You are on page 1of 33

Keseimbangan Pendapatan Negara

Keseimbangan Pendapatan Negara ialah satu keadaaan apabila jumlah perbelanjaan yang
dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar
negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh
ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Keseimbangan Pendapatan Negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau
kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE).

AS = AE

atau

AS − AE = 0

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor


Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan
sektor negara asing tidak wujud.

Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal
dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.

Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan)
kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah
dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).
Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala
bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).

Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya
akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan).

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Suntikan dan Bocoran


1. Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk tujuan penggunaan
(C) dan tabungan (S), iaitu Y = C + S.
2. Tabungan oleh isi rumah dan firma di institusi kewangan membolehkan aktiviti
pelaburan (I).
3. Tabungan (S) ialah bocoran atau aliran keluar pendapatan yang akan mengecilkan
pendapatan negara.
4. Pelaburan (I) ialah suntikan atau aliran masuk pendapatan yang akan membesarkan
pendapatan negara.
5. Jika bocoran melebihi suntikan, Y akan berkurangan.
6. Jika bocoran kurang daripada suntikan, Y akan bertambah.
7. Jika bocoran sama dengan suntikan (S = I), Y akan kekal tidak berubah (seimbang).

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Fungsi Penggunaan isi rumah


Penggunaan (C) ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan tawaran firma.

Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan semua isi rumah dengan
tingkat pendapatan boleh guna dalam sebuah ekonomi.

Fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:

C = a + bYd

dimana
C = Penggunaan
a = Penggunaan autonomi
b = Kecenderungan mengguna sut
Yd = Pendapatan boleh guna

Nota : Memandangkan tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma dalam Ekonomi
dua sektor, Y = Yd , Oleh itu, fungsi pnggunaan ekonomi dua sektor boleh ditulis sebagai
C = a + bY.

Jadual Penggunaan

Huraian:

1. Y↑, C↑
2. Y = 0, C = 100 : Penggunaan autonomi / perbelanjaan isi rumah yang tidak dipengaruhi
oleh pendapatan negara.
3. Y = 200, C = 200 : Semua pendapatan dibelanjakan; Tabungan S = 0.
4. Fungsi Penggunaan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan C.

a. Huraian : Fungsi penggunaan bercerunan positif menunjukkan bahawa hubungan


Y dan C adalah secara langsung.
 

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Isi Rumah


1. Tingkatan Pendapatan Boleh Guna
Secara umum, penggunaan isi rumah bergantung pada tingkat pendapatan boleh guna.
Semakin tinggi pendapatan boleh guna, semakin tinggi penggunaan isi rumah. Hubungan
antara penggunaan isi rumah dengan pendapatan boleh guna dapat ditunjukkan melalui
persamaan berikut:

C = f(Yd)

di mana

C = Penggunaan isi rumah


Yd = Pendapatan boleh guna
2. Kadar bunga dan Syarat Pinjaman
Apabila kadar bunga dalam pasaran merosot, kos pinjaman akan menjadi lebih murah.
Oleh itu, perbelanjaan penggunaan dalam negara akan menjadi lebih tinggi. Perbelanjaan
penggunaan juga akan meningkat jika syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank
semakin longgar.
3. Pengagihan Pendapatan Negara
Pengagihan pendapatan dalam negara yang setara, di mana golongan miskin tidak
diabaikan, akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.
4. Sumber Harta Kekayaan
Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tingi perbelanjaan
penggunaan.
5. Kemudahan Sewa Beli dan Kemudahan Kredit
Kemudahan sewa beli dan kredit yang longgar akan meningkatkan perbelanjaan
penggunaan.
6. Jangkaan Terhadap Harga Pada Masa Hadapan
Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan naik pada masa hadapan
akan meninggikan perbelanjaan penggunaan.
7. Penciptaan Barang Baru
Perbelanjaan penggunaan akan meningkat apabila wujudnya penciptaan barang baru
dalam pasaran.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor


Fungsi Tabungan isi rumah
1. Tabungan (S) ialah pendapatan yang tidak dibelanjakan.
2. S dipengaruhi oleh pendapatan negara (Y) dan pendapatan boleh guna (Yd).
3. Dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd kerana tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah
dan firma.
4. Apabila Y ↑ atau Yd ↑, maka S ↑. Begitu juga sebaliknya.
5. Jadual Tabungan

Huraian:

a. Y↑, S↑
b. Y = 0, S = −100 : Tabungan masa-masa lalu isi rumah berkurangan sebanyak
RM100 untuk membayar penggunaan autonomi isi rumah / makan tabungan.
c. Y = 200, S = 0 : Semua pendapatan dibelanjakan.
6. Fungsi Tabungan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan S.
Huraian : Fungsi tabungan berkecerunan positif : Hubungan Y dan S adalah secara
langsung.

7. Persamaan Tabungan : S = c + dY dimana


c = tabungan autonomi
dY = tabungan teraruh / aruhan / S dipengaruhi oleh ∆Y

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Hubungan antara Pendapatan Negara (Y), Penggunaan (C)


dan Tabungan (S)
1. Y = C + S.
2. Kecenderungan Mengguna Purata (APC).
a. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan.
b. APC = C / Y.
c. APC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.
3. Kecenderungan Menabung Purata (APS).
a. Bahagian pendapatan yang ditabungkan.
b. APS = S / Y.
c. APS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY.
4. APC + APS =1.

Bukti 1: Kaedah Jadual

Bukti 2: Kaedah Persamaan


Y=C+S
Bahagikan dengan Y
Y/Y=C/Y+S/Y
1 = APC + APS
Oleh itu, APC + APS = 1
5. Kecenderungan Mengguna Sut (MPC)
a. Perubahan dalam penggunaan akibat daripada perubahan dalam pendapatan
negara.
b. MPC = ΔC / ΔY
c. MPC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.
d. Kecerunan fungsi penggunaan menggambarkan nilai MPC.
e. Fungsi penggunaan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPC adalah malar
pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan penggunaan bagi
setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.
6. Kecenderungan Menabung Sut (MPS)
a. Perubahan dalam tabungan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara.
b. MPS = ΔS / ΔY
c. MPS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY.
d. Kecerunan fungsi tabungan menggambarkan nilai MPS.
e. Fungsi tabungan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPS adalah malar pada
setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan tabungan bagi setiap
pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.
7. MPC + MPS =1

Bukti 1: Kaedah Jadual

Bukti 2: Kaedah Persamaan


Y=C+S
ΔY = ΔC + ΔS
Bahagikan dengan ΔY
ΔY / ΔY = ΔC / ΔY + ΔS / ΔY
1 = MPC + MPS
Oleh itu, MPC + MPS = 1

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabungan


1. Saiz Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna: Kemampuan masyarakat
membuat tabungan meningkat apabila Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna
meningkat.
2. Kecenderungan Menabung Sut (MPS): Semakin tinggi MPS, semakin besarlah
tabungan. Antara faktor-faktor mempengaruhi MPS / Tabungan termasuk:
a. Pengagihan pendapatan dalam negara tidak setara (golongan miskin diabaikan)
meningkatkan MPS dan S.
b. Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tinggi MPS dan
S.
c. Kemudahan sewa beli dan kredit menurunkan MPS dan S.
d. Kenaikan kadar bunga meningkatkan MPS dan S.
e. Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan turun pada masa
hadapan akan meninggikan MPS dan S.
f. MPS dan S menurun apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Pelaburan Dalam Ekonomi Dua Sektor


Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang modal yang dilakukan oleh sektor firma,
contohnya perbelanjaan terhadap loji, bangunan dan jentera.

Jenis-jenis pelaburan :

1. Pembentukan modal fizikal tetap seperti mesin dan jentera dengan tujuan
menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan.
2. Pertambahan dalam inventori / stok bahan mentah, barang separuh siap dan
barang siap dengan tujuan meningkatkan penawaran pada masa hadapan.
3. Pembinaan harta tetap seperti bangunan kilang, pejabat, dan rumah kediaman dengan
tujuan menambahkan pendapatan dan kapasiti pengeluaran pada masa hadapan.

