You are on page 1of 38

BAHAGIAN 1

1
1.1 PENGENALAN

Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn


Khaldun (1332-1406M) pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya, Mukaddimah. Ibn
Khaldun. Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai
satu istilah yang sesuai bagi melambangkan sebuah kegemilangan. Ia membezakan
manusia yangbertamadun dengan kelompok manusia yang tidak bertamadun atau
dikenali sebagai barbarian (orang gasar). Perkataan tamadun tidak boleh dipisahkan
dengan perkataan kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kepentingan mempelajari
subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini ialah untuk memupuk dan
memperkukuh identiti diri sebagai warganegara yang baik serta mengambil iktibar
daripada tamadun-tamadun terdahulu. Melalui pengetahuan dan penghayatan
peradaban manusia, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan
negara serta hubungannya dengan dunia dalam usaha mewujudkan perasaan
bangga dan cinta terhadap tanah air, semangat kekitaan dan perpaduan serta
persefahaman antarabangsa. Di samping itu, subjek ini juga bermatlamat untuk
melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan
ilmunya, yang mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah
bagi membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya,merangkumi aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek. Subjek ini juga bertujuan untuk membekalkan
pelajar dengan satu pemahaman komprehensif mengenai sejarah,pandangan dunia
serta prinsip, nilai dan aspek penting dalam tamadun Islam dan Asia. Pendedahan
ilmiah mengenai agama, budaya dan pencapaian unggul di dalam pelbagai aspek
kehidupan bertamadun menjadikan pelajar yang bakal menjadi pemimpin, pentadbir
dan ahli professional sebagai masyarakat yang lebih berpengetahuan dan peka
akan isu-isu ketamadunan yang boleh menyumbang kepada pemupukan dan
penghayatan budaya hormat dan toleransi antara agama dan bangsa, dan
perpaduan negara. Kesimpulannya, pengenalan subjek TITAS ini mempunyai
matlamat dan objektif tersendiri yang akan melahirkan semangat kerjasama, saling
menghormati dan bertoleransi dalam apa jua keadaan.

2
1.2 PERMASALAHAN

Peristiwa 13 Mei 1969


menggugat perpaduan
kaum di Malaysia.

3
BAHAGIAN 2

4
2.1 DEFINISI TAMADUN

Rajah 1- Definisi Tamadun

2.1.1 DARI SEGI BAHASA

Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan perkataan madain atau


mudun atau madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya dua istilah yang sering


digunakan untuk maksud tamadun iaitu “tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua
istilah ini bukanlah kata asal Bahasa Melayu tetapi merupakan kata pinjaman
daripada perkataan Arab (Ahmad Zaki dkk, 2009: 3). Menurut Kamus Dewan pula,
tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban sementara maksud
peradaban merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan). Istilah
beradab juga ditakrif sebagai telah maju tingkat kehidupan dari segi jasmani dan
rohani, iaitu bertamadun. (Kamus Dewan, 2005: 1583)

5
Jika dilihat definisi tamadun dalam Bahasa Inggeris pula, tamadun dapat
didefinisikan dengan perkataan civilization yang berasal dari Greek di mana civitas
membawa maksud bandar.

Dari segi Bahasa Arab pula, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkaitkan
dengan maksud tamadun iaitu ‘umran (‫)عمران‬, hadharah (‫)حضارة‬, madinah (‫ )مداني‬dan
madaniah ( ‫)مدنية‬.

Istilah ‘umran merupakan istilah yang mula-mula digunakan untuk maksud


tamadun. Tokoh yang menggunakan istilah ini ialah Ibn Khaldun (1332-1406M) yang
berasal dari Tunisia. Professor Rosenthal menterjemahkan ‘umran sebagai
urbanization (perbandaran) dan civilization (tamadun). Istilah ‘umran bermaksud
membangun dan memakmurkan bandar. Istilah hadharah pula bermaksud
kehidupan menetap (sedentary life). Hadharah juga bermaksud suatu wilayah,
daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan tanah yang ditanami.
Istilah tamadun pula berasal daripada perkataan madana yang bermaksud membina
dan membangunkan bandar. Selain itu, istilah madinah berasal daripada perkataan
madana, jamaknya pula ialah mudun atau mada’in yang bererti bandar-bandar. Dari
segi istilah madaniyyah pula, istilah ini bermaksud bandar dan kehidupan bandar.
(Saifullah Mohd. Sawi, Samsu Adabi Mamat, 2009: 18)

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kepelbagaian istilah


dan rangkaian pengertian yang digarap untuk menerangkan definisi tamadun tidak
banyak perbezaannya walaupun istilah dan rangkai kata yang digunakan adalah
berbeza-beza.

2.1.2 DARI SEGI ISTILAH

2.1.2.1 PANDANGAN SARJANA ISLAM

Menurut Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tamadun membawa maksud kehalusan


adat atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan
yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran
serta penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang
bahagia. Maksud tamadun dari segi istilah menurut Ibn Khaldun pula ialah

6
kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan
suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri. Abu Nasir al-Farabi telah
memperkenalkan istilah al-Madaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-
Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu
negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang
digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan
wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak. Berbeza pula dengan pendapat Syed
Muhammad Naquib al-Attas yang mengatakan bahawa tamadun ialah keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. (Ahmad Zaki dkk, 2009: 13)

2.1.2.2 PANDANGAN SARJANA BARAT

Sarjana Barat turut mempunyai pandangannya sendiri tentang definisi


tamadun dari segi istilah. Darcy Riberio, dalam bukunya, The Civilization Process
berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan
perbandaran. Clive Bell pula menjelaskan di dalam bukunya, Civilization and Old
Finds bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti tamadun
merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian
sesuatu tamadun. Berbeza pula dengan Karl Wittfogel dalam bukunya, Approaches
to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara
keseluruhan daripada sesuatu negara. Arnold Toynbee pula mendefinisikan
tamadun sebagai sebuah sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen iaitu
ekonomi, politik, pengetahuan dan seni. (Azam Hamzah, 2009: 10).

