You are on page 1of 30

Topik Komponen

Elektronik
2
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti simbol dan kegunaan beberapa jenis komponen
elektronik jenis pasif;
2. Mengenal pasti kod warna dan simbol perintang;
3. Mengenal pasti simbol, jenis pincang dan kegunaan beberapa
komponen elektronik jenis aktif; dan
4. Mengenal pasti fungsi dan kegunaan beberapa jenis komponen
khas.

PENGENALAN
Tahukah anda apakah itu komponen elektrik? Pernahkah anda terfikir apakah
kegunaan komponen elektrik dan betapa pentingnya ia dalam kehidupan
seharian anda? Sub topik berikut akan mengupas isu komponen elektrik ini
dengan lebih mendalam.

AKTIVITI 2.1

Tahukah anda bahawa terdapat kepiawaian komponen elektrik


yang berbeza di antara negeri-negeri di dunia ini? Nyatakan
beberapa kepiawaian yang anda tahu.

2.1 KOMPONEN PASIF


Komponen elektrik adalah suatu alat yang membenarkan pengaliran arus
elektrik ke satu arah atau arus ulang alik ke arus terus. Komponen elektrik juga
digunakan sebagai pengawal arus elektrik dan rintangan dalam sesuatu litar.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 17

Komponen elektronik dapat diklasifikasikan kepada tiga komponen utama iaitu


pasif, aktif dan khas. Tiga komponen yang termasuk dalam kategori komponen
pasif ialah perintang, pemuat dan pearuh.

2.1.1 Perintang
Perintang merupakan komponen yang biasa terdapat dalam litar elektronik.
Fungsi utama perintang adalah untuk mengawal arus dan voltan dalam litar.
Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang bolehubah.
Perintang tetap mempunyai nilai yang tetap manakala perintang bolehubah
mempunyai nilai yang boleh diubah dengan melaras „shaft‰. Rujuk Rajah 2.1
dan 2.2.

Rajah 2.1: Gambar perintang tetap dan perintang bolehubah


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

Rajah 2.1: Simbol perintang tetap dan perintang bolehubah


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

Parameter bagi sebuah perintang sama ada perintang tetap atau perintang
bolehubah adalah seperti berikut:
Nilai perintang, dinyatakan dalam ohm (!), Kilo Ohm (K!) atau Mega Ohm
(M!);
Kadar kuasa, dinyatakan dalam Watt;
Had terima, dinyatakan dalam % nilai perintang. Contoh 5%; dan
Angkali suhu, dinyatakan dalam % dimana nilai perintang berubah
mengikut perubahan suhu perdegree Celcius (%/ÀC).
18 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

(a) Perintang Tetap


Rupa bentuk perintang tetap dapat dikenali dengan saiz fizikal selinder
kecil dengan dua dawai pengalir dikedua-dua hujung. Ia tidak berpolariti.
Arus masuk dan keluar adalah melalui hujung dawai. Nilai perintang
dikodkan dengan warna (dalam unit Ohm). Perintang jenis „surface
mount‰ pula mempunyai saiz yang lebih kecil dan dilekatkan terus keatas
papan litar dengan fungsi yang sama seperti perintang biasa. Rujuk Rajah
2.3 dan Rajah 2.4.

Rajah 2.2: Deretan perintang tetap dalam litar elektronik


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

Rajah 2.3: Perintang jenis „surface mount‰


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

(b) Perintang bolehubah


Rajah 2.5 menunjukkan binaan satu perintang bolehubah. Ia terdiri dari
trek perintang dengan satu „wiper‰ yang menyentuh trek perintang
tersebut. Terdapat tiga terminal sambungan yang memberikan nilai
perintang yang berbeza antara terminal apabila „wiper‰ dilaraskan. Trek
perintang dibuat dari karbon dan campuran logam dan seramik. Rujuk
Rajah 2.6.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 19

Wiper
Trek rintangan

Terminal

Rajah 2.5: Binaan perintang bolehubah


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

Rajah 2.4: Perintang bolehubah


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

AKTIVITI 2.2

Nyatakan jenis-jenis perintang bolehubah yang terdapat di pasaran.

