You are on page 1of 16

Nota Pendidikan Moral:

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL

1.1 Definisi Moral

1. Straughan, R. (1982) berpendapat bahawa Pendidikan Moral adalah suatu bidang yang
kabur.
2. Damon, W. (1988) mengatakan bahawa tiada satu definisi yang universal bagi
“Kemoralan” yang diterima oleh semua pihak.
3. Bull, N.J (1969) berkata bahawa mengajar moral menjadi sukar sekiranya kita sendiri
tidak tahu apa itu “kemoralan”.
4. Maksud etimologi bagi perkataan “etika” (ethics) yang berasal daripada perkataan
Yunani “ethos”, ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Manakala “moral” berasal
daripada perkataan Latin “mores” yang membawa erti yang sama dengan etika
(Ashmore, R.B 1987).
5. Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan
yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-
ciri kehidupan yang baik (Grassian, V. 1981).
6. Frankena, W.K (1973), etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang
kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.
7. Kamus Dewan (1995), erti “nilai” termaksulah “taksiran harga”, harga sesuatu
dibandingkan dengan harga benda yang lain”, “darjat,kualiti,mutu,taraf” dan sifat
ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).
8. Kemoralan ialah satu institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang
membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan
ahli-ahli masyarakat.

1.2 Penyataan Normatif dan Penyataan Deskriptif

1. Grassian, V. (1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang


koheren atau logic, sistematik, dan wajar (justifiable) kepada persoalan-persoalan moral
dipanggil etika normatif (normatif ethics).
2. Etika moral tertumpu kepada kenyataan normative yang mempunyai implikasi kepada
perlakuan manusia.
3. Penyataan normative adalah satu pertimbangan nilai baik dan nilai buruk, salah atau
betul, diterima atau ditolak. Contoh, “Pengguguran ialah perbuataan yang tidak
bermoral” ialah penyataan normatif.
4. Pertimbangan moral dibahagikan kepada pertimbangan moral atau etika. Sesetengah
pertimbangan moral menyatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara
moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib, perlu atau tidak

1
dilakukan dan ini dinamakan pertimbangan kewajipan moral atau pertimbangan
deontik.
5. Perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang seseorang insan, motif,
tujuan, dan sifat kelakuan atau peribadinya dan boleh dikatakan bahawa mereka adalah
secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh dipersalahkan,
bersifat wali, keji, dan sebagainya.
6. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik.

Penyataan normatif baik/buruk betul/salah Pertimbangan


tentang perbuatan/ wajib/tidak wajib kewajipan moral
tindakan perlu/tidak perlu (Pertimbangan deontik)

Penyataan normatif Baik/buruk Pertimbangan nilai


tentang insane, motif, mulia/jahat moral (Pertimbangan
tujuan, dan sifat bertanggungjawab aretaik)
kelakuan /peribadi perlu dipersalahkan
(bukan perbuatan/ bersifat wali/keji
tindakan)

Rajah 1.0: Penyataan Normatif: Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik

7. Contoh pertimbangan deontik:


“Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk
berjudi”. “Niat berjudi” ini adalah suatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh
diterima di sisi undang-undang atau agama.Sebagai seorang insan yang bermoral, orang
ramai “dinasihati” supaya tidak membeli dan tidak menjual saham dengan cara dan niat
untuk berjudi.Perkataan “dinasihati”, kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah
di sisi undang-undang atau agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara “contra”)
dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya
tidak boleh diterima. Oleh yang demikian. Menjadi kewajipan kita untuk tidak
melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.
8. Contoh pertimbangan aretaik:
“Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham”. Penyataan ini menilai
atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara
dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan
saham jual beli. Andaian boleh dibuat bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di
kaunter-kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih
selamat dan lebih beruntung sekiranya selamat dan lebih beruntung sekiranya dia
berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai “bijak” dan bukan berbentuk

2
perjudian. Penyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuk kewajipan seseorang
sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat “bijak” (tidak berjudi) yang ada
pada seorang pelabur.