2.1.2.3 PANDANGAN TOKOH MELAYU

Menurut Abu Bakar Hamzah (1972), tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir
dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-
perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang merupakan niskala
(abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Bagi Wan Hashim Wan Teh
(1997) pula, tamadun bermaksud pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya
dalam aspek budya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian,

7
tatasusila iaitu adab, budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud
dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratis. Termasuk dalam konsepsi
tamadun ialah kemajuan dalam pengurusan ekonomi dan perdagangan serta
peningkatan dalam teknologi yang berkemampun meningktkan keselesaan hidup
manusia. (dipetik daripada http://www.titas-haba.blogspot.com, pada 25/2/2011)

2.2 TEORI TAMADUN YANG MENYOKONG ISU 13 MEI 1969

2.2.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS KELAHIRAN SESEBUAH TAMADUN

2.2.1.1 SOSIOEKONOMI

Sesebuah tamadun manusia terbina berdasarkan beberapa prinsip asas


seperti sosioekonomi, dimana kehidupan manusia yang menetap disesuatu tempat
seperti yang disentuh di dalam bahagian etimologi tamadun yang merujuk kepada
pengertian tamadun itu sendiri yang menjadi prinsip paling asas yang membolehkan
manusia menjalani kehidupan seharian lebih sistematik. Menurut Wan Abdul
Rahman Latif (1996:16-7), kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan
pertumbuhan ekonomi sehingga meninggalkan pula kesan kepada pertambahan
jumlah penduduk, sistem sosial, pengkhususan kerja, pengelasan masyarakat dan
sebagainya. Pola perkembangan ini lebih jelas lagi dapat difahami melalui skema
berikut:
Kehidupan menetap

Pertumbuhan ekonomi

Peningkatan hasil pengeluaran

Pertambahan jumlah penduduk

Kepimpinan dan susun lapis sistem sosial

Pengkhususan kerja dan hasil kerja

Pertukaran hasil kerja

8
[Rajah diubahsuai daripada Wan Abdul Rahman Latiff (1996)]
Secara kritis, pola perkembangan faktor kependudukan dan faktor sumber
yang dibincangkan ini mungkin berbeza antara sebuah tamadun dengan tamadun
yang lain. Namun begitu, dalam penelitian yang lebih khusus, sekurang-kurangnya
prinsip ini memang wujud dan menjadi asas serta memainkan peranan penting
apabila dikaitakan dengan prinsip-prinsip asas yang lain. (Wan Abdul Rahman Latif
(1996:16-7). Dalam pada itu, menerusi aspek sosioekonomi maka akan wujud
kesepaduan antara rakyat yang berbilang kaum menerusi pergaulan dalam
kehidupan yang menetap di suatu kawasan yang sama dan juga melalui kerjasama
dalam pengkhususan kerja. Dengan adanya perpaduan antara kaum maka segala
tugasan dan urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berbagai-bagai idea
dapat dikembangkan. Kerjasama pelbagai kaum dalam sesebuah sosioekonomi
mampu mewujudkan kefahaman antara satu dengan yang lain yang akhirnya
membawa kepada kesepaduan. (Wan Abdul Rahman, 1996:12)

2.2.1.2 INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM

Interaksi manusia dan alam mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam


dan pengalaman kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan
manusia lain. Walau sekuat mana ketahanan diri seorang manusia, paling minimum
dia memerlukan ibu dan bapa atau seorang teman. Interaksi dengan alam mestilah
dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar
dan luas untuk dinisbahkan kepada sebuah masyarakat apalagi kepada tubuh badan
seorang manusia. Justeru, pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha
dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi dengan alam akhirnya akan
membawa manusia semakin memahami berkenaan kelahiran tamadun. Interaksi
manusia dan alam yang pelbagai mewujudkan keindahan dalam pembentukan
sesebuah tamadun itu. Menerusi interaksi yang pelbagai ini maka akan wujud
perkongsian ilmu antara manusia. Daripada perkongsian ilmu dan pertukaran idea-
idea ini maka perpaduan antara manusia yang berbeza kepercayaan dan
kefahaman dapat dijalinkan. (Wan Abdul Rahman, 1996:13)

9
2.2.1.3 DAYA KREATIVITI MANUSIA

Daya kreativiti manusia diambil kira dalam memenuhi tuntutan kehidupan dan
menjadi prinsip asas dalam kelahiran sesebuah tamadun. Pengalaman manusia
berinteraksi dengan alam mengajar manusia menjadi kreatif. Apa-apa yang
diperhatikan daripada tindak tanduk haiwan yang tidak berakal tetapi tahu
bagaimana mengurus kehidupan seperti mencari makanan, mencari tempat
perlindungan, berkongsi kasih sayang, adalah contoh yang memungkinkan manusia
mengasah, memupuk dan membina daya kretivitinya secara sistematik. Daripada
segi hakikat kejadian, manusia dibekalkan oleh Allah SWT dengan unsur-unsur
kreativiti iaitu pancaindera bagi mengumpul maklumat, akal, dan perasaan bagi
menilai maklumat yang dinilai. Dengan kreativiti itu, manusia merangka
pembangunan, mewujudkan kemaslahatan dan mencari jalan mengelakkan
kemudaratan sehingga lahirlah suatu tahap yang dipanggil tamadun. Daya kreativiti
manusia yang pelbagai juga merupakan wadah utama dalam pembentukan
kesepaduan antara kaum. Daya kreativiti ini akan mewujudkan hubungan dua hala
dan interaksi jika diperlukan khususnya dari aspek kaum yang berbeza. Dengan itu,
ilmu dan kemahiran daripada pelbagai kaum ini dapat diperkembangkan. (Wan
Abdul Rahman, 1996:14)

2.2.1.4 PERSAINGAN ANTARA MANUSIA

Kehendak manusia tidak pernah terbatas. Peningkatan usia, perubahan


psikologi dan perubahan cara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi
kehendak manusia yang tidak terbatas itu. Namun, terdapat 2 batasan dalam
memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan manusia terpaksa bersaing untuk
menampungnya; iaitu batasan keupayaan diri yang dimilikinya dan batasan sumber
yang diperlukannya. Batasan-batasan inilah yang menyebabkan manusia terpaksa
bersaing sama ada untuk menampung batasan keupayaan diri ataupun
menambahkan bilangan sumber yang diperlukan itu. Akhirnya persaingan ini
membawa kepada suatu bentuk perkembangan yang bersifat sistematik yang
diorganisasikan secara berstruktur dalam bentuk kepakaran. Justeru, persaingan
yang sihat antara pelbagai kaum mampu mewujudkan perpaduan. Dengan ini,
keamanan dan kesejahteraan negara mampu dikecapi dan peristiwa hitam yang

10
berlaku pada 13 Mei 1969 tidak akan berulang kembali. (Wan Abdul Rahman,
1996:15)

2.2.1.5 PEMINJAMAN KEPAKARAN

Selain daripada itu, peminjaman kepakaran juga menjadi asas dalam


kelahiran tamadun manusia. Oleh kerana manusia memiliki batasan keupayaan diri,
maka manusia sentiasa memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama. Bantuan
kadangkala berbentuk peminjaman kepakaran tertentu yang tidak dimiliki oleh
sesuatu kumpulan masyarakat, tetapi dimiliki oleh kumpulan masyarakat yang lain.
Sebagai contoh dalam perbincangan mengenai etimologi tamadun pada awal
pelajaran ini, Bahasa Melayu meminjam perkataan ‘tamadun’ daripada bahasa Arab
kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam bahasa dan pemikiran orang Melayu.
Menurut Wan Abdul Rahman (1996: 1), berlakunya peminjaman kepakaran antara
golongan manusia yang mewakili daerah yang berbeza membayangkan betapa
manusia dengan kemampuan yang berbeza-beza sentiasa mengutarakan jalan
keluar kepada masalah yang dihadapi. Kepakaran dan kemahiran yang pelbagai
merupakan asas dalam pembangunan negara yang bertamadun. Lebih-lebih lagi
kepakaran dan kemahiran daripada pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini bukan sahaja
membangunkan negara malah keamanan negara juga kukuh kerana wujudnya
perkongsian kepakaran daripada kaum yang pelbagai. (Wan Abdul Rahman,
1996:15)

