You are on page 1of 20

KESEPADUAN DAN SEMANGAT BERPASUKAN

1.0 Pengenalan

Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan


semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama.
Kejayaan pasukan bukanlah pilihan seperti mana berlaku kepada pasukan Perak
yang menjuarai Piala Malaysia yang pertama pada abad ke 21 menewaskan
pasukan pilihan iaitu Negeri Sembilan. Kejayaan Pasukan Perak membuktikan
kenyataan ini. Walalupun ramai yang meramalkan pasukan negeri Sembilan akan
menjuarai Piala tersebut berdasarkan prestasi semasa serta rekod kemenangan ke
atas perak sepanjang kejohanan pada tahun 2000 namun dinafikan oleh semangat
berpasukan yang ditunjukkan oleh semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh
pasukan Perak dalam perlawanan akhir. Cabaran yang diberikan oleh para pemain
negeri Sembilan mampu diatasi berkat kesepaduan serta semangat berpasukan
yang tinggi oleh pemain Perak. Apa yang disebut sebagai semangat berpasukan
sebenarnya merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.(Carron, 1982)

Rasa dipunyai atau tergolong dalam satu kumpulan, golongan atau pasukan
merupakan elemen penting dalam memenuhi keperluan individu pemain sekaligus
menyemarakan semangat berpasukan, meningkatkan hubungan sesama pemain,
kesetiaan terhadap pasukan, menghormati jurulatih serta meningkatkan pencapaian
pasukan. Oleh itu, dalam penulisan ini, cuba mengupas dan memahami apa yang
dikatakan dengan kesepaduan pasukan, proses pembentukan sesuatu pasukan,
pengukuran pasukan serta kaitan di antara kesepaduan pasukan dan pencapaian
pemain dalam sukan.

1
2.0 Definisi kesepaduan dan semangat berpasukan

Carron (1982), mengatakan bahawa kesepaduan pasukan merupakan proses yang


dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu
dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.

Sebelumnya, ramai penyelidik mengatakan bahawa kesepaduan bersifat


unidimensi. Bagaimanapun kajian terkini mendapati bahawa wujud dimensi
kesepaduan yang lain. Dua dimensi ini adalah, kesepaduan tugasan dan
kesepaduan sosial.

Kesepaduan tugasan merujuk kepada tahap di mana ahli kumpulan bersama-


sama berkerja untuk menyelesaiakan masalah atau sesuatu tugasan yang spesifik.
Contohnya, pengelibatan pemain-pemain pasukan Malaysia dalam perlawanan
persahabatan dengan pemain-pemain pasukan Manchester United pada Julai 2009
ketika program jelajah Manchester United baru-baru ini. Biarpun hanyalah
perlawanan persahabatan namun pemain-pemain pasukan Malaysia telah pun
berusaha dengan bersungguh-sungguh memastikan tidak ada jurang gol yang
terlalu jauh diantara kedua-dua pasukan. Ini kerana, pasukan MU merupakan antara
pasukan yang digeruni di arena bola sepak Dunia. Pemain-pemain pasukan
Malaysia berusaha bermain berdasarkan tugasan dan peranan masing-masing
dalam pasukan yang diwakili.

Kesepaduan sosial pula merujuk kepada tahap hubungan interpersonal di


kalangan ahli kumpulan. Contohnya , adanya hubungan kekeluargaan dengan
pemain dengan pemain yang lain. Pemain akan berkerjasama dengan pemain yang
lain atas dasar adanya hubungan kekeluargaan dan hubungan sosial diantara
mereka. Ini bermaksana kebersamaan atau kesepaduan sosial akan wujud dengan
adaya ikatan kekeluargaan atau hubungan sosial dalam pasukan tersebut.

Dalam konteks sukan pula, pemain akan terikat dengan dengan kesepaduan
sosial kerana masing-masing terikat dengan kontrak (kesepaduan sosial) untuk

2
mewakili pasukan tersebut. Seorang pemain merasa terikat atau meneruskan
pengelibatan dalam sesuatu pasukan kerana faktor tugasan,hubungan sosial atau
kedua-duanya. Jesteru itu, kefahaman tentang kesepaduan pasukan serta proses
yang terlibat dalam pembentukan pasukan akan dapat membantu kejayaan pasukan
dalam jangka masa panjang.

Kesepaduan pasukan melahirkan semangat berpasukan yang jitu di kalangan


ahli kumpulannya. Semangat kumpulan ini lahir apabila wujudnya perasaan saling
memerlukan dan mengahargai diantara satu sama lain dalam mencapai satu
matlamat. Semangat pasukan dan kesepaduan pasukan tidak semestinya
bermatlamat untuk kemenangan tetapi mempelihatkan gaya permainan yang
mantap dan berkualiti. Kemenangan merupakan bonus bagi pasukan yang bermain
dengan baik berbanding pasukan yang lain.

