You are on page 1of 15

Sejarah Perlembagaan

Apakah itu ‘Perlembagaan’? Perlembagaan merupakan undang-undang yang


mengandungi peraturan-peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan
kerajaan. Selain itu ia juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa
dan mentadbir negara. Menurut D.Robertson (1993), perlembagaan mengandungi
satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam
dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. Perlembagaan
sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Satu
contoh perlembagaan bertulis ialah Perlembagaan Malaysia manakala
Perlembagaan United Kingdom ialah contoh perlembagaan tidak bertulis.
Perlembagaan boleh dikatakan menjadi asas penting untuk menjamin
kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang
cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak
berbelah bagi kepada negara.

Mengapakah wujudnya perlembagaan? Perlembagaan diwujudkan supaya


pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan
kuasa. Berdasarkankezaliman dan penyalahgunaan kuasa pemimpin Perancis, iaitu
Raja Louis XIV yang memerintah Perancis pada kurun ke-17, Montesquieu, seorang
ahli fikir Perancis, telah mencipta suatu teori yang dinamakan teori pengasingan
kuasa. Beliau menjelaskan dalam bukunya Sprit des Lois bahawa apabila kuasa
membuat undang-undang dan kuasa memerintah dikawal oleh seorang individu
sahaja, kemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa adalah lebih besar. Oleh itu,
bagi mengelakkan keadaan ini, beliau berpendapat bahawa teori pengasingan kuasa
perlu dilaksanakan. Pada hakikatnya, teori pengasingan kuasa mempunyai tiga
komponen utama:

i) Badan yang membuat hanya perlu membuat atau menggubal undang-


undang dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain;
ii) Badan yang memerintah hanya menjalankan pemerintahan dan tidak
boleh membuat undang-undang dan menjalankan penghakiman; dan
iii) Badan kehakiman hanya membuat penghakiman dan tidak boleh
menjalankan pemerintahan atau membuat undang-undang.
Namun begitu, dalam konteks perlembagaan Malaysia dan kebanyakan
negara, teori pengasingan kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya. Misalnya di
Malaysia, walaupun Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang, tetapi
sebahagian besar daripada undang-undang itu dibuat oleh badan pemerintah seperti
Yang di-Pertuan Agong, menteri dan lain-lain. Mengikut teori pengasingan, kuasa
pemerintah hanya menjalankan tugas pemerintahan sahaja dan tidak boleh
mencampuri urusan kehakiman. Tetapi di Malaysia, pemerintah juga boleh
menjalankan fungsi kehakiman, contohnya Menteri Dalam Negeri, iaitu seorang
yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan, juga boleh
menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas alasan keselamatan. Di
samping itu, seorang ahli Parlimen yang berfungsi sebagai pembuat undang-undang
juga dilantik mengetuai mana-mana kementerian dan menjalankan kuasa
pemerintahan.
Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia


merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan
kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
dan Perlembagaan Merdeka tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi
yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-
undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan. Ini boleh dilihat
melalui Perkara 4(1):

”Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa


undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan
dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan
itu.” 

Perlembagaan Persekutuan telah memberikan jaminan terhadap hak asasi dan


kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu, ia
juga menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia hari ini boleh dikatakan dipengaruhi olah beberapa


siri peristiwa sejarah Malaysia. Sebelum kemerdekaan Malaysia dicapai dan
terbinanya negara, Tanah Melayu telah menjadi mangsa kerakusan penjajahan
kuasa asing selama 446 tahun – satu tempoh yang lama. Penjajahan ini bukan
hanya daripada kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British tetapi juga
daripada kuasa Timur seperti Siam dan Jepun.

Sejarah pemerintahan terawal negara dimulakan dengan Kesultanan Melayu


Melaka pada tahun 1400. Kanun Undang-undang Melaka wujud dan pemusatan
kuasa berada di tangan sultan pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya
yang beragama Hindu berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun
1403. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang
satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso
de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang
terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Semuanya bermula kerana Portugis sedang
mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari
Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama
yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh
kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-
gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511,
sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan
membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah.
Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka
pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai
timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada
negera China. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan, iaitu
Bentan di Johor dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan
saingan kepada Melaka. Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula
semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan
perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan
Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan
Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar
di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan
bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke
Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat.

Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan
Tengku Alauddin Riayat Shah. Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak
manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan
Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga". Sultan Alauddin Riayat
Shah menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletaknya di tebing Sungai
Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di
Melaka. Baginda senantiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga
dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka yang pada ketika itu kota A
Famosa telah dibina.

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula
mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan
Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula
menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis
merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang. Portugis dan Johor
sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua
belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis
berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah,
Johor dan Portugis kembali berperang. Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia
Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan
Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya
pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka
kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
ditandatangani.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian


London. Di antara syarat- syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

 Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura.


 Belanda akan menyerahkan melaka kepada pihak Inggeris dan sebagai
balasannya pihak Inggeris pula akan memberikan bangkahulu kepada
pihak Belanda.
 Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah tanggungjawab
kedua-dua belah pihak (Inggeris & Belanda).
 Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat didalam
hal ehwal negeri-negeri Melayu.
 Inggeris pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam
hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di
bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan


Pihak British pada 1826. Pada akhir abad ke-19, negeri Perlis, Kedah, Kelantan, dan
Terengganu berada di bawah naungan kerajaan Siam. Pada tahun 1812, Raja Siam
memerintahkan Sultan Ahmad Tajuddin yang mememerintah Kedah pada masa itu
menghadapnya untuk menjawab beberapa tuduhan, termasuk membenarkan British
membuka petempatan di Pulau Pinang dan berpakat dengan Burma untuk
menyerang Siam. Tetapi Sultan Ahmad Tajuddin tidak mematuhi perintah itu kerana
takutkan keselamatan dan menganggap Kedah sebagai sebuah negeri yang bebas
dan berdaulat. Gabenor Siam diarahkan menyerang Kedah menyebabkan Sultan
Ahmad Tajuddin berundur ke Pulau Pinang. Semasa di Pulau Pinang, Sultan Ahmad
Tajuddin meminta bantuan daripada British untuk mengusir Siam, tetapi ditolak
permintaannya kerana British mengutamakan kepentingan ekonominya di Siam dan
tidak mahu menjejaskan hubungannya dengan Siam. Pada tahun 1825, British
menghantar Henry Burney ke Ligor untuk menandatangani persetujuan dengan
Gabenor Siam dan akhirnya Perjanjian Burney ditandatangani. Ia mengakui tuntutan
Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan
Terengganu.

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874 yang telah


memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu
kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi telah
disedari hanya setelah semuanya ditandatangani. Perjanjian ditandatangan di atas
kapal HMS Pluto. Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja
Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah
dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta
bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee
Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.

Perjanjian Pangkor 1874 telah membawa perubahan yang besar kerana


perjanjian ini telah memulakan secara tidak langsung, pemerintahan Inggeris di
Tanah Melayu. Campurtangan Inggeris seterusnya berlanjutan ke Selangor, Negeri
Sembilan dan juga Pahang, dan tiga negeri ini terpaksa menerima Residen Inggeris
yang akan bertindak untuk Raja-raja Melayu dalam semua hal pemerintahan kecuali
hal berkenaan dengan agama dan adat resam Melayu. Menjelang 1896 Sistem
Residen ini telah dibubarkan dan digantikan dengan Sistem Persekutuan. Pada
1896, Pahang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan telah diletakkan di bawah satu
pemerintahan pusat yang bertempat di Kuala Lumpur dan negeri tersebut dikenali
sebagai Negeri Melayu Bersekutu.

Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis telah jatuh di bawah


penguasaan Inggeris selepas termeterainya Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909,
apabila Kerajaan Siam telah bersetuju menyerahkan haknya ke atas Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada Inggeris, manakala Johor pula hanya
bersetuju menerima seorang Residen menjelang awal 1914. Negeri-negeri ini
kemudian digabungkan sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah
berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-
negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah
negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Melalui Perjanjian Bangkok 1909
itu , kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut
telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson, iaitu Gabenor Negeri-
negeri Selat dan Setiausaha Luar Negeri Siam.

Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan


Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula
dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan
Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-
diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah
mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak
Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh
mereka kepada rakyat Tanah Melayu sejak mereka mengambil alih pemerintahan
negeri ini dari tangan Jepun berikutan kekalahan Jepun dalam Peperangan Dunia
Kedua. Tidak lama selepas Singapura jatuh ke tangan pihak Jepun, Pejabat Tanah
Jajahan British di London telah mulai membuat suatu kajian tentang masalah yang
harus difikirkan dalam merancangkan masa hadapan Tanah Melayu.

