You are on page 1of 24

Falsafah

Pendidikan
Islam dan Timur
Konsep Falsafah
Pendidikan Islam
Konsep Falsafah Pendidikan Islam
•Falsafah Islam sebenarnya tidak jauh berbeza daripada
pengertian falsafah seperti yang diutarkan oleh ahli falsafah
Barat.
•Menurut Sheikh Mustafa Abd.Al- Razak (tt):
“Falsafah Islam berkembang di Negara Islam dan di bawah
naungan Negara Islam...hasil pemikiran ahli falsafah yang
berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang
hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan
sistematik.”
Menurut perspektif Islam, pendidikan bermaksud satu
proses secara berterusan memupuk seluruh potensi
semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan
jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah
pembentukan insan soleh yang membawa kepada
kebaikan di dunia dan akhirat.

Tokoh – tokoh pendidik barat melihat pendidikan itu


hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan
moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan
dan warganegara yang baik.
Manakala dari kaca mata tokoh- tokoh pendidik Islam pula,
pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih
luas dan syumul.

Perspektif Barat hanya menekankan aspek jasmani dan


luaran dalam pendidikan tetapi perspektif Islam mengambil
kira aspek kerohanian.

Menurut Abdul Halim Haji Mat Diah, 1989:


Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak dengan
bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidikan
untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim
berdasarka ajaran Islam.
Menurut Abdul Halim El-Muhammady,1993:

Pendidikan Islam adalah proses mendidik dan melatih akal,


jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber
wahyu, al-Quran dan as–Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih
serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk
melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul
tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh
Allah S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam
ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.
Prinsip Falsafah Pendidikan Islam
Islam agama yang bersifat syumul ajaran-ajarannya terhadap
seluruh aspek kehidupan manusia.

Semua ajaran-ajaran dalam agama Islam menjurus kepada


tiga dasar utama iaitu:

Beriman, Beramal dan Berakhlak. Menurut Dra Zuhairini


urutan keutamaan pendidikan

Islam berkisar pada tiga perkara:


a. Pendidikan Keimanan kepada Allah Ta`la
b. Pendidikan Akhlaqul Karimah
c. Pendidikan Ibadah
Fungsi
Falsafah Pendidikan Islam
Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia.
Islam menetapkan bahawa pendidikan akhlak adalah jiwa
pendidikan Islam.

Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan


akhirat. Pendidikan Islam tidak hanya menaruh perhatian
pada segi keagamaan sahaja dan tidak hanya dari segi
keduniaan sahaja, tetapi dia menaruh perhatian kepada
keduanya sekaligus.
Menubuh ruh ilmiah pada pelajaran dan memuaskan
untuk mengetahui dan memungkinkan ia mengkaji ilmu
bukan sekadar sebagai ilmu. Dan juga agar
menumbuhkan minat pada sains, sastera, kesenian, dalam
berbagai jenisnya.

Menyiapkan pelajar dari segi professional, teknikal, dan


perusahaan supaya ia dapat menguasai profesion tertentu,
teknikal tertentu dan perusahaan tertentu, supaya dapat ia
mencari rezeki dalam hidup dengan mulia di samping
memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.
Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segi-

segi kemanfaatan. Pendidikan Islam tidaklah semuanya


bersifat agama atau akhlak, atau spiritual semata-mata,
tetapi menaruh perhatian pada segi-segi kemanfaatan
pada tujuan-tujuan, kurikulum, dan aktivitinya. Tidaklah
tercapai kesempurnaan manusia tanpa mensepadukan
antara agama dan ilmu pengetahuan.
Konsep Falsafah
Pendidikan Timur
Konsep Falsafah Pendidikan Timur
Pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting
bagi seseorang bagi ahli falsafah Timur baik di dunia ini
ataupun di akhirat.

Pendidikan mempunyai fungsi-fungsi berikut:

 Membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksaaan


 Mengekalkan struktur kekeluargaan
 Menggubal undang–undang
 Memenuhi kehendak–kehendak sosial dan ekonomi
Prinsip Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Timur menggariskan beberapa prinsip
seperti di bawah:

 Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup


berubah. Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru
masing–masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu
seseorang nabi, sifu atau tok guru;

 Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor


penentu pencapaian kebahagiaan.Contoh:menurut ajaran
Buddha, sekiranya kita hidup semata- mata untuk mengejar
kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia.
 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi
mereka. Ini bermaksud bahawa refleksi kendiri atau
muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut
akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau
keinginan untuk bertaubat.

 Setiap manusia ingin memperoleh kebijksaan dan mencapai


Nirvana. Kesemua jalan hidup sebenarnya manghala ke arah
tersebut. Apabila kita sudah menjadi bijak, secara
automatik,kita akan buat baik dan elakkan diri daripada
perbuatan jahat.
Fungsi
Falsafah Pendidikan Timur
Fungsi Falsafah Pendidikan Timur
- Berasaskan Falsafah Cina dan India
- Mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

 Membolehkan seseorang untuk mencapai


kebijaksanaan.
 Mengekalkan struktur kekeluargaan.
 Menggubal undang-undang.
 Memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.
 Melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan
mental serta menyumbang sesuatu kepada negara.

 Membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang


yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat
dan cinta kepada pemerintah dan negara.

 Melahirkan manusia yang berfikiran sempurna,


berupaya mencapai segala
aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral
dan kerohanian, dengan penuh bermakna.
IMPLIKASI TERHADAP
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
IMPLIKASI

Wujudnya Yang menekankan


Meliputi aspek
Falsafah kecemerlangan
jasmani, emosi,
Pendidikan individu secara
rohani, intelek
Kebangsaan menyeluruh
IMPLIKASI

Pengajaran Ketika proses


Menggunakan
sama ada pembelajaran,
kaedah
secara induktif murid boleh
pengajaran
mahupun mengeluarkan
yang efektif
deduktif soalan
IMPLIKASI

Pembelajaran
tidak tertumpu
kepada
Berlakunya peperiksaan
penggubalan semata-mata
kurikulum yang sahaja kerana
bersepadu dan sesi amali dan
mampu praktikal juga
Pendedahan mencungkil diselitkan
murid ke arah potensi serta dalam
era kecanggihan kebolehan pengajaran
teknologi pelajar
IMPLIKASI
Penekanan kepada pembelajaran
sepanjang hayat

Penumpuan ke arah Kemahiran


Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(KBKK)
IMPLIKASI
Penerimaan tuhan sebagai asas
pegangan hidup

Berfokuskan kepada pembinaan


insan yang berdaya saing

Menggalakkan perkembangan
pengetahuan dan kemahiran diri

You might also like