Memetik artikel ibnu Suhali (2009) dalam blognya, mengatakan bahawa


Esprit de Corps berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud semangat
bekerjasama, semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. Dengan kata lain
ini adalah suatu semangat yang dapat menyatukan manusia khususnya dalam
sesebuah pasukan seperti pasukan bola sepak, ragbi dan seumpanya. Esprit de
Corps amatlah penting dalam sesebuah organisasi sukan, jabatan dan mahupun
negara seluruhnya. Semangat ini telah diterapkan sejak dari peringkat sekolah
melalui kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah yang menuntut
semangat antara ibu bapa, guru dan murid. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan semangat esprit de corps itu wujud dalam diri setiap murid.

Esprit de Corps yang merujuk kepada semangat semangat kerja berpasukan


telah lama diaplikasikan oleh kerajaan dalam pelbagai cara dan bentuk di Malaysia
yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya atau boleh juga dirujuk sebagai
masyarakat plural. Masyarakat Malaysia yang sememangnya terdiri daripada
pelbagai kaum dan budaya memerlukan semangat ini, sebagai tunjang perpaduan
dan keutuhan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Walaupun esprit de
Corps pada mulanya diamalkan dalam ketenteraan, tetapi semangat ini juga sangat
praktikal untuk diamalkan dalam aspek kehidupan masyarakat plural seperti di
3
Malaysia. Sudah menjadi resam hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai budaya kadang-kala akan mengalami pergeseran. Hal ini di dorong oleh
pelbagai faktor dalaman dan luaran yang boleh melemahkan semangat perpaduan
melalui pengaplikasian prinsip ini, Faktor yang boleh melemahkan perpaduan kaum
di Malaysia dapat dikurangkan.

Dalam konteks sukan, perpaduan kaum membolehkan wujudnya kesepaduan


sosial antara pemain dalam pasukan kerana adanya penerimaan terhadap pemain
berbangsa lain dalam pasukan itu. Oleh itu semangat spirit de corps mempunyai
pengaruh yang amat besar dalam pembentukan sesebuah pasukan.

3.0 Semangat berpasukan dan peningkatan kualiti pasukan

Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh organisasi


dalam sesebuah sukan, pemain dengan pemain dan jurulatih dengan pemain dalam
menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama,
komitmen dan penyertaan pemain dan jurulatih secara menyeluruh ke atas program
dan perlawanan atau kejohanan yang disertai bagi memastikan adanya peningkatan
kualiti dari segi “performance” pemain.

Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada pemain


secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam pasukan adalah bersifat
komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian
masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang
demikian setiap pemai dan jurlatih perlu bertindak secara berpasukan supaya
segala kekuatan dalam pasukan dapat digemblengkan sepenuhnya. Manfaat yang
akan diperolehi oleh pasukan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah setiap
individu pemain mempuyai kebolehan dan keistemewaan masing-masing. Oleh itu,
bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan.
4
Selain itu, bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral
pemain dan kepuasan bermain kerana mereka sama-sama diberi peluang
menyelesaikan masalah-masalah kualiti pasukan. Masalah-masalah yang dikongsi
bersama oleh berbagai fungsi dalam posisi pasukan dan bahagian boleh
diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Selain itu, cadangan yang dibuat oleh
pemain secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding
dengan, cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.

Apabila pasukan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan


secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses
peningkatan kualiti. Aspek-aspek tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea-
idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain
dan komunikasi yang lancar di dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-
aktiviti berpasukan, pemain-pemain akan mempunyai peluang yang luas untuk
bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja.
Keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan
idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang
diinginkan.

Dalam suasana kerja berpasukan seperti ketika menyertai kejohanan


perlawanan, pemain mempunyai perasaaan percaya-mempercayai sesama mereka.
Dengan perasaan ini individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak
dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat
membuat keputusan-keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan
sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-
masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.

Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan pemain itu


seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam pasukan. Ini seterusnya
memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-
bahagian dan unit, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi
jabatan.

5
4.0 Proses pembentukan pasukan

Pembentukan pasukan harus melalui beberapa fasa. Menurut carron (1994),


mengatakan bahawa kumpulan individu yang mempunyai identiti yang sama,
berkongsi matlamat dan objektif yang sama, berkongsi nasib, mempunyai corak dan
interaksi komunikasi yang tersendiri, menonjolkan sifat saling membantu,
memerlukan antara satu sama lain dan menganggap diri mereka satu kumpulan. Ini
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri kumpulan individu bagi membentuk
satu pasukan. Untuk sampai ke tahap sebuah pembentukan pasukan yang mantap,
para pemain perlu melalui beberapa fasa iaitu pembentukan, pertelagaan,
pembentukan norma, dan prestasi (Johnson7 johnson, 1994). Dengan memahami
proses yang dilalui untuk pembentukan pasukan yang mantap, baulah seorang
jurulatih atau pemimpin sukan dapat melakar strategi yang berkesan untuk
memastikan keharmonian sesebuah pasukan.