2.2.2 CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN

2.2.2.1 CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN MENGIKUT SARJANA ISLAM:

2.2.2.1.1 BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Masyarakat bertamadun mengikut pandangan sarjana Islam bukan sahaja


berasaskan pembangunan material tapi merangkumi kerohanian dan moral. Menurut
Ibnu Khaldun, ajaran Islam itu sendiri melahirkan manusia bertamadun dan islam

11
amat menekankan konsep akidah dan pengabdian diri kepada Allah sebagai asas
tamadun. Al-quran itu merupakan mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana
manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penguasa atau khalifah bagi
mentadbir muka bumi sejajar dengan kehendakNya. Kisah-kisah umat terdahulu
yang dinukilkan di dalam al-quran seharusnya dijadikan pedoman bagi umat
manusia terkemudian bagi membina sebuah peradaban yang baik sesuai dengan
kehendak Allah dan selari dengan tuntutan fitrah semula jadi manusia serta alam.
Pengisahan tersebut bertujuan supaya manusia membentuk fasa-fasa tamadun
seiring dengan tuntutan alam tanpa melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Manakala konsep yang diketengahkan oleh Hadis adalah bagi menjelaskan perkara
yang berkaitan dengan perintah dan larangan Allah SWT di dalam al-quran. Ia
menjelaskan tentang cara bagaimana manusia harus mentaati Allah SWT (tauhid),
menjadi manusia yang baik (berakhlak), melaksanakan amanah menerusi sistem-
sistem yang ditentukan oleh Allah SWT serta nilai moral seseorang individu untuk
berurusan sesama manusia dan alam. Akhlak dan moral Islam berjaya
meningkatkan tamadun. Menurut Syed Qutb, Islam adalah tamadun. Ia
dimanifestasikan daripada unsur-unsur ketauhidan kepada ALLAH SWT kerana nilai
tauhid tersebut merupakan asas utama dalam pembinaan tamadun dan ia memberi
impak yang menyeluruh kepada kehidupan insaniah. Justeru, pegangan kepada
sumber al-quran dan as-sunnah amat penting bagi mewujudkan perpaduan yang
kukuh dalam pembinaan sesebuah tamadun.
(Solahuddin Ismail, 2009: 47)

2.2.2.1.2 KONSISTEN

Imej Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sejak lebh 14 kurun
lampau masih lagi sesuai kehendak dan tuntutan zaman pada hari ini. Model ini
jarang sekali kedapatan pada tamadun-tamadun lain. Ini menunjukkan proses
ketamadunan Islam adalah berterusan, tetap dan lebih istimewa di atas landasan
syariat serta syiarnya yang tersendiri. Persoalan perundangan sebagai contoh,
masih lagi kekal dengan ketetapan yang dinukilkan di dalam al-Quran. Perintah serta
larangan Allah SWT adalah mutlak tanpa ada perubahan mengikut arus zaman. Ciri
Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman disebabkan
Penguasanya sudah mengetahui matlamat sebenar kehidupan manusia. Oleh

12
kerana itu, manusia tidak seharusnya bertindak melawan arus kerana Allah SWT
lebih mengetahui kehendak dan keperluan umat manusia di dalam mengharungi
kehidupan mereka. (Solahuddin Ismail, 2009: 51)

2.2.2.1.3 TERBUKA DAN RASIONAL

Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama


semestinya membuka ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan
supaya ia sesuai dengan resam dan budaya penganutnya. Menerima tatacara yang
tidak bertentangan dengan nilai akidah serta konsep Islam amat dialu-alukan
sebagai ranting bagi mengukuh lagi sistem-sistem yang di dalam Islam. Ini
menggambarkan kepada umat manusia sikap keterbukaan Islam yang menerima
pembaharuan adalah adil serta saksama. Ia bertujuan untuk mengelakkan
pandangan sempit terhadap imej Islam yang berusaha bagi memudahkan proses
kehidupan insan. Skop pemikiran yang terhad tentang Islam harus dihindarkan
supaya akal dan keupayaan manusia dapat ditonjolkan dengan lebih sempurna dan
berkesan. Ia secara tidak langsung meninggikan lagi martabat Islam pada
pandangan peradaban lain. Islam juga mementingkan rasional terutamanya di dalam
persoalan-persoalan semasa yang tidak melibatkan perkara-perkara atau hukum
hakam yang bersifat mutlak. Konsep perbincangan dan musyawarah amat penting
dalam usaha mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Kritikan yang
membina seharusnya diterima dengan berlapang dada demi kebaikan dan
pengukuhan tamadun. (Solahuddin Ismail, 2009: 52)

2.2.2.1.4 BERSIFAT SEMASA

Islam masih dapat bertahan hingga ke hari ini disebabkan ianya selari dengan
tuntutan semasa yang sering berubah. Sifatnya yang fleksibel memberi ruang yang
secukupnya bagi membina serta mengukuhkan lagi budaya dan acuan Islam dengan
lebih sempurna. Sistem-sistem yang ada di dalam Islam berupaya menerima pakai
unsur-unsur peradaban lain selagi ia tidak bertentangan dengan akidah dan syariah.
Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan banyak model-model
baru sesuai dengan tuntutan semasa. Sebagai contoh, sistem perbankan dan
kewangan islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam dan juga bukan Islam hari
ini kebanyakannya diubah suai supaya ia menepati kehendak Islam dan dapat

13
memenuhi keperluan semasa manusia. Ia menunjukkan kepada kita tribulasi dan
cabaran semasa yang dihadapi semasa proses pembinaan Tamadun Islam
mengukuhkan lagi nilai tamadun tersebut kerana isu-isu semasa yang wujud dalam
masyarakat dapat disesuaikan dengan kehendak Islam. (Solahuddin Ismail, 2009:
53)

2.2.2.1.5 SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA

Islam seperti yang dikhabarkan adalah agama yang sesuai dengan sifat
semula jadi atau nature manusia. Ia berupaya membawa kebaikan bukan sekadar
kehidupan di dunia malahan menjanjikan manfaat yang baik di akhirat. Nilai
keislaman yang digarapkan di dalam Tamadun Islam membentuk manusia menjadi
insan yang tahu menghargai diri, masyarakat dan alam. Ia dimanifestasikan
daripada unsur-unsur manusiawi yang amat memerlukan makanan rohani dan
jasmani sebagai alat pengimbang rutin kehidupan mereka. Sifat semula jadi manusia
sememangnya memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan
dengan aspek-aspek ketuhanan. Terdapat tiga jaringan utama bagi membentuk
peradaban Islam yang sempurna yang akhirnya melahirkan seorang Muslim yang
bertanggungjawab. Jaringan tersebut ialah hubungan manusia dengan Allah SWT
sebagai Pencipta dan Penguasa alam, hubungan manusia sesama manusia dengan
alam sebagai sumber serta instrumen bagi mengukuhkan lagi nilai ketamadunan.
Cara Islam amat berbeza sekali dengan peradaban lain khususnya Tamadun Barat
yang hanya mementingkan sikap individualistik dan hanya melibatkan hubungan
manusia sesama manusia dan alam sahaja. Aspek ketuhanan yang dikesampingkan
menyebabkan mereka teraba-raba mencari objektif sebenar kehidupan mereka di
muka bumi ini. Ini secara tidak langsung merendahkan nilai moral mereka dan saling
bercakaran antara satu sama lain kerana sifat-sifat yang buruk berjaya menguasai
serta merosakkan budaya dan pemikiran mereka. (Solahuddin Ismail, 2009: 54)

2.2.2.1.6 SEMPURNA DAN SYUMUL

Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan-keperluan manusia.


