You are on page 1of 21

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1.0 PENDAHULUAN

Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang


pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada
semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal
insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai
oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat.
Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah
dinikmati dan dikuasai secara bersama.

Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada


pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal
insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam
sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira
semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu
permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah
kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah
dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat
Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003). Didapati
bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara
terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak


seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi/ketidaksamaan
ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang
atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi
perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan
membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).
Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima

1
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
sistem pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan
pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus
ketinggalan.

Tugasan ini akan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya


ketaksamarataan peluang pendidikan antara pelajar sekolah luar bandar dengan
pelajar sekolah bandar serta menyenaraikan kesan-kesan serta langkah-langkah
yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ketaksamarataan peluang pendidikan
ini.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA


KETAKSAMARATAAN.

Terdapat beberapa faktor yang seringkali menyebabkan ketaksamarataan


peluang pendidikan ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa kini.

2.1 Jurang Kelas Sosial

Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat.


Kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu golongan individu yang mempunyai
kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat,
pekerjaan ataupu hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Paul B. Horton dan
Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan sebagai suatu gerak
perpindahan dari suatu kelas ke sosial.

Dari segi ekonomi, keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk
menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka
untuk menanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Golongan berada biasanya
mempunyai pekerjaan sebagai pegawai tinggi ataupun mempunyai perniagaan
sendiri. Golongan miskin pula hanya bekerja sebagai petani dan nelayan di
kampung. Mereka biasanya mengamalkan pekerjaan tradisional untuk sara diri.
Sesetengah ibubapa juga lebih menginginkan anak mereka mewarisi pekerjaan

2
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran ke bandar dan meninggalkan
kampung.

Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2


golongan iaitu yang pertama Bourgouisie yang bermaksud masyarakat yang
memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran dan yang kedua
ialah Proletariat iaitu masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya
hanya tenaga kerja sahaja. Istitusi sosial pula merujuk konsep utama dalam
memenuhi masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait raat dengan pola tingkah
laku yang telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yang
mempunyai matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama
ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-
lain. Aspek ketaksamaan peluang pendidikan masa kini pula meliputi pelbagai aspek
daripada kemudahan mendapatkan guru di sekolah sehingga peluang kerjaya
selepas tamat belajar.

Max Weber (1989) mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan
atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan
bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang
berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam
sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar
yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan
bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit
pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan
terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai
kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat hubungan


signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan ibu bapa. Serta mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu
semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi
tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

3
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif
diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka
yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
anak-anak mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid


adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang
berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan,
makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan
peluang belajar dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah
dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.
Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes
perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan
rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam
masyarakat.

Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu


diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.
Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah
seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada
tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan
berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar
dalam kalangan murid.

2.2 Jurang Jantina (Perbezaan layanan di antara lelaki dan perempuan)

Kebanyakkan ibubapa dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki


mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan. Oleh
itu mereka lebih mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Bagi anak-
anak perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu
membuat kerja rumah. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak

4
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
perempuan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa
beranggapan bahawa anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi
kerana akhirnya mereka akan berumahtangga.

Bernama 2008 pernah mengeluarkan kenyataan 65.3% pelajar institute


pengajian tinggi adalah perempuan.(sesi akademik 2008/09) dan 34.7% terdiri
daripada pelajar lelaki. Kajian Busch (1995) pula menyatakan isu kecekapan kendiri
dlm mata pelajaran matematik dan sains menunjukkan perbezaan dari sudut jantina.
Kajian sutherland (2000) juga menyebut fenomena prestasi pelajar wanita lebih baik
daripada lelaki adalah fenomena sejagat.

Siti Rohani Yahya (1989) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja
dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang
kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan
peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah
pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.
Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah
mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang
disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan
peluang pendidikan yang sama.

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan


sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam
pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan
juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian,
kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian


beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi
negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika
melaksankan pengajaran dalam kelas. Ini bagi memastikan objektif pembelajaran
dapat dcapai.

Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang


bersifat keperempuanan dan kelakian. Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki

5
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan.
Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan
ciri-ciri fizikal yang jelas. Selain itu peluang pekerjaan yang ada selepas tamat
belajar juga dikeluarkan mengikut gender sedangkan pencapaian masing-masing
adalah berbeza. Hal ini adalah kerana pencapaian akademik pelajar perempuan
adalah jauh lebih baik daripada pelajar lelaki.
2.3 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah


masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan
tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi
mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum
Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak
formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah


yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya
lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi
tingkah laku mereka mampu menggangu keharmonian sekolah. Kumpulan minoriti
yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di
internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.

Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir
dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak
akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi
yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

2.4 Murid Keperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (1982) merupakan satu
program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar
biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat anggapan negatif
samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategoti
murid berkepeluaran khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

6
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
Selain itu ada pendapat menyatakan bahawa murid berkeperluan khas
mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata
dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah
biasa. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada
kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal
menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka
memerlukan pendidikan khas.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental


mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka
tidak menafaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku
kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan
kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa
konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah
sosio-emosi mereka.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanak-


kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan
kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Sebagai
golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan
oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik
yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan
nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan
masalah mengembangkan potensi.

Menurut Woitaszewski (2003). Faktor persekitaraan seperti masalah


berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak
dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain
terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin
bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar
pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka.

Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program


Pendidikan Khas iaitu;

- kerencatan mental

7
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
- bermasalah pembelajaran

- kecelaruan tingkah laku

- cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

- cacat penglihatan

- cacat fizikal

- pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku


iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang
autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan
suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik.
Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka
juga bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung
serta sering melakukan tindakan luar kawalan.

Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidak-


matangan yang agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak
minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.
Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisosial. Mereka ini sering bertindak liar
dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri
dan ponteng.

Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid
biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social
(interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani
perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan
yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat.

Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention
Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang
mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak

8
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
menyempurnakan tugasan yang diberikan. Terdapat pula murid ADHD dengan
hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-
diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang
lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya
mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan
ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

2.5 Golongan Keciciran

- Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam


atau pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang
Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya
sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti
yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang
pengurusan alam semula jadi.

Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan


mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang
bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati
sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan
Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik
2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih
lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar
orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli
amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok
etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana


infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.

9
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan.
Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai
ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi,
prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya
oleh masyarakat orang Asli.

- Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan


Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum,
mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan
budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan,
Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu,
Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik


yang tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan
dunia luar. Mereka masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah
mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku
dalam masyarakat indigenious kerana system pendidikan sekolah yang
dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar asli (indigenious
learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan


nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat
indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan
kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Dalam sistem
belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan
mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang
nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan
mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

10
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang
cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses
yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami
pengalaman nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan
terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

- Pendalaman

Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat


pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu
bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system
pendidikan di kawasan berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman


juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi
akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam
kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan
pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan
bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan
tahap pencapaian akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum
jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan
perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang
kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara
penduduk luar bandar dan bandar.

11
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
3.0 KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KETAKSAMARATAAN

Dalam era pembangunan Negara kita ini, apabila ketaksamarataan dalam


apa jua pembangunan masih ada di dalam suatu struktur masyarakat ini masih
wujud, maka pembangunan sepenuhnya masih belum dikecapi dan akan terus
menjadi kesan negative yang harus diperbaiki. Antara kesan-kesan yang akan dapat
dlihat apabila ketaksamarataan ini berlaku ialah pembangunan Negara terbantut,
pencapaian pendidikan yang terhad, Jurang ini juga akan memberikan impak
terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid
belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap
sosioekonomi antara penduduk.

3.1 Kekurangan kemudahan asas

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan


dalam peluang pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan
elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi
pengunaan teknologi maklumat (ICT). Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid,
secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut
ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik
pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman
yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak
berpelajaran turut memberi kesan negative terhadap pendidikan anak-anak mereka.

3.2 Masalah Kekurangan Murid

Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau


dipanggil SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90%
SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan
peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak
bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan.
Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di
pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan

12
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas
yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan tetapi kaedah yang berlainan
dengan tahap yang sesuai dengan murid di dalam kelas bercantum tersebut.

3.3 Kadar Keciciran Yang Ketara

Selain itu, kesan yang jelas dilihat adalah selain faktor lokasi, jurang
pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf sosioekonomi dan
tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan
pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran
murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang
yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan Bandar.
Kesan-kesan negative ini juga dapat dirasai oleh masyarakat pedalaman dan
peribumi yang masih tidak merasai segala kemudahan untk mendapat pedidikan
yang sempurna.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAKSAMARATAAN.

