You are on page 1of 10

Kelebihan Solat Tahajud

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh
di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana


2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di
sepertiga malamMu..."

Kelebihan solat Tahajud


_POSTEDON Oct 10, 2008 - 03:00 AM by zulkifli

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan
bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di
tengah malam.

Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan
masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh
keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku
bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu
dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam
dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih
terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan
sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat
apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca
TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan
seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah
malam.

Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya
dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali
diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat
besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga
Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan
yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan
Penciptanya.

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak
pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan
sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat
hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi
menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam
kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya
enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam
kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan,
dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah
mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang
dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang
mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk
bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun
berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan
kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada
Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi
sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata
maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya
dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia
ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali
manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi
mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka


dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk
merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat
layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan
berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila
tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur
nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih
terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.

Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam.
Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.
Note: Sumber Harian Metro
SOLAT TAHAJJUD
Tata Tertib Sebelum Mengerjakan Solat Tahajjud

Yang dimaksudkan disini ialah adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan
sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah :

    1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang
tahajjud.

    2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit
dan bersugi sambil berdoa

    3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-
Imran

    4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga
hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan
sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila
tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah


dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:
 

Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua
rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw
telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika
Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:

"Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus
(sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."

    2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:


 

Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala

    Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala"

    3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah:


        Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
        Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)
    4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas
        membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa
        berikut:
 

Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka
sultaanaan nasiiraa.

Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku
daripada pintu kebenaran  dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu"

     5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu


mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja.

    6.  Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana
yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:
 

 Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran
waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al
min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa.

Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya
yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada
penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan
dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah!
Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!"

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1.Diberikan keistimewaan oleh Allah

Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan


oleh Allah swt. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang
tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh allah swt dalam firmanNya seperti yang telah
termaktub didalam al-quran ertinya:

"Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang
beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab)
akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah " Adakah sam orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang ynag tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orng-orang
ynang berakallah yang dapat menerima pelajaran."

2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit


Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk
mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan
dapat menghindari  penyakit dari tubuh badan kita

Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:


"Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu,
juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebes segala keburukkan,
pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan."

Kelebihan Bangun Solat Malam


by Sholat Tahajud by Qiyamul lail on Monday, August 3, 2009 at 2:51am
Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir???
sehingga Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah,
sehingga juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan
mujahidin yang paling depan untuk menggempur musuh, sehingga juga Umar Abd Aziz
berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana
kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.

Saranan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam

Dari Abu Hurairah r.a "....Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur
sebelum solat witir." (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya;"Rasulullah sollallahu 'alaihi
wasallam bersabda;
" Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun
bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu." (Muttafaqun
'alaih)

Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam,
sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan
mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa
Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda,
"Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)

Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya;" Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu
'alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yakni tidak
bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;" orang itu sudah
dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya" atau beliau sollallahu 'alaihi wasallam
bersabda;"di telinganya." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;" Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"
Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak
tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang
berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun
lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau
dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat,
maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta
berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi
menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." (Muttafaqun 'alaih).

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam
bersabda padanya;"

Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah
puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur
seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun 'alaih)

Dari A'isyah r.a pula bahawasanya Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam
dan bangun pada akhir malam lalu bersolat." (Muttafaqun 'alaih)

Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu

"Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud)." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

Waktu Mustajabnya Doa

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ; "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu
waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang
baik kepada Allah ta'ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada
setiap malam." (HR Muslim)

Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya

Dua raka'at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya
daripada dunia ini serta seluruh isinya."
(HR Adam bin Abu Iyas)

Meningkatkan Darjat Di sisi Allah

“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan
bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat
79).

Dari Abu HUrairah r.a., Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang
bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk
turut sama bersembahyang.
“Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi
seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia
membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan
memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Ibadah Ahli Syurga

Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh
dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan
mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang
fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan
hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan." [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ; "Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab
yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu." (HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"
Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang
para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat."
(HR Tirmidzi).

Keteladanan Salafussoleh

Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian
dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti
yang lain. Lalu beliau berkata,"jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat."

Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah RA ia menceritakan, "Kami
berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa'. Pada kesempatan itu tertawanlah
seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang
sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan
berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki
itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah
Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah di antara
kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?" Jabir berkata, "Maka majulah seorang dari
Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, 'Kami siap untuk berjaga ya
Rasulullah'. Nabi Muhammad SAW berpesan Jagalah kami di mulut lorong ini. Jabir
menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.

"Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat
Muhajirin, `Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir
malam?' Sahabat Muhajirin menjawab;"Jagalah kami di awal malam, kemudian sahabat
Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan shalat. Jabir berkata,
datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui
bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar
tersebut, lalu sahabah Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya.
Kemudian orang musrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu
mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk
ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya.
Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan
sahabat Muhajirin seraya berkata, 'Duduklah karena aku telah dilukai.' Jabir berkata, "Kemudian
sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang
musyrikin itu melihat keduanya ia sadar bahwa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan
diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata,
'Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?' Sahabat Anshar.menjawab,
Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-
kali memanahku barulah aku ruku' dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan
karena takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku
niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat."'

Bagaimana mudah utk bangun solat malam???

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang
banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu
kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu
ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun
malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam
beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-
Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang
tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban
dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit
berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu'alam bissowab

You might also like