Kesempurnaan yang dibawa oleh Islam memudahkan lagi urusan harian manusia.
Dengan kemudahan menguruskan tatacara hidup akan meningkatkan proses

14
pembinaan tamadun. Kesempurnaan Islam tampak amat luas sekali meliputi
kepelbagaian aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi, perundangan, politik dan
sebagainya. Kepelbagaian ini seharusnya dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh
umat Islam bagi membina kembali ketamadunan Islam. Acuan yang tersedia perlu
dipupuk dan dibajai supaya ia menghasilkan suatu tamadun yang ideal yang menjadi
model kepada masyarakat lain. Kesyumulan Islam harus diketengahkan supaya ia
dapat menjadi wadah serta cara dakwah yang baik bagi mengajak dan menarik
masyarakat bukan Islam supaya lebih menghayati etika-etika mulia sejajar dengan
tuntutan Islam. (Solahuddin Ismail, 2009: 55)

2.2.3 CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN MENURUT SARJANA BARAT:

Antara ciri masyarakat bertamadun menurut pandangan sarjana barat ialah


manusia mula tinggal menetap dalam sebuah komuniti di sebuah kawasan.
Manakala terdapatnya pengkhususan kerja setiap kumpulan dan setiap lapisan
masyarakat mempunyai tugas yang berlainan yang telah ditentukan. Malah,telah
wujud organisasi sosial yang lengkap. Wujud juga sistem politik dan pemerintahan
dalam sebuah kerajaan. Wujudnya sebuah sistem tulisan dan bahasa. Selain
daripada itu, aktiviti perdagangan dan pertanian telah mula berkembang selaras
dengan kemajuan sains dan teknologi untuk memudahkan kehidupan seharian serta
perkembangan ilmu pengetahuan. Wujud juga agama dan kepercayaan (memadai
jika wujudnya kepercayaan-kepercayaan yang berkaitan animisme atau
penyembahan dewa-dewa ). (Mohd Liki bin Hamid, 2003: 42). Berdasarkan
pendapat tokoh sarjana Islam, terdapat perbezaan di antara tamadun barat dengan
tamadun Islam. Tamadun barat lebih mementingkan ciri-ciri luaran seperti seni bina,
tugu dan lain-lain, manakala tamadun Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material
dan akidah. Ciri-ciri yang baik dan mulia sepatutnya dikongsi bersama dengan
peradaban lain bagi menghasilkan suatu imej baru Islam sederhana yang boleh
dijadikan pedoman oleh masyarakat lain dalam kehidupan. Pemikiran Islam yang
sempit dan terkongkong harus diabaikan dalam usaha membentuk suatu
masyarakat Islam yang ideal dan sempurna. Konsep kepuakan atau assabiyah,
gabungan Islam dan sekularisme, taklid yang membuta tuli perlu dihindari dalam
usaha membina asas yang kukuh bagi membangunkan Islam. Pemantapan ilmu

15
pengetahuan mesti digiatkan bagi meletakkan Islam di mercu yang sewajarnya
sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah SAW. (Mohd Liki bin Hamid, 2003: 42)

2.2.4 FAKTOR PEMBINAAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN


TAMADUN

Perbincangan dan penilaian yang objektif tentang bangun dan jatuh sesebuah
tamadun manusia sangat bergantung kepada kerangka model atau teori
perkembangan tamadun. Oleh yang demikian, dalam bahagian ini, empat model
perkembangan tamadun akan dikemukan. Model yang pertama ialah model tiga
tahap perkembangan kerajaan atau organisasi sosial yang dikemukakan oleh Ibn
Khaldun (1332-1406) iaitu (Wan Hashim 1997: 75-76):

a. Tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan atau
asabiyah bagi memenuhi keperluan asas, dan kemudiannya
diperkukuhkan oleh peranan agama.
b. Tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang dicirikan oleh kelahiran
sistem pemerintahan yang membawa kepada pertumbuhan bandar dan
memberi kesan kepada stratifikasi sosial.
c. Tahap lemah atau kejatuhan yang dicirikan oleh konflik politik dan krisis
ekonomi sehingga membawa kesan kepada stratifikasi sosial dengan
peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan.
(Wan Hashim 1997: 75-76)

Model Ibn Khaldun ini juga dikenali sebagai teori kitaran kemudiannya
dikembangkan pula oleh Arnold Toynbee (1889-1979) dalam bukunya A Study of
History. Toynbee sependapat dengan Ibn Khaldun bahawa agama dan stratifikasi
sosial memainkan peranan penting dalam melanjutkan hayat sesuatu tamadun.
Toynbee juga membuat penambahan apabila secara khusus memperincikan tahap
ketiga model ini dengan membahagikannya kepada tiga subfasa iaitu (Wan Hashim
1997:77) : keretakan, perpecahan dan kejatuhan.

Model ketiga ialah model yang diketengahkan oleh Malik Bennabi (1905-
1973). Menurut Wan Hashim (1997:78), Malk juga dapat dianggap terpengaruh
dengan teori kitaran Ibn Khaldun. Walau bagaimanapun, beliau berjaya membentuk

16
skemanya yang tersendiri yang berbeza dengan Ibn Khaldun hasil penelitiannya
terhadap tahap-tahap perkembangan sejarah tamadun Islam. Justeru, Malik
membahagikan teorinya juga kepada tiga tahap:

a. Tahap masyarakat pra-tamadun (mujtama’ qabl al-badari)


Iaitu pandangan yang belum mantap terhadap aspek-aspek kebendaan,
idea dan kemanusiaan. Ciri-cirinya ialah seperti penyembahan berhala,
semangat kabilah yang kuat, diskriminasi gender dan keterbatasan
interaksi sosial seperti yang wujud dalam kehidupan jahiliah pra-Islam.
b. Masyarakat bertamadun (al-mujtama’ al-mutabadir) iaitu kelahiran
peringkat awal budaya baru berteraskan Islam. Ciri-cirinya ialah seperti
perluasan hubungan silaturahim, kerjasama dan interaksi sosial, cetusan
idea-idea intelek, sistem politik, ekonomi dan sosial seperti yang
ditonjolkan dalam kehidupan pasca-hjrah Muhajirin dan Ansar.
c. Masyarakat pasca-tamadun (Mujtama’ ba’d al-hadari) iaitu peringkat
kejatuhan setelah meniti kejayaan cemerlang. Ciri-cirinya ialah kebekuan
idea, pemusatan kuasa dan kepentingan, penyelewengan agama serta
kecintaan terhadap kekayaan material dan kemewahan.
(Wan Hashim, (1997:78)

Model keempat ialah model Ali Shariati (1933-1977). Menurut Ali Shariati
(1979), ada dua perkara yang penting dalam perkembangan tamadun, dan kedua-
dua perkara yang penting dalam perkembangan tamadun, dan kedua-dua perkara
tersebut berada dalam diri manusia. Pertama ialah penghijrahan manusia dari
tempat asal ke tempat baru. Dalam sejarah dua puluh tujuh tamadun manusia, tidak
tamadun yang lahir dan berkembang di kalangan masyarakat primitif yang tidak
pernah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. (Ali, 1979:44).

