cuaca, sumber yang didapati, jarak
dengan jiran dll.
4. Sumber penternak - tanah, buruh, modal.
5. Sumber tanggungan perlu - apa yang masuk dan apa yang keluar.
(makanan dan air adalah sumber masuk (input), bahan buangan dan
hasil yang dipasarkan adalah sumber keluar (output).
6. Undang-undang kerajaan
7. Pengurusan bahan buangan, keselamatan, makanan, kebajikan
haiwan, dll.
8. Keperluan penghasil/penternak, pemprosesan dan pengguna.

ABU BAKAR MAMAT


Satu sistem yang baik mesti melakukan ini:
1. Menyediakan keperluan asas haiwan - makanan, air,
perlindungan
2. Menyediakan hasil yang boleh di jual pada takat
keuntungan bagi pengeluar

Kemajuan sistem pengurusan ternakan


- Sistem pengurusan senantiasa berputar kepada memberi
perkhidmatan yang lebih baik untuk keperluan haiwan dari segi
ekonomi dan cara yang boleh diterima.
- Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik (Good
Animal Husbandry Practices - GAHP) - merupakan amalan
penternakan yang disarankan kepada ladang-ladang ternakan.

ABU BAKAR MAMAT


DOMESTIKASI HAIWAN
Bermula apabila manusia berhubung dengan haiwan
liar yang diburu untuk mendapatkan daging dan kulit.
Pengasas terdahulu membersih satu kawasan dan
bercucuk tanam serta memelihara ternakan untuk
makanan sendiri.
Selepas itu, manusia mula mengurung haiwan-haiwan
tersebut untuk memastikan bekalan daging dan kulit
yang tetap.
Haiwan-haiwan tersebut mula membiakbaka di dalam
kurungan dan manusia secara berperingkat-peringkat
belajar untuk membiak baka haiwan-haiwan yang
mempunyai ciri-ciri yang baik.

ABU BAKAR MAMAT


Samb…
Dengan berlakunya domestikasi, bekalan makanan adalah
lebih terjamin dan ini membolehkan pertambahan populasi
manusia.
Sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa manusia
tidak akan bertamadun tanpa domestikasi haiwan.
Revolusi industri mengujudkan kerja-kerja di ladang:
Mengindustrikan perladangan kerana mesin-mesin mula
dihasilkan untuk menanam dan menuai tanaman,
memerah susu dll.

Abu Bakar B. Mamat


Samb…

Perindustrian pertanian adalah diperlukan supaya petani


boleh menghasilkan makanan yang berlebihan untuk
menyara penduduk kotaraya.
Masyarakat Negara bertukar daripada masyarakat
pertanian kepada masyarakat kota serta masyarakat
perindustrian.

***Haiwan terawal didomestikasi: anjing (14,000 tahun di


Iraq)

ABU BAKAR MAMAT


INDUSTRI TERNAKAN PADA MASA HADAPAN

1. Unit produksi yang lebih besar dan dikawal oleh


kakitangan yang sedikit bilangannya.
2. Meningkat undang-undang kerajaan dan peraturan.
3. Berkurangnya pengetahuan tentang pertanian oleh
masyarakat umum
4. Lebih berhati-hati ke atas hasilan ternakan, keselamatan
makanan dan persekitaran.
TERMINOLOGI DALAM DOMESTIFIKASI HAIWAN:
Domestikasi :
- keadaan di mana pembiakan, penjagaan dan
pemakanan haiwan dikawal oleh manusia
Feral:
- haiwan yang telah didomestikasikan tetapi tidak lagi di
bawah penjagaan manusia.
Wild:
- haiwan yang tidak pernah didomestikasikan
 Tamed:
- haiwan yang hilang rasa takut pada manusia

ABU BAKAR MAMAT


CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
1. Struktur sosial
a. Status sosial kumpulan yang stabil
- kelakuan agresif dan penggunaan tenaga kurang
b. Perbezaan seksual; jantan dominan
- seekor jantan boleh mengawan banyak bilangan
betina
c. Ikatan ibu-anak yang cepat
- ibu dan anak sekumpulan; penjagaan rapi

ABU BAKAR MAMAT


CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
2. Perkembangan pra sosial
a. Deria berfungsi & kebolehan bergerak
b. Anak yang baru lahir dapat serta kumpulan sebaik
saja selepas lahir
c. Sosial sebaik saja selepas lahir;
- penting untuk perlindungan dari pemangsa
d. Ikatan spesis sebaik saja selepas lahir
- lindungi anak daripada ikut kumpulan yang
tidak sesuai
- membolehkan ikatan awal dengan manusia.