Menjelang 1943, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan telah menyerahkan


suatu memorandum kepada Kabinet Peperangan British yang membentangkan
syarat-syarat umum tentang perlunya perubahan perlembagaan di Tanah Melayu
yang akan diduduki semula. Pada Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan British
bersama-sama dengan Pejabat Perang telah mula membuat rancangan bagi
pembaharuan politik di Tanah Melayu selepas perang. Pada Julai 1944, Unit
Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi menyediakan rancangan ini.
Britain mengambil langkah ini kerana Britain menyedari bahawa mereka tentu akan
menghadapi satu keadaan perubahan politik di Asia Tenggara selepas perang.
Pendudukan Jepun telah menyebabkan penubuhan gerakan nasionalis di tanah-
tanah jajahan. Tambahan pula Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan
Presiden Amerika Syarikat, Roosevelt telah menandatangani Piagam Atlantik pada
Ogos 1941, yang mengisytiharkan prinsip kerajaan sendiri bagi semua negara.
Lama-kelamaan Britain diharap akan memberi kemerdekaan kepada tanah
jajahannya setelah Britain kembali ke Asia Tenggara.

Rancangan Malayan Union itu telah diumumkan dalam Parlimen British pada
10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai W akil Khas Kerajaan
British ke Tanah Melayu. Dia dihantar bagi mendapatkan persetujuan sultan
terhadap rancangan itu. Sultan mestilah menandatangani Perjanjian Malayan Union
bagi membenarkan Britain mengisytiharkan perlembagaan baru itu. Dalam masa tiga
bulan sahaja selepas kedatangannya,MacMichael telah memperoleh tandatangan
kesemua sembilan orang sultan bagi Perjanjian itu. Hanya selepas ini, barulah
Kertas Putih yang mengandungi butiran lanjut tentang perlembagaan Malayan Union
itu diterbitkan pada 22 Januari 1946.

Walau bagaimanapun, kegembiraan MacMichael kerana kejayaan tugasnya


itu tidak kekal lama. Banyak bantahan ditimbulkan oleh orang Melayu. Dia telah
dituduh menggunakan ancaman buang negeri terhadap sultan bagi memaksa
mereka supaya bersetuju. MacMichael juga telah diberi kuasa untuk menyiasat
kesetiaan semua sultan terhadap British semasa pendudukan Jepun. Ini
menyebabkan semua sultan berasa bimbang terhadap kedudukan mereka jika
mereka tidak bekerjasama. Tambahan pula mereka tidak diberikan masa untuk
berunding dengan Majlis-majlis Mesyuarat Negeri. Di samping itu, butiran tentang
perlembagaan baru itu tidak diumumkan kepada orang ramai.

Perlembagaan Malayan Union telah menukar taraf negerinegeri Melayu dari


negeri yang bernaung di bawah tanah jajahan British. Menerusi Malayan Union,
Kerajaan British telah menghapuskan kedaulatan sultan Melayu. Berikut ialah fasal
utama dalam Perlembagaan Malayan Union, iaitu:

1. Kesemua sembilan buah Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat,


Pulau Pinang dan Melaka akan dipusatkan di baw ah kaw alan terus
seorang Gabenor British. Singapura akan kekal sebagai sebuah koloni
yang berasingan dengan Gabenornya sendiri.
2. Seorang Gabenor-Jeneral British akan berkuasa ke atas Malayan Union,
Singapura dan Wilayah-wilayah Borneo.

3. Sultan akan terus memegang jawatan mereka, tetapi kuasa mereka telah
dikurangkan. Sultan boleh mengekalkan hak kuasa tertinggi hanya dalam
hal agama Islam, iaitu sebagai Presiden Majlis Penasihat Melayu di
negerinya sendiri.

4. Negeri-negeri Melayu dan Selat akan mengekalkan Majlis Mesyuarat


Negeri masing-masing untuk menguruskan kerajaan tempatan. Majlis ini
diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat.

5. Gabenor akan memerintah dengan bantuan sebuah Majlis Kerja Kerajaan


dan sebuah Dewan Perundangan. Sebuah Majlis Penasihat Sementara
dengan ahli yang dilantik oleh Gabenor akan bertugas sehingga Majlis dan
Dewan tersebut ditubuhkan. Gabenor akan mempunyai kuasa pembatalan
yang besar dalam Majlis Penasihat ini.