4.1 Fasa pembentukan

Ciri-ciri utama dalam fasa ini adalah percubaan untuk mengenali serta
membiasakan diri dengan ahli pasukan yang lain, membuat perbandingan sosial
khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan, menilai kekuatan dan
kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi masing-masing.
Menurut Anshel (1994), antara persoalan yang timbul pasa fasa ini adalah
seperti persoalan:

“ Adakah saya layak berada di sini?”

“ Perlukah saya berada di sini?”

“ Adakah saya ingin berada di sini? ”

6
“ Jika ya, apakah peranan saya?”

Ini adalah antara persoalan yang timbul dan perlu dijawab oleh individu
tersebut. Kegagalan menjawab persoalan ini akan menyebabkan individu
tersebut merasa dipinggirkan dan tidak diperlukan oleh pasukan tersebut.

Untuk mengurangkan tekanan yang berlaku pada fasa ini, jurulatih taau
pihak pengurusan perlu memastikan kurangnya proses pertukaran pemain yang
terlalu kerap untuk mengurangkan tekanan kepada pemain baru khususnya,
serta para pemain senior yang lain. Carron (1984) juga mencadangkan agar
pemain baru diperkenalkan kepada pemain lama secara positif. Pada masa
yang sama, jurulatih serta pihak pengurusan perlu peka tentang wujudnya
budaya negatif atau berlakunya pergeseran di kalangan pemain. Sekranya ini
berlaku, tindakan perlu diambil agar ianya tidak menganggu prestasi serta
tumpuan semsa latihan. Mungkin sesi suai kenal yang terpimpin boleh diadakan
untuk mengatasi masalah ini. Yang penting di sini adalah menangani masalah
yang timbul dengan seberapa segera untuk memastikan pemain dapat
menumpukan perhatian dengan berkesan serta berasa bahawa khidmat mereka
diperlukan.

4.2 Fasa pertelagahan

Seperti namanya, fasa ini seringnya dipenuhi dengan pertelagahan serta


persaingan di kalangan pemain kerana wujudnya polarisasi, konflik serta
tentangan di antara pemain dengan pemain serta pemain dengan pihak
pengurusan atau jurulatih. Kadangkala pertelagahan ini melibatkan
pertembungan fizikal di antara pemain seperti pergaduhan semasa sesi latihan.
Ini kerap berlaku khususnya semasa latihan pramusim, apabila pemain
berusaha menempatan diri sebagai pemain utama atau mendapat tempat dalam
pasukan.

7
Keadaan ini sering berlaku dalam sukan berbentuk kontak seperti ragbi,
bola sepak serta beberapa jenis sukan kumpulan yang lain. Ini adalah kerana
pemain sedang berusaha untuk mendapatkan perhatian jurulatih. Jumlah serta
tahap pertelingkahan ini tertakluk kepada kebijaksanaan jurulatih mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan setiap pemain. Jika kekuatan serta kelemahan
ini dijelaskan secara objektif kepada para pemain, pertelagahan ini akan
berkurangan dan para pemain mengetahui ekspektasi jurulatih terhadap mereka
(Carron, 1984).

Jurulatih juga perlu bertegas dengan pemain dengan meletakkan satu


piawai tentang satu perlakuan yang diingini bagi mengurangkan tekanan dan
perpecahan di kalangan pemain. Jesteru itu, sebarang bentuk pertelagahan
yang timbul selepas kesemua kehendak jurulatih diperjelaskan kepada pemain
perlu ditangani segera utuk mengurangkan risiko kecederaan dan perpecahan
kalangan pemain.

4.3 Fasa pembentukan norma

Pada fasa ini, pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan
yang timbul pada fasa sebelumnyaiaitu fasa pertelagahan. Pemain sudah mula
menjalin hubungan yang positif serta mula menunjukkan sikap berkerjasama
serta saling membantu rakan sepasukan yang lain. Fasa ini amat penting
kerana pada fasa iniah konsep kesepaduan serta identiti pasukan mula
terbentuk di kalangan pemain. Para pemain mula mementingkan kehendak
pasukan erbanding kehendak diri sendiri. Jika wujud atau pemain atau atlet
yang mementingkan diri pada tahap ini, ia perlu ditangani segera agar tidak
mengugat kesepaduan pasukan serta menyebabkan pemain tadi dipinggirkan
oleh rakan sepasukan yang lain.