ABU BAKAR MAMAT


CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
3. Kelakuan makan
a. Maun / maserba; sistem pencernaan.
- Membolehkan penggunaan tumbuhan dan ruminan
adalah sesuai
b. Hasilan sisa;
- kurang saingan makanan antara manusia & haiwan

4. Sesuai kepada perubahan


- Membolehkan haiwan dipelihara di bawah pelbagai
persekitaran

ABU BAKAR MAMAT


PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
1. Kehilangan ikatan pasangan
Di bawah keadaan semulajadi, haiwan seperti itik, angsa,
serigala dan musang membentuk ikatan pasangan.
Walaubagaimanapun, itik dan angsa yang telah
didomestikasi menunjukkan kelakuan seksual
"promiscuous" ( seekor jantan mengawan dengan
sekumpulan betina).
Ini menguntungkan penternak kerana bilangan haiwan
jantan yang perlu dipelihara adalah kurang.

ABU BAKAR MAMAT


PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
2. Kehilangan sifat mengeram (broodiness)
Di bawah keadaan semulajadi ayam akan bertelur berturut-turut untuk
beberapa hari sehingga sarang (nest) penuh. Ini akan dituruti dengan
pengeraman.
Dengan adanya pengeraman palsu, kelakuan mengeram merupakan
suatu masalah kerana;
i. Ayam akan berhenti bertelur semasa mengeram dan
ini akan menjejaskan pengeluaran telur,
ii. Ayam yang sedang mengeram akan menyerang
pemungut telur.
Pemilihan genetik untuk menghilangkan kelakuan mengeram telah di
amalkan oleh pembiak baka ayam komersil. Ayam komersil hari ini tidak
lagi menunjukkan kelakuan mengeram.
PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
3. Pengurangan sifat agresif
Haiwan yang telah didomestikasikan biasanya kurang agresif.
Di bawah domestikasi, haiwan biasanya dilindungi daripada
pemangsa dan bekalan makanan yang cukup dibekalkan.
Keperluan kelakuan yang terlalu berwaspada dan mudah
terangsang untuk lari tidak lagi penting malahan boleh
menyebabkan kecederaan kepada haiwan itu sendiri atau
haiwan lain.

ABU BAKAR MAMAT


PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
4. Pemanjangan musim pembiakan
Di bawah keadaan semulajadi, kebanyakkan haiwan membiak mengikut
musim. Lazimnya haiwan melahirkan anak pada musim yang terdapat
banyak sumber makanan. Ini akan meningkatkan peluang untuk anak
haiwan tersebut hidup.
Di bawah sistem penternakan intensif, reproduksi secara sepanjang tahun
adalah lebih menguntungkan kerana ia menjamin bekalan makanan
seperti telur dan susu.
Pencahayaan tiruan, pengawalan suhu, pemakanan yang cukup,
rangsangan hormon dan pemilihan genetik telah digunakan untuk
memanjangkan atau mengawal tempoh reproduksi. Pada masa kini,
ayam, itik, lembu, babi dan bebiri (baka tertentu) boleh menghasilkan
anak pada masa yang diperlukan jika diuruskan dengan betul.

ABU BAKAR MAMAT


KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makanan
2. Pakaian
3. Tenaga Kerja
4. Rekreasi
5. Konservasi (pemuliharaan)
6. Bahan sampingan
7. Penyelidikan perubatan manusia

ABU BAKAR MAMAT


KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makanan
Haiwan ruminan menukarkan bahan yang tidak boleh diguna secara
langsung sebagai makanan manusia kepada makanan manusia. 80%
penduduk di dunia mendapatkan sumber protein, lemak, zat besi,
niacin, beberapa vitamin daripada daging ruminan.

Manakala makanan utama haiwan bukan ruminan (babi dan ayam)


ialah bijirin seperti jagung dan kacang soya. Ini boleh menimbulkan
persaingan dengan manusia untuk keperluan bijirin.
Walau bagaimana pun hampir 30% daripada bahan makanan ayam
dan terdiri daripada bahan sampingan agro-industri, mil (serbuk) ikan,
tulang serta darah dan sebagainya yang tidak sesuai untuk dijadikan
makanan manusia.

