You are on page 1of 7

SAINS KEBAKARAN

PUNCA BERLAKUNYA KEBAKARAN


“Prevention is better than cure”

Kebakaran berlaku apabila punca haba dan bahan api bertindak balas dengan (oksigen) dalam
udara dan mencapai takat nyalaan

SEGITIGA KEBAKARANAPI ADALAH KESAN DARIPADA RANGKAIAN TINDAKBALAS


DIANTARA HABA + BAHAN API + OKSIGEN

PUNCA-PUNCA HABA
1. Elektrik
2. Tindak balas kimia
3. Elektrik Statik
4. Mampatan Gas
5. Percikan
6. Haba Nuklear
7. Geseran
8. Petir
9. Haba Mekanikal
10. Nyalaan
JENIS-JENIS BAHAN API

1.Bahan Pepejal(Combustion Solids)


Kayu, Kertas, Kain.
2.Cecair Mudah Terbakar(Combustible Liquid)
Petrol, Kerosene, Diesel, Methanol, Ethanol.
3.Gas Mudah Terbakar(Combustible Gases)
Hydrogen, Methane, Butane, Carbon Monoxide.
4.Bahan Logam(Combustible Matels)
Kalium (Potassium), Natrium (Sodium), Kalsium Magnesium.

TEORI PENGURAIAN (PYROLYSIS) DAN REAKSI KEBAKARAN (CHAIN REACTION)


· Merupakan proses penguraian yang terjadi ketika berlakunyakebakaran biasa.
· Merupakan suatu tindakbalas kimia berantai (Chain Reaction)
· Ianya berlaku seiring dengan kejadian kebakaran dan dikaitkan dengan faktor ke 4 (driving
force) dalam teori kebakaran

BAGAIMANA DAN SEBAB BERLAKUNYA KEBAKARAN


Factor utama yang menyumbang kepada berlakunya kebakaran adalah seperti berikut:-

· Faktor Semulajadi
Akibat bencana atau faktor semulajadi

· Faktor Kemalangan
Akibat kelalaian, kecuaian atau kesilapan manusia sendiri

· Faktor Sengaja Dibakar


Akiabat perbuatan manusia sendiri sama ada secara sengaja atau khianat

CARA-CARA KEMEREBAKAN API


1. Pengaliran (Conduction)
Terutamanya logam yang menyebab sesuatu sampai ke tahap suhu nyalaan.

2. Olahan Haba (Convection)


Pemindahan udar panas serta lain-lain produk kebakaran dari satu tempat ke tempat yang lain.

3. Bahangan (Radiation)
Pemindahan haba melalui gelombang elektromagnetik dari tempat kebakaran ke persekitaran
sekeliling.
BAGAIMANA API MEMBUNUH
1. Akibat keracunan minda (Delirium) membawa kepada kesan “Claustrophobic” kepada
mangsa

2. Akibat asap tebal dari kebakaran yang akan mengganggu sisitem pernafasan dan berlakunya
“Asphysia”

3. Akibat bahangan haba panas kritikal apai yang marak

4. Factor masa yang kemerebakan api semasa berlakunya kebakaran. Segala tidakan perlu
dibuat dengan pantas kerana “Smoke Kills In Seconds, Fire Spreads In Minute”

UNDANG-UNDANG UNIVERSAL BAGI MENGELAKAN KEJADIAN KEBAKARAN


1. Pengawalan/penghapusan punca nyalaan dan bahan –bahan yang mudah terbakar

2. Penggunaan secara minima bahan yang mudah terbakar

3. Penggunaan dan pemilihan bahan yang mempunyai tahap kebakara (fire load) yang rendah
KAEDAH PEMADAMAN KEBAKARAN

Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan untuk memadam sesuatu kebakaran,
antaranya seperti berikut:-
1. Kaedah Melaparkan (Starvation)

2. Kaedah Melemaskan (Smothering)

3. Kaedah Menyejukkan (Cooling)

KAEDAH MELAPARKAN (STARVATION)


1. Memisahkan bahan api

2. Menutup injab bekalan

3. Menyekat bekalan bahan bakar

KAEDAH MELEMASKAN (SMOTHERING)


1. Menyekat oksigen

2. Gunakan foam

3. Gunakan Karbon Dioxida


KAEDAH MENYEJUKKAN (COOLING)

1. Menurunkan haba

2. Air menyerap haba dan menyejukkan bahan api


POSTED BY AHMAD NIZAM BIN MAZLAN AT 9:03 PM 4 COMMENTS
ALAT PEMADAM API
ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER)

Asas Pengenalan

· Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire
aid firefighter)
· Dikendalikan secara manual
· Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api

KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA

1. Kebakaran Klas A
    Kebakaran dari bahan biasa yang mudah terbakar seperti kayu, kertas, pakaian dan
sejenisnya.
    Jenis alat pemadam: yang menggunakan air harus digunakan sebagai alat pemadam pokok .
2. Kebakaran Klas B
    Kebakaran bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak bumi, gas, lemak dan
sejenisnya.
    Jenis alat pemadam: yang digunakan adalah jenis busa sebagai alat pemadam pokok.
3. Kebakaran Klas C
    Kebakaran elektrik (seperti kebocoran elektrik, korsleting) termasuk kebakaran pada alat-alat
elektrik.
    Jenis alat pemadam: yang digunakan adalah jenis kimia dan gas sebagai alat pemadam
pokok.
4. Kebakaran Klas D
    Kebakaran logam seperti Zeng, Magnesium, serbuk Aluminium, Sodium, Titanium dan lain-
lain.
    Jenis alat pemadam: yang harus digunakan adalah jenis khusus yang berupa serbuk kimia
kering.
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(DRY POWDER)

KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dan senang dikendalikan
- Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
- Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan
BCF
- Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
- Hanya boleh sekli sahaja.
- Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan
makanan dll
- Tidak boleh memadam api logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
Perhatian

Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan
digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya

Pemeriksaan

1. Hendaklah diperiksa setiap bulan

2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh &
merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen
servis

ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)

Kandungan
- dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
- Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya.
Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat

KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
- Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
- Gasnya tidak mengalirkan elektrik
- Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
- Hanya sekali digunakan
- Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg
sahaja.
- Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk
mengelakan kekurangan daripada 10%
- Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
- Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar

ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)


-Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu
dibawah suhu nyalaan (menyejukkan).

Kandungan
- Terdapat 2 tabung
- Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
- Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’
Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.

KEBAIKAN
KEBURUKAN
- Mudah dikendalikan

- Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu
kebakaran

- Tidak terganggu daripada tiupan angin

- Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.


- Hanya sekali digunakan
- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
- Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran
dengan berkesan
- Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan
memecahkan buih.

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API


Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya
adalah seperti berikut:-

1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai


2. Ikut arah angin semasa menggunakannya

3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S

P – Pull
Tarik / cabut pin keselamtan

A – Aim
Arahkan nozel ke arah punca api

S – Squeeze
Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar

S – Sweep
Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

You might also like