You are on page 1of 12

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman berasaskan Sekolah pada kali ini adalah berkenaan dengan


subjek major saya iaitu Reka bentuk dan Teknologi atau dikenali sebagai subjek
Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Pada kali ini sekolah yang telah saya lawati
ialah Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Apabila menjejakkan kaki di situ, saya merasakan sekolah tersebut mempunyai iklim
sekolah yang baik serta berjaya mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar.

Tugasan yang pertama ialah mendapatkan maklumat mengenai struktur


organisasi sekolah. Apakah itu organisasi?. Di dalam buku yang bertajuk Prinsip-
Prinsip Asas Kurikulum dan Pembelajaran, organisasi merupakan perkara utama
yang dilihat berperanan penting dalam perkembangan kurikulum kerana organisasi
amat mempengaruhi kecekapan pengajaran dan darjah perubahan pendidikan yang
besar ke atas murid-murid. Oleh itu, pembinaan organisasi merupakan unsur yang
penting kerana dengan adanya organisasi yang mantap, pelaksanaan akan menjadi
licin dan berkesan. Struktur organisasi di sekolah adalah sangat penting bagi
menjalankan aktiviti pembelajaran. Organisasi sudah semestinya dipimpin oleh
ketua yang sememangnya layak untuk memimpin. Susun atur organisasi
seharusnya mantap serta mengikut bidang tugas yang telah
dipertanggungjawabkan. Antara senarai jawatan dan tugas yang telah dinyatakan
ialah :

 Guru Besar
Antara bidang tugas Guru Besar adalah bertanggungjawab terhadap
pentadbiran pengurusan dan ikhtisas sekolah, membuat keputusan dalam
pelbagai hal yang berkaitan dengan sekolah, lembaga pengurusan sekolah,
bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah mengikut polisi
Kementerian Pendidikan Malaysia, merancang semua bidang tugas dan
gerak kerja di sekolah, ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha
kakitangan dan pelajar di sekolah, ketua bimbingan kepada semua
kakitangan, guru dan bukan guru, pengerusi jawatan kuasa kurikulum
sekolah, pengerusi lembaga tatatertib kakitangan sekolah, pengerusi lembaga
tatatertib pelajar sekolah, pengerusi jawatankuasa kokurikulum sekolah,
bertanggungjawab kepada kewangan dan akaun sekolah, pendaftaran
persatuan/ kelab.

 Guru Penolong Kanan I


1.Bidang Tugas
- Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
- Bertanggungjawab kepada Guru Besar terhadap hal ehwal kurikulum.
- Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk yang mempunyai sidang petang.
- Membantu Guru Besar menyelia dan menilai P&P di sekolah.
2. Senarai Tugas
- Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
- Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan
Tahunan.
- Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
- Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi
pendidikan dan pusat sumber.

 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


1. Bidang Tugas
- Menjalankan tugas-tugas Guru Besar Dan GPK 1 semasa ketiadaan
mereka
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
- Bertanggungjawab kepada Guru Besar terhadap hal ehwal murid
- Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-
sekolah yang mempunyai sesi petang.
- Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
- Membantu GB dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
1. Bidang Tugas
- Menjalankan tugas-tugas Guru Besar, GPK 1, GPK 2 semasa ketiadaan
mereka.
- Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan GB
- Bertanggungjawab kepada GB di dalam semua aspek pengurusan
Kokurikulum di sekolah.
- Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.
- Membantu GB di dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
- Menyusun dan menyelaras kegiatan kokurikulum
- Menyediakan belanjawan kokurikulum.
- Menguruskan alatan dan kemudahan kokurikulum.
- Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggarakan dengan baik

2. Senarai Tugas
2.1 Sukan dan Permainan
- Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan
- Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan
- Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
- Menyelaras aktiviti pertandingan di dalam dan luar sekolah.
2.2 Unit Beruniform
- Merancang kegiatan badan unit beruniform
- Mengurus pemilihan peserta
- Menyelia dan menyelaraskan aktiviti unit beruniform.

2.3 Persatuan dan kelab


- Merancang kegiatan
- Urus pemilihan peserta pertandingan
- Menyelia kegiatan Persatuan dan Kelab

Setiap panitia di sekolah mempunyai organisasinya yang tersendiri.