ABU BAKAR MAMAT


KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
2. Pakaian
Haiwan menghasilkan kulit dan gentian (fiber) untuk
penghasilan pakaian.
Penggunaan bahan sintetik menjejaskan permintaan kulit
dan gentian haiwan.
3. Tenaga Kerja
Kerbau, lembu, kuda merupakan haiwan penting dalam
membekalkan tenaga kerja pada masa dahulu. Pada masa
kini, penggunaan jentera telah menggantikan haiwan.
Walau pun begitu, haiwan masih lagi penting di negara-
negara yang kurang maju.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
4. Rekreasi
Menunggang kuda merupakan salah satu sumber rekreasi
utama.
Lembu banyak digunakan sebagai ternakan rekreasi di
beberapa negara.

5. Konservasi (pemuliharaan)
Tanaman rumput dan kekacang untuk ruminan
mengurangkan hakisan tanah
Selain dari itu, najis yang dihasilkan oleh haiwan merupakan
baja kepada tanah.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
6. Bahan sampingan
Lemak (alat solek, sabun, dakwat pencetakan); tulang,
tanduk. kuku (bahan pelekat, butang, filem kamera, kertas
pasir); organ-organ tertentu, contoh: kelenjar adrenal (bahan
ubat - ubatan).

7. Penyelidikan perubatan manusia


Sebagai contoh babi Yucatan digunakan dalam kajian
ketahanan penyakit kesan makanan ke atas diabetes dan
artherosclerosis.
Bebiri digunakan untuk kajian pemindahan organ.
ABU BAKAR MAMAT
SUMBANGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
MANUSIA MEMERLUKAN:
- makanan, perlindungan, pakaian, bahan api, dan emosi kehidupan
baik.

HAIWAN DAN HASILAN HAIWAN


- dapat membekal kebanyakan keperluan asas fizikal dan emosi
serta menyumbang kepada darjat kehidupan yang lebih tinggi.
- bagi semua masyarakat, haiwan peliharaan adalah sumber
makanan, dan hasilan lain yang diperlukan SERTA kawan kepada
manusia.
- haiwan membekalkan makanan, bahan pakaian, hasilan sampingan
yang digunakan untuk barangan pengguna dan makanan haiwan,
kuasa, baja, maklumat tentang penyakit manusia daripada
penyelidikan menggunakan haiwan selidik, dan keseronokan bagi
manusia yang menyimpan haiwan.
HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN

- Pertanian adalah industri yang tertua dan terbesar dalam


negara membangun tropika dengan lebih kurang 80%
penduduknya menceburi pertanian. (42% penduduk dunia
bekerja dalam sektor pertanian)

- Dalam pertanian, manusia, tanaman dan haiwan adalah


sangat berhubung rapat. Ekosistem ini berhubungkait
dengan biologi, teknologi, ekonomi dan sains sosial.

- Manusia dan haiwan adalah saling bergantung dan


membangun bersama, saling mempengaruhi antara satu
sama lain.
HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN
Haiwan ternakan, terutamanya, haiwan ruminan (lembu,
kerbau, kambing, dan biri-biri), dan haiwan bukan-ruminan
(ayam, babi), adalah sumber yang boleh diperbaharui yang
amat bernilai.
Haiwan membekal protein bernilai tinggi dan berkualiti,
kulit, serat dan pelbagai hasil sampingan yang berguna
kepada manusia.
Dalam setengah negara kurang maju, haiwan adalah
sumber utama kuasa ladang, pengangkutan dan bahan
bakar (api).

ABU BAKAR MAMAT


HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN
Haiwan ruminan dan bukan ruminan, mempunyai potensi bagi
menggunakan hasilan tanaman dan bahan buangan, bahan buangan
dapur dan ladang, serta bahan- bahan lain kepada bentuk hasilan
yang berharga.
Jika tidak kerana haiwan, kesemua bahan sampingan dan buangan
menjadi tidak berharga kepada manusia.
Ayam, itik dan babi makan di sekeliling rumah dan ladang kecil –
makan hasil buangan dapur dan bijirin tertinggal selepas tuai.
Itik memakan bijirin tertinggal selepas tuai padi.
Lembu, kerbau dan kambing meragut rumput di sepanjang jalan, jalan
raya, tepi sungai, sawah dan parit tali air, ladang dan dusun buah-
buahan.