Kedua, peranan manusia dalam menentukan nasib dan masa depan


hidupnya. Dengan akal fikiran dan tenaga, manusia bertanggungjawab
menguruskan diri dan masyarakat, mengubah keadaan yang tidak baik kepada baik
berpandu bimbingan daripada asas dan sumber Islam. (Ali,1979: 48-49)

Keempat-empat model yang dikemukakan ini masing-masing meneliti dengan


mendalam ciri-ciri yang wujud dalam setiap tahap tamadun. Ciri-ciri yang

17
dimaksudkan itu mencakupi kandungan tamadun, hubungan-hubungan dalam
tamadun serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejatuhan dan perkembangan
sesebuah tamadun manusia yang akan dibincangkan di dalam bahagian-bahagian
seterusnya. (Ali,1979: 50-51)

Berdasarkan kajian mengenai model dan teori kerangka tamadun yang


diketengahkan oleh beberapa orang tokoh pemikir dalam ilmu sejarah dan sosiologi
abad ke-20 dan sebelumnya, beberapa rumusan tentang perkembangan dan
kemerosotan tamadun manusia dapat disenaraikan seperti berikut:

Pertama, pegangan kepada agama. Faktor ini amat signifikan dengan


tamadun Islam yang memang merupakan tamadun agama. Rasulullah SAW sendiri
pernah menyebutkan hal ini secara terang dan nyata di dalam hadis baginda: “Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan sesat selagi
kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya.”-
riwayat Malik. (Ali,1979: 52)

Kedua, semangat kerjasama yang tinggi dan rasa kekitaan (asabiyyah). Bagi
tamadun Islam, faktor ini diasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak dengan
bersumberkan al-quran dan sunnah. Bagi tamadun Barat pula, ideologi dan doktrin
menjad asas kepada faktor ini dengan bersumberkan nilai dan norma budaya
tempatan.

Ketiga, faktor keselesaan hidup dan kemewahan. Dalam banyak keadaan,


faktor ini menanamkan didalam jiwa manusia sifat-sifat negatif seperti lalai, ego,
materialistik dan indvidualistik tanpa mengambil kira kepentingan manusia lain.
Dalam mengawal keselesaan hidup dan kemewahan daripada menyeleweng,
tamadun islam mewujudkan institusi zakat supaya wujud keselesaan dan
kemewahan merupakan hak yang tidak kekal dan mesti dikongsi bersama orang
lain.

Aspek seterusnya ialah faktor kepimpinan dan politik. Faktor ini merujuk
kepada personaliti dan ketokohan pemimpin serta bentuk pemerintahan yang
digunakan. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam perkara ini sehingga
membawa kepada kelahiran dan perkembangan tamadun Islam. Bentuk
pemerintahan yang berasaskan agama mampu bertahan lama berbanding bentuk

18
pemerintahan yang berasaskan pengalaman dan pengkajian manusia seperti
komunisme dan sosialisme.

Keempat, faktor ini sangat mempengaruhi perkembangan sosial dan politk.


Ekonomi yang diasaskan di atas asas dan prinsip yang baik mampu membangunkan
tamadun serta memberi kesejahteraan kepada hidup manusia. Sistem ekonomi yang
dapat mengimbangi kemajuan dari sudut material dan spiritual adalah sistem
ekonomi yang wujud dalam kerangka tamadun Islam. (Wan Hashim, 1997: 81-82):

Faktor seterusnya adalah hijrah. Dalam pengertian objektif hijrah ialah


perpindahan secara fizikal daripada suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Dari
sudut subjektif, hjrah ialah transformasi sikap, cara hidup, budaya, amalan, prinsip
dan sebagainya yang tidak membawa kemajuan kepada yang membawa kemajuan.
Dalam hal ini, muhasabah menggunakan mekanisme agama sangat-sangat penting.
(Wan Hashim, 1997: 83-85):

2.3 PERISTIWA 13MEI TELAH MENGGUGAT PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

2.3.1 APA ITU PERISTIWA 13 MEI?

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan
dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan
gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti
Gerakan dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan
perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan
tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan
perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan.
Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. 
Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan

19
kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah
menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya, masalah 13 Mei ini juga merupakan masalah
perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia
sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang
berperanan besar dalam mewujudkan keadaan sedemikian rupa. (dipetik daripada
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html,pada
28/2/2011)

2.3.2 FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERISTIWA 13 MEI 1969

Rajah 2- Faktor-faktor yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969

20
2.3.2.1 Dasar Pecah dan Perintah British 

Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-


kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan kek ekonomi pada ketika itu yang mana pecahan ekonomi di
antara kaum-kaum telah mewujudkan jurang perbezaan yang ketara dari segi taraf
hidup dan sosial. Dasar Pecah dan Perintah British ini dilaksanakan oleh British
untuk menjaga kepentingan mereka agar pentadbiran mereka tidak akan terjejas
dengan kewujudan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Tambahan
pula, mereka mahu mengeksploitasi semaksimum mungkin kekayaan semulajadi di
Malaysia. Justeru, mereka telah menetapkan status dan peranan ekonomi yang
berbeza-beza bagi setiap kaum di Malaysia ini. Sebagai contoh, orang Melayu
digalakkan tinggal di kampung dan mengerjakan sektor pertanian, kaum Cina pula
digalakkan tinggal di bandar dan mereka ini banyak terlibat dengan aktiviti ekonomi
bersifat komersial manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet dan bekerja
sebagai penoreh getah. Dasar ini telah berjaya direalisasikan oleh pihak British
dengan jayanya kerana walaupun mereka sudah tidak lagi berkuasa di Tanah
Melayu, mereka telah berjaya membuatkan perpaduan antara kaum-kaum di
Malaysiapada ketika itu gagal digapai. Kesan daripada pelaksanaan dasar ini ialah
interaksi antara kaum-kaum menjadi sangat terbatas. Komunikasi yang berlaku
antara kaum adalah sangat terhad lantaran ianya hanya berlaku di pejabat dan
pasar sahaja. Apabila ini berlaku, maka perasaan prejudis dan prasangka antara
satu kaum dengan kaum yang lain tercetus dengan mudahnya lantaran
persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka pada ketika itu
sememangnya tidak wujud sama sekali disebabkan oleh dasar pecah dan perintah
ini. Stigma yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi prasangka yang wujud
di antara kaum-kaum sehinggakan tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. (Kay Kim
Khoo, 1980: 32)