Tujuannya juga sama iaitu pembahagian jawatan dan bidang tugas masing-
masing. Ketua panitia Kemahiran Hidup dilantik oleh Guru Besar / Pentadbir
Sekolah yang secara rasmi bertanggungjawab untuk memimpin guru mata
pelajaran KHSR. Setiap Ketua Panitia secara automatik menjadi AJK Kurikulum
Sekolah. Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Panitia Kemahiran Hidup Sekolah
Kebangsaan Panglima Adnan telah diterajui oleh Encik Mohd Hanapiah Bin Mat
Juda. Beliau telah di bantu oleh beberapa orang guru mata pelajaran Kemahiran
Hidup yang lain demi memastikan pengurusan dan pentadbiran subjek Kemahiran
Hidup sekolah tersebut berjalan dengan lancar dan pembelajaran dapat dijalankan.
Menurut beliau, tugas ketua panitia antaranya ialah :
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan
bahan KHSR.
b. Menyemak dan mengemas kini stok bengkel KHSR dari segi keperluan
peralatan dan bahan sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan bengkel yang rosak atau hilang untuk tujuan
hapus kira dan pelupusan.

d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan dan bahan dan manual /


carta mengikut prosedur dan bersistem.
e. Merancang dan menyediakan pelan tindakan keselamatan semasa
kecemasan.
f. Merancang dan menyediakan dan memastikan peraturan keselamatan
bengkel dipatuhi.
g. Merancang dan menyediakan latihan kecemasan dan kebakaran dalam
bengkel.
h. Menyediakan kelengkapan pencegahan kebakaran serta jadual
penyenggaraan.
i. Menyediakan kit pertolongan cemas yang lengkap. .
j. Menyemak dan mengemas kini rekod pinjaman peralatan dan bahan.
k. Mengurus penyenggaraan dan pemeriksaan alatan tangan, perabot
dan bahagian bangunan. .
I. Menyemak dan mengemas kini rekod penggunaan bengkel.
m. Memastikan keadaan fizikal bengkel dan kemudahan asas yang lain
berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
n. Memastikan bengkel sentiasa bersih, ceria dan selamat.
o. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan eleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
q. Merancang dan mengendalikan peperiksaan / ujian.

Seterusnya ialah tugasan guru mata pelajaran KHSR. Semua guru KHSR
adalah merupakan anggota panitia KHSR. Tugas guru KHSR adalah seperti
berikut:
a. Mematuhi jadual penggunaan bengkel.
b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan
bengkel.
c. Memastikan bengkel sentiasa bersih, ceria dan selamat.
d. Memastikan keperluan alatan dan bahan yang akan digunakan dalam P&P
sentiasa mencukupi serta dikemas kini.
e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan supaya digunakan dengan
betul, cermat dan jimat.
f. Membantu Ketua Panitia menjalankan kerja-kerja merekod, menyemak dan
mengemas kini stok serta inventori.
g. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Pentadbir
Sekolah.

Seterusnya berkenaan dengan pengurusan bengkel dan keselamatan yang


menjadi elemen penting dalam proses penyampaian pembelajaran kepada pelajar.
Setelah berbincang serta mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia Kemahiran
Hidup, beberapa perkara telah dinyatakan. Pertamanya saya ingin memperkatakan
mengenai pengurusan bengkel iaitu perancangan perbelanjaan, pengurusan
inventori dan stok, penyenggaraan bengkel dan susun atur mesin. Menurut ketua
panitia KH sekolah tersebut, beberapa garis panduan yang telah ditetapkan dalam
proses untuk memohon membeli keperluan dan kemudahan bengkel. Perkara yang
utama perlu dilakukan sebelum membuat pesanan ialah perancangan pembelian
peralatan dan bahan Kemahiran Hidup. Pihak pentadbir sekolah akan mengenal
pasti jenis serta bilangan peralatan dan bahan yang perlu dibeli mengikut
kepentingan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan tersebut perlulah
mengambil kira beberapa perkara iaitu :
a. Jenis, kualiti dan kuantiti peralatan yang diperlukan
b. Bahan dan peralatan baru yang diperlukan
c. Kadar PCG bagi aktiviti KHSR, Reka cipta dan mata pelajaran vokasional.