ABU BAKAR MAMAT


Pengurusan Ternakan
SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA
PENGENALAN:
• Sektor pertanian merupakan penjana pertumbuhan ekonomi
yang ketiga penting di Malaysia.
• Industri ternakan adalah antara komponen yang diberi
perhatian untuk dimajukan bagi menampung keperluan
negara untuk membekalkan sumber protein seperti daging,
susu dan telur.
• Permulaan aktiviti penternakan – imigran Cina telah
membawa masuk ayam dan khinzir ke Malaysia manakala
lembu LID telah dibawa masuk oleh imigran India ke bahagian
pantai barat Semenanjung Malaysia.
ABU BAKAR MAMAT
Samb….
Ternakan peliharaan (>16 billion) menyumbang kepada
kehidupan bagi 5.6 billion manusia di seluruh dunia
secara membekal makanan, pakaian, tenaga (kuasa),
rekreasi dan “sahabat”.
Hasilan ternakan menyumbang kepada keperluan protein
manusia dan bekalan tenaga.
Apabila manusia meningkat taraf hidup, penggunaan
perkapita hasilan ternakan juga meningkat.
Kesihatan manusia juga bertambah baik melalui
penyelidikan berterusan menggunakan haiwan ternakan.

ABU BAKAR MAMAT


Samb….
Hari ini peladang mengurus ladangnya mengikut sistem
yang sofistikated. Setengah ladang mempunyai darjah
mekanisasi yang tinggi dan pengkhususan bagi
menghasilkan tanaman dan haiwan.

ABU BAKAR MAMAT


PENGENALAN:
Industri ternakan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua
sub-sektor;
1. Ruminan
2. Bukan ruminan (monogastrik).

**** Sub-sektor ruminan yang terdiri daripada lembu. kerbau,


kambing dan bebiri adalah kurang maju walaupun banyak
penekanan telah di beri oleh pihak kerajaan dalam
perancangan pembangunan pertanian.

ABU BAKAR MAMAT


TAHAP SARA DIRI TERNAKAN
Pengeluaran daging ayam dan khinzir telah pun
mencapai tahap sara diri.

Daging lembu, kerbau, daging kambing dan biri-biri


masih belum mencapai tahap pengeluaran sara diri.

Keperluan bagi daging lembu dan kerbau, daging


kambing dan biri-biri terpaksa diimport.

ABU BAKAR MAMAT


Jadual tahap sara diri bagi pelbagai jenis daging.

JENIS DAGING PERATUS SARA DIRI

Ayam 121.39% (telur 113.79%)


Khinzir 150.7%
Lembu dan kerbau 25.38%
Kambing dan biri-biri 10.04%

( Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2009)

ABU BAKAR MAMAT


KAWASAN UTAMA TERNAKAN DI MALAYSIA
JENIS TERNAKAN KAWASAN UTAMA
Lembu dan kerbau Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

Kambing dan biri-biri Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Ayam Pulau Pinang, Perak, Selangor, Seberang


Perai dan Johor.
Itik Selangor dan Perak

Khinzir Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak, Perak


dan Johor.

ABU BAKAR MAMAT


DEFINISI PENTERNAKAN:
Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke tiga);
- Penternakan ialah perbuatan atau perihal menternak,
menjaga (pengurusan) dan membiakkan binatang.

Aktiviti penternakan meliputi beberapa perkara yang bermula


daripada penyediaan tempat kediaman, pengurusan ternakan,
menjaga kebajikan ternakan, pengurusan penyakit dan aktiviti
pemasaran ternakan.

ABU BAKAR MAMAT


PENGELASAN HAIWAN TERNAKAN:
 Terbahagi kepada tiga kategori:
i. Ternakan Ruminan
ii. Ternakan Bukan Ruminan
iii. Ternakan Akuakultur

** Pemeliharaan haiwan kesayangan tidak diambilkira


sebagai haiwan ternakan kerana ianya tidak dipelihara
untuk tujuan komersil.

