You are on page 1of 11

SEJARAH Asal-usul nama Sandakan

Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan


AWAL berasal daripada perkataan Sulu iaitu
“SANDAK” bererti “pajak gadai”.  Jadi
SANDAKAN pengertian keseluruhannya adalah "bandar
yang di pajak gadai". Catatan sejarah
mengenai bandar ini bermula pada abad ke-15
hinggalah kini.  Bandar ini pernah dikuasai
oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku
kaum Taosug (Suluk), pedagang dari Austria,
German dan Scotland. Ia menjadi bandar di
bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga
1969 sebelum Sabah menyertai Malaysia.
Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-
1945 telah meninggalkan banyak peristiwa
pahit di kalangan penduduk Sandakan
terutamanya golongan peniaga bangsa
Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar
yang cukup unik dengan tinggalan sejarahnya
yang masih dikekalkan sehingga kini.
SENI dan KEBUDAYAAN SANDAKAN

Bandar Sandakan
Ini merupakan
sememangnya unik pakaian tradisi
kerana ia terdiri daripada suku kaum
Sungai dari
pelbagai kaum justeru itu daerah Sandakan
menghasilkan pelbagai dan lazimnya di
pakai dalam
kebudayaan mengikut persembahan
kebudayaan suku kaum tarian Titika.

masing-masing. Antara
kaum yang telah lama
menetap di Bandar Pakaian ini
merupakan salah
Sandakan adalah kaum satu pakaian
Cina, Suluk, "Bajau tradisi suku
kaum Sungai.
Simunul", Bisaya dan Pada amnya ia di
suku kaum Sungai dan pakai dalam
pertunjukan tarian
beberapa suku kaum saputangan dalam
majlis-majlis
yang lain. tertentu.
Pakaian ini adalah Ini adalah pakaian Ini adalah
pakaian tradisi suku tradisi suku pakaian tradisi
kaum Kadazan suku kaum
kaum Bajau Simunul . Labuk dari daerah Bajau. Pada
Sandakan. Di pakai masa ini
dalam majlis-majlis lazimnya
perayaan tertentu. pakaian ini di
pakai untuk
persembahan
tarian Mengiluk.
Alam semula jadi
Sandakan memang kaya
dengan alam semulajadinya
yang mendapat tarikan
pelancong luar negara dan
pelancong
tempatan. Perkataan “SAN”
juga bererti “Sea, Adventure,
dan Nature” yang menarik
ramai pelancong ke
Sandakan. Oleh itu
Sandakan memang
mempunyai  banyak
tempat-tempat yang
menarik boleh dilawati di
Sandakan.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan


berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat
sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang
berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan
Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-
selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya
PULAU BERHALA

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan


dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah
dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki.
Di atas bukit terdapat rumah api

PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK

Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari


Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi.  Pusat
Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang
terpelihara.

LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY


SANCTUARY

menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis


Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat
tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah
hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di
Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang
Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke
pusat ini.
TAMAN BUAYA

.
Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan Taman
Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal
di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki
beberapa buah kapal ikan yang besar. 

TAMAN PERIKANAN JAYA


Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi
pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari kolam ikan yang
disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika
dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan
bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga
pada hujung minggu atau hari cuti.

AUSTRALIAN MEMORIAL

Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun
sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk
menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di
belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang
tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan
dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini.
Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-
keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini
telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk
memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.
Agnes Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan
dari tahun 1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang
konservator  pengarah pertanian. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah
papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit Merah. Rumah ini telah
musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan
mengikut reka bentuk Harry Keith. Beliau telah menulis tiga buah buku
yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan pada masa
itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’,
‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku bertajuk "Land Below
The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri di
AGNES KEITH’S HOUSE bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes Keith akan
dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.

ST. MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH

St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di


Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W
Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya
kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari
kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil
masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint
Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah
bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang
terbaik di Sandakan .

PUU JIH SHIH


Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya
di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang
cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu
mudah ternampak di Bandar Sandakan.
Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit
berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat
ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar
dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984
keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar
Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan
sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar
Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik
perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.

MASJID BESAR SANDAKAN

SAM SING KUNG

Kuil Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di
Sandakan. Pada tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis,
Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di
bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying. Kuil ini
merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi
Sandakan
EKONOMI SANDAKAN

Bandar Sandakan merupakan


bandar yang kaya dengan
pelbagai sumber sejak awal
abad ke 18 lagi. Keistimewaan
dan kekayaan sumbernya Pembalakan
telah menarik ramai pelabur
pertanian
asing untuk menjalankan
perniagaan. Kayu balak
merupakan hasil yang telah
banyak membawa
keuntungan kepada pelabur
asing. Selepas perniagaan pelancongan
balak merosot timbul kelapa
sawit yang merupakan
ekonomi utama Sandakan.
Selain dari itu perikanan,
pelancongan dan sarang
burung juga merupakan
kegiatan ekonomi penting sarang burung
Sandakan. Perikanan
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like