Menurut beliau lagi proses untuk memohon membeli barang perlu mengikuti
beberapa prosedur pembelian. Pertama ialah mengisi borang untuk membuat
pesanan. Kemudian borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Besar
untuk disahkan. Seterusnya pemilihan barang melalui katalog oleh pembekal
barangan. Pemeriksaan barang pesanan hendaklah dilakukan oleh ketua panitia.
Apabila barang yang dipesan telah sampai, rekod pembelian barang dimasukkan di
dalam buku stok dan borang Daftar Harta Modal OS 35000 (KEW.PA-4) [ KEW.312
dan 312B/A ] dan Daftar Inventori (KEW.313), OS 35000 (KEW.PA-5).

Kelengkapan bengkel merupakan salah satu aspek penting yang perlu


diambil perhatian bagi membantu objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
Bengkel Kemahiran Hidup yang lengkap sudah semestinya memberi kelebihan
kepada guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

Antara kelengkapan yang perlu ada di dalam bengkel Kemahiran Hidup ialah
alatan tangan, bahan projek, perabot dan bahan bantu mengajar. Selain daripada
kelengkapan tersebut, kelengkapan bengkel juga perlu mengambil kira matlamat
dan objektif Kemahiran Hidup seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran seperti penyediaan akuarium dan alat keselamatan di
dalam bengkel.

Di samping itu juga, kelengkapan bengkel akan menjadi lebih sempurna


seandainya, bengkel dapat dilengkapi dengan kemudahan komputer, LCD projektor
dan internet. Ini bertujuan untuk mendorong guru dan murid dapat mengakses
maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam aktiviti dan pembelajaran.
Fungsi bengkel Kemahiran Hidup ini juga merangkumi peranannya sebagai sumber
ilmu. Selain digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, bengkel ini juga boleh berperanan sebagai pusat sumber, bilik
pameran dan bilik bengkel. Ini menjadikan bengkel Kemahiran Hidup sebagai pusat
pengajaran dan pembelajaran pelbagai maklumat yang terkini.
Seterusnya, berkenaan dengan keselamatan di dalam bengkel. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran secara ‘hands on’ di mana
semua pelajar tahap dua menjalankan kerja-kerja amali. Amali ini dilakukan di bilik
khas, ruang atau meja kerja. Banyak alatan dan bahan perkakasan yang digunakan
semasa melakukan aktiviti kerja. Oleh itu, suatu garis panduan keselamatan perlu
disediakan. Aspek keselamatan perlu diutamakan sebelum, semasa, atau selepas
menjalankan aktiviti amali. Oleh itu, pihak pengurusan bengkel perlulah mematuhi
beberapa garis panduan yang telah disediakan. Terdapat dua bahagian peraturan
keselamatan iaitu Peraturan Keselamatan Am dan Peraturan Keselamatan Diri.

Peraturan Keselamatan Am adalah seperti berikut :

• Masuk bengkel mestilah dengan kebenaran guru.


• Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel.
• Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
• Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat.
• Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak
digunakan.
• Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat 'asalnya
setelah digunakan,
• Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bengkel kecuali dengan
kebenaran guru.
• Kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru, ketua
panitia atau guru besar.
• Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam Buku Rekod Kemalangan.
• Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.
• Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.

Peraturan yang kedua ialah Peraturan Keselamatan Diri


• Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.
• Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel
• Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang bertutup.
• Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau diikat hujung tudung bagi
murid dan guru perempuan.
• Fahami dengan betul sebelum memulakan kerja dan mendapat bimbingan
guru sekiranya terdapat sebarang keraguan.
• Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
• Cuci tangan selepas bekerja.

Bagi memudahkan tugas guru di dalam bengkel, beberapa pelajar boleh dilantik
untuk beberapa tugas seperti formen, penolong formen, dan kumpulan.

1. Formen
Fomen merupakan seorang murid yang dilantik sebagai ketua bengkel oleh guru
mata pelajaran KHSR yang mengajar kelas tersebut. Antara tugas fomen adalah
seperti berikut:
a. Membantu guru mengendalikan aktiviti kelas.
b. Memastikan murid mematuhi peraturan dan! disiplin di bengkel.
c. Memastikan semua alat yang digunakan cukup bilangannya dan dikembalikan
ke tempat asal.
d. Membantu guru memastikan bengkel berkeadaan bersih dan selamat.
e. Melaporkan segera kepada guru jika berlaku kemalangan .