Pelaburan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.

Pertambahan pelaburan akan

a. Mempergiatkan pengeluaran,
b. Menambahkan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran,
c. Menambahkan keluaran negara,
d. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Fungsi Pelaburan
Fungsi Pelaburan ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dan
pelaburan:

I = a + bY

di mana

I = pelaburan,
a = pelaburan autonomi, dan
bY = pelaburan terangsang / teraruh

Pelaburan Terangsang / Teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.

Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak bergantung pada pendapatan negara. Walaupun
pendapatan negara berubah, tingkat pelaburan adalah tetap sama.

Pelaburan autonomi bergantung kepada

1. Kadar bunga,
2. Kecekapan modal sut / kadar pulangan pelaburan,
3. Kemajuan teknologi,
4. Jangkaan masa hadapan,
5. Kos pengeluaran,
6. Polisi kerajaan,
7. Kestabilan politik dan sosial, dan
8. Kestabilan nilai wang negara.

Berdasarkan rajah di atas, keluk pelaburan autonomi merupakan satu garis mendatar, manakala
keluk pelaburan teraruh merupakan satu garis lurus yang mecerun ke atas dari kiri ke kanan.
Pelaburan Bersih ialah nilai pelaburan yang diperoleh setelah pelaburan kasar ditolak dengan
susut nilai.

Dalam bentuk rumus,

Pelaburan bersih = Pelaburan kasar – Susut nilai

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaburan


Pendapatan Negara

Mempengaruhi pelaburan terangsang secara langsung.

Apabila Y ↑, C akan ↑. Oleh itu, I akan ↑ untuk ↑ AS supaya dapat memenuhi pertambahan
dalam C.

Kadar bunga

Mempengaruhi pelaburan autonomi secara songsang.

Apabila kadar bunga ↑, kos pinjaman akan ↑, I akan ↓.

Kecekapan Modal Sut / Kadar Pulangan Pelaburan

Pelabur akan melabur jika (Kadar pulangan pelaburan − kadar bunga pinjaman) adalah positif.
Keynes menganggap kadar pulangan pelaburan sebagai kecekapan modal sut (MEI).

Kemajuan Teknologi

Penggunaan mesin dan komputer yang lebih canggih meninggikan kecekapan firma dan pekerja.
Kadar pulangan pelaburan (MEI) bertambah / keluk MEI pindah ke kanan

Jangkaan Ekonomi Masa Hadapan

Jangkaan ekonomi masa hadapan yang menggalakkan ↑ MEI.

Jangkaan ekonomi masa hadapan yang tidak menggalakkan ↓ MEI.

Kos Pengeluaran

Kenaikan kos pengeluaran memindahkan MEI ke kiri / projek-projek dibatalkan. I ↓.

Polisi Kerajaan

Polisi cukai keuntungan syarikat: T ↑, I ↓.

Polisi pemberian taraf perintis: Pemberian taraf perintis akan ↑ I.

Kestabilan politik dan sosial

↑ I kerana menjamin pulangan yang baik kepada para pelabur.

Kestabilan nilai mata wang negara


↑ I pelabur-pelabur asing kerana menjamin pulangan pelaburan yang dikirim ke negara-negara
asal mereka

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Pelaburan Kasar (Ig), Pelaburan Bersih (In) dan Susut Nilai

1. Barang modal dan stok simpanan mengalami susut nilai akibat daripada kerosakan
melalui masa.
2. Pelaburan Kasar adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menggantikan stok modal
yang telah rosak.
3. Pelaburan Bersih adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menambahkan daya
pengeluaran firma. Nilai ini menggambarkan nilai stok modal dalam ekonomi /
Pertambahan In bermakna I ↑ dan Y ↑.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Pencapaian Keseimbangan Pendapatan Negara dalam


Ekonomi Dua Sektor
Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Dua Sektor ialah satu keadaan apabila jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah dan
sektor firma adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan
oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Sektor isi rumah membuat perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi tujuan
penggunaan (C).