8
Pada fasa ini juga, para pemain mula melihat dan menilai sumbangan
unik setiap pemain demi kejayaan pasukan. Persaingan sesama sendiri kini
bertukar menjadi bantuan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Seorang
jurulatih yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk menanam semangat
pasukan yang jitu, membincangkan tentang matlamat pasukan serta
menjelaskan sumbangan yang boleh diberikan oleh setiap ahli pasukan demi
untuk menyemarakkan lagi semangat pemain utuk berjaya dan berfungsi
sebagai satu pasukan.

4.4 Fasa prestasi

Pada fasa ini, para pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk
mencapai matalamat yang disasarkan. Fasa ini dinamakan sebagai fasa
“kematangan hubungan”. Ini adalah kerana para pemain sudah mengetahui
peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu dalam pasukan, menghargai
setiap sumbangan yang diberikan serta memeberikan sokongan yang tidak
berbelah bahagi demi kejayaan pasukan.

Perasaan iri hati di antara pemain utama dengan pemain simpanan tidak
wujud kerana masing-masing menghargai sumbangan serta peranan yang
dimainkan oleh setiap ahli pasukan. Sebaliknya, hubungan antara pemain dan
jurulatih menjadi semakin mantap dan akrab. Untuk mencapai tahap ini, jurulatih
perlu mewujudkan suasana berkerjasama di kalangan pemain serta
mengelakkan persaingan yang negatif dalam pasukan. Jika ingin memberikan
pujian, ia harus diberikan kepada pasukan terlebih dahulu sebelum diberikan
kepada individu tertentu dalam pasukan. Pujian kepada individu haruslah
kepada peranan yang dimainkan demi untuk pasukan dan bukannya pujian
yang bersifat individu. Ini akan memupuk semangat serta kesepaduan yang
berterusan dalam pasukan.

9
5.0 Alat pengukuran kesepaduan pasukan

Beberapa alat pengurukuran dibina untuk mengukur serta menilai kesepaduan


pasukan. Antara inventori awal yang dicipta untuk mengukur adalah seperti Sport
cohesiveness Questionnaire/ SCQ (Soal selidik kesepaduan dalam sukan) Inventori
ini diperenalkan oleh Martens dan Peterson (1971, Petikan dari Wann, 1997) untuk
menilai kesepaduan pasukan. Kebanyakan item tertumpu pada kesepaduan sosial.
Walaupun ianya digunakan dengan agak meluas untuk menilai kesepaduan
pasukan, masalah dari segi kesahan dan kebolehpercayaan menyebabkan
penggunaanya menjadi agak terhad.(Wann, 1997)

Seterusnya adalah, Cohesiveness Questionnaire/ TCQ (Soal selidik


kesepaduan pasukan). Inventori ini dicipta oleh Gruber dan Gray (1982). Inventori
ini mengandungi 13 item, khusus untuk menilai kesepaduan tugasan dan
kesepaduan sosial

Instrument ketiga adalah Multidimensional Sport Cohesion instrument/ MSCI


(Instrumen multidimensi kesepaduan dalam sukan). Instrumen ini diperkenalkan
oleh Yukelson, Weinberg dan Jakson pada tahun 1984. Instrument ini dicipta untuk
menilai empat dimensi kesepaduan pasukan iaitu terikat kepada kumpulan,
matlamat yang sama, kualiti kerjasama sepasukan dan nilai peranan individu dalam
kumpulan. Seperti beberapa instrument terdahahulu, kajian-kajian yang
menggunakan instrument ini menghasilkan dapatan yang berbeza tentang
kesepaduan dalam pasukan.

Instrumen yang ke empat adalah Group Enviroment Questionnaire GEQ


(soal selidik persekitaran kumpulan). Instrument ini dihasilkan oleh Carron,
Widmeyer dan Brawley pada tahun 1985 yang mana instrument ini mengukur 18
item yang mengukur dimensi kesepaduan tugasan dan sosial serta dimensi tarikan
individu dan integrasi kumpulan. GEQ mengukur 4 dimensi kesepaduan pasukan
iaitu tarikan individu dan tugasan (Individu tertarik kepada pasukan untuk
memenuhi keperluan menyelesaiakan tugasan), tarikan individu dan sosial (individu
10
tertarik kepada pasukan untuk memenuhi keperluan sosial), integrasi kumpulan dan
tugasan (individu bersatu sebagai satu pasukan untuk memenuhi keperluan
menyelesaikan tugasan) dan integrasai kumpulan dan sosial (individu bersatu
sebagai satu pasukan untuk memenuhi keperluan sosial)

Menurut Carron dan rakan-rakan, salah satu daripada empat dimensi ini
mampu merangsang individu untuk terus bersama dengan pasukannnya.
Bagaimanapun, kesannya akan lebih kuat jika keempat-empat dimensi ini bertindak
merangsang individu terbabit. Beberapa kajian yang telah dibuat memberikan
sokongan terhadap gagasan yang diutarakan dengan memberikan nilai kesahan
dan kebolehpercayyaan yang agak baik untuk GEQ.