2.3.2.2 Sistem Pendidikan yang Berasingan 

Sebelum  Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau
sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud pada ketika itu ialah empat aliran
pendidikan yang berlaianan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum
India, mereka telah menggunapakai silibus yang diambil dari negara India untuk

21
diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Hal ini
telah menyebabkan tiadanya keseragaman dari segi identiti dan fahaman di antara
kaum kerana perbezaan latar pendidikan masing-masing. Masing-masing
mengambil sikap tidak peduli terhadap kaum yang lain dan hal ini secara implisit
menjadikan rakyat pada ketika itu mempunyai sikap perkauman. Selain itu,
ketidakwujudan satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap
kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Oleh
sebab itu, masyarakat di Malaysia pada ketika itu tidak dapat berkembang dari segi
pendidikan dan sosial lantaran sistem pendidikan yang dilaksanakan bukannya
berfungsi sebagai alat perpaduan, tetapi menjadi faktor yang mewujudkan jurang
perkauman. Hal ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah
menggugat perpaduan kaum. Hal ini sekaligus telah memberikan satu impak buruk
dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. (dipetik daripada
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html,pada
28/2/2011)

2.3.2.3 Perbezaan Agama dan Kebudayaan

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya 
masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu beragama Islam, kaum Cina
beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme atau Confucius manakala kaum
India beragama Hindu. Di samping itu, terdapat ramai juga yang beragama Kristian. 
Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan tersendiri yang berbeza-beza dan hal ini
menambahkan lagi keparahan masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah
perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia ini, malah agama-agama ini tidak langsung menggalakkan
penganutnya memusuhi agama lain, tetapi ianya berpunca daripada sikap jahil
terhadap agama-agama lain hinggakan banyak perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung emosi  penganut agama lain. Inilah antara faktor yang
telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku. (dipetik daripada
http://www.scribd.com pada 27/2/2011)

22
2.3.2.4 Aktiviti Ekonomi yang Berlainan 

Aktiviti ekonomi yang berlainan menjadikan interaksi sosial dalam kalangan


kaum Melayu, Cina dan India pada ketika itu sangat terbatas. Masyarakat Melayu
kebanyakannya terdiri daripada petani yang tinggal di kampung-kampung, manakala
masyarakat Cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu
berniaga dan kebanyakannya tinggal di Bandar. Masyarakat India pula bekerja
sebagai penoreh getah di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi
yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza antara satu
kaum dengan kaum yang lain. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi yang tidak sihat di antara kaum dan seterusnya membawa
pada kemuncak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. (Abdul Rahman (Tunku, Putra al-
Haj), 2007: 78)

2.3.2.5 Persatuan - persatuan Etnik 

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah


melahirkan  banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang
berasaskan kaum masing-masing. Perkara ini telah memperkuatkan lagi rasa
sentiment perkauman serta rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana
persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang
diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang
berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud
dalam kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara
satu kaum dengan kaum yang lain. (Kay Kim Khoo, 1980: 32)

2.3.2.6 Pendudukan Jepun 

Salah satu punca permusuhan orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat
pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini kerana Jepun memberi layanan yang
lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih
lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19
dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal
yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu
sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang  untuk

23
menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA
(Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila
kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang
Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan
Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969. (dipetik daripada
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html,pada
28/2/2011)

2.3.2.7 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969

Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang   bertanding


telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu,
soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah
menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah
memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga
parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu.
Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah
mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan
Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam
13 Mei 1969. (dipetik daripada http://www.scribd.com pada 27/2/2011)

2.3.3 IMPLIKASI 13 MEI TERHADAP PERPADUAN KAUM

Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan merupakan
kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia. Hal ini memberikan implikasi yang besar dalam corak pentadbiran negara
kita. Antara implikasi daripada peristiwa 13 Mei adalah:

2.3.3.1 TERBENTUKNYA MAGERAN ( MAJLIS GERAKAN NEGARA)

Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku telah mengakibatkan kerajaan terpaksa


mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969, iaitu 4 hari selepas kejadian. Maka,
pihak kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN). Gerakan ini

24
telah diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul
Razak. Namun, MAGERAN turut dianggotai oleh pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya
ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu
Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan
Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Penubuhan
MAGERAN mempunyai fungsi yang besar dalam mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum  di Malaysia. 
MAGERAN bukan sahaja menjadi implikasi terhadap peristiwa 13 Mei, namun ia
juga memberi kesan terhadap sistem kerajaan berparlimen di mana sistem ini telah
digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN.
Namun, itu hanya sementara, fungsi kerajaan berparlimen dikembalikan semula
pada 23 Februari 1971. (Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/9646408/13-
Mei-1969e, pada 10/3/2011)

2.3.3.2 TERTUBUHNYA MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA

Majlis Perundingan  Negara yang ditubuhkan pada bulan Januari  1970


adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Ini juga adalah
implikasi daripada peristiwa 13 Mei yang sememangnya mengganggu gugat
keamanan perpaduan kaum. Majlis Perundingan Negara juga telah dipengerusikan
oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini telah dianggota oleh menteri-menteri yang
menganggotai MAGERAN, Kerajaan-kerajaan negeri, parti-parti politik, Sabah dan
Sarawak, kumpulan-kumpulan agama, badan-badan profesional, perkhidmatan
awam, Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan,  wartawan, persatuan guru-guru,
dan kumpulan minoriti. Majlis Perundingan Negara ini berfungsi untuk meneliti isu-
isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada
MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan
dan integrasi kaum di Malaysia. Ia merupakan kesinambungan daripada
terbentuknya MAGERAN. (Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/9646408/13-
Mei-1969e, pada 10/3/2011)

2.3.3.3 RUKUN NEGARA DIPERKENALKAN

25
Implikasi daripada peristiwa 13 Mei juga mempengaruhi pembentukan rukun
negara. Hal ini kerana, pemimpin negara pada masa itu menyedari bahawa
masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala tuju yang jelas
maka, kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan
yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara
adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan
dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. 
Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk
membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telah pun
wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia disamping mengekalkan
perpaduan antara kaum dan mengelakkan peristiwa lama (13 Mei) tidak berulang
kembali. Tujuan utama pembentukan rukun negara ialah untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan masyarakat,  memelihara cara hidup demokratik,
mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi. Berikut adalah konsep rukun negara yang telah
dibahagikan kepada lima prinsip iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada
Raja Dan Negara, kedaulatan Undang-undang, keluhuran Perlembagaan dan yang
terakhir kesopanan dan kesusilaan. (Dipetik daripada
http://www.scribd.com/doc/9646408/13-Mei-1969e, pada 10/3/2011)