Sektor firma membuat perbelanjaan terhadap barang modal bagi ujuan pelaburan (I).
Jadi, jumlah perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor meliputi penggunaan (C) dan
pelaburan (I).

AE = C + I

Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor tercapai apabila
perbelanjaan agregat (C + I) sama dengan penawaran agregat (Y).

Y=C+I

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran


I = suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.

I ↑, Y akan ↑.

S = bocoran daripada aliran pusingan pendapatan.

S↑, Y akan ↓.

Pada keseimbangan ekonomi dua sektor, I = S.

Buktikan I = S
AS = Y = C + S
AE = C + I
AS = AE
C+S=C+I
S=I

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Kaedah Jadual Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi


Dua Sektor
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40
Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Kaedah Rajah Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi


Dua Sektor
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40
Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Kaedah Penghitungan Untuk Penentuan Keseimbangan


Ekonomi Dua Sektor
Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat (AS = AE)
C = 300 + 0.6 Y
I = 1500
Cari Y.

Y = C + I = 300 + 0.6 Y + 1500 = 1800 + 0.6 Y


1Y = 1800 + 0.6 Y
0.4 Y = 1800
Y = 4500
Pendekatan Suntikan Dan Bocoran (I = S)
S = −300 + 0.4 Y
I = 1500
Cari Y.

S=I
− 300 + 0.4 Y = 1500
0.4 Y = 1800
Y = 4500

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Pengganda dalam Ekonomi Dua Sektor


Pengganda dalam ekonomi dua sektor ialah nisbah antara perubahan tingkat pendapatan negara
dengan perubahan tingkat pelaburan.

M = ∆Y / ∆I

di mana

M = Pengganda
∆Y = Perubahan pendapatan negara
∆I = Perubahan tingkat pelaburan

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Faktor-faktor mempengaruhi AE
a. Secara langsung oleh C dan I (Perubahan suntikan).
b. Secara tak langsung oleh S (Perubahan bocoran).

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 2 Sektor

Hubungan antara AE dengan Y dalam Ekonomi Dua Sektor


Diberikan C = 20 + 0.5 Y,

Apabila I = 40
Y = C + I = 20 + 0.5Y + 40
Y = 60 + 0.5Y
Y − 0.5Y = 60
Y = 120
Apabila I = 50
Y = C + I = 20 + 0.5Y + 50
Y = 70 + 0.5Y
Y − 0.5Y = 70 Y = 140

Kesimpulan:
Perubahan I daripada 40 kepada 50 : I = +10
Perubahan Y daripada 120 kepada 140 : Y = +20

Pengganda M = ∆Y / ∆I = 20 / 10 = 2

Kesan I ke atas Y dalam bentuk rajah:

Cukai Berkadar
(a) Takrifkan cukai berkadar. ……….[2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka dan rajah, terangkan kesan cukai berkadar terhadap
fungsi penggunaan……….[4]

(a) Cukai berkadar ialah cukai yang kadarnya adalah tetap pada pelbagai tingkat pendapatan
negara. Misalnya, cukai dikenakan sebanyak 20% daripada pendapatan negara (0.2Y). Walaupun
kadar cukai adalah tetap, jumlah cukai yang dibayar semakin bertambah apabila pendapatan
bertambah. Contoh cukai berkadar ialah cukai keuntungan syarikat.
(b) Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah

C0 = a + bYd

Fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah

C1 = a + b(Y – T)

Contoh:
Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah
C0 = 100 + 0.8Yd

Cukai berkadar dikenakan sebanyak 0.2Y. Oleh itu, fungsi penggunaan selepas cukai berkadar
ialah
C1 = 100 + 0.8(Y – 0.2Y)
     = 100 + 0.8Y – 0.16Y
C1 = 100 + 0.64Y

Ini bermakna fungsi penggunaan sebelum dan selepas cukai berkadar adalah berbeza dari segi
niai b, iaitu MPC, dengan b sebelum cukai berkadar ialah 0.8Y, manakala b selepas cukai
berkadar ialah 0.64Y. Nilai a, iaitu penggunaan autonomi tidak berubah, iaitu tetap 100. Ini
bermakna keluk penggunaan selepas cukai berkadar akan menjadi lebih landai seperti
ditunjukkan pada rajah di bawah.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor


Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan
pendapatan?
Jelaskan aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga
sektor.