ABU BAKAR MAMAT


KATEGORI HAIWAN
HAIWAN
i. HERBIVORA
ii. KARNIVORA
iii. OMNIVORA

Sub sektor haiwan ternakan


RUMINAN
BUKAN RUMINAN (MONOGASTERIK)

ABU BAKAR MAMAT


HAIWAN
 CONTOH:
a. Haiwan Ruminan
 LEMBU DAN KERBAU
 KAMBING / BIRI-BIRI,
 UNTA, YAKS, LLAMA
b. Haiwan Monogasterik
 AYAM / ITIK (UNGGAS),TURKEY, OSTRICH
 BABI (KHINZIR)
 KUDA
 ARNAB
 MANUSIA
c. HAIWAN MONOGASTERIK HERBIVORA
 KUDA, ARNAB

ABU BAKAR MAMAT


YAKS,
UNTA
LLAMA
KARNIVORA DAN OMNIVORA
- Mempunyai sistem pencernaan monogaster

HERBIVORA

1. BUKAN RUMINAN (KUDA, ARNAB, BABI)

atau

2. RUMINAN (LEMBU, KERBAU, KAMBING, BIRI-


BIRI, UNTA)
RUMINAN
- Haiwan yang ber-ruminasi 4 kompartmen perut
(rumen, retikulum, omasum, abomasum)
- Pencernaan dengan bantuan mikrob-mikrob
(rumen)

BUKAN RUMINAN ATAU MONOGASTER


- Satu kompartmen perut pencernaan dengan
bantuan asid dan enzim
KEBAIKAN DARIPADA PRODUKSI HAIWAN

a. Haiwan ruminan boleh menukar pelbagai sumber makanan berserat,


bahan kumuhan dan hasil sampingan yang tidak boleh dimakan oleh
manusia kepada bahan makanan berkualiti tinggi.
b. Lebih kurang 60% daripada padang ragut di dunia adalah tidak
sesuai untuk pertanian tumbuhan / tanaman.
c. Haiwan boleh di ternak di setengah kawasan tanpa mengganggu
tanaman makanan.
d. Peranan utama haiwan adalah memberi sumber makanan, tenaga
kerja dan pengangkutan.
e. Produksi haiwan boleh menjadi sebagai bank untuk kecemasan.

ABU BAKAR MAMAT


SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN
BUKAN RUMINAN.

Sistem pencernaan ayam Sistem Pencernaan kambing

ABU BAKAR MAMAT


PERBEZAAN SISTEM PENCERNAAN RUMINAN
DAN BUKAN RUMINAN.
BAHAGIAN BUKAN RUMINAN RUMINAN
Untuk penyediaan Mulut, farinks, esofagus, tembolok. Mulut, farinks, esofagus
makanan

Untuk pencernaan dan Perut (proventtrikulus dan Perut (rumen, retikulum,


percampuran sekum hempedal), duodenum, usus dan omasum, abomasum).
sekum Duodenum, usus dan sekum.
Untuk Perkumuhan Kolo-rektum, kloaka. Rektum, dubur.

Organ Aksesori Paruh, lidah, kelenjar liur, kelenjar Bibir, lidah, gigi, kelenjar liur,
pankreas, pundi hempedu kelenjar pankreas, pundi
hempedu.

ABU BAKAR MAMAT


SEKTOR BUKAN RUMINAN
Haiwan bukan ruminan termasuk:
Poltri, itik, puyuh, unggas lain, babi, arnab
Haiwan ini membekal makanan kaya-protein
untuk kebaikan manusia
Persoalan yang timbul:

KENAPA PRODUKSI POLTRI MEMAINKAN PERANAN


UTAMA BERBANDING DENGAN HAIWAN LAIN?

ABU BAKAR MAMAT


SEBAB-SEBABNYA:
1. KEPENTINGAN EKONOMI
- 2 JENIS CARA PEMELIHARAAN
a. Sistem intensif moden
b. Sistem ekstensif tradisional
2. DAGING AYAM TIADA HALANGAN AGAMA
– Ia boleh dimakan oleh semua manusia

PRODUKSI POLTRI MEMPUNYAI KESAN:


a. Mempelbagai hasil negara
b. Menyelamat sebahagian daripada pertukaran luar negara
terutama import bahan makanan
c. Penggunaan hasilan sampingan pertanian
ABU BAKAR MAMAT
BERBANDING SEKTOR RUMINAN, POLTRI DISUKAI
KERANA:
a. KEPUTUSAN CEPAT – Cepat mendapat hasil
b. MODAL PERMULAAN YANG SEDERHANA
c. TEKNIK PERLADANGAN YANG MUDAH
d. TERJAMIN PASARAN – Boleh dijual dalam unit yang kecil

2. KEPENTINGAN NUTRITION
- Protein daripada daging ayam adalah mustahak di dalam
diet, jika tiada boleh menyebabkan:
a. Gangguan pertumbuhan
b. Membawa kepada kesihatan yang tidak baik, yang boleh
mengganggu ekonomi negara.