(c) Kod Warna Perintang


Penentuan nilai perintang adalah mengikut kepiawaian EIA dimana
penggunaan tiga, empat dan lima jalur warna telah diamalkan. Warna
untuk menentukan nilai perintang adalah seperti ditunjukkan di dalam
Jadual 1.1. Warna dan nilai nya telah dipersetujui diperingkat antarabangsa
bagi menentukan nilai perintang, pemuat, diod, kabel dan juga komponen-
komponen lain. Penentuan kod warna bagi perintang bermula dengan jalur
1, jalur 2 dan jalur 3 dan bermula dari sebelah kiri ke kanan. Jika
diperhatikan dengan teliti, jalur-jalur warna diletakkan berhampiran pada
satu hujung, manakala dihujung yang lain satu warna berjarak dengan
kumpulan tadi. Mula membaca nilainya dari warna yang tersusun rapat ke
jarang. Rajah 2.7 menunjukkan penentuan nilai kod warna perintang. Jika
diperhatikan dengan teliti jalur-jalur warna diletakkan berhampiran
20 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

dengan satu hujung perintang. Orientasikan perintang tersebut supaya


berada disebelah kiri seperti Rajah 2.7.

Jadual 2.1: Kod Warna Perintang

Kod warna Perintang


Warna Nilai
Hitam 0
Perang 1
Merah 2
Jingga 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Ungu 7
Kelabu 8
Putih 9

Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm

Rajah 2.5: Orientasi menentukan kedudukan jalur warna


Sumber: http://www.electronics-lab.com/articles/index.html

(i) Perintang Empat Jalur Warna


Kod warna diorientasikan supaya dibaca dari kiri ke kanan. Jalur
pertama adalah digit pertama, jalur kedua digit kedua dan jalur
ketiga adalah pendarab (bilangan sifar yang akan ditambahkan) dan
jalur keempat adalah hadterima. Had terima pada perintang empat
jalur warna adalah 2%, 5% atau 10% (merah, emas atau perak). Rujuk
Rajah 2.8.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 21

Rajah 2.6: Kod warna perintang empat jalur


Sumber: http://www.electronics-lab.com/articles/index.html

Digit pertama Perang = 1;


Digit kedua Hitam = 0;
Digit ketiga Merah =2 (dua sifar ditambahkan);
Digit keempat Perak = ±10%; dan
Nilai 1000 ohms atau 1k! ±10%.

(ii) Perintang Lima Jalur Warna


Seperti perintang empat jalur warna, orientasikan kedudukan perintang
lima jalur supaya dibaca dari kiri ke kanan. Jalur pertama adalah digit
pertama, jalur kedua digit kedua, jalur ketiga digit ketiga, jalur keempat
pendarab (bilangan sifar yang perlu ditambahkan kepada digit kedua) jalur
kelima adalah hadterima. Nilai hadterima bagi perintang lima jalur adalah
0.05%, 0.1%, 0.25%, 0.5% atau 1% (kelabu, ungu, biru, hijau atau perang).
Rujuk Rajah 2.9.

Rajah 2.7: Kod Warna Perintang Lima Jalur


Sumber: http://www.electronics-lab.com/articles/index.html

Digit pertama Perang = 1;


Digit kedua Hitam = 0;
Digit ketiga Hitam = 0;
Digit keempat Perang = 1 (satu sifar ditambahkan);
Digit kelima Cokelat = ±1%; dan
Nilai 1000 ohms atau 1k! ±1%.
22 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

AKTIVITI 2.3
Nyatakan nilai perintang berikut:
(a) Merah, Merah, Hitam, Emas dan Perang
(b) Perang, Merah, Merah, Merah dan Perang
(c) Merah, Merah, Emas dan Merah

2.1.2 Pemuat
Pemuat adalah sejenis komponen elektronik yang berkeupayaan menyimpan cas
dalam bentuk medan elektrostatik. Reka bentuk pemuat terdiri dari dua
kepingan plat logam yang dipisahkan oleh bahan dielektrik. Rujuk Rajah 2.10.

