You are on page 1of 1

Rumah di Zon Panas

Di Zon Panas, terdapat rumah berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Rumah ini dibina
daripada batu bata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup
kencang.

Terdapat juga khemah, iaitu tempat tinggal kaum Badwi. Bentuk khemahnya panjang. Khemah ini
diperbuat daripada kulit binatang atau kain tebal.

Rumah di Zon Sederhana Panas

Zon Sederhana Panas mempunai rumah jenis sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai
bumbung berbentuk “V” terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak
bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.

Rumah di Zon Sederhana Sejuk

Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk “V” terbalik. Bumbung demikian
membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di zon ini
mempunyai serombong asap.

You might also like