2. Penolong Fomen
Penolong fomen merupakan seorang murid yang dilantik oleh guru mata pelajaran
KHSR untuk menjalankan tugas sebagai penolong ketua bengkel bagi kelas
murid tersebut. Antara tugas penolong fomen adalah seperti berikut:

a. Membantu fomen menjalankan tugasnya


b. Mengambil alih tugas fomen apabila fomen tiada di bengkel.
c. Memastikan semua alat yang digunakan cukup bilangannya dan dikembalikan
ke tempat asal.
d. Memastikan tugas-tugas kumpulan dipatuhi dan dilaksanakan dengan
sempurna.
e. Melaporkan kepada guru atau fomen segala kemalangan dari yang berlaku
atau terdapat kerosakan / kehilangan alatan dalam sesuatu kumpulan.
3. Ketua Kumpulan
Ketua kumpulan merupakan seorang murid yang dilantik oleh guru mata pelajaran
KHSR untuk menjalankan tugas dan bertanggungjawab sebagai ketua dalam
kumpulannya. Antara tugasan ketua kumpulan ialah:

a. Mengambil dan mengagihkan kepada ahli kumpulan.


b. Memastikan ahli kumpulan sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan serta
arahan guru.
c. Melaporkan kepada guru atau fomen I, penolong fomen segala kemalangan,
kerosakan atau kehilangan alatan dalam kumpulannya.
d. Menjadi wakil kepada kumpulannya sekiranya terdapat pembentangan yang
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan
e. Memastikan alatan yang dikembalikan berfungsi, berkeadaan sempurna dan
cukup bilangannya.

Kepentingan yang terakhir ialah melakukan penyenggaraan di dalam bengkel.


Di dalam bengkel, terdapat kemudahan ruang pembelajaran, ruang penyimpanan
alatan dan bahan, ruang pameran serta perabot. Oleh itu penyenggaraan perlu
dilakukan untuk mengelakkan kemalangan, supaya peralatan dapat berfungsi
dengan baik, kerosakan alatan dapat dielakkan, susunan perabot dan peralatan
sentiasa kemas. Penyenggaraan bengkel adalah penting untuk memastikan
peralatan dan bahan di dalam bengkel berada dalam keadaan baik serta boleh
digunakan. Penyenggaraan bengkel kemahiran hidup ini merangkumi kerja-kerja
menyenggara bengkel, peralatan dan bahan supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan secara berkesan.

Penyenggaraan peralatan dan bahan dilaksanakan dengan menyemak dan


memeriksa bekalan yang ada.lni bertujuan untuk memastikan peralatan berfungsi
dengan baik dan peralatan serta bahan mencukupi atau masih boleh digunakan.
Keperluan peralatan atau bahan yang terkini juga boleh diambil kira semasa
penyenggaraan ini dilakukan.
Kerja penyenggaraan yang perlu dilakukan berdasarkan kepada keperluan.
Namun begitu, bagi memudahkan dan membantu guru melakukan kerja
penyenggaraan, jadual berkala atau jadual tug as perlu disediakan. Kerja
penyenggaraan dapat dibahagikan kepada dua kategori.

a. Kerja penyenggaraan untuk tempoh jangka panjang.

Kerja penyenggaraan yang perlu dilakukan secara jangka panjang adalah


lebih tertumpu kepada menyenggara perabot, alatan tangan dan bangunan. Antara
kerja-kerja yang perlu dilakukan adalah seperti meminyaki alatan tangan, meminyaki
kerangka tingkap atau engsel pintu dan mengecat dinding bengkel.

b. Kerja penyenggaraan untuk tempoh jangka pendek.

Antara kerja penyenggaraan yang perlu dijalankan secara jangka pendek


adalah seperti memastikan kebersihan bengkel. dan juga susunan meja dan kerusi
sentiasa teratur sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu,
alatan dan bahan juga hendaklah sentiasa dalam keadaan tersusun selepas
digunakan.