6.0 Faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan

Proses pembentukan pasukan dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu saiz


kumpulan, interaksi di antara ahli kumpulan, kejelasan dan penerimaan peranan
dalam kumpulan, iklim kumpulan yang kondusif, kejelasan peranan setiap ahli serta
apresiasi ketua terhadap prestasi setiap ahli kumpulan (Anshel 1997).

Antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan adalah saiz


kumpulan. Semakin ramai ahli dalam sesebuah kumpulan semakin kurang
kesepaduan pasukan berkenaan. Bilangan ahli yang ramai akan menyebabkan
wujudnya kumpulan kecil dalam pasukan tersebut. Ini akan menyebabkan peranan
ahli menjadi kurang berkesan. Bilangan ahli yang sesuai adalah bergantung
kepada jenis tugasan yang akan dilakukan. Menurut Carron (1980), apabila
bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan atau pasukan melebihi daripada tiga orang
maka keberangkalian bagi mereka mematuhi peraturan, norma serta ekspetasi
kumpulan akan menjadi kurang.

Interaksi di antara ahli kumpulan juga adalah antara faktor yang


mempengaruhi kesepaduan kumpulan. Interaksi amat penting dalam memupuk

11
kesepaduan pasukan. Sukan bola sepak dan ragbi merupakan contoh sukan yang
memerlukan interaksi dan koordinasi yang baik dari semua pemain bagi
memastikan kejayaan pasukan.

Selain itu, Kejelasan matlamat kumpulan juga merupakan faktor keapda


kesepaduan kumpulan. Menurut Anshel (1997), pasukan yang memberikan
tumpuan untuk mencapai matlamat pasukan dan matlamat individu lazimnya lebih
berorientasikan tugasan jika dibandingkan dengan pasukan yang matlamatnya
kurang jelas. Kejelasan matlamat bermaksud mempunyai matlamat yang
dipersetujui oleh ahli pasukan serta mencabar kemampuan mereka dan matlamat
tersebut boleh diukur untuk menilai pencapaian pasukan berkenaan. Dengan
matlamat yang jelas, pasukan tersebut akan dapat berfungsi dengan lebih
berkesan serta kesepaduan pasukan akan menjadi lebih mantap.

Matlamat yang dirangka juga harus diterima oleh semua ahli dalam
kumpulan. Ini juga merupakan faktor kepada kesepaduan pasukan. Matlamat
kumpulan hanya akan bermakna jika ianya dipersetujui ramai atau kesemua ahli
yang terlibat. Ini adalah kerana pengelibatan ahli dalam menetapkan matlamat ini
akan menghasilkan kesepaduan yang amat tinggi. Ini adalah kerana pemain tadi
merasakan bahawa pendapat mereka dihargai serta mereka sendiri mengetahui
prestasi semasa mereka. Ini akan memudahkan mereka menentu, menerima serta
merealisasikan matlamat tersebut. Sekiranya matlamat pasukan ditentukan oleh
pihak pengurusan tanpa berbincang dengan para pemain, bukan sahaja matlamat
yang dibuat sukar diterima malahan ia mungkin bleh memberikan tekanan yang
tidak sepatutnya kepada para pemain.

Selain itu, iklim pasukan yang kondusif adalah faktor kepada kesepaduan
pasukan. Stail kepimpinan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan serta pemimpin
pasukan turut memainkan peranan dalam meningkatkan kesepaduan pasukan.
Jurulatih yang mengamalkan corak kepimpinann autokratik yang keterlaluan
lazimnya akan menurun tahap kesepaduan pasukan jika dibandingkan dengan
jurulatih yang mengamalkan pendekatan yang agak humanistik serta menghormati
para pemain (Johnson&Johnson ,1994)
12
Pemahaman atlet tentang peranan mereka dalam kumpulan adalah
antara faktornya. Memahami peranan masing-masing dalam pasukan
merupakan salah satu cara meningkatkan pencapaian setiap pemain serta
merealisasikan matlamat pasukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pemain yang memahami peranan serta posisi mereka dalam pasukan akan
menyokong matlamat pasukan tersebut. Setiap pasukan mempunyai
sumbangan yang tersendiri demi untuk kejayaan pasukan sama ada sebagai
pemain utama mahupun pemain simpanan. Jesteru itu, memahami serta
menerima peranan yang dimainkan bukan sahaja membantu meningkatkan
kesepaduan pasukan malahan dapat memberikan identiti serta tumpuan untuk
beraksi dengan lebih cemerlang.