Program Pembestarian Sekolah

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan


infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak
sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT
berbanding kawasan luar bandar. Program pembestarian sekolah yang sedang
dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal
computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga
akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah
di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.

13
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan
seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan

- Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin

- Bantuan Makanan Asrama

- Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

- Jaket Keselamatan

- Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

- Skim Pinjaman Buku Teks

- Skim Baucer Tuisyen

- Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti

- Asrama Harian

Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai


keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa
mengira kelas sosial murid atau keadaan murid berkenaan,

Memberi Pendekatan Yang Lebih Meluas

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan


kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya
pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak ‘memburu ’
maklumat daripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka
pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam
budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham ‘apa ’, bagaimana ’
dan ‘kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal
insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak

14
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang
sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Pendidikan seharusnya diterima
secara sama rata dan adil dalam apa jua factor,kelas dan sebagainya.

Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak


Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

““..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara


kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui
pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih
saksama””

Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya
mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan
ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat. Modifikasi environmental dan
behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini.
Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan ruangan
terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negative. Guru juga
boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu
kawasan tertentu sahaja.

Memberikan Peneguhan Positif

Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas,
mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tugasan kepada unit kecil serta elakkan
memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan
sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi
peneguhan positif dari negative. Guru perlu menyediakan program latihan social
bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid
normal lain.

Mewujudkan Program Pendidikan Prasekolah Khas

15
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian
Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum
yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi
mengembangkan pendidikan khas. Selain itu kerajaan Malaysia telah menubuhkan
Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK.
Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid
bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.

Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4


atau 4 tahun lebih, agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengenengahkan Program Gemilang 7 (G7)

Justeru itu, Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin


tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan
kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan
modal insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah
disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan
rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan
perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Maka Program Gemilang 7 tlah
dimantapkan untuk menangani masalah ketaksamarataan pendidikan di sekolah-
sekolah yang tidak merasai pembangunan pendidikan.

Antara objektif yang menjadi fokus kepada pembentukan program ini ialah:

1. Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7.

2. Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi


UPSR.

16
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
3. Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan.

4. Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui


kepakaran dalaman dan luaran;

5. Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan


masyarakatnya.

6. Melahirkan insan yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat


luar Bandar.

7. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat


memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat
G7.

Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7


selain daripada meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah-sekolah terlibat
adalah perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan dan
peralatan, dan bahan rujukan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang
asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkongsian yang
terstruktur membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
yang dikategorikan sebagai kurang murid tersebut dapat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna (rujuk Buku Program
Gemilang 7, 2006).

Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek kemudahan fizikal, sumber


manusia, kemudahan peralatan dan bahan serta buku dan bahan rujukan
merupakan antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan program perkongsian
pintar G7. Ini selaras dengan kajian-kajian lepas di mana faktor-faktor asas seperti
kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan asas lain, dan buku-buku rujukan
boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah (lihat Ain Ahmat,
1999; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008).

Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi Masyarakat

17
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi
pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. Hal ini perlu
mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Selain
daripada itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam
kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan
mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan
lain-lain. Apabila taraf sosioekonomi msayarakat orang asli berjaya ditingkatkan,
secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa
perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga.

Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan


pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi
mendekatkan mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Ini sekaligus
menanam keinginan pelajar-pelajar orang asli untuk berjaya diperingkat lebih tinggi.
Pendekatan seperti penganjuran bengkel kecemerlangan akademik, kepimpinan,
dan lain-lain yang difikirkan sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran,
sekolah dan NGO pelajar.

18
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.


Kuala Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan
kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi

Kementerian Pelajaran Malaysia(2006), Program Gemilang 7 Malaysia, Kuala


Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik


http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf
%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf

Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam


http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm 

19
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011
REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran
walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus
ini seperti kekurangan bahan rujukan, dan sebagainya perkara lain yang berlaku
semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk


menyiapkannya saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang
ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya.
Bagi melaksanakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menyatakan peranan guru
dalam usaha mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Saya juga perlu
mengkaji sejauh manakah keberkesanannya dalam pemngajaran dan pembelajaran
serta telah diminta untuk mencadangkan amalan-amalan baru sebagai
penambahbaikan.

Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa
menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa
sehingga melemahkan semangat saya. Sebagai contoh selain saya terpaksa
menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai beberapa
tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal
seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi
dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu


menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak
memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan
jayanya.

Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang
ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan
ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa
menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri
saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu hari nanti.

20
EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011

21

You might also like