You are on page 1of 8

KARANGAN JENIS CERITA (AKTIVITI)

Isi asas karangan aktiviti

- tarikh
- masa/hari
- tempat
- tujuan
- perasmian
- peserta / kumpulan / mangsa
- aktiviti / acara
- suasana
- pemenang
- orang yang menyampaikan hadiah
- aktiviti tamat
- pulang ke rumah / gembira

Tajuk karangan aktiviti yang dirancang

1. Sukan tahunan sekolah


2. Perkhemahan unit beruniform
3. Kem motivasi
4. Pertandingan bercerita / bersajak
5. Hari kantin sekolah
6. Hari penyampaian hadiah
7. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
8. Gotong-royong di sekolah

KARANGAN FAKTA BERSIFAT AKADEMIK


Contoh tajuk bersifat akademik
1. Membaca buku sangat penting kepada murid sekolah. Tulis sebuah karangan
tentang faedah-faedah membaca buku.
2. Tulis sebuah karangan tentang faedah menyertai lawatan sambil belajar.
3. Menyertai aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah kepada murid sekolah.
Bincangkan.
4. Televisyen banyak memberi kebaikan kepada kita. Bincangkan tentang kebaikan
menonton televisyen.
5. Komputer banyak memberi faedah kepada murid sekolah. Bincangkan.

Isi-isi utama fakta akademik


1. menambahkan ilmu pengetahuan
2. meningkatkan kemahiran dalam pelajaran
3. mengisi masa dengan perkara yang berfaedah
4. mengeratkan hubungan sesama rakan
5. menghilangkan rasa bosan kepada pelajaran / sebagai hiburan.

KARANGAN JENIS LAPORAN

LAPORAN
1. karangan berformat
2. jenis laporan aktiviti dan laporan tahunan persatuan
3. laporan aktiviti sama dengan karangan aktiviti ( 12 isi)
4. format – tajuk, laporan disediakan oleh , tarikh.
5. laporan tahunan persatuan ada AJK persatuan dan aktiviti-aktiviti sepanjang
tahun.

Rangka karangan.

Pendahuluan
1. tajuk semua huruf besar

Isi-isi penting
1. tarikh
2. masa/hari
3. tempat
4. tujuan
5. perasmian
6. peserta
7. aktiviti
8. suasana
9. pemenang
10. orang yang menyampaikan hadiah
11. aktiviti tamat
12. pulang ke rumah / perasaan

Isi tambahan
1. peralatan gotong-royong
2. jamuan
3. penglibatan ibu bapa

Penutup
1. laporan disediakan oleh,
2. tandatangan
3. nama (semua huruf besar)
4. tarikh

TAJUK

Setiap manusia mempunyai hobi. Tulis sebuah karangan tentang hobi yang kamu gemari.

RANGKA KARANGAN
- nyatakan satu atau tiga hobi yang paling digemari ( membaca . mengumpul setem,
memancing)

ISI-ISI PENTING
MEMBACA
- menambahkan ilmu pengetahuan
- meningkatkan kemahiran dalam pelajaran
- mengeratkan hubungan sesame rakan
- mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
- sebagai hiburan/ menghilangkan rasa bosan

MENGUMPUL SETEM
- dapat mengetahui jenis-jenis setem bagi Negara-negara diseluruh dunia.
- Dapat bertukar-tukar setem dengan rakan-rakan.
- Menambahkan kenalan dan rakan karib

MEMANCING IKAN
- mendidik menjadi seorang yang sabar dan tabah
- mengelak melakukan perkara yang negative seperti melepak, membuang masa
dan sebagainya.

PENUTUP
- gembira dengan hobi-hobi ini.
CONTOH.
Setiap orang mempunyai hobi. Hobi ialah perkara kegemaran yang dilakukan oleh
sesorang.
Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah membaca buku. Apabila saya
membaca buku, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Buku yang menjadi
kegemaran saya ialah buku cerita tauladan, buku moral dan lain-lain lagi.
Dengan membaca buku juga saya dapat meningkatkan kemahiran dalam pelajarn
seperti dalam pelajran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi. Jika saya
membaca secara berkumpulan saya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan
rakan-rakan saya.