2.3.3.5 TERBENTUKNYA DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai dua matlamat
utama iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula
masyarakat dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum dalam dasar ekonomi baru ini bertindak untuk merapatkan jurang
kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana
ketidak seimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan
suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Justeru, untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini, kerajaan telah memberi banyak
tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani
nelayan dan pesawah. Manakala, penyusunan semula masyarakat dalam Dasar

26
Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan
semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan
dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran
untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus
ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun
1990. Kedua-dua matlamat DEB ini adalah berkadar langsung dengan aspek
perpaduan yang ingin dipupuk. Dengan wujudnya keadilan dalam semua aspek
maka secara tidak langsung dapat mempertahankan perpaduan tersebut. (Dipetik
daripada http://www.scribd.com/doc/9646408/13-Mei-1969e, pada 10/3/2011)

2.3.3.6 PENYERAPAN UNSUR PERPADUAN DALAM DASAR PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

Penyerapan nilai perpaduan bukan sahaja diterapkan dalam aspek ekonomi


dan pentadbiran sahaja malah juga turut diserapkan dalam sistem pendidikan
negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961
yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia
telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan
untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum,
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Hal ini menunjukkan betapa
pentingnya nilai perpaduan itu pada pandangan negara kita. Strategi yang telah
dilaksanakan pula bagi merealisasikan matlamat ini adalah dengan  menjadikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum dan
peperiksaan yang sama di semua sekolah, memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca,
Menulis dan Mengira serta memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) pada 1988, mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan,
menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan
dan seterusnya memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan
mempelbagaikan kemudahan pelajaran.

Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan


terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

27
yang utama. Ini  akan memberikan  kefahaman dan rasa saling memahami sambil
dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat
berinteraksi dengan menggunakan  satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. 
Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat
menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada
peristiwa 13 Mei 1969. 

Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah


ditetapkan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. 

Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan
negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada
negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan
perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
(Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/9646408/13-Mei-1969e, pada
10/3/2011)

2.3.3.7 WUJUD DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan di Parlimen oleh Datuk Seri


Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991. DPN dilaksanakan bagi
menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam  Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. 
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini untuk membentuk perpaduan
kaum. DPN juga merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan

28
menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih
makmur dan  sentosa. (Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/9646408/13-Mei-
1969e, pada 10/3/2011)

2.3.3.8 WUJUD SLOGAN “1 MALAYSIA”

Implikasi peristiwa 13 Mei sememangnya memberi tamparan yang hebat


terhadap negara. Buktinya, sehingga kini pemimpin negara kita amat
menitikberatkan hal berkaitan perpaduan antara kaum. Maka terbentuklah “1
Malaysia”. Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama
antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi
pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup
mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Konsep 1 Malaysia ini
direalisasikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang
berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini
bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip dalam Rukun
Negara.

Kesimpulannya, isu 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya
banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari
satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua
rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan
membentuk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi
sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup
bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai. 

Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara
kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan
saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita
saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus
mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik  dan saling
membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang

29
dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang
sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. 

Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat
membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia
adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui
dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pembangunan Nasional. (Dipetik daripada
http://www.scribd.com/doc/9646408/13-Mei-1969e, pada 10/3/2011)

2.4 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU PERPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan


keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai
dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang
mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak
mudah ditakluki kuasa asing.

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara


kaum di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem
latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan
agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan
kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar
juga sering bergaul antara pelbagai kaum secara lebih dekat semasa diadakan
kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara
kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama
antara kaum dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. (Dipetik
daripada http://izukazx.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-untuk memupuk-
semangat.html, pada 22/3/2011)

30
Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh
berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum
perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat
menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan
kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula
pelajar-pelajar daripada semua kumpulan kaum hendaklah digalakkan bercampur
dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini
sekolah akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai
semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik. (Dipetik daripada
http://www.jevuska.com/topic/langkah+langkah+mewujudkan+perpaduan+kaum+dal
am+kalangan+pelajar.html, 22/3/2011)

Antara langkah lain bagi mengatasi masalah perpaduan dalam sesebuah


negara ialah dengan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyatnya.
Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara
kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana
mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan
peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah
diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin
masih lagi di tangan penjajah asing.

Selain itu, semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan


perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan
memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah
sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham daripada berlaku. Sifat bersatu-padu antara
masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian
dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira
kedudukan, bangsa atau agama. Oleh hal yang demikian, pelbagai aktiviti yang
dapat memupuk semangat kekitaan adalah amat wajar untuk dilaksanankan demi
memupuk perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, aktiviti seperti gotong-royong
yang melibatkan pelbagai kaum sudah tentu dapat memupuk semangat

31
bermasyarakat antara kaum. Aktiviti sebegini perlu dipergiatkan lagi malah ditambah
dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih kreatif dan efisyen demi memantapkan
perpaduan negara.

Di samping itu, sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk


perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah
dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan
berbudi pekerti mulia untuk membolehkannya berinteraksi dengan mudah. Rakyat
yang peramah dan berakhlak mulia sudah tentu dapat meningkatkan reputasi
negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat
yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan
serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam
Negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan
ini akan membawa kepada perpaduan antara rakyat. Justeru, tidak akan wujud lagi
masalah perpaduan di Malaysia.

Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk


memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi
ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus berdikari dalam
mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap
masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan
dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila
berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi
menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan
ekonomi negara semula. Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk menghadapi apa
jua cabaran yang berlaku dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya
perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kesimpulannya, dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah


penting dalam proses perpaduan kaum. Dengan perkembangan ekonomi yang
cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang
sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan
sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat
perpaduan antara kaum. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang

32
berbilang kaum dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah
dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk perpaduan
antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia. Sesuai
dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak daripada kita
merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar
yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara kaum di sekolah
dengan berkesan. (Dipetik daripada http://izukazx.blogspot.com/2009/09/langkah-
langkah-untuk memupuk-semangat.html, pada 22/3/2011)

REFLEKSI

NAMA: NUR BAQIAH BALQIS BT.MAZLAN


NO. KP: 900718-03-6242

33
Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah di atas keizinannya saya dapat
menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi matapelajaran Tamadun
Islam dan Tamadun Asia ini tepat pada masanya. Sekalung ucapan terima kasih
saya tujukan buat pensyarahpembimbing, Ustaz Mohd Kamil bin Jaafar, pensyarah
daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di atas tunjuk ajar dan bimbingan
yang telah diberikan oleh beliau sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Jutaan terima
kasih juga saya tujukan buat ibu bapa saya di atas kata-kata semangat dan
perangsang yang telah mereka berikan. Tidak lupa juga buat sahabat seperjuangan,
saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan buah fikiran dan idea yang
membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya tidak menghadapi sebarang


kesulitan kerana rujukan yang saya perolehi amat mencukupi bagi saya menyiapkan
tugasan ini. Bahan rujukan serta buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini
mudah didapati di pusat sumber IPG. Di samping itu saya juga mendapatkan
maklumat daripada internet. Namun demikian, masalah perkhidmatan internet yang
kurang memberangsangkan di sini menyebabkan saya menghadapi sedikit
kesukaran untuk mendapatkan sebarang input daripada internet. Penggunaan
Celcom Broadband. telah membantu mempermudahkan kerja saya dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Saya dapat mencari dan download maklumat daripada
Internet dengan mudah.