6. Kewarganegaraan akan diberi kepada golongan yang tertentu, dengan


tidak memasukkan warganegara Jepun.

Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah dilancarkan di


seluruh negara tetapi tidak secara tersusun. Beberapa pandangan telah
dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan
Union. Kemuncak daripada saranan akhbar Majlis pada 1 Mac 1946 satu
persidangan pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk
menyatupadukan orang Melayu. Persidangan tersebut berjalan dari 14 Mac 1946
dan telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Hasil daripada pertemuan
tersebut satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan satu gabungan yang
dikenali sebagai Kongres Melayu SeMalaya dan Dato Onn bin Jaafar telah dilantik
sebagai pengerusinya.
Kerajaan British telah berazam untuk melaksanakan Malayan Union pada 1
April 1946. Tetapi apabila tiba saat perlantikan Gabenor Sir Edward Gent di Kuala
Lumpur, tiada seorang Raja-raja Melayu atau ahli Melayu Majlis Penasihat Malayan
Union yang hadir ke upacara tersebut. Kongres Melayu SeMalaya berjaya membuka
jalan untuk orang Melayu menentang Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 satu
persidangan telah diadakan oleh Kongres Melayu SeMalaya di Johor Bahru, apabila
satu jawatankuasa telah dilantik pada awal Mac untuk menggubal satu
perlembagaan menubuhkan satu parti politik baru dan melaporkan hasil kerjanya.
Parti Politik baru itu dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau
PERKEMBAR atau lebih dikenali pada masa ini dalam Bahasa Inggeris sebagai
United Malays National Organisation (UMNO). Dengan ini pada 11 Mei 1946
Kongres Melayu SeMalaya dibubarkan.

UMNO terus mengadakan rapat umum, tunjuk perasaan menentang Malayan


Union. Pemimpin UMNO bergiat menerangkan keburukan Malayan Union ke seluruh
Tanah Melayu dan mendapat sokongan daripada orang Melayu yang menentang
Malayan Union dengan kuat dan hebat manakala orang bukan Melayu yang berada
di Tanah Melayu pula tidak menyokong Malayan Union. Pada Julai 1946, satu
Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan bagi menggubal satu perlembagaan baru yang
boleh diterima oleh orang Melayu untuk melahirkan satu pentadbiran yang cekap
dan menjadi asas kepada perkembangan politik serta perlembagaan di masa
hadapan. Kerajaan British mengambil keputusan melantik 6 orang pegawai
kanannya sebagai anggota Jawatankuasa Kerja untuk berunding dengan 4 orang
wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO. Jawatankuasa tersebut
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (Chief Secretary).

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan


perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima
perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan
Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Terdapat beberapa perubahan
penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Antara pindaan
tersebut adalah tentang jumlah anggota dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Di
samping kelayakan bermastautin sebagai syarat untuk menjadi warganegara
Persekutuan, bilangan tahun turut dikurangkan. Berdasarkan Perlembagaan baru
tersebut, Kerajaan Persekutuan akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi
British yang dilantik oleh kerajaan British, pembentukan sebuah Majlis Perundangan
Persekutuan yang mengandungi 75 peruntukan dan sebuah Majlis Mesyuarat Kerja.

Perlembagaan tersebut juga akan mengandungi sebuah Majlis Raja-raja


Melayu yang akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi, manakala di setiap negeri
akan ditubuhkan Majlis Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan perlu
mendapat perkenan daripada Raja. Majlis negeri juga berfungsi untuk meluluskan
undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam dan istiadat Melayu. Pegawai
Eksekutif yang akan mentadbir negeri-negeri Melayu ialah Menteri Besar.

Sebagai satu langkah ke arah mempunyai kerajaan dan pentadbiran yang


bersendiri tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak, British telah memperkenalkan
Sistem Ahli (Member System) dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan
April 1951. Seramai sembilan ahli yang telah dilantik dalam Majlis tersebut dan telah
diberikan tanggunjawab untuk menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan
kerajaan dan ahli yang telah menjalankan kewajipan ini telah dianggap sebagai
`menteri’ yang menjalankan tugas pentadbiran negara dan sebagainya. Tujuan
sistem ahli ini untuk melatih penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
Antara mereka ialah:

a. Dato' Onn bin Jaafar Ha~EhwaI Dalam Negeri


b. Dr. Lee Tiang Keng Kesihatan
c. Dato',E.E.C. Thuraisingham Pelajaran
d. Dato' Nik Ahmad Kamil Kerajaan Tcmpatan, Perumahan dan
Perancang Bandar
e. Kolonel H.S. Lee Pengangkutan
f. Dr. Ismail Abdul Rahman Hasil Bumi [Sumber Alam]*
g. Mustafa Albakri Hassan Perhubungan Industri dan Masyarakat
h. V.M.N. Menon Pos dan Telekom