Bengkel Kemahiran Hidup tidak ada pembantu bengkel. Oleh itu, tugas
menjalankan kerja penyenggaraan di bengkel adalah menjadi tanggungjawab guru
yang mengajar Kemahiran Hidup. Guru Kemahiran Hidup perlu memainkan peranan
utama untuk menyenggara bengkel dan melatih murid untuk turut serta dalam
melakukan kerja-kerja penyenggaraan. Guru perlu peka terhadap sebarang
permasalahan yang timbul di dalam bengkel yang memerlukan tindakan segera.
Sebagai contoh, kerosakan pendawaian elektrik di dalam bengkel boleh
membahayakan guru dan murid. Adalah menjadi tugas guru untuk melaporkan
perkara tersebut kepada pihak pentadbiran sekolah supaya dapat diambil tindakan
segera. Kontraktor elektrik yang bertauliah hendaklah dipanggil bagi mengatasi
masalah tersebut.
Seterusnya adalah berkenaan dengan kurikulum yang telah dibentuk bagi
Kurikulum KHSR. Sukatan pelajaran yang telah dihasilkan adalah sangat sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, rohani, sosial, emosi dan mental. Ini kerana, sukatan
pelajaran bagi KHSR terdiri daripada dua cabang iaitu Reka bentuk dan Teknologi
dan Keusahawanan. Melihat pada sukatan yang telah dibuat ini, mata pelajaran
Kemahiran Hidup adalah penting kerana pelajar berpeluang untuk mengadaptasi
segala isi pelajaran di dalam kehidupan seharian. Ditambah pula dengan
penambahbaikan sukatan yang sentiasa dilakukan mengikut keperluan semasa
serta perkembangan teknologi dunia.

Pada pendapat saya, mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah begitu penting
diajar di sekolah rendah kerana ia memberi pengenalan serta pengetahuan asas
kepada pelajar berkenaan dengan perkara yang dilakukan seharian dan teknologi.
Jika dahulu, sesetengah pihak memandang negatif terhadap mata pelajaran ini,
tetapi sekarang ia telah menjadi subjek yang penting untuk dipelajari. Mempelajari
mata pelajaran Kemahiran Hidup sebenarnya suatu perkara yang menyeronokkan
jika strategi penyampaian yang digunakan oleh guru menarik perhatian pelajar.
Ditambah pula banyak amali yang dijalankan dapat mengurangkan kebosanan dan
menambahkan kemahiran dan pengetahuan mengendalikan alat. Mungkin kurikulum
yang ada sekarang ini boleh di naik taraf lagi serta dilakukan penambahbaikan
kerana perkembangan teknologi sentiasa berlaku dan kurikulum ini juga perlu
disesuaikan dengan keadaan semasa.

Dengan beberapa cabaran semasa yang dihadapi seperti ketidakrelevanan


sukatan pelajaran, sukatan pelajaran yang terlalu berat atau pihak sekolah yang
memandang ringan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dan beberapa isu-
isu yang timbul, saya harap pihak Pembangunan Kurikulum dapat melakukan
penambahbaikan terhadap kurikulum ini dan mungkin subjek ini perlu di ajar pada
tahap satu bermula darjah tiga di sekolah rendah dan beberapa strategi lain yang
boleh meningkatkan keberkesanan pembelajaran subjek ini. Bagi melihat
keberkesanan sesuatu kurikulum yang dibentuk, ia sudah semestinya mengambil
masa dan tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang dekat. Oleh itu, penilaian yang
telah dibuat menjadi penanda aras bagi keberkesanan mata pelajaran ini.
Kesimpulannya, mata pelajaran KHSR ini memberi kesan positif kepada
kehidupan seharian murid. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan untuk
meneruskan mata pelajaran ini di ajar di sekolah. Rasionalnya, ia membantu
kehidupan seharian murid serta dapat menambahkan pengalaman murid. Harapan
saya ialah supaya kurikulum yang sedia ada ini dibuat penambahbaikan serta
memasukkan sukatan pelajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran pelajar.
Sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan negara kita sebagai
negara industri atau negara pertanian dan lain-lain lagi kerana subjek ini
merangkumi kesemuanya.

You might also like