You are on page 1of 12

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

1.1 Daftar Akaun Baru

Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi


membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor
Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini
mahupun pemohon baru.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan berikut :

2. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.1-1 Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

3. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan daftar akaun baru


untuk memudahkan pemohon mendaftar masuk Borang SPA8i.

4. Kemudian klik pada pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan MyID dan
Kata Laluan. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Muka 1 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Rajah 1.1-2 Skrin Daftar Akaun Baru

5. Pemohon boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan semua


maklumat tersebut.

6. Klik pada pautan Daftar Masuk jika ingin kembali ke skrin utama.

7. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Untuk makluman, pemohon


perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan). Nombor MyKad ini
akan digunakan sebagai MyID anda.

8. Pemohon perlu memasukkan alamat emel peribadi yang sah dan aktif. Ini
adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan
menggunakan emel. Oleh itu, pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat
emel serta kata laluan emel tersebut.

9. Setelah semua maklumat dimasukkan, tekan butang Daftar. Mesej ini akan
dipaparkan:

Muka 2 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Rajah 1.1-3 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru

10. Klik butang Ok dan mesej berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.1-4 Skrin Pasti MyKad dan Emel Daftar Akaun Baru

11. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan emel adalah
betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui emel. Klik
butang Cancel untuk batal dan klik Ok untuk teruskan dan mesej berikut
akan dipaparkan:

Rajah 1.1-5 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru

12. Pemohon perlu menyemak emel yang digunakan bagi membolehkan


pemohon mengaktifkan akaun tersebut.

13. Sila pastikan konfigurasi ‘auto delete’ bagi folder ‘junk/spam/bulk mail’ tidak
diaktifkan. Sekiranya emel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke folder
Inbox tuan/puan, sila semak di folder ‘junk/spam/bulk mail’ dan set semula
emel dari SPA sebagai ‘not spam/junk/bulk mail’.

14. Sekiranya emel yang digunakan adalah emel dari yahoo, gmail, hotmail,
ymail atau mana-mana perkhidmatan emel popular yang lain, sila tunggu
dalam tempoh 24 jam untuk penerimaan emel berkenaan. Ini kerana tempoh
penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di

Muka 3 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

server email berkenaan. Pihak tuan/puan dipohon untuk menghubungi SPA


semula sekiranya tidak menerima emel selepas tempoh 24 jam dari tarikh
pendaftaran.

15. Berikut merupakan contoh emel yang diterima daripada pihak SPA:

Rajah 1.1-6 Skrin Emel Pengaktifan Akaun Baru

16. Pemohon diwajibkan klik pada pautan ( Sila klik di sini untuk mengaktifkan
akaun anda ) yang dinyatakan dalam emel bagi tempoh 24 jam. Jika tidak,
pautan ini tidak lagi boleh digunakan.

17. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan
tersebut:

Rajah 1.1-7 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya

18. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan
Kata Laluan yang diberikan dalam emel tersebut.

19. Sekiranya emel tersilap semasa mendaftar, sistem tidak membenarkan


pendaftaran dibuat semula kerana MyID telah wujud dan bagi tujuan
verifikasi, maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah dipohon.
Maklumat yang diperlukan adalah seperti :

Muka 4 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

a. No. Kad Pengenalan


b. Nama calon
c. Alamat
d. No. Telefon Bimbit
e. E-Mel yang tersilap dimasukkan
f. E-Mel yang sepatutnya dimasukkan
g. Tarikh Pendaftaran dilakukan

20. Hantarkan semua maklumat di atas ke emel HantarPengaktifan@spa.gov.my.

1.2 Daftar Masuk Borang SPA8i

Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan, pemohon boleh mencapai
skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di


atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.2-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

Muka 5 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk emel yang diterima
daripada SPA.

3. Kemudian tekan butang Log Masuk.

4. Jika tersalah taip kata laluan, ralat seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.2-2 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk

5. Jika tersalah memasukkan MyID ataupun MyID tidak wujud, ralat berikut akan
dipaparkan:

Rajah 1.2-3 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk

Muka 6 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

6. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul, skrin untuk
menukar kata laluan akan dipaparkan. Semua pemohon baru diwajibkan
menukar kata laluan mereka sebelum boleh mengisi borang pendaftaran.