1.3 Konsep Asas Nilai

1. Berdasarkan kamus, nilai dihuraikan sebagai sesuatu benda atau perkara boleh dilihat
pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetrik, dan keduanya dari
kualiti yang intrinsic, iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara “dalaman” atau dalam
pemikiran kita. Moral ialah sejenis nilai.
2. Contoh pertama, wang ringgit RM 10 membawa maksud barang/perkhidmatan yang
berharga sepuluh ringgit boleh dibeli di mana ini adalah contoh “nilai” dari aspek
‘materialistik’.
3. Dari aspek “kemoralan”, perbuatan mencuri RM 10 dan RM 100, tidak berbeza dari segi
nilai moral kerana mencuri merupakan perbuatan yang buru dan salah di sisi undang-
undang.
4. Nilai mempunyai fungsi-fungsinya sendiri, iaitu;
(i) Sebagai satu criteria atau piawai yang konsisten dan kukuh bagi seseorang
individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah baik,
betul, dan boleh diterima.
(ii) Sebagai tunjuk ajar, rujukan, dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral.
(iii) Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.
5. Perbandingan jenis-jenis nilai moral;
(i) Nilai sebagai sifat (attribute)
(ii) Nilai sebagai kadar harga atau markah
(iii) Nilai yang bersifat aksiologi (falsafah nilai)
6.

3
Nilai Instrumental (Ekstrinsik) Nilai Intrinsik
Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai Kualiti yang diterima atau ditolak semata-
alat mencapai sesuatu matlamat. mata kerana ia baik atau bruk tanpa
7. menagambil kira kesannya.
Bergantung pada nilai lain untuk mencapai Tidak bergantung pada nilai lain untuk
sesuatu matlamat. mencapai sesuatu matlamat. Nilai
tersebutsendiri sebagai matlamat akhir.
Nilai Relatif Nilai Absolute/mutlak
Nilai peringkat kedua, misalnya, berani, Nilai peringkat pertama, misalnya, baik
Nilai yang diterima atau ditolak oleh Nilai yang keberhargaannya tidak terikat
rajin, hormat-menghormati. hati, kasih saying,kebiasaan
keadilan. bagi sesebuah
peraturan sesuatu masyarakat untuk kepada sesuatu
Contoh: Mengebom Hiroshima untuk
mencapai sesuatu matlamat mayarakat. Contoh:Seorang
masyarakat. hakim menjatuhkan
menamatkan Perang Dunia II. hukuman
Diterima umum dan telahmati
gantung sampai
Ia adalah arbitrary (tidak tertentu), tidak diujikepada
atau
Mengenakan hukuman bunuh kepada seorang
terbuktipengedar dadah
sempurna, dan berbeza-beza antara sebagi baik atausemata-mata
buruk.
pengedar dadah bagi menghapuskan kerana kewajipannya berbuat demikian
masyarakat yang berlainan.
kegiatan pengedaran dadah. mengikut peruntukan undang-undang
Boleh berubah mengikut masa. Kekal sepanjang masa dan di semua
yang ada, bukan kerana ia ingin turut sama
tempat serta hampir semua situasi normal
membasmi kegiatan pengedaran dadah.
masyarakat.
Nilai Subjektif Nilai Objektif
Contoh: Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga Contoh: Hidup berkeluarga adalah satu
Kualiti
bolehyang diterima atau ditolak Kualiti yang bernilai yang
atau baik.
sebaliknya yang
dibina hanya melaui perkahwinan amalan kehidupan
seseorang yang memberikan pandangan. bebas daripada pilihan peribadi.
rasmi. Manakala di California, keluarga
Diterima atau ditolak mengikut
boleh dibentuk tanpa perlu melaluipandangan Diterima ata ditolak berdasarkan satu set
seseorang individu.
perkahwinan rasmi. criteria yang dipersetujui oleh semua atau
kebanyakan orang.
Contoh: Contoh:
(i) Kes Amerika hendak menyerang Iraq. (i) Peperangan adalah satu tragedi yang
(ii) Britain menyatakan bahawa Amerika dahsyat.
perlu menyerang Iraq demi keamanan (ii)Perhambaan tidak mencerminkan nilai
jangka panjang dunia supaya Iraq tidak peri-kemanusiaan.
meneruskan kerja membuat senjata yang (iii)Buruh kanak-kanak adalah satu
banyak memusnahkan manusia; manakala kezaliman dan mesti dihapuskan.
Perancis pula berkata Amerika tidak boleh
menyerang Iraq kerana serangan itu akan
banyak menyebabkan rakyat Iraq yang
tidak berdosa terkorban.

