You are on page 1of 36

BAHAGIAN LATIHAN

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
ALAT PEMADAM API
LATAR BELAKANG
Alat Pemadam api adalah salah satu daripada
pepasangan keselamatan kebakaran bangunan yang
termaktub dalam peruntukan Undang-Undang
Bangunan Seragam 1984 dan akta perkhidmatan
bomba1989(Akta 341) yang mana ianya penting
digunakan untuk memadam kebakaran pada peringkat
awal insiden kebakaran
Pengenalan
Alat pemadam api boleh didefinasikan
sebagai satu alat yang boleh mengawal dan
memadamkan kebakaran diperingkat awal.Alat
pemadam api ini di gerakkan oleh tenaga manusia
atau secara manual,juga boleh dikendalikan oleh
seorang sahaja.Alat pemadam api ini hanya boleh
mengawal dan memadam kebakaran secara
berkesan mengikut kelas-kelas api yang
diperuntukan pada setiap jenis alat pemadam api
yang digunakan untuk pemadaman mengikut
kelas-kelas api.
KELAS – KELAS API :-
KELAS A
KEBAKARAN MELIBAT BAHAN API MUDAH TERBAKAR JENIS
PEPEJAL DAN MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR KARBON
SEPERTI KAYU, KERTAS, SAMPAH DLL.

KELAS B
KEBAKARAN MELIBATKAN BAHAN CECAIR SEPERTI PETROL,
DIESEL, TAR, VERNISH, CAT DLL.

KELAS C
KEBAKARAN MELIBATKAN BAHAN API JENIS GAS SEPERTI,
ACYETHLANE, PROPANA, BUTANA DAN PERALATAN
ELEKTRIK SEPERTI KOTAK FIUS, KOMPUTER DLL.
KELAS D
KEBAKARAN MELIBATKAN BAHAN API JENIS LOGAM SEPERTI
POTASIUM, SODIUM, NATRIUM, KALSIUM DLL.
KELAS API KEBAKARAN ALAT / MEDIA PEMADAMAN YANG SESUAI

KAYU ALAT PEMADAM API JENIS AIR


KELAS A KERTAS ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(PEPEJAL) SAMPAH SARAP MENGGUNAKAN AIR SECARA SEMBURAN

MINYAK ALAT PEMADAM API JENIS BUIH


KELAS B CAT ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(CECAIR) VARNISH ALAT PEMADAM API JENIS GAS
PLASTIK MENGGUNAKAN AIR SECARA SEMBURAN

GAS BUTANA ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING


KELAS C GAS PROPANA ALAT PEMADAM API JENIS KARBON DIOKSIDA ( CO 2 )
(GAS) GAS ACETYLENE ALAT PEMADAM API JENIS GAS
GAS HIDROGEN
GAS AMONIA

LOGAM POTASSIUM DEBU GRAPHITE


KELAS D SODA ASH
(LOGAM) LOGAM SODIUM PASIR KERING
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING JENIS
LOGAM CALCIUM TENERY EUTECTIC CHLORIDE ( T.E.C )

LOGAM MAGNESIUM
PENGENALAN KEPADA
PIAWAIAN MS 1539:PART
1:2002
Paiwaian Malaysia MS 1539:PART 1:2002 digubal
dan dikuatkuasakan bagi mengantikan piawaian lama
MS 1179:1990 ‘Specification For Fire
Extinguihers’ dan juga MS 864:1983 ‘Specification
for Identification Colour For Fire Extinguihers’
Pengubalan ms 1539:part 1:2002 adalah
berasaskan kepada kehendak teknikal dalam
piawaian antarabangsa seperti ISO Piawaian BS
(British Standard) Dan EN (European Norm) .
2. TUJUAN

Tujuan perintah tetap ini adalah untuk:-

2.1. Mengariskan panduan bagi kerja pemeriksaan, perakuan dan


kelulusan Alat Pemadam Api di peringkat Jabatan Bomba dan
Peyelamat, Negeri dan juga balai bomba.

2.2. Memudahkan pengeluaran syor / kehendak keselamatan


kebakaran bagi premis / bangunan yang memohon kelulusan
Sijil Kelulusan Bangunan, perlesenan dan penguatkuasaan
undang undang dibawah Akta perkhidmatan bomba 1988
( Akta 341)
3. PENGENALAN KEPADA PIAWAIAN MS 1539: Part 1:2002.