ABU BAKAR MAMAT


PROTEIN DARIPADA POLTRI ADALAH SAMA BAIK DENGAN
PROTEIN HAIWAN LAIN
- TELOR AYAM – Juga membekal sumber makanan.
- Ayam akan bertelor samada ada ayam jantan atau tidak.
- Ayam penelor dipelihara tanpa ayam jantan
- Membekal telor untuk makanan harian

** Ayam pembiak sahaja memerlukan ayam jantan untuk


menghasilkan telor yang subur (tersenyawa/fertilised)

ABU BAKAR MAMAT


MASALAH SEMASA
i. Penghasilan yang berlebihan
ii. Masalah industri poltri
a. Bahan mentah untuk makanan ayam
- Kebanyakan bahan mentah di import daripada luar negara.
- contoh: 50% bahan makanan adalah jagong,
kacang soya dll adalah di import daripada
China, Thailand, Amerika dll.
- Apa akan terjadi jika negara ini tidak dapat mengeksport hasilnya ke
Malaysia?
b. Buruh
- kekurangan buruh
- automasi adalah mahal
BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN
TEMPATAN
1. PENGUSAHA BESAR perlu membina industri hiliran (downstream
industry) seperti:
- pemerosesan tambahan – hasil baru untuk pasaran
- membina rumah sembelih yang sempurna supaya
mengurangkan sembelihan di pasaran kecil.
- menyediakan “ayam sedia dimasak”.

2. KAWALAN PENYAKIT
- Semua penyakit ayam perlu dikawal dengan sempurna
- penghasilan dan pengimportan vaksin

ABU BAKAR MAMAT


BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN
TEMPATAN
3. DARI SEGI PENTERNAKAN
- Perbaiki kadar pertukaranmakanan (KPM/FCR)
- Pembiakbaik baka dan pemilihan genetik
- Mengurangkan kadar kematian:
- melalui pemvaksinan
- Memperbaiki sistem perumahan
- Merekacipta produk-produk baru
- Memelihara keselamatan makanan

ABU BAKAR MAMAT


TERNAKAN AKUAKULTUR

Haiwan ternakan yang tinggal di dalam air sama ada air


tawar, air payau dan air masin.
Contoh ternakan akuakultur ialah:
a. Ikan
b. Udang
c. Karangan laut.

ABU BAKAR MAMAT


PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN
Haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh
kasih sayang dan sifat suka kepada binatang.
Sebagai hobi, teman manusia, dilatih untuk tujuan
pertandingan atau pertunjukan, serta melakukan tugas
tertentu.
Terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu:
a. Mamalia
b. Reptilia
c. Amfibia
d. Unggas (avian)
e. Ikan hiasan

ABU BAKAR MAMAT


PERKEMBANGAN INDUSTRI TERNAKAN SECARA RINGKAS
Terus berkembang dari tahun ke tahun.
Berasaskan nilai di ladang (exfarm value) RM 698.5 juta
pada tahun 2003 industri ternakan dianggarkan bernilai
RM477.5 juta pada 2005.
Perkembangan ini secara analitikal adalah agak perlahan
iaitu 1.7% setahun namun kalau dilihat melalui pertumbuhan
subsektor ternakan, pertumbuhan subsektor ayam daging
dan telur adalah amat memberangsangkan  walaupun 
menggunakan hampir lebih 90 % bahan makanan ternakan 
dari subsektor ini di import. 

ABU BAKAR MAMAT


Samb…..
Selain daripada industri ayam, penternakan khinzir juga
telah berkembang dengan pesat sehingga pengeluarannya
telah melebihi keperluan negara.

Tetapi industri ternakan lembu dan kambing masih belum


berkembang maju. Oleh itu, sebahagian besar keperluan
daging lembu dan kambing, serta hasil tenusu masih
diimport.

ABU BAKAR MAMAT


TERNAKAN LEMBU DAN KERBAU
Lembu - untuk daging, susu dan kulit.
Kerbau - daging dan dijadikan kerbau penarik.
Kerbau Murrah India diternak untuk susunya.
Baka lembu Kedah-Kelantan diternak untuk mendapatkan
daging dan baka lembu Tenusu India Tempatan (LID)
diternak untuk mendapatkan susunya.