Plat
Terminal

Terminal
Dielektrikrminal

Rajah 2.8: Binaan pemuat


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Apabila voltan dikenakan kepada plat ini, arus elektrik akan mengalir dan
mengecas kepingan plat sehingga voltan antara plat menyamai voltan bekalan.
Pada ketika ini pemuat dikatakan mempunyai cas penuh. Ini digambarkan
seperti Rajah 2.11.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 23

Cas Cas
Positif Negatif

Dielektrik
Simbol Pemuat

Voltan, Vc

Rajah 2.9: Mengecas pemuat


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/capacitor/cap_2.html

Apabila voltan bekalan pada terminal pemuat ditanggalkan, kepingan plat masih
menyimpan cas elektrik sehingga cas elektrik dinyahcas melalui dawai pengalir
merentasi kedua terminal pemuat. Tenaga yang dilepaskan adalah dalam bentuk
haba didalam pengalir dan juga dalam pemuat itu sendiri.

Jumlah cas elektrik yang disimpan oleh pemuat dinamakan nilai kemuatan.
Faktor yang menentukan nilai kemuatan ialah:
Luas muka kepingan plat;
Jarak antara kepingan plat; dan
Bahan yang memisahkan kepingan plat (bahan dielektrik).

Hubungan antara cas (Q), kemuatan (C) dan voltan (V) adalah seperti berikut:
C = Q/V

(a) Kemuatan (C)


Unit kemuatan (C) diukur dalam Farad (Michael Faraday 1791 ! 1867).
Lazimnya nilai kemuatan yang terdapat dalam pasaran adalah dalam unit
yang lebih kecil iaitu:
µ (micro), n (nano) and p (pico):
µ = 10-6 (millionth), maka 1000000µF = 1F
n = 10-9 (thousand - millionth), maka 1000nF = 1µF
p = 10-12 (million - millionth), maka 1000pF = 1nF
24 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

(b) Jenis Pemuat


Pemuat dikategorikan kepada dua jenis iaitu pemuat berkutub dan pemuat
tanpa kutub. Pemuat berkutub, sebagaimana namanya perlu dipasang
dengan kekutuban bateri yang betul untuk mengelakkan kecelakaan dan
kerosakan pada pemuat tersebut. Manakala pemuat tanpa kutub boleh
dipasang tanpa mengira kekutuban bateri.

(i) Pemuat Berkutub (Nilai melebihi 1øF). Rujuk Rajah 2.12 dan 2.13.

Rajah 2.12: Contoh pemuat berkutub


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Rajah 2.13: Simbol pemuat berkutub


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Pemuat Elektrolitik
Pemuat Elektrolitik merupakan pemuat yang mempunyai
kekutuban. Secara fizikalnya tanda kekutuban ditandakan pada
badan pemuat supaya mengelakkan daripada kesalahan
pemasangan. Rekabentuk pemuat elektrolitik ini lazimnya
ditandakan dengan voltan operasi serta nilai kemuatannya
dibadan pemuat. Rujuk Rajah 2.14.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 25

Rajah 2.10: Pemuat elektrolitik


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Pemuat Tantalum
Berbanding dengan pemuat elektrolitik, pemuat tantalum
mempunyai kadar voltan kerja yang lebih rendah. Saiz pemuat
tantalum lebih kecil dan harganya lebih mahal berbanding
pemuat elektrolitik. Nilai kemuatan pemuat tantalum dapat
dikenali melalui kod warna.
Contoh: biru, kelabu, dot hitam = 68øF
Contoh: biru, kelabu, dot putih = 6.8øF
Contoh: biru, kelabu, dot kelabu = 0.68øF

(ii) Pemuat Tanpa Kutub (nilai kemuatan sehingga 1øF). Rujuk Rajah 2.15
dan 2.16).

Rajah 2.11: Pemuat tanpa kutub


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Rajah 2.12: Simbol pemuat tanpa kutub


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm
26 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Pemuat tanpa kutub biasanya mempunyai nilai yang sangat kecil.