Hobi saya yang kedua ialah mengumpul setem. Dengan mengumpul setem saya
dapat mengetahui jenis-jenis setem dari seluruh dunia. Sebagai contoh setem dari
Negara Amerika, New Zealand, Australia dan lain-lain lagi. Melalui hobi ini juga
saya boleh bertukar-tukar setem dengan kenalan saya dari dalam negeri mahupun luar
Negara. Ini dapat menambahkan lagi rakan-rakan saya.

Di samping membaca dan mengumpul setem, satu lagi hobi saya ialah
memancing ikan. Biasanya hobi ini saya lakukan semasa cuti sekolah. Saya sering
memancing ikan bersama dengan ayah saya di sebatang sungai yang berhampiran
dengan rumah saya. Hobi ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang
negative seperti melepak, membuang masa dan sebagainya.

Saya berasa sangat gembira apabila melakukan hobi saya.


Contoh 1

Membaca merupakan aktiviti yang sangat penting kepada murid sekolah.


Terdapat banyak faedah apabila kita membaca buku.

Apabila kita membaca buku,kita akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan.
Ini kerana terdapat banyak ilmu yang terkandung dalam buku yang kita baca.

Disamping itu,apabila membaca buku,kita juga dapat meningkatkan lagi


kemahiran kita dalam sesuatu pelajaran. Sebagai contoh kemahiran-kemahiran di dalam
buku Sains, buku Matematik, dan sebagainya.

Selain itu,kita juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang
berfaedah. Ini kerana apabila membaca kita akan dapat mengelakkan daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,berkawan dengan budak-budak
nakal dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Begitu juga,apabila kita membaca secara berkumpulan,ia akan dapat


meningkatkan lagi hubungan baik dengan rakan-rakan. Ini sangat penting supaya setiap
perbincangan dalam kumpulan dapat memberi hasil yang membanggakan. Perbincangan
boleh dilakukan di Pusat Sumber Sekolah,Perpustakaan awam,di kelas dan sebagainya.
Akhir sekali ,jika kita banyak membaca kita akan dapat menghilangkan rasa
bosan pada pelajaran. Buk-buku majalah,komik-komik berpendidikan,cerita-cerita sains
fiksyen dan sebagainya dapat memberikan hiburan kepada kita. Ini bukan sahaja
menghiburkan kita malah memberi banyak faedah kepada kita.

Oleh itu, kita hendaklah banyak membaca kerana ia memberi banyak faedah
kepada kita.
Sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan pasukan unit beruniform. Ceritakan
suasana perkhemahan tersebut.

Pada 19 Mac 2011 yang lalu,sekolah saya telah mengadakan perkhemahan unit
beruniform. Perkhemahan ini diadakan pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Ia
telah diadakan di padang sekolah saya.

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid berdikari


dan mempunyai keyakinan yang tingi. Perkhemahan unit beruniform ini telah dirasmikan
oleh guru besar sekolah saya iaitu En cik Abdul Rashid bin Mahidin.

Seramai 40 orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Mereka terdiri


daripada ahli pengakap,tunas puteri,kadet remaja,dan puteri islam. Mereka telah
dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Orkid,kumpulan Mawar, kumpulan
Seroja dan kumpulan Melati.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti memasang khemah, kawad kaki,


mengembara ke dalam hutan,malam kebudayaan dan lain-lain lagi. Suasana perkhemahan
itu sungguh meriah kerana para peserta begitu bersemangat menjalankan aktiviti-aktiviti
masing-masing. Dalam perkhemahan pada kali ini kumpulan Seroja telah menjadi johan.
Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada semua.

Perkhemahan ini berakhir pada hari Ahad. Semua peserta pulang ke rumah
dengan perasaan gembira.

You might also like