Aliran pusingan pendapatan


merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi,
iaitu sektor isi rumah, firma dan kerajaan.

Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor melibatkan sektor isi rumah, firma dan
kerajaan.

Isi rumah akan menerima pendapatan daripada firma, iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan
untung kerana isi rumah telah menawarkan faktor pengeluaran kepada firma untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.

Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh firma dan ini dinamakan perbelanjaan penggunaan. Namun, sebahagian
daripada pendapatan itu akan ditabungkan dalam institusi kewangan. Tabungan merupakan
bocoran dalam aliran pusingan pendapatan.

Institusi kewangan akan meminjamkan tabungan isi rumah kepada pelabur untuk membuat
pelaburan dalam firma. Pelaburan merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap isi rumah dan firma. Isir rumah dikenakan cukai
pendapatan perseorangan, manakala firma dikenakan cukai keuntungan syarikat. Cukai
merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan. Cukai merupakan sumber hasil kerajaan.
Kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membuat perbelanjaan kerajaan yang disalurkan
melalui isi rumah dan firma. Misalnya, kerajaan akan membayar gaji dan upah kepada isi rumah
yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan pula akan membina jalan raya, jambatan,
sekolah dan hospital kerajaan melalui pelaburan yang dilakukan oleh firma. Perbelanjaan
kerajaan terhadap firma dan isi rumah merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Oleh itu, dalam ekonomi tiga sektor, mengikut pendekatan penawaran agregat-perbelanjaan
agregat., keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila Y = C + I + G, manakala mengikut
pendekatan bocoran-suntikan, keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila S + T = I + G.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor

Konsep Ekonomi Tiga Sektor


Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.

Disebut sebagai sistem ekonomi tertutup dengan penglibatan kerajaan.

Sektor negara asing tidak wujud.

Peranan Kerajaan

1. Mengutip hasil cukai kerajaan.


2. Perbelanjaan kerajaan

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor

Pengganda Ekonomi 3 Sektor


1. ΔAE berlaku secara langsung akibat perubahan dalam suntikan seperti ΔC, ΔI dan ΔG.
2. ΔAE berlaku secara tak langsung akibat perubahan dalam bocoran seperti ΔS dan ΔT.
3. ΔAE mengakibatkan perubahan dalam keseimbangan pendapatan negara (ΔY) melalui
proses pengganda.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor


Kesan Perubahan Perbelanjaan Kerajaan

Kesan ΔG
Analisis AS=AE

1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara


asal = 0Y0.
2. Apabila ↑+ΔG, AE0 → AE2 dan Y = C + I + G + ΔG (titik M). Peningkatan
keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
3. Apabila ↓−ΔG, AE0 → AE1 dan Y = C + I + G − ΔG (titik K). Kejatuhan keseimbangan
pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

Analisis Suntikan-Bocoran

1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan


negara asal = 0Y0.
2. Apabila ↑+ΔG, J0 → J2 dan I + G + ΔG = S + T (titik R). Peningkatan keseimbangan
pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.
3. Apabila ↓−ΔG, J0 →J1 dan I + G − ΔG = S + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan
pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor


Penghitungan pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan
formula M = ΔY / ΔG
Diberikan C = 100 + 0.75Y,
I = 500,
G = 300
(a) Cari M jika ΔG =200 dan ΔY =800
Cara Penyelesaian :
M = ΔY / ΔG
M = 800 /200
M= 4.
(b) Cari ΔY jika ΔG =−100
Cara Penyelesaian :
M = ΔY / −100
Cari (a), M = 4
ΔY = 4 x −100
ΔY = −400
(c) Cari Y baru jika ΔG =−100
Cara Penyelesaian :
Y = C + I + (G + ΔG)
Y = (100 +0.75Y) + 500 + (300−100)
Y = 800 + 0.75Y
0.25Y = 800
Y = 3200