Ia boleh dipasang tanpa mengira kekutuban bateri. Nilai
kemuatannya dicetak atas badan pemuat tanpa nilai pendarab.
Contoh: 0.1 = 0.1øF = 100nF.
Contoh: 4n7 = 4.7nF.

(iii) Kod Nombor Pemuat

Rajah 2.17: Kod nombor pemuat

Terdapat juga nilai kemuatan dinyatakan secara kod (rujuk Rajah


2.17).
Nombor pertama digit pertama;
Nombor kedua digit kedua; dan
Nombor ketiga adalah bilangan sifar untuk nilai dalam unit pF.
Contoh: 102 = 1000pF = 1nF (bukan 102pF!)
Contoh: 472J = 4700pF = 4.7nF (J adalah 5% hadterima).

(iv) Kod Warna Pemuat


Kod warna digunakan untuk menentukan kemuatan pemuat polister.
Kaedah menentukan kod warna pemuat adalah sama seperti kod
warna perintang. Warna pertama untuk digit pertama, warna kedua
untuk digit kedua dan warna ketiga untuk bilangan sifar dalam unit
pF. Warna keempat dan kelima untuk hadterima dan kadar voltan.
Rujuk Rajah 2.18.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 27

Rajah 2.18: Kod Warna Pemuat

Contoh:
Perang, hitam, jingga = 10000pF = 10nF = 0.01øF.
(Ingatan! Tiada sela antara warna, hanya kelebaran menunjukkan dua
warna yang sama).
Contoh:
Merah lebar, kuning = 220nF = 0.22øF.

(v) Pemuat Bolehubah


Pemuat bolehubah banyak digunakan dalam litar penalaan radio. Ia
mempunyai nilai kemuatan yang sangat kecil, lazimnya antara 100pF
dan 500pF (100pF = 0.0001øF). Rujuk Rajah 2.19 dan 2.20.

Rajah 2.19: Simbol pemuat bolehubah

Rajah 2.20: Pemuat bolehubah


Sumber: Photograph © Rapid Electronics

(vi) Pemuat Trimmer


Merupakan pemuat bolehubah yang halus. Pemuat trimmer direka
khas untuk dipasang terus di atas papan litar. Pelarasan dilakukan
dengan menggunakan pemutar skru yang kecil. Nilai kemuatan
pemuat trimmer antara 2-10pF. Rujuk Rajah 2.21 dan Rajah 2.22.
28 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Rajah 2.21: Simbol pemuat trimmer

Rajah 2.22: Pemuat trimmer


Sumber: Photograph © Rapid Electronics

SEMAK KENDIRI 2.1

Anda telah didedahkan dengan pemuat. Dengan menggunakan


perkataan anda sendiri, jelaskan kegunaan pemuat dan jenis-
jenisnya.

2.1.3 Pearuh
Pearuh adalah satu komponen pasif yang menyimpan tenaga dalam bentuk
medan magnet. Dalam bentuk yang mudah pearuh terdiri daripada gulungan
dawai pengalir. rujuk Rajah 2.23 dan Rajah 2.24.

Rajah 2.23: Beberapa contoh pearuh


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Electronic_component_inductors.jpg
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 29

Rajah 2.24: Simbol pearuh


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Electronic_component_inductors.jpg

(a) Nilai kearuhan


Nilai kearuhan sesuatu pearuh bergantung kepada:
(i) Bilangan lilitan gelung;
(ii) Jenis teras yang digunakan;
(iii) Luas muka keratan lilitan gelung; dan
(iv) Panjang dawai lilitan.

Nilai pearuh diukur dalam henry (H). Lazimnya unit pearuh adalah dalam
mikrohenry (øH)
1 mikrohenry (øH) = 10-6H
1milihenry (mH) = 10-3 H
1 nanohenry (nH) = 10-9 H

(b) Kegunaan Pearuh


Pearuh banyak digunakan dalam litar analog. Jika digandingkan dengan
pemuat pearuh digunakan sebagai litar penala. Dalam litar bekalan kuasa
pearuh digunakan sebagai litar penapis untuk menghilangkan voltan riak.
Rujuk Rajah 2.25.