3.1. Piawaian Malaysia MS 1539;Part 1:2002


digubal dan dikuatkuasakan bagi menggantikan
piawaian lama MS 1179;1990 ‘specification for
indentification colours for fire extinguishers’

3.2. Pengubalan MS 1539:Part 1;2002 adalah


berasaskan kepada kehendak teknikal dalam
piawaian antarabangsa seperti ISO, piawaian
BS (British Standard) dan EN (European
Norm)
3.3. Perbezaan yang paling jelas pada MS 1539:Part
1:2002 adalah dari segi;

3.3.1. Warna

Warna silinder bagi setiap jenis pemadam api


(air, buih, serbuk kering, halon dan
karbon dioksid ) diseragamkan, iaitu berwarna
merah
(signal red) mematuhi kod warna RAL 3000
3.3.2. Tanda dan tulisan (Labeling/Marking)

Penandaan pada setiap jenis alat pemadam api


diseragamkan dan dipusatkan di satu bahagian
silindier dengan tulisan warna putih bagi
memudahkan pengguna. Jenis alat pemadam api dibezakan
antara satu sama lain (air, buih, sebuk kering, halon dan
karbon dioksida) melalui tanda jenis media di satu sudut,
dengan berlatarkan warna merah bagi air, krim bagi buih,
biru bagi serbuk kering, hitam bagi karbon dioksid
dan kuning emas bagi halon
Perbezaan yang paling jelas pada MS 1539:PART 1:2002 adalah dari segi:-
-
Warna
Warna silinder bagi setiap alat pemadam api
(Air,Buih,Serbuk Kering,Halon dan Karbon Dioksida)
diseragamkan iaitu berwarna merah (Signal Red)mematuhi warna
RAL 3000

- Tanda Dan Tulisan


Penandaan pada setiap jenis alat pemadam api
diseragamakan dan dipusatkan disatu bahagian selinder dengan
tulisan warna putih bagi memudahkan penggunaan.jenis alat
pemadam api dibezakan antara satu sama lain.melalui tanda jenis
media di satu sudut.

1. Air – Merah
2. Buih – Krim
3. Serbuk Kering – Biru
4. Karbon Dioksida – Hitam
5. Halon – Kuning Emas
- Kompenan teknikal

Kompenan teknikal pada alat pemadam api mengikut


MS 1539:Part 1:2002 adalah lebih teratur dan seragam.

- Berorientasikan Performance Based

Keperluan jenis dan saiz alat pemadam api adalah


berasaskan kemampuan media tersebut untuk
memadamkan kebakaran,berasaskan tahap saiz api semasa
ujian dan bukannya mengikut berat alat pemadam api
berkenaan.
JANGKA HAYAT ALAT PEMADAM API
DAN KEPERLUAN UJIAN HIDOSTATIK
- Jangka hayat bagi alat pemadam api dan keperluan bagi ujian
hidrostatik untuk silindernya

1. AIR 10 TAHUN
2. FOAM 10 TAHUN

3. KARBON DIOKSIDA 10 TAHUN

4. HALON 12 TAHUN

5. DRY POWDER 12 TAHUN


- Alat pemadam api yang mencapai tempoh
hayat (sepertimana dijelaskan dalam slide
sebelum ini hendaklah ditukarkan dengan alat
pemadam api yang baru.