Apresiasi ketua terhadap prestasi ahli juga mempengaruhi kesepaduan


pasukan. Salah satu daripada keperluan sosial manusia adalah menerima
penghargaan. Penghargaan yang diterima akan menjadi pencetus untuk pemain
melipatgandakan lagi usaha untuk berjaya. Pihak pengurusan, jurulatih serta
rakan sepasukan boleh meningkatkan kesepaduan pasaukan dengan
memberikan penghargaan yang setimpal dengan usaha yang diberikan. Maklum
balas yang positif demi untuk peningkatan pemain juga wajar disuarakan agar
pemain berasa diberikan perhatian pada setiap masa. Ini bukan sahaja
merangsang kesepaduan tugasan malah meningkatkan lagi kesepaduan sosial
dalam pasukan.

13
7.0 Faktor Yang Menggugat Kesepaduan Pasukan

Terdapat beberapa faktor yang boleh menggugat kesepaduan ahli dalam


pasukan. Faktor-faktor ini perluah diambil kira dan dititik beratkan oleh jurulatih
dan pemain bagi mewujudkan pasukan yang jitu dan mantap. Albert carron
(1993) telah menggariskan beberapa faktor yang boleh menggugat kesepaduan
sesuatu pasukan. Antaranya adalah Percanggahan tentang matlamat pasukan
iaitu matlamat pasukan yang kurang jelas akan menyebabkan pemain mudah
tersalah anggap. Contohnya “Adakah kita bermain untuk seri ataupun menang?”
“Adakah kita bermain sebagai satu pasukan atau membantu orang tertentu
mencipta nama sebagai hero?” ini adalah contoh bagaimana percanggahan
matlamat boleh membawa kehancuran kepada pasukan.

Kekerapan pertukaran ahli juga faktor yang boleh menggugat


kesepaduan pasukan. Pasukan yang kerap menukar pemain, khususnya dalam
pasukan yang memerlukan setiap pemain bersama-sama beraksi seperti bola
sepak, hoki dan bola jaring akan menyebabkan pemain keliru serta tertanya-
tanya. Pemain akan menjadi kurang selesa kerana mereka tidak dapat
mewujudkan persefahaman dengan rakan-rakan yang lain, tertanya –tanya
tentang nasib mereka sendiri dan mereka tidak pasti apa yang diingini oleh
pihak pengurusan. Akibatnya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan
menurun.

Selain itu, perebutan kuasa dalam kumpulan juga merupakan faktor yang
mempengaruhi. Kewujudan fenomena ini akan memecah belahkan kesepaduan
pasukan kerana para pemain akan berpecah belah kepada beberapa kumpulan.
Tumpuan akan menjurus kepada perebutan kuasa dan bukannya tugasan serta
matlamat pasukan. Kesannya, prestasi dan kesepaduan pasukan akan terkikis.

Masalah komunikasi dalam pasukan juga boleh menggugat kesepaduan


pasukan. Kekurangan komunikasi yang berkesan akan menyebabkan matlamat
pasukan tidak tercapai di akhir musim. Ini kerana matlamat pasukan tidak dapat

14
difahami oleh semua pihak yang terlibat. Wujud pertelagahan dalam pasukan.
Kurangnya interaksi dalam pasukan akhirnya akan mengurangkan
keberkesanan serta kesepaduan pasukan.

Selain itu, antara faktor lain yang boleh menggugat kesepaduan pasukan
adalah pemain kurang jelas dari segi peranan yang dimainkannya. Pemain yang
tidak tahu tentang perananya dalam pasukan adalah ibarat layang-layang putus
tali. Mereka tak dapat memberikan prestasi yang terbaik kerana kurang jelas
tentang ekspektasi pengurusan serta rakan sepasukan terhadap mereka.
Mereka juga tidak tahu apa dan siapa yang boelh membantu mereka dalam
menangani masalah pasukan. Akibatnya, pemain akan bertindak sendirian
sehingga menjejaskan pasukan.

Peranan jurulatih juga amat penting dalam mempengaruhi kesepaduan


dalam pasukan. Jurulatih harus memberikan kritikan yang berterusan sesuai
dengan keadaan. Dalam hal ini, pihak pengurusan dan jurulatih perlu sedar
bahawa sebarang kritikan yang keterlaluan serta yang bersifat memalukan
pemain akan mengurangkan kesepaduan dalam pasukan. Jika perlu mengkritik,
jurlatih harus menggunakan kaedah serta pendekatan yang bersesuaian agar
kritikan yang diberikan dapat diterima serta membantu memperbaiki prestasi
pemain tersebut.