Rajah 2.25: Pearuh dengan dua lilitan 47mH di dalam litar bekalan kuasa
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Electronic_component_inductors.jpg
30 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

SEMAK KENDIRI 2.2

Nyatakan maksud, nilai dan kegunaan pearuh dengan ringkas.

2.2 KOMPONEN AKTIF


Terdapat tiga komponen utama yang termasuk dalam kategori komponen aktif
ialah Diod, LED, Transistor dan IC. Sub topik ini akan membincangkan
komponen aktif dengan lebih menyeluruh.

2.2.1 Diod
Diod merupakan satu komponen elektronik yang membenarkan arus mengalir
hanya dalam satu arah sahaja. Tanda anak panah dalam simbol diod
menunjukkan arah aliran arus. Rujuk Rajah 2.26 dan Rajah 2.27 untuk contoh
dan simbol diod.

Rajah 2.26: Contoh diod


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm

Rajah 2.27: Simbol diod


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm

Diod dibina dari bahan semikonduktor P dan bahan semikonduktor N. Terminal


diod dinamakan Anod (+) dan katod (-). Terdapat dua keadaan pincang semasa
diod disambungkan pada punca bekalan kuasa iaitu pincang hadapan (forward
bias) dan pincang balikan (reversed bias). Rujuk Rajah 2.28.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 31

Arus
Pincang Hadapan,
Anod (A) mA
Katod (K)

Aliran Arus

Voltan Voltan
Pincang Balikan Pincang Hadapan

0.3V Germanium
0.7V Silikon

Arus
Pincang Balikan,
uA

Rajah 2.28: Ciri-ciri diod


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html

(a) Pincang hadapan


Apabila diod dipincang hadapan, terminal Anod disambung dengan punca
positib bekalan kuasa dan terminal katod disambung dengan punca negatif
bekalan kuasa maka diod akan mengalirkan arus. Rujuk Rajah 2.29.
32 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

PN Junction

Halangan rendah

Voltan Pincang
Rajah 2.29: Diod berkeadaan pincang hadapan
Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html

(b) Pincang Balikan


Apabila diod dipincang balikan, terminal Anod disambung dengan punca
negatif bekalan kuasa dan terminal katod disambung dengan punca positif
bekalan kuasa maka diod tidak akan mengalirkan arus. Rujuk Rajah 2.30.

PN Junction

Halangan tinggi

Voltan Pincang
Rajah 2.30: Diod berkeadaan pincang balikan
Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 33

(c) Jenis-jenis Diod


(i) Diod Isyarat (arus rendah)
Diod isyarat digunakan untuk memproses maklumat (isyarat radio)
di dalam litar elektronik Contoh diod kegunaan am seperti ini ialah
diod 1N4148 yang dibuat dibuat dari silikon. Diod isyarat juga
digunakan sebagai diod pelindung kepada geganti (relay). Rujuk
Rajah 2.31.

Rajah 2.31: Diod digunakan sebagai pelindung geganti


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm

(ii) Diod Kuasa


Diod kuasa digunakan dalam litar bekalan kuasa sebagai alat terus
suaian, iaitu menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Contoh
diod kuasa ialah 1N4007.
Alat terus suaian gelombang separuh (rujuk Rajah 2.32)

masukan keluaran

Rajah 2.32: Alat terus suaian gelombang separuh


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html
34 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Separuh kitar positif diod mengalirkan arus, manakala separuh


kitar negatif diod tidak mengalirkan arus. Keluaran adalah
separuh kitar positif.

Vmax
Vd.c. = = 0.318Vmax = 0.45VS

Dimana Vmax adalah voltan puncak dan VS adalah nilai ppgd


voltan bekalan

Alat terus suaian tetimbang (rujuk Rajah 2.33)


Empat diod disusun secara teratur untuk membolehkan setiap
kitar voltan masukan ada voltan keluaran. Litar ini digunakan
untuk mendapatkan voltan AT bersih daripada voltan AU.