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor

Penghitungan Pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan


formula M = 1 / (1 − MPC)
Berasaskan rajah di atas,

(a) Cari M
Cara Penyelesaian:
M = 1 / (1 − MPC)
M = 1 / (1 − 0.8)
M = 1/0.2
M=5

(b) Cari Y2
Cara Penyelesaian :
ΔY = ΔG × M
ΔY = 100 × 5
ΔY = 500

Y2 = 4500 + ΔY
Y2 = 4500 + 500
Y2 = 5000 (RM juta)

(c) Cari ΔG jika Y jatuh daripada RM4500 juta kepada RM3000 juta
Cara Penyelesaian :
ΔY = −1500 (RM juta),
Dari (a),M = 5
ΔG = ΔY / M
ΔG = −300 (RM juta)

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor

Cukai Tetap (Lump-sum)


Definisi Cukai Tetap

Cukai tetap juga dikenali sebagai cukai sekali gus atau cukai lump-sum.

Cukai lump-sum ialah cukai yang mempunyai jumlah yang tetap sama walaupun pendapatan
meningkat atau merosot.

Misalnya, cukai sebanyak RM100 (T = 100) dikenakan terhadap individu tanpa mengambil kira
tingkat pendapatan mereka.

Peningkatan cukai lump-sum akan menurunkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC = MPC
× ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat mennurun.

Pengurangan cukai lump-sum akan meningkatkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC =


MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat.

Kesan cukai tetap terhadap keluk penggunaan

Apabila cukai lump-sum


dikenakan, pendapatan boleh guna akan merosot.

Kejatuhan pendapatan boleh guna menggurangkan penggunaan sebanyak ΔC = MPC × ΔT.


Apabila penggunaan merosot, keluk perbelanjaan penggunaan akan beralih ke bawah secara
selari.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai lump-sum dikenakan, keluk penggunaan akan beralih ke
bawah secara selari dari C ke C1 (dengan kecerunan yang tetap sama).
Analisis AS=AE

a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G.


Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila ΔT↑, AE0 → AE1 dan Y = C + I + G − ΔC (titik K).


Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M =
ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

c. Apabila ΔT↓, AE0 → AE2 dan Y = C + I + G + ΔC (titik M).


Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M
= ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Analisis Suntikan-Bocoran

a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T.


Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.
b. Apabila ΔT↑, W0 → W1 dan I + G = S + T + ΔT (titik P).
Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M =
ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

c. Apabila ΔT↓, W0 → W2 dan I + G = S + T − ΔT (titik R).


Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M
= ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 3 Sektor

Cukai Berkadar
Definisi Cukai Berkadar

Cukai berkadar ialah cukai yang mempunyai kadar yang tetap sama walaupun pendapatan
meningkat atau merosot.

Contohnya, cukai sebanyak 10% dikenakan daripada jumlah pendapatan (T = 0.1Y).

Kesan Cukai Berkadar Terhadap Penggunaan

Apabila cukai berkadar dikenakan,


nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) merosot dan ini akan menyebabkan keluk penggunaan
menjadi lebih landai.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai berkadar dikenakan, keluk penggunaan akan beralih dari
C ke C1 dan menjadi lebih landai (tanpa mengubah nilai penggunaan autonomi).

Kesan Cukai Proposional (Cukai berkadar) terhadap AE

Analisis AS=AE

a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara


asal = 0Y0.
b. Apabila ↑+ΔT, AE0 → AE1, MPC ↓ dan Y = C + I + G − ΔC (titik K). Kejatuhan
keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda
M=1/[1−MPC(1−t)].
c. Apabila ↓−ΔT, AE0 → AE2, MPC ↑ dan Y = C + I + G + ΔC (titik M). Peningkatan
keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M =
1/[1−MPC(1−t)].