Dalam pasukan akan wujud pertembungan personaliti . Dalam situasi


yang agak genting sering kali berlaku pertembungan personaliti sesama sendiri
di kalangan pemain diantara pemain dengan jurulatih. Contoh terbaik yang
boleh kita lihat adalah bagaimana ketua pasukan negeri Sembilan Khairul Anuar
Baharom menjeritkan arahan kepada rakan-rakannya agar memberikan
tumpuan sementara rakannya pula memberikan reaksi seolah marah dengan
tindakan beliau itu. Jika situasi itu berterusan, serta pemain tidak memberi
perhatian tentang arahan serta ingatan rakan-rakan sepasukan yang lain, sudah
tentu akan wujud konflik yang mungkin akan memecahbelahkan kesepaduan
pasukan serta memberi kesan kepada prestasi pasukan.

15
8.0 Bagaimana meningkatkan kesepaduan pasukan

Jika usaha untuk membentuk pasukan yang benar-benar bersepadu dan


mantap menajadi pilihan, maka langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk
membantu mencapai kesepaduan pasukan. Bagaimanpun, cadangan ini
bukanlah sesuatu yang eksklusif. Terdapat lagi banyak pendekatan yang boleh
digunakan untuk membantu meningkatkan kesepaduan pasukan. Antara
cadangan yang diutarakan adalah membiasakan rakan dengan peranan rakan
yang Lain. Berikan peluang seorang pemain penyerang menjadi penjaga gol
atau seseorang pemain tengah menjadi penyerang atau pemain pertahanan.
Langkah ini dapat memabntu pemain menghargai dan memahami kesukaran
yang dihadapi oleh rakan sepasukan yang lain serta melahirkan sifat empati
dalam diri masing-masng. Secara tidak langsung, ia akan memupuk sifat saling
membantu yang akan mengukuhkan lagi kesepaduan pasukan.

Selain itu, jurulatih disarankan agar mencuba sedaya upaya untuk


mengenali pemainnya. Jurulatih khusunya perlu lebih mengenali para
pemainnya. Bukan sekadar mengetahui apa yang ditunjukkan semasa berada di
padang tetapi juga harus mengeahui perkara-perkara yang agak personal
tentang para pemain seperti latar belakang keluarga, tarikh lahir serta perkara-
perkara personal lain yang memudahkan kita membantu mereka khususnya
apabila prestasi mereka merosot secara tiba-tiba ataupun ketika pemain
tersebut agak luar biasa gembiranya (mungkin kerana merayakan sesuatu) kita
dapat menegur serta dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Sifat ini akan
membuka saluran untuk berkomunikasi pemain dengan lebih baik lagi.

Jurulatih juga disarankan agar mengunakan strategi komunikasi yang


berkesan. Penggunaan komunikasi yang berkesan sama ada secara verbal
atau bukan lisan akan menghasilkan kesan yang positif kepada ahli pasukan.
Penggunaan humor serta pujian yang bersesuaian dengan keadaan akan
meningkatkan lagi motivasi serta hubungn sesama pemain dalam pasukan.

16
Jurulatih harus memberikan komen yang positif selepas perlawanan.
Kalah atau menang merupakan adat pertandingan. Bagaimanapun, pujian harus
diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun
keputusan perlawanan tidak menyebelahi pasukan tersebut. Penghargaan
harus diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun
mereka tewas menunjukkan sifat empati serta bukannya sifat suka mencari
kesalahan pemain untuk dijadikan alasan kekalahan.

Selain itu, jurulatih harus memberikan maklum balas kepada pemain.


Untuk meningkatkan motivasi pemain, maklum balas yang positif khususnya
tentang cara untuk memperbaiki keasalahan perlu diberikan kepada pemain. Ia
perlu bermotif untuk memperbaki dan bukannya mencari kesalahan pemain.
Kesannnya, pemain akan merasa dihargai serta diberikan perhatian oleh
jurulatihnya dan ini akan meningkatkan lagi hubungan dalam pasukan.

Jurulatih juga mesti mewujudkan sistem sokongan dalam pasukan. Sifat


suka menyakiti hati serta saling menyalahi di kalangan pemain perlu dihindari.
Ini merupakan di antara tanggungjawab penting untuk pengurusan serta
jurulatih khusunya dalam usaha untuk meningkatkan kesepaduan pasukan.
Sebaliknya hubungan yang positif sesama pemain perlu ditanam dan dipupuk
agar ia berkembang menjadi satu saluran untuk membantu meningkatkan
prestasi pemain.

Jurulatih juga mesti sentiasa mengawasi kumpulan kecil dalam pasukan.