ABU BAKAR MAMAT


Samb…..
Prestasi pengeluaran kedua-dua baka ini kurang
memuaskan berbanding baka temperate.
Dalam Rancangan Malaysia Ke 8, pengeluaran
daging lembu meningkat pada kadar 7.5% setahun
iaitu daripada 28 000 tan metrik pada tahun 2000
kepada 40 000 tan metrik pada tahun 2005.

ABU BAKAR MAMAT


Produksi daging lembu/kerbau
Daging beku dan haiwan hidup diimport dari India,
Australia, Thailand dan Amerika Syarikat untuk memenuhi
keperluan yang selebihnya. Pengambilan per kapita daging
lembu dan kerbau pada tahun 1996 ialah 5.87 kg.
Jumlah bilangan lembu adalah 647, 070 (1996) dan baka-
baka utama ialah Kedah-Kelantan, kacukan Hereford dan
Draughmaster.
Lebih kurang 80% daripada populasi lembu di Malaysia
terdiri daripada baka Kedah-Kelantan.

ABU BAKAR MAMAT


Ladang ternakan lembu secara besar-besaran kurang berjaya kerana;
a. memerlukan pelaburan modal yang tinggi dan pulangan rendah.
b. memerlukan kawasan meragut yang luas, dan tempoh bunting
yang lama.
c. Integrasi lembu dan bebiri dengan ladang kelapa sawit dan
getah mempunyai potensi besar dalam industri ruminan di
Malaysia.

Hasil produksi ayam dan babi dapat memenuhi keperluan tempatan


dan dieksport. Industri ayam dan babi telah mengalami perubahan
yang pesat dan pada masa kini ia merupakan suatu industri yang
mengamalkan sistem produksi yang canggih dan efisien.

ABU BAKAR MAMAT


Produksi daging lembu/kerbau
Jumlah bilangan kerbau ialah dan semakin berkurangan
tahun demi tahun. Hanya terdapat dua baka kerbau di
Malaysia;
Sawah dan
Sungai.
Potensi sistem produksi lembu secara intergrasi dengan
ladang kelapa sawit/ getah adalah cerah. Terdapat lebih
kurang 4.3 juta hektar tanah (1 juta ekor lembu) yang sesuai
untuk mengamalkan sistem integrasi.

ABU BAKAR MAMAT


Antara kebaikan sistem integrasi ialah;
a) penggunaan tanah yang optima
b) meningkatkan kesuburan tanah
c) mengawal tumbuhan rumpai
d) mengurangkan penggunaan racun rumpai
Sistem produksi feedlot di mana lembu dipelihara secara
intensif adalah salah satu sistem iternakan yang biasa di
amalkan di Malaysia. Dalam sistem ini lembu diberi makan
bahan sampingan agro-industri contohnya palm kernel cake
(PKC). Hasil kajian menunjukkan lembu baka Draughmaster
yang diberi PKC mencapai kadar tumbesaran 1100g/hari.

ABU BAKAR MAMAT


PRODUKSI TENUSU
Pengeluaran susu tempatan pada tahun 1996 ialah 32.17
juta liter dan hanya dapat memenuhi 5.04% daripada
keperluan negara.
Penggunaan per kapita susu ialah 38.34 kg(1996). Sasaran
pengeluaran pada tahun 2010 ialah 20% daripada
keperluan tempatan.

ABU BAKAR MAMAT


PRODUKSI TENUSU
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan industri
tenusu;
1. Baka lembu kacukan (bos taurus x bos indicus) yang
sesuai. Walaupun prestasi baka bos taurus adalah baik,
iklim panas dan lembab tropika tidak sesuai untuk baka-
baka bos Taurus.
2. Kemudahan dan kakitangan yang terlatih untuk
mengumpul, proses dan edarkan susu.
3. Bekalan susu berkualiti yang berterusan