Analisis Suntikan=Bocoran

a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan


negara asal = 0Y0.
b. Apabila ↑+ΔT, W0 → W1, MPS ↓ dan I + G = S + T + ΔT (titik P). Kejatuhan
keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M =
1/[1−MPC(1−t)].
c. Apabila ↓−ΔT, W0 → W2, MPS ↑ dan I + G = S + T − ΔT (titik R). Peningkatan
keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M =
1/[1−MPC(1−t)].
Penghitungan pengganda Cukai dengan formula M = 1/[1−MPC(1−t)]

1. C = 300 + 0.6Y, T = 0.1Y.


Cari M

Cara Penyelesaian:
M = 1 / [1 − 0.6(1−0.1)]
M = 1 / [1−0.54]
M = 1 / 0.46
M = 2.17.

2. MPC = 0.75.
Cari ΔY jika Kerajaan menurunkan cukai lump-sum sebanyak RM100 juta.

Cara Penyelesaian :
ΔC = 0.75 × 100 = RM75 juta
ΔY = M. ΔC
ΔY = [1/(1 − MPC)] × ΔC
ΔY = [1/(1 −0.75)] ×RM75 juta
ΔY = RM300 juta.

Dengan menggunakan rajah bocoran-suntikan, terangkan


proses penentuan keseimbangan pendapatan negara sebuah
ekonomi terbuka………..[6]
Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G +
X

Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada


pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y 1a, manakala bocoran, iaitu (S + T
+ M) ialah Y1b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan
menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E
apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y 0.

Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y 2c, manakala bocoran, iaitu (S + T
+ M) ialah Y2d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran
menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E
apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor

Ekonomi Terbuka
1. Ekonomi terbuka merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa.
2. Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai Ekonomi Empat Sektor yang terdiri daripada
sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor negara asing.
3. Perdagangan antarabangsa mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y):
a. Eksport (X) meningkatkan Y manakala Import (M) merendahkan Y.
b. Y meningkat jika eksport bersih (X − M) meningkat.
c. Y menurun jika eksport bersih (X − M) menurun.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor

Aliran Pusingan Pendapatan


1. Pelaburan (I), Perbelanjaan Kerajaan (G) dan Eksport (X) merupakan suntikan yang akan
meningkatkan Y.
2. Tabungan (S), Cukai (T) dan Import (M) merupakan bocoran yang akan merendahkan Y.

Aktiviti Kelas
Lukiskan Carta Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Terbuka.

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor

Fungsi Eksport (X)


Fungsi Eksport menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara dalam
sesebuah ekonomi.

Keluk fungsi eksport berbentuk garis mendatar menunjukkan bahawa X tidak dipengaruhi
secara langsung oleh Y. Y↑ atau ↓ tetapi X adalah malar.

Faktor-faktor ΔX selain daripada Y (Fungsi X naik ke atas / turun ke bawah secara selari)

1. Perubahan cita rasa pengguna negara asing (kesan +)


2. Perubahan pendapatan negara asing (kesan +)
3. Perubahan kadar pertukaran asing − X↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↓
4. Perubahan teknologi pengeluaran − Kos pengeluaran ↓, harga X ↓, DD negara luar ↑.
5. Dasar perdagangan negara asing − Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota
import, embargo dll.
6. Berlakunya inflasi dalam negara − Kos eksport ↑, harga eksport ↑, DD negara asing ↓.

Huraian guru dalam kelas tentang bentuk graf untuk fungsi X apabila X ↑↓.
Huraian guru dalam kelas tentang tentang Hasil Eksport = Harga Eksport × Kuantiti Eksport

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor

Fungsi Import
Fungsi Import menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara dalam
sesebuah ekonomi.