Sekiranya wujud kumpulan kecil dalam pasukan, ia perlu diatasi segera demi
kebaikan pasukan. Kewujudan “klik” selalunya dikaitkan dengan perpecahan
dalam kumpulan hanya kerana individu tertentu sahaja yang diterima masuk
menjadi kumpulan kecil tersebut. Sebelum ianya merebak, tindakan yang wajar
perlu diambil bagi memastikan kesepaduan pasukan tidak tergugat.

Jurulatih juga harus Konsisten ketika mendisiplinkan pemain. Hukuman


yang diberikan kepada pemain yang melanggar peraturan pasukan perlu
konsisten tidak kira sama ada pemain yang terlibat adalah pemain utama

17
ataupun pemain simpanan. Ini akan mengelakkan tenggapan pilih kasih di
kalangan pemain.

Masalah ini juga harus diberi perhatian oleh jurulatih di mana jurulatih
juga harus memastikan masalah keciciran pemain tidak berlaku. Pastikan
wujudnya integrasi di kalangan pemain. Sekiranya terdapat pemain yang sering
bersedirian atau selah-olah dipinggirkan oleh pemain yang lain, sesuatu harus
dilakukan bagi memastikan pemain tersebut kembali bersama rakannya yang
lain. Penghijrahan pemain yang terlalu kerap akan mengurangkan kesepaduan
pasukan kerana pemain tahu bahawa hubungan mereka tidak panjang oleh itu,
mereka cuba mengelakkan diri dari menjalin hubungan yang lebih rapat dengan
rakan yang lain. Kesannya, prestasi serta kesepaduan pasukan akan tergugat.

9.0 Kesimpulan

Daripada perbincangan tentang kesepaduan dan semangat berpasukan yang


dibincangkan di atas, jelas bahawa kesepaduan pasukan memerlukan
komitmen yang tidak berbelah bahagi serta keinginan untuk mengekalkan
keadaan yang harmoni dalam pasukan. Apa yang telah dibincangkan sebelum
ini memberikan gambaran kepada kita tentang maksud kesepaduan dan apakah
perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kesepaduan tersebut.

Jelasnya, pasukan yang kurang dari segi kesepaduannya mempunyai


peluang yang tipis untuk menempah kejayaan. Walalubagaimanapun, ini
semuanya dalah bergantung kepada keadaan. Sesetengah penyelidik
mendapati kesepaduan berkait rapat dengan kejayaan pasukan tetapi bukan
menyebabkan kejayaan atau kemenangan keapda pasukan tersebut. Carron
(1984) mendapati bahawa kejayaan sesuatu pasukan bukanlah keran wujudnya
hubungan yang baik antara pemain, tetapi lebih terarah kepada kemampuan

18
berinteraksi dengan menggunakan kemahiran dan strategi yang berkesan
dalam sesuatu pertandingan.

Dalam konteks kepuasan diri pula, kesepaduan pasukan belum tentu


dapat memberikan kepuasan keapda setiap ahli pasukan. Takrifan kepuasan
merupakan hak individu.

Kesimpulannya, kesepaduan pasukan tidak berkait rapat dengan


peningkatan prestasi mahupun kepuasan diri pemain dalam sesuatu pasukan
(Shahrudin abd. Aziz, 2001). Bagaimanapun kesepaduan amat penting kerana
penyertaan dalam sesuatu pasukan yang kukuh tahap kesepaduannya
mendatangkan kepuasan jika dibandingkan dengan menyertai pasukan yang
kurang mantap dari segi kesepaduan pasukannya. Jika diberi pilihan, adalah
lebih baik jika seorang jurulatih memilih untuk menerapkan nilai-nilai
kesepaduannya di kalangan pemain kerana ia dapat membantu meningkatkan
kebarangkalian untuk berjaya serta menimbulkan kepuasan di hati semua
individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan.

19
10.0 Rujukan

Anshel, M.H. (1997). Sport Physiology: from theory to practice.Edisi 3. Scottsdale,


Z: Gorsuch Scarisbrick Publishers

Carron, A.V.(1982). Cohesiveness in Sport groups:Interpretation and consideration


dlm. Journal of Sport Pyschology,4 123-138

Johson, W.D.& Johnson,P.F (1994). Joining together.Group theory and group skills.
Bosto,MA:Allyn and Bacon Wann, D.L (1997). Sport Physcology. Upper
Saddle River, NJ: Prentice Hall

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan
Publication & Distributors SDN BHD

Ibnu Suhaili. Menyemai semangat spirit de corps. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009
daripada http://ibnusuhaili88.blogspot.com

Prinsip semangat berpasukan. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009 daripada


http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htm

20

You might also like