ABU BAKAR MAMAT


Perbezaan baka lembu bos taurus dan bos indicus

Bos indicus Bos taurus


Mempunyai kelasa Tiada kelasa
Gelambir tidak nyata Kulit longgar pada
gelambir

Kulit berbulu panjang Kulit licin dan bersinar


Tahan terhadap suhu Kurang tahan pada suhu
tinggi tinggi

ABU BAKAR MAMAT


PRODUKSI RUMINAN KECIL
Jumlah bilangan kambing pada tahun 2006 ialah 211,812 ekor.
Pengeluaran hasil daging ialah 343m.tan . Baka kambing tempatan
ialah Katjang. Terdapat juga baka kambing tenusu yang diimport iaitu;
Alpinne, Saanen dan Anglo-Nubian.
Jumlah bilangan bebiri pada tahun 2006 ialah 174, 312 ekor.
Pengeluaran daging ialah 186m.tan. Baka bebiri tempatan ialah
Malin.
Baka-baka lain yang biasa digunakan untuk kacukan ialah; Dorset
Horn, Polled Dorset dan Suffolk. Baka tropika Thai Long Tail adalah
sesuai dengan iklim Malaysia.
Sistem penternakan bebiri secara integrasi dengan ladang kelapa
sawit dan getah mempunyai potensi besar.

ABU BAKAR MAMAT


PRODUKSI AYAM-ITIK
Industri ayam adalah jauh lebih maju daripada ruminan.
Jumlah bilangan ayam dan itik pada tahun 1996 ialah
75,622,691 dan 2,341,762 ekor. Pengeluaran daging dan
telur ayam/itik pada tahun 1996 ialah 584.4 ribu m.tan dan
6,132 juta biji.
Antara faktor-faktor kemajuan industri ayam ialah;
a) Pengawalan penyakit melalui vaksinasi
b) Importasi baka
c) Pelaburan daripada sektor swasta
d)Tiada sekatan agama untuk daging ayam

ABU BAKAR MAMAT


TERNAKAN KAMBING DAN BIRI-BIRI
Kambing biasanya dipelihara secara kecil-kecilan di kampung dan
ladang untuk dagingnya.
Baka luar negara seperti Jamnapari atau Etawah dan Anglo-Nubian
telah diperkenalkan untuk memperbaiki mutu daging dan menambah
hasil keluaran susu.
Bekalan daging kambing dan biri-biri masih tidak mencukupi
menyebabkan sebahagian besar daripada keperluan daging kambing
dan biri-biri terpaksa diimport.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran daging
kambing meningkat pada kadar 5.9% setahun iaitu daripada 1 000 tan
metrik pada tahun 2000 kepada 1500 tan metrik pada tahun 2005.

ABU BAKAR MAMAT


TERNAKAN AYAM DAN ITIK
Ayam dan itik diternak secara meluas oleh penternak kecil
di pinggir bandar.
Terdapat juga penternak swasta yang mengusahakannya
secara besar-besaran untuk menghasilkan daging atau telur
secara komersil dengan menggunakan teknologi moden.
Lebihan daging dan telur dieksport ke Singapura.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 8 , pengeluaran
telur ayam dijangka meningkat daripada 8.2 bilion unit
kepada 10 bilion unit iaitu peningkatan sebanyak 3.9%
setahun.

ABU BAKAR MAMAT


Baka-baka hibrid ayam pedaging;
Arbor Acre, Avian, Cobb, Hubbard, Shaver dan
Lohmann.(nama-nama syarikat yang mengeluarkan
hybrid ayam).
Baka - baka hibrid ayam penelur;
Hisex Brown, Golden Comet, ISA Brown dan Lohmann
Brown
Baka-baka itik pedaging;
Pekin, Muscovy dan Puah Chai
Baka-baka itik penelur;
Khaki Campbell dan Taiwan Tsaiya

ABU BAKAR MAMAT


KHINZIR
Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Pada tahun 2000 industri khinzir menghadapi masalah
berikutan serangan virus Nipah di kawasan Bukit Pelanduk,
Negeri Sembilan.
Industri Khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua
penting di Malaysia.
Pengeluaran daging adalah mencukupi dan hasil
selebihnya dieksport ke Singapura.

ABU BAKAR MAMAT


PRODUKSI BABI
Sejak tahun 1964, hasil pengeluaran babi di Malaysia telah
memenuhi keperluan tempatan.
Babi hidup dieksport ke Singapura.
Baka-baka yang terdapat di Malaysia ialah; Large White,
Duroc_Jersey dan Landrace.
Masalah utama yang mengancam industri babi;
1. Pencemaran alam sekitar
2. Ancaman penyakit zoonotik (merebak dari babi ke
manusia)

ABU BAKAR MAMAT


Sekian

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,


dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa dan
dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”.

ABU BAKAR MAMAT

You might also like