P. 1
LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

|Views: 4,080|Likes:

More info:

Published by: Asdayanty Adlin Ashaari on Apr 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/07/2013

pdf

text

original

LAPORAN SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH Pada 29 Jun 2010 iaitu pada hari Selasa yang lepas, Koperasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong Ipoh Berhad telah berjaya menyambut Hari Koperasi Sekolah 2010. Sambutan telah diadakan secara sederhana tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SMK Buntong. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Koperasi dan diteruskan dengan bacaan Perutusan HKS Menteri Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh adik Sh. Susani Syazwana, bacaan Perutusan HKS Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan oleh adik Jayendiren a/l Subramaniam dan bacaan Perutusan HKS YDP ANGKASA oleh Chong Kah Mun. Setelah selesai bacaan perutusan, sambutan Hari Koperasi Sekolah diteruskan pula dengan ucapan perasmian oleh tuan pengetua iaitu Puan Nalini a/p Achuthan Nair. Sambutan diteruskan pula dengan simbolik perasmian penanaman pokok oleh tuan pengetua dan diteruskan dengan penanaman pokok oleh para pentadbir. Simbolik sambutan pada kali ini agak menarik kerana terdapat seorang pelajar menaiki basikal yang tertera Hari Koperasi Sekolah sambil di bakul basikalnya diletakkan sebuah pasu bunga untuk diberikan kepada pengetua sebagai acara perasmian. Simbolik ini menjadi bualan warga SMK Buntong kerana julung-julung dilakukan di sekolah ini. Kemudian, sambutan diteruskan dengan Pengiktirafan Koperator Terbaik yang dianugerahkan kepada Chong Kah Mun. Pelajar ini dipilih kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sejak Tingkatan 1 apabila menyertai koperasi. Seterusya, sambutan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada AJK Koperasi yang terlibat dalam pengurusan koperasi. Selain itu, hadiah penghargaan turut diberi kepada pelanggan yang paling banyak membeli di koperasi. Pihak koperasi sudi menaja hadiah kepada Kelas Terbersih sempena Hari Koperasi Sekolah 2010. Pihak koperasi telah menganjurkan Kempen Kebersihan 6 bulan lebih awal iaitu sejak bulan Januari lagi. Hadiah diberi kepada 3 Kelas Terbersih yang dinilai selama 6 bulan. Maka, sempena Hari Koperasi Sekolah 2010 ini, hadiah telah diberi kepada kelas yang paling banyak menunjukkan tahap kebersihan yang konsisten setiap minggu. Selain itu, pihak koperasi turut menaja hadiah kepada pelajar yang membuat persembahan perseorangan. Persembahan dinilai setiap minggu. Setelah selesai penyampaian hadiah-hadiah, Hari Koperasi Sekolah diteruskan dengan Kuiz Terbuka yang ditanya kepada para pelajar dan guru. Kuiz ini bermatlamat melahirkan insan yang berkeyakinan di samping menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan memenangi hadiah.

SMK Buntong Ipoh Berhad Pn. Keseluruhannya. Nalini a/p Achuthan Nair Pengerusi Kop. Hari Koperasi Sekolah 2010 berjaya disambut dengan jayanya. SMK Buntong Ipoh Berhad .Sambutan Hari Koperasi Sekolah tidak lengkap tanpa aktiviti social yang menyumbang kepada nilai-nilai kemasyarakatan. Disediakan Oleh: Disahkan oleh: Pn Rokiah Bt Mat Som Setiausaha Kop. pihak koperasi turut menganjurkan program mengindahkan kawasan sekolah dengan melukis mural pada dinding sekolah iaitu pada 30 Jun 2010 dan mengecat dinding sekolah yang diadakan pada 2 Julai 2010. Sempena Hari Koperasi Sekolah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->