- Sekiranya alat –alat pemadam api telah


menjalani ujian hidrostatik tersebut perlu
dibuktikan dengan salinan laporan ujian
hidrostatik daripada makmal yang di iktirafkan
oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
CARA CARA ALAT PEMADAM API
BERTINDAK
1. Tindakan Kimia
Dua atau lebih bahan kiami bertindak balas antara satu
sama lain bagi menghasilkan gas aepellent apabila alat pemadam
api bertindak namun jarang digunakan pada masa sekarang.
2. Gas Catridge
Tekanan yang perlu dihasilkan oleh mampatan atau cecair
yang dilepaskan daripada catridge yang yang terletak didalam
tabung alat pemadam api.
3. Stored Pressure
Gas expellent yang mempunyai tekanan disimpan didalam
tabung alat pemadam api jenis karbon dioksida. Gas expellent itu
juga bertindak sebagai media pemadaman.secara ringkasnya alat
pemadam api jenis mudah alih dapat dikelaskan mengikut
kandungan dan cara tindakannya.
ALAT PEMADAM
Alat pemadam API JENIS
api ini dinamakan air(waterAIR
type) kerana ia mengeluarkan air sahaja. Alat
ini mempunyai kandungan air dalam 9 litter (2
gal) dan beratnya adalah 28 Ibs. Alat pemadam
jenis ini sesuai digunakan untuk memadamkan
api kelas A seperti kain,kayu,kertas dan lain-
lain, ia berperanan untuk menyejukan ataupun
merendahkan suhu nyalaan. Jarak pemadaman
api jenis ini biasanya antara 20-25 kaki dengan
masa pancutan dari 60 hiingga 120 saat.
• Spesifikasi APA jenis AIR
- Jarak pancutan 4 meter/ berat 10 kg
- Jangkamasa kerja bergantung saiz
tabung.
• Kebaikkan:-
- Tidak Merbahaya dan mudah digunakan
- Bertindak dgn segera
- Mudah di Refill
• Keburukannya:-
- Hanya sekali guna
- Tidak Boleh memadam api minyak,
elektrik, enjin.
APA Stored Pressure APA Gas Cartridge

Alat Pemadam Api Jenis Air


ALAT PEMADAM API JENIS BUIH
Alat pemadam api ini berfungsi dengan tindak
balas di dalam tabung menghasilkan buih yang
mengandungi gelembung CO2 dan tekanan gas
itu sendiri yang menyebabkan media
pemadaman itu dikeluarkan dari tabung. Alat
pemadam api jenis ini sesuai digunakan untuk
memadam api kelas B dan peranannya adalah
menyelimut dan menurunkan suhu dibawah
nyalaan dengan menyejukan. Jarak pancutan
biasanya lebih kurang 12 kaki.
Kebaikan jenis buih:-
- Boleh memadam api minyak
- Tidak Merbahaya & senang digunakan
- Senang diisi semula
- Menutup permukaan kebakaran

Kelemahan :-
- Tidak Boleh padamkan api elektrik
- Boleh menjadi beku jika diletakkan ditempat yg sejuk

- Tidak Boleh disimpan di tempat yg berhawa panas


- Hanya boleh digunakan sekali sahaja
APA Stored Pressure APA Gas Catridge

Alat Pemadam Api Jenis Buih


ALAT PEMADAM API J ENIS
CO2
Alat pemadam api jenis ini biasanya terdapat dipremis
perdagangan dan industri. Tabung diisi dengan CO2 dalam
bentuk cecair dengan tekanan 744 psi. Semasa memadam api
hos pengeluaran perlu dihalakan terus kepada punca api
bermula dari bahagian tepi dan kemudian pada keseluruhan
pemukaan bahan punca bahan yang terbakar. Jarak pancutan
CO2 adalah terhad. Jika digunakan dikawasan lapang maka
penguna harus berdiri seberapa dekat dengan api dan
menghala gas itu kearah kebakaran mengikut arah angin.
Disebsbkan gas CO2 menghasilakn kesan yang amat sejuk
adalah penguna tidak digalakan memegang tabung hos atau
dosharge hon dengan tangan.
Kebaikan:-
- Gas bersih, tidak merbahaya
- Tidak Membantu kebakaran
- Tidak Meninggalkan kesan
- Boleh memadamkan api di tempat tersorok
- Cepat bertindak pada suhu biasa
- Boleh digunakan pada api cecair

Keburukan:-
- Keberatan selinder tidak berpatutan dengan
kandungan CO2
- Kandungan gas tidak boleh dilihat
- Tidak boleh direfill semula
- Tidak sesuai memadam kebakaran di tempat yang
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(DRY POWDER)
Alat pemadam api jenis ini digunakan untuk memadam dan
mengawal kebakaran yang terdiri daripada zarah-zarah kimia
yang dapat menghalang penyerapan wap dan tidak menjadi
keras semasa dalam simpanan. Alat ini juga mengalir keluar
dari tabung dengan bebas melalui hos dan nozzle. Alat
pemadam api jenis ini mempunyai banyak kelebihan
berbanding dengan alat pemadam api yang lain,ini kerana ia
mudah dikendalikan. Alat pemadam api jenis ini juga dapat
mengawal dan memadam kebakaran kelas A,B dan C dengan
berkesan. Namu alat pemadam api jenis ini boleh
mendatangkan kerosakan kepada bahan-bahan tertentu seperti
enjin kereta,bahan makanan dan sebagainya.
Spesifikasi :-
- Warna tabung merah
- Jangkamasa kerja 1-2 minit mengikut saiz
- Jarak pancutan 4 – 6 meter