Keluaran AT

Masukan AU

Rajah 2.33: Litar alat terus suaian tetimbang


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html

Lihat Rajah 2.34 untuk pelbagai jenis contoh alat terus suaian jenis tetimbang
yang terdapat di pasaran dipasaran

Rajah 2.34: Berbagai jenis alat terus suaian jenis tetimbang di pasaran
Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 35

Diod Zener (rujuk Rajah 2.35, Rajah 2.36 dan Rajah 2.37)

Rajah 2.35: Contoh diod zener


a = anod, k = katod

Rajah 2.36: Simbol diod zener

Masukan AT
Tidak Teratur
Keluaran AT
Teratur

Rajah 2.37: Litar pengatur voltan


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm

Diod Zener digunakan untuk menetapkan voltan keluaran dalam litar pengatur
voltan. Secara praktikalnya diod zener dipasang dalam keadaan pincang balikan
mengikut voltan yang akan ditetapkan. Diod zener dapat dikenali dengan
membaca nilai voltan keluaran pada badan diod.

2.2.2 Diod Pemancar Cahaya (LED)

Rajah 2.38: Contoh berbagai jenis warna LED (saiz 5mm)

Rajah 2.39: Simbol LED


36 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Diod Pemancar Cahaya (LED) adalah satu peranti elektronik yang mengeluarkan
cahaya apabila dikenakan voltan. Apabila LED dipincang hadapan tenaga
dilepaskan dalam bentuk cahaya berwarna. LED banyak digunakan dalam
kehidupan seharian kerana kuasa yang dlesapkan adalah rendah berbanding
lampu pijar, lebih tahan lama, lebih lasak, saiz yang lebih kecil dan pantas
dihidupkan.

Rujuk Rajah 2.38 dan 2.39 untuk contoh dan simbol LED.

2.2.3 Transistor
Transistor adalah sejenis peranti elektronik yang biasa digunakan untuk
membesarkan isyarat elektronik. Transistor dibina daripada bahan
semikonduktor, mempunyai tiga terminal dinamakan pengeluar (emitter),
pemungut (collector) dan tapak (base). Terdapat dua jenis transistor iaitu
transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.

Binaan Transistor (rujuk Rajah 2.40)

Binaan Transistor

Analogi Dua Diod

Simbol Transistor PNP Simbol Transistor NPN

Rajah 2.40: Binaan, analogi dan simbol transistor


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 37

Tiga kaedah pemasangan transistor dalam litar elektronik iaitu:


Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration).
Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration).
Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration).

(a) Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration)


Rujuk Rajah 2.41 untuk transistor corak tapak biasa.

Rajah 2.41: Transistor corak tapak biasa


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html

Ciri-ciri:
(i) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pengeluar.
(ii) Isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut.
(iii) Gandaan arus kurang dari 1.

Contoh formula kiraan:


Ic × R L R
AV = = !× L
Ie × R IN R IN

Dimana:
"Ic" adalah arus pemungut
"Ib" adalah arus tapak
"Ie" adalah arus pengeluar
38 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

(b) Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration)


Rujuk Rajah 2.42 untuk transistor corak pengeluar biasa.

Rajah 2.42: Corak Pengeluar Biasa


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html

Ciri-ciri:
(i) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pengeluar.
(ii) Isyarat keluaran diambil antara pegeluar dan pemungut.
(iii) Isyarat masukan berbeza fasa fasa 180o dengan isyarat keluaran
(iv) Gandaan arus tinggi.
(v) Gandaan voltan tinggi.
(vi) Gandaan kuasa tinggi.
(vii) Galangan masukan rendah
(viii) Galangan keluaran tinggi

Contoh kiraan:
I E = IC + I B
IC IC
!= and "=
IE IB
" !
!= "=
" +1 1- !
Dimana:
"Ic" adalah arus pemungut
"Ib" adalah arus tapak
"Ie" adalah arus pengeluar
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 39

(c) Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration)


Rujuk Rajah 2.43 untuk transistor corak pemungut biasa.