Rajah 1.2-4 Skrin Tukar Kata Laluan

7. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Hantar. Perlu


diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Semula Kata
Laluan Baru.

8. Pengguna juga boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan


maklumat yang telah diisi.

9. Jika tiada sebarang ralat, pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang
SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

Rajah 1.2-5 Skrin Borang SPA8i

Muka 7 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

10. Pemohon perlu memasukkan maklumat mengikut kelayakan tertinggi


pemohon terlebih dahulu dan semua maklumat wajib seperti mana yang
dikehendaki.

11. Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima
mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat
tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke
muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas
borang seperti skrin berikut.

Rajah 1.2-5 Skrin Penyemakan Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i

12. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak
yang berkenaan. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan
bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh
dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali
jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu.

13. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila
klik butang HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan
butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.

14. Skrin Pemberitahuan akan dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada


kesilapan. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat
borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan
penghantaran.

15. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda.

16. Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah:

a. Pemohon dikehendaki menentukan Kelayakan Tertinggi terlebih


dahulu sebelum boleh memilih jawatan yang ingin dipohon.

b. Tiada lagi kategori borang yang boleh dipilih oleh pemohon.

Muka 8 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

c. Terdapat Status Pemohonan bagi memudahkan pemohon membuat


semakan mengenai status permohonan mereka.

d. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan, Tarikh Kemas kini


dan Tarikh Proses. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya,
mesej Belum Diproses akan dipaparkan.

17. Klik pada Status Permohonan di sebelah atas dan skrin seperti berikut akan
dipaparkan:

Rajah 1.2-6 Skrin Status Permohonan

18. Pemohon boleh melihat jika ada sebarang urusan yang berkaitan dengan
Jadual Ujian/Peperiksaan, Keputusan Ujian/Peperiksaan, Jadual Temu Duga
ataupun Keputusan Temu Duga.

19. Klik pada pautan Borang jika ingin kembali ke borang pendaftaran pekerjaan
SPA8i.

20. Pada skrin utama, klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada
borang ini dan satu tetingkap akan dipaparkan:

Muka 9 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

Rajah 1.2-7 Skrin Keluar Daripada Borang

21. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses jika
tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu Pengakuan
Pemohon.

22. Walau bagaimanapun, jika pemohon masih ingin keluar daripada skrin ini,
semua maklumat yang telah diisi sebelum ini akan disimpan dan dikemaskini.

23. Pemohon akan dapat melihat maklumat terdahulu jika daftar masuk semula
ke dalam borang ini.

1.3 Lupa Kata Laluan

Merupakan fungsi di mana pemohon yang lupa kata laluan boleh memohon kata
laluan mereka tanpa perlu menghubungi pihak SPA.

Langkah-langkah:

1. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di


atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.3-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

Muka 10 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

2. Klik pada pautan Lupa kata laluan untuk memaklumkan kepada pihak SPA.

3. Skrin ini akan dipaparkan:

Rajah 1.3-2: Skrin Lupa Kata Laluan

4. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan Emel yang telah digunakan


semasa membuat Daftar Akaun Baru.

5. Kemudian tekan butang Hantar.

6. Jika emel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan
semasa Daftar Akaun Baru, ralat seperli berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.3-3: Skrin Ralat Lupa Kata Laluan

7. Jika tiada sebarang masalah, mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin
berikut:

Rajah 1.3-4: Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan

Muka 11 / 12
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Panduan Pengguna
MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

8. Pemohon perlulah menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi emel


yang dinyatakan.

9. Setelah menerima emel, contoh makluman adalah seperti berikut:

Rajah 1.3-5: Skrin Emel Pengaktifan Kata Laluan

10. Pemohon diwajibkan klik pada pautan ( Sila klik di sini untuk mengaktifkan
akaun anda ) yang dinyatakan dalam emel bagi tempoh 24 jam. Jika tidak,
pautan ini tidak lagi boleh digunakan.

11. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan
tersebut:

Rajah 1.3-6: Skrin Emel Pengaktifan Kata Laluan

12. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan
Kata Laluan yang diberikan dalam emel tersebut.

13. Pemohon boleh mengemaskini borang pendaftaran pekerjaan SPA8i atau


melihat status permohonan bila-bila masa.

Muka 12 / 12

You might also like