Sepanjang usaha melaksanakan tugasan ini, saya mendapat banyak input


yang berguna berkaitan Tamadun Islam dan Asia. Saya dapat memahami dengan
lebih lanjut tentang ciri-ciri dan prinsip-prinsip tamadun serta perkembangannya. Hal
ini menjadikan saya lebih peka terhadap sejarah tamadun sesuatu bangsa itu
sendiri. Di samping itu, melalui tugasan kerja kursus ini juga menjadikan saya lebih
memahami dan peka terhadap isu-isu perpaduan yang berlaku di Malaysia. Hal ini
membawa kesedaran kepada saya tentang betapa pentingnya perpaduan dalam

34
sesebuah tamadun atau negara demi menjamin masa depan bangsa yang gemilang.
Isu perpaduan yang saya dan rakan pilih bagi tugasan ini ialah isu 13 Mei 1969. Isu
ini telah membuka mata saya tentang kepentingan menjaga keharmonian dan
perpaduan antara kaum lantaran ianya mampu memberi impak yang besar terhadap
tahap perkembangan negara sama ada dari sudut poltik, ekonomi mahupun sosial.
Sehubungan itu, saya lebih memahami kepentingan mempelajari subjek-subjek
seperti sejarah dan TITAS ini lantaran ianya secara tidak langsung menjadikan kita
lebih peka terhadap apa yang berlaku serta mengambil iktibar daripadanya.

Kesimpulannya, banyak yang telah saya perolehi sepanjang tempoh


mempelajari subjek TITAS ini. Pelaksanaan tugasan kerja kursus ini
memantapkan lagi pengetahuan saya tentang tamadun Islam khususnya serta
tamadun Asia. Saya berharap agar saya memperoleh gred yang baik bagi
tugasan ini.

REFLEKSI

NAMA: NURULAINI BINTI AB RAHIM


NO. KP: 910124-01-5654

35
Berdasarkan spesifikasi taksiran tajuk kerja kursus yang telah saya jalankan
iaitu yang berkaitan Tamadun Islam dan Asia, terdapat kesukaran dan
permasalahan sewaktu menjalankan tugasan ini. Permasalahan yang timbul adalah
sewaktu mencari artikel berkaitan isu utama yang menjejaskan perpaduan kaum di
negara kita. Saya dan sahabat sekumpulan bercadang untuk mengambil isu 13 Mei,
namun tiadanya keratan akhbar mahupun artikel yang berkaitan peristiwa tersebut
yang ditemui daripada mana-mana sumber akhbar. Namun, setelah mencari bahan
berkaitan isu ini daripada banyak sumber, akhirnya kami berjaya menemui artikel
yang berkaitan peristiwa tersebut.

Terdapat permasalahan yang saya hadapi sewaktu mencari bahan rujukan


yang berkaitan beberapa teori tamadun yang menyokong isu yang dibahas (isu 13
Mei). Hal ini adalah kerana bahan rujukan dan buku-buku tamadun yang terdapat di
perpustakaan adalah terhad. Oleh itu saya menggunakan insiatif lain iaitu dengan
melayari internet untuk mencari bahan. Namun tidak semua maklumat di internet
boleh diterima kerana terdapat maklumat-maklumat yang bertentangan dengan apa
yang saya perlukan.

Seterusnya saya menghadapi permasalahan dari segi penggunaan internet.


Terdapatnya gangguan jaringan internet di asrama menyebabkan sumber untuk
mencari laman web tersebut sukar dijalankan. Oleh yang demikian saya
menggunakan inisiatif lain iaitu dengan menggunakan kemudahan “broadband” bagi
melancarkan lagi proses perlaksanaan tugasan ini.

Seterusnya adalah perkara berkaitan teori tamadun yang menyokong isu


yang dibahas. Saya tidak memahami akan isi kandungan yang berkaitan dengan
teori tamadun. Namun masalah ini dapat diatasi selepas saya dan rakan
sekumpulan mengadakan sesi kolaborasi bersama pensyarah. Kami juga
menggunakan inisiatif dengan menyerahkan helaian tugasan yang telah kami
laksanakan kepada pensyarah bagi membuat penilaian dan komen. Alhamdulillah,
dengan cara tersebut memudahkan sesi pelaksanaan tugasan ini. Segala kesalahan
yang berkaitan tugasan ini dapat diperbetulkan.

36
Akhir sekali, adalah permasalahan berkaitan proses perbincangan dalam
kumpulan. Oleh kerana kami dikehendaki melaksanakan Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), kami terpaksa menghadirkan diri ke sekolah yang telah
dipilih. Justeru, perbincangan antara ahli kumpulan bagi tugasan ini sukar
dilaksanakan. Kami mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan
kumpulan melalui e-mel dan facebook. Alhamdulillah segelanya berjalan dengan
lancar dan akhirnya tugasan ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

Saya berharap dengan adanya pelaksanaan tugasan ini, banyak ilmu baru
yang berkaitan perkembangan sesebuah tamadun dan kejatuhan dan
perkembangan sesebuah tamadun itu dapat saya dalami dengan lebih lagi. Amin.

RUJUKAN

Ahmad Zaki dkk. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor. OXFORD
Fajar.

Hamid, M. L. (2002). Pengajian Tamadun Islam, Sejarah Pencapaian dan Masa


Depan. Selangor : PTS Publication & Distributor SDN BHD.

37
Abdul Monir Yaacob dll. (2005). ISLAM HADHARI : HIMPUNAN ISU
KONTEMPORARI. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1984). SEJARAH DAN PEMIKIRAN ISLAM.


Selangor : Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

Ahmad Shalaby.(1970).SEJARAH&KEBUDAYAAN ISLAM.Singapura:Pus. Nasional.

Hamka. (1980). SEJARAH UMAT ISLAM. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Mohd Shauki Abd majid (2004). WACANA HADHARI DALAM ISLAM. Shah Alam:
Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Musa Ahmad dll. (2005). PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM HADHARI. Shah


Alam : Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU).

Qutb,Syed.(1979).PETUNUK SEPANJANG JALAN.Kuala Lumpur:El-Ikhwan Ent.

Author. (2009). http://www.agc.gov.my Diakses pada 27 Februari 2011.

Amira Haziqah.(2010) http://www.scribd.com/doc/19922456/Tamadun-dariperspektif


islam Diakses pada 27 Februari 2011.

Author. (2009). http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei/download


Diakses pada 27 Februari 2011.

Zakri. (2010) http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.html


Diakses pada 27 Februari 2011.

Author.(2009).http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=174
&lg=1&opt=com_article&sec Diakses pada 27 Februari 2011.

38

You might also like