Rajah 2.43: Corak pemungut biasa


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html

Ciri-ciri:
(i) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pemungut.
(ii) Isyarat keluaran diambil antara pegeluar dan pemungut.
(iii) Gandaan arus tinggi.
(iv) Gandaan voltan rendah.
(v) Gandaan kuasa sederhana.
(vi) Galangan masukan tinggi
(vii) Galangan keluaran rendah

I E # IC $ I B
I E IC I B
Ai ! !
IB IB
IC
Ai ! 1
IB
" Ai ! " 1

Rujuk Jadual 2.2 untuk keksimpulan corak-corak yang telah dinyatakan sebelum
ini.
40 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Jadual 2.2: Ringkasan Corak Tapak Biasa, Corak Pengeluar Biasa dan Corak Pemungut
Biasa

Corak Pengeluar Corak Pemungut


Ciri-ciri Corak Tapak Biasa
Biasa Biasa
Galangan masukan Rendah Sederhana Tinggi
Galangan keluaran Sangat Tinggi Tinggi Rendah
Beda fasa 0o 180o 0o
Gandaan Voltan Tinggi Sederhana Rendah
Gandaan Arus Rendah Sederhana Tinggi
Gandaan Kuasa Rendah Sangat Tinggi Sederhana

2.2.4 Litar Bersepadu (Integrated circuit-IC)

Rajah 2.44: Jenis IC yang terdapat dalam pasaran

IC merupakan komponen elektronik yang mengandungai berbagai peranti


semikonduktor yang direka bentuk khas. IC banyak digunakan dalam peralatan
elektronik masa kini. (Rujuk Rajah 2.44).

Rajah 2.45: Binaan dalam IC

Dua kebaikan penggunaan IC (rujuk Rajah 2.45) iaitu kos dan prestasi. Kos
pembuatannya murah jika dibandingkan menggunakan komponen biasa kerana
cip binaannya dibentuk atas sekeping papan yang kecil dan nipis. Prestasinya
pula amat baik kerana menggunakan voltan yang rendah dan terbina dalam satu
bekas yang padat.
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 41

IC boleh dikelaskan kepada tiga iaitu:


IC analog;
IC digital; dan
IC campuran (bekerja untuk analog dan digital).

Litar IC digital mengandungi berbagai-bagai get logic, flip-flop, multiplek dan


mikroprosesor. Litar IC analog pula terdiri daripada sensor dan opAmp
manakala IC campuran seperti A/D Converter dan D/A converter.

2.3 KOMPONEN KHAS


Tiga komponen utama yang termasuk dalam kategori komponen khas ialah suis
dan pemasa, transduser, sensor dan geganti.

(a) Transduser
Tranduser merupakan peranti elektronik yang boleh mengesan gerakan,
isyarat elektrik, tenaga radiasi, tenaga haba, tenaga magnet dan sebagainya.

Dalam sistem pembesar suara contohnya, mikrofon mengesan isyarat suara


yang rendah, kemudian dikuatkan oleh amplifier seterusnya dikeluarkan
melalui pembesar suara. Mikrofon sebagai transduser mengesan isyarat
suara kemudian menukarkannya kepada gelombang elektrik yang kecil.
Amplifier menguatkan isyarat elektrik yang kecil. Pembesar suara
menukarkan isyarat elektrik kepada gelombang suara. Rujuk Rajah 2.46
dan Jadual 2.3.
(i) Sistem pembesar suara

Rajah 2.46: Sistem input dan output


Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/io/io_1.html
42 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

Jadual 2.3: Kuantiti Diukur (Peranti Input (Sensor) dan (Peranti Keluaran (Output)

Kuantiti yang Peranti keluaran


Peranti input (sensor)
akan diukur (output)
Perintang Bersandar Cahaya (LDR)
Cahaya & Lampu
Fotodiod
Aras cahaya LED's & Paparan
Fototransistor
Optik Gentian
Solar Sel
Thermocouple
Thermistor
Pemanas
Suhu Termostat
Kipas
Resistive Temperature Detectors
(RTD)
Alat penahan Lifts & Jacks
Tekanan suis tekanan Elektromagnetik
Load Cells Gegaran
Potentiometer
Motor
Encoders
Kedudukan Solenoid
Suis Reflective/Slotted Opto
Panel Meter
LVDT
Generator-Tacho Motors AT & AU
Kelajuan Reflective/Slotted Opto-coupler Stepper Motor
Sensor Kesan Doppler Brek
Loceng
Karbon Microphone
Suara Pembaz
Kristal elektrik-Piezo
Pembesar Suara

(b) Geganti (Relay)


Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai suis
kendalian elektrik. Arus yang mengalir dalam gelung geganti
menghasilkan medan magnet yang menghubungkan suis on dan off. Rujuk
Rajah 2.47 dan 2.48.