Kebaikan :-
- Bertindak dgn lebih berkesan drp APA yg lain
- Boleh memadam semua kelas api (A,B,C,D)

Keburukan :-
- Hanya sekali guna sahaja
- Berdebu dan kelihatan kotor
Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering
Data Bagi Ciri-Ciri Prestasi Pelbagai Jenis &
Saiz Alat Pemadam Api Seperti Jadual 4.3.

Jenis Alat Kapasiti Berat Jarak Jangka Masa Kelas Api


Pemadam Kandungan Pancutan Pengeluaran
Api

Air Liter Kg. M. Saat


6 9-10 6 45 A
9 12-15 6 70

6 10-11 4 27 B
Buih
9 14-16 4 45

Kg
1 1.5-2 3 8
Debu B,C,D
2 3-1 4 10
3 5-617 4 10
Jenis Alat
Kapasiti Berat Jarak Jangka Masa
Pemadam Kelas Api
Kandungan Pancutan Pengeluaran
Api
4 7.5-8.5. 5 10
Debu 6 9-11 5 12
9 14-16 6 15
12 18-20 6 20
Halon 1 1.5 2 8
[1211 2.5 3-5 3 10 B&C
3.5 5-7.5 5 11
7 10-12 6 13

Karbon 1 3-6 2 9
Dioksida 2 4.5-8 2 14
C
5 11-18 3 24
7 17-23 3 26
Cara penggunaan Alat Pemadam Api secara umum :-

• Hanya digunakan untuk api kecil / api permulaan


• Memadam dengan jarak seberapa dekat boleh dengan
punca api
• Pengguna mengetahui tatacara penggunaannya
• Tahu kesesuaian penggunaan APA dengan Kelas Api
• Tidak boleh tergopoh gapah
• Bertindak dengan berteman, tidak dengan sendirian
Pemeriksaan dan ujian
1. Pemeriksaan berjadual
Diperiksa sekurang-kurang sebulan sekali supaya
sentiasa dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan
berkesan.

2. Pemeriksaan dan servis tahunan


Alat pemadam api perlu diperiksa oleh orang yang
berkelayakan sekurang-kurang setahun sekali,bagi
mengenal pasti dan menanda alat pemadam api yang telah
rosak atau pun digunakan.
3. Ujian pengeluaran
Semua alat pemadam api perlu menjalani ujian
pengeluaran dalam masa 4 hingga 20 tahun bergantung
pada jenis alat pemadama api yang digunakan.

4. Pengisian tabung
Alat pemadam api perlu diisi semula selepas
digunakan secepat mungkin. Alat pemadam api yang telah
diisi semula hendaklah ditandakan dengan tarikh
pengisian itu dilakukan.
5. Penempatan Alat Pemadam Api

i) Alat-alat pemadam api perlulah diletakan di tempat yang


sesuai dan mengikut jenis risiko kebakaran yang ada ditempat
tersebut.
- Alat pemadam api hendaklah mudah dilihat dan senang dicapai
untuk digunakan serta merta.
- Alat pemadam Api juga hendaklah tidak dihalang oleh pekakas
lain
- Alat pemadam api juga hendaklah berada ditempat yang
ditetapkan dan tidak mengalihkannya kerana boleh
menyebabkan kekeliruan apabila henda digunakan semasa
kecemasan.
Rumusan
Alat pemadam api amat penting untuk mengawal dan
memadam kebakaran pada peringkat awal . Setiap penguna
haruslah mempunyai pengetahuan secara teori mahu pun
amali tetang penggunaan alat pemadam api yang betul dan
sesuai mengikut kelas api yang betul maka ia secara tidak
langsung dapat membantu mengawal kebakaran dari merebak
sementara menunggu pihak bomba sampai ketempat kejadian

You might also like