Mereka adalah warganegara Tanah Melayu yang awal dilatih menjalankan tugas
bertaraf menteri yang dilantik oleh kerajaan British sehinggalah pilihanraya Majlis
Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
Selepas diperkenalkan Sistem Ahli, British memperkenalkan pula sistem
pilihan raya sebagai latihan bagi demokrasi berparlimen. Pilihanraya pertama
diadakan pada tahun 1951 ialah Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang. Pada tahun
1952 Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan - UMNO & MCA
bergabung jadi Parti Perikatan. Parti Perikatan memenangi 9 daripada 12 kerusi.
Pada tahun 1955 - pilihanraya Umum pertama diadakan- MIC sertai Perikatan -
memenangi 51 daripada 52 kerusi. Baki kerusi dimenangi oleh PAS. Dengan
kemenangan ini, Parti Perikatan telah memperolehi kesempatan secara langsung
untuk memainkan peranan membentuk sebuah kabinet dengan diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri yang pertama, merangkap Menteri Hal-
Ehwal Dalam Negeri. Kabinet Perikatan terdiri daripada 10 orang menteri dari
UMNO, 3 dari MCA dan 1 dari MIC.

Namun, kemerdekaan sepenuhnya belum lagi tercapai. Pegawai-pegawai


Inggeris masih lagi menguasai pemerintahan Tanah Melayu. Perkara yang menjadi
impian rakyat Tanah Melayu setelah Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
yang dipertandingkan ialah kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi
dengan saluran perlembagaan. Selain itu kemerdekaan Tanah Melayu juga
hendaklah diperolehi dalam masa dua tahun selepas pilihanraya tersebut. Impian
penduduk juga ialah tidak mahu lagi duduk lagi di bawah pemerintahan penjajah
British.

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London
untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu.
Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil
Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil
Perikatan dan Rajaraja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba
di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari
1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan
Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.
Persekutuan tersebut akan menjadi ahli Komanwel dan berasaskan prinsip
demokrasi berparlimen. Hasil perundingan London, kerajaan British akhirnya
bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957.
Persidangan di London juga mempersetujui tentang pembentukan sebuah
suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang
berdaulat dan merdeka. Hasilnya, dalam bulan Mac 1956, satu Suruhanjaya
Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Lord Reid telah dibentuk. Suruhanjaya ini
turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En.
Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan
Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat
dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini
dibuat dengan mengambil kira dan menjamin kedudukan serta martabat semua
sultan sebagai pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing. Suruhanjaya
ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah
kaum-kaum lain. Dalam masa setahun dari tarikh pembentukannya, Suruhanjaya ini
telah berjaya merangka sebuah perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan
tinjauan dan memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada dari
parti politik, pertubuhan dan orang perseorangan.

Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum yang dike mukakan oleh
parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang
bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti
Perikatan. Memorandum yang dike mukakan merupakan memorandum yang bersifat
tolak ansur. UMNO telah bersetuju menerima prinsip jus soli iaitu pemberian
kewarganegaraan bagi mereka yang dilahirkan selepas kemerdekaan dan bersetuju
supaya kelayakan-kelayakan yang lebih longgar diberikan kepada orang bukan
Melayu yang dilahirkan sebelum merdeka. MCA dan MIC telah bersetuju untuk
menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi.

Suruhanjaya Reid telah mengumumkan satu Rang Perlembagaan bagi


Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rang
Perlembagaan ini telah dikaji semula oleh sebuah Jwatankuasa Kerja (Working
Commitee) yang terdiri daripada 11 orang. Rang Perlembagaan yang dipinda telah
diluluskan oleh Majlis Perudangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dan
penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor pada
31 Ogos 1957. Pada hari berkenaan, Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi
Perdana Menteri yang pertama dan anggota-anggota Jemaah Menteri Perse kutuan
Tanah Melayu turut diumumkan. Sementara itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong pertama. Dalam tahun 1957 juga, Tanah Melayu telah diterima menjadi
anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-82.

You might also like