Rajah 2.47: Bentuk geganti


TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 43

Rajah 2.48: Simbol geganti


Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/relay.htm

Terminal geganti biasanya ditandakan dengan COM, NC dan NO:


(i) COM
(ii) NC = Normally Closed, lazimnya suis antara COM dan NC tetutup
(ON) semasa geganti off.
(iii) NO = Normally Open, lazimnya suis antara COM dan NO terbuka
(OFF) semasa geganti off.

SEMAK KENDIRI 2.3

Dengan ringkas, nyatakan dua jenis komponen khas yang telah


anda pelajari.

# Komponen elektronik diklasifikasikan kepada:


$ Komponen pasif;
$ Komponen aktif; dan
$ Komponen khas.

# Tiga komponen pasif ialah:


$ Perintang;
$ Pemuat; dan
$ Pearuh.

# Tiga komponen aktif ialah:


$ Diod;
$ LED Transistor; dan
44 TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

$ IC.

# Tiga komponen khas ialah:


$ Suis dan pemasa;
$ Transduser; dan
$ Sensor dan geganti.

# Perintang merupakan komponen yang biasa terdapat dalam litar elektronik.

# Perintang adalah terbahagi kepada dua, iaitu:


$ Perintang tetap; dan
$ Perintang berubah.

# Penentuan nilai perintang adalah mengikut kepiawaian EIA dimana


penggunaan tiga, empat dan lima jalur warna telah diamalkan.

# Pemuat adalah sejenis komponen elektronik yang berkeupayaan menyimpan


cas dalam bentuk medan elektrostatik.

# Pemuat dikategorikan kepada dua jenis iaitu:


$ Pemuat berkutub; dan
$ Pemuat tanpa kutub.

# Pearuh adalah satu komponen pasif yang menyimpan tenaga dalam bentuk
medan magnet.

# Diod merupakan satu komponen elektronik yang membenarkan arus


mengalir hanya dalam satu arah sahaja.

# Diod Pemancar Cahaya (LED) adalah satu peranti elektronik yang


mengeluarkan cahaya apabila dikenakan voltan.

# Transistor adalah sejenis peranti elektronik yang biasa digunakan untuk


membesarkan isyarat elektronik.

# Tiga kaedah pemasangan transistor dalam litar elektronik iaitu:


$ Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration).
$ Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration).
$ Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration).
TOPIK 2 KOMPONEN ELEKTRONIK ! 45

# IC merupakan komponen elektronik yang mengandungai berbagai peranti


semikonduktor yang direka bentuk khas.

# Tranduser merupakan peranti elektronik yang boleh mengesan gerakan,


isyarat elektrik, tenaga radiasi,, tenaga haba, tenaga magnet dan sebagainya.

# Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai suis kendalian


elektrik.

Geganti Pearuh
Komponen elektronik jenis pasif Pemuat
Komponen elektronik jenis aktif Perintang
Komponen elektronik jenis khas Tranduser

Backer, J. (1998). Modern electronic manuals. Dorset, UK: Wimborne Publishing


Ltd. Undesstanding Passive Components.

Hewes, John.(2009). Variable resistor. Retrieved June 15, 2009, from


http://www.kpsec.freeuk.com/components/vres.htm

Hewes, John.(2009). Capasitor. Retrieved June 15, 2009, from


http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm

Hewes, J. (2009). Diodes. Retrieved June 15, 2009, from


http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm

Hewes, J. (2009). Integrated circuits. Retrieved June 15, 2009, from


http://www.kpsec.freeuk.com/components/ic.htm

Storr, W. (2009). Transistor. Retrived June 15, 2009, from


http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html

You might also like