Keluk Fungsi Import mencerun ke atas dari kiri ke kanan, menunjukkan bahawa M dipengaruhi
secara langsung oleh Y: Y↑ M↑ manakal Y↓ M↓

Faktor-faktor ΔM selain daripada Y (Fungsi M anjak ke kanan/ kiri secara selari apabila M naik/
turun)

1. Perubahan cita rasa pengguna dalam negara. (kesan +)


2. Perubahan kadar pertukaran asing : M↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↑.
3. Perubahan harga atau mutu barang pengganti import : harga barang pengganti import ↓
atau mutu barang pengganti import ↑, M↓
4. Dasar perdagangan negara : Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import,
embargo dll.
5. Berlakunya inflasi dalam negara : M↑ kerana harga import lebih murah (andainya negara
asing tidak mengalami maslah inflasi)

Fungsi import: M = M0 + mY di mana M = import, M0 = import autonomi, m = kecenderungan


mengimport sut (mpm) dan Y = pendapatan negara.

Aktiviti : Lukis graf M = 50 + 0.2Y.


Jelaskan hubungan antara M dan Y.
Aktiviti mengira M apabila Y ↑ daripada RM100 juta kepada RM200 juta.
Huraikan konsep mpm, apm, dan Import Autonomi.

Huraian tentang Hasil Import = Harga Import × Kuantiti Import

Labels: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi 4 Sektor

Penentuan Tingkat Keseimbangan Pendapatan Negara


Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Terbuka ialah satu keadaan apabila jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor
firma, sektor awam dan sektor luar negara adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan
yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan
penawaran agregat (AS).

Pendekatan AS = AE

AS = Y + M
AE = C + I + G + X
AS = AE
Y+M=C+I+G+X
Y = C + I + G + (X − M) di mana (X − M) ialah eksport bersih.

1. Pendekatan Suntikan = Bocoran

Suntikan J = I + G + X
Bocoran W = S + T + M
J = W
I+G+X=S+T+M
2. Huraian Guru tentang Keseimbangan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Rajah
(Melukis graf kemudian hurakan)
a. Pendekatan AS = AE
b. Pendekatan Suntikan = Bocoran
3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara melalui pendekatan persamaan:
a. Berasaskan soalan berikut:
Andaikan C = 50 + 0.8Yd,
I =300,
G= 100,
M = 20 +0.2Y,
T = 50,
X = 100.
Cari Y.

Y = C + I + G + (X − M)
Y = 50 + 0.8(Y − 50) + 300 + 100 + (100 − 20 − 0.2Y)
Y = 50 + 0.8Y − 40 + 400 + 80 − 0.2Y
Y = 490 + 0.6Y
0.4Y = 490
Y = 1225

Kesan AE terhadap Y

1. ΔC, ΔI, ΔG, atau ΔX ↑ ⇒ ΔY ↑


2. ΔS, ΔT, ΔM ↑ ⇒ ΔY ↓
3. Huraian graf tentang ΔX terhadap ΔY (+)
4. Huraian graf tentang ΔM terhadap ΔY (−)
5. Huraian graf tentang (ΔX − ΔM) terhadap ΔY (+)

Inflasi Tolakan Kos


Inflasi tolakan kos wujud apabila kos pengeluaran semakin meningkat. Kos pengeluaran
meningkat mungkin disebabkan kenaikan upah atau harga input pengeluaran lain.

Berdasarkan rajah di atas, tingkat


harga umum dan keluaran negara benar asal masing-masing ialah P1 dan Y1, di mana AS1 = AD1
pada titik E1. Dengan kenaikan kos pengeluaran, kos penawaran agregat beralih ke kiri dari AS1
ke AS2. Kesannya, tingkat harga umum naik dari P1 ke P2 dan keluaran negara benar merosot
daripada Y1 kepada Y2.

Inflasi tolakan kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan daya pengeluaran pekerja atau
melalui penggunaan teknologi yang lebih baik. Apabila daya pengeluaran pekerja (atau
penggunaan teknologi tinggi) meningkat, tingkat keluaran turut meningkat. Kesannya, keluk
penawaran agregat akan beralih ke kanan. Peralihan keluk penawaran agregat ke kanan akan
menyebabkan tingkat harga umum merosot, dan keluaran negara benar meningkat. Kejatuhan
tingkat harga umum akan mengurangkan inflasi tolakan kos.

You might also like