2.0 TEORI DAN SISTEM NILAI

4
Rajah 2.0: Cabang Teori dan Sistem Nilai

2.1 Teori Kemoralan Sosial

1. Penggunaan teori kemoralan sosial (atau kemoralan tradisional dan kemoralan


konvensional) untuk menerangkan konsep etika dalam sesuatu masyarakat memang
wajar.
2. Nilai norma dan peraturan lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat
dan melindungi kebajikan ahli-ahlinya daripada memberikan kepentingan diri kepada
seseorang individu. Contoh; “Jangan membuang bayi “ “Sentiasa menunaikan janji”
3. Velasquez,M.G. kepiawaian moral ini banyak mempunyai fungsi dalam masyarakat. Dua
fungsinya yang paling penting ialah:
(i) Sistem kepiawaian moral dalam masyarakat akan mengenal pasti situasi–situasi
supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri untuk mengukuhkan satu sistem
kelakuan yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
(ii) Kepiawaian moral bertindak sebagai resolusi bagi konflik sosial dengan memberikan
justifikasi yang boleh diterima oleh orang ramai untuk tindakan dan membuat dasar-
dasar.
4. Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.
5. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin
keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
6. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod,
nilai dan pantang larang.

5
7. Peraturan ini ialah ukuran/persetujuan masyarakat yang mesti diterima utk menyekat
perbuatan jahat cth ‘Semangat bermasyarakat’ utk mengelak egoisme/individualisme,
hormat-menghormati elak kezaliman
8. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial.
9. Walaubagaimanapun peraturan masyarakat wujud di luar individu. Ianya ditetapkan
oleh autoriti dalam masyarakat.
10. Nilai-nilai ini lebih mementingkan masyarakat dan bukan individu sebagai matlamat.
11. Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat ahli-ahli sosiologi moral bahawa
adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai
autoriti moral (rujuk tulisan Thomas Hobbes dalam Leviathan).
12. Emile Durkheim (1961) mengatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem
peraturan yang ditetapkan terdahulu tentang bagaimana seseorang harus bertindak
dalam sesuatu situasi. Peraturan moral lazimnya menentukan setiap tingkah laku dan
etika boleh menyekat tindakan seseorang.
13. Durkheim (1961) juga menitikberatkan "disiplin" dan "perasaan masyarakat
penyayang". Satu lagi unsur kemoralan sosial ialah pemahaman individu tentang
"order sosial" dan kerelaan mematuhinya.
14. Kelemahan kemoralan social:-
 

(i) Bersifat relatif Semua masyarakat mempunyai peraturan


moral masing-masing. Peraturan moral
satu masyarakat boleh bertentangan
dengan yang lain.
(ii) Kerelatifan Budaya Boleh membawa kepada ketegangan dan
(Cultural relativism) konflik sekiranya setiap masyarakat
terlalu agresif mempertahan peraturan
moral masing-masing.
(iii) Terlalu ketat dan tidak fleksibel Kesukaran menyesuaikan peraturan
masyarakat dengan situasi baru dan
semasa. Peraturan konservatif dan
mutlak tidak dapat membantu dan
membimbing seseorang menghadapi
semua dilema moral baru. Masa dan
keadaan sentiasa berubah.
(iv) Jenayah Sekatan (peraturan) yang berasaskan apa
yang diizinkan oleh pihak berkuasa dalam
masyarakat akan hilang kuasanya jika
seseorang itu dapat menyembunyikan
perbuatannya (jenayah) yang melanggar
peraturan masyarakat.

2.2 Keperibadian Mulia

6
1. Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral.
2. Persoalan yang ditekankan ialah "Apakah yang patut saya jadi?" dan bukan "Apakah
yang patut saya lakukan?"
3. Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan
salah seorang pelopornya ialah Aristotle.
4. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa (excellence).
5. Terdapat dua jenis keperibadian mulia:
(i) Keperibadian mulia intelektual
(ii) Keperibadian mulia moral
6. Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti
kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa
sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru.
7. Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu
seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle,
keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari
melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap
diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
8. Berdasarkan konsep min, Sifat keperibadian mulia merupakan suatu min
(kesederhanaan) di antara dua ekstrim, iaitu kelebihan dan kekurangan. Kedua-dua
ekstrim adalah buruk.
9. Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan seperti:
(i) Tanggapan Aristotle bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula
jadi ditentang oleh golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya
bahawa sesetengah insan, seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian
mulia secara semula jadi kerana pemberian dan keredaan Tuhan
(ii) Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi pemerhatian
dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia kerana
manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.
(iii) Doktrin "min" atau "jalan tengah" tidak mempunyai tenaga menasihati atau
kekuatan praktikal. Bertindak mengikut jalan tengah akhirnya akan bermaksud
"bertindak sepertimana anda harus bertindak". Oleh itu, doktrin
"kesederhanaan" sebenarnya tidak memberi bimbingan dan nasihat yang
berguna kerana tidak jelas apa yang dianggap cara atau tindakan yang "patut"
atau "sederhana" itu. Contohnya, tindakan Mother Teresa dan Gandhi boleh
dianggap ekstrem tetapi adakah mereka tidak bermoral .
10. Ciri-ciri seseorang yang mempunyai keperibadian mulia:
(i) Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan
(ii) Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai
(iii) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan
keburukan
(iv) Berpegang kepada prinsip

7
(v) Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan
(vi) Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan .

2.3 Teori Etika Teleologikal

1. Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama, iaitu Teori Teleologikal
(Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory).
2. Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam
menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral.
3. Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan
Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu.
4. Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud
"tujuan" atau "matlamat".
5. Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul
atau salah melalui akibatnya.
6. Tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara
intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa
menilai kesannya.
7. Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan
bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral.
8. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak
harus dilakukan.
9. Kalau membohong menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis,
perbuatan membohong itu adalah betul dan wajib dilakukan.
10. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai:
(i) Yang membuat orang lain bahagia dan
(ii) Yang menguntungkan diri sendiri.
11. Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran
Utilitarianisme dan aliran Egoisme Etika.
12. Aliran Utilitarianisme:
(i) Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
(ii) Berasal daripada perkataan "utility" yang bermaksud "berguna" atau
"kegunaan".
(iii) Doktrin moral ini mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk
menghasilkan kebaikan/keseronokan maksima kepada bilangan orang yang
sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat.
13. Peraturan Utilitarianisme:
(i) Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan
maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
(iv) Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang
adalah berlainan.

8
(v) Setiap orang mentafsirkan situasi dirinya dan menentukan tindakan yang
manakah akan membawa sebanyak mungkin akibat yang baik bagi setiap orang
yang terlibat dalam situasi itu.
14. Kelemahan peraturan utilitarianisme:
(i) Kesukaran menentukan akibat baik bagi orang lain dan semua pihak.
(ii) Kesukaran membuat peraturan sejagat tanpa pengecualian.
15. Utk memperjelas teori ini kita ambil isu moral berkaitan peperangan sbg cth.
16. Bagi ‘u’ dlm memutuskan kemoralan melancarkan peperangan,s’org mesti
menimbang /m’kira kemudaratan dan kebaikan yg dihasilkan oleh peperangan itu.
17. Jika kemudaratan dijangka melebihi akibat baik yg dinikmati oleh neg yg melancarkan
perang(w/pun menang) menurut ‘u’ peperangan x boleh dijustifikasikan.
18. Sebaliknya,peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa
kebahagian, kebaikan lebih drpd kesengsaraan/kemudaratan.
19. Justeru ‘u’ akan menyokong tindakan mengebom bandar2 di Jerman utk menamatkan
PD ke-2 w/pun ramai nyawa x berdosa terkoban kerana jika pihak Nazi menang,dunia
akan kehilangan sifat keamanan dan kezaliman berleluasa.
20. Aliran Egoisme:
(i) Egoisme psikologikal.
(ii) Bukanlah teori etika.
(iii) Mengikut teori ini:
(a) manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara
mental untuk berbuat demikian dan
(b) terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.
(iv) Egoisme etika (bersifat normative) terbahagi kepada 2 bentuk iaitu:
(a) Egoisme etika individu
Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.
(b) Egoisme universal
Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan
orang lain juga memenuhi kepentingannya.
21. Friendrich Wilhem Nietzche, mengkritik utilitarianisme kerana:
(i) Tidak semua perkara menguntungkan seseorang akan menguntungkan org lain.
(ii) Beliau memperakui nilai sesuatu peraturan.Tetapi beliau menentang
peraturan mutlak yg datang drpd sesuatu autoriti.Bependapat peraturan
hendaklah bersifat individu sesiapa yg mematuhi akan menjadi maju, kuat,
berkuasa.
22. Kebaikan egoisme:
(i) Sebagai agen moral. Tanggungjawab asas individu ialah memajukan seberapa
banyak kebaikan untuk dirinya.
(ii) Sebagai penasihat moral. Dalam membuat pertimbangan moral individu
mestilah mengutamakan keuntungan bagi dirinya.
23. Keburukan egoisme:

9
(i) Egoisme mementingkan diri dan x mengambil kira kptingan org lain.Agamawan
(ateis),demokrasi (x berfikiran sivik). Cth mendahulukan diri dlm kenaikan
pangkat w/pun ada org lain yg lebih layak.
(ii) Nietzche jahil ttg hakikat kewujudan manusia.Beliau bpdpat utk memperoleh
kemajuan mrk yg lemah diekplotasi,manusia x perlu beroganisasi dan taat kpd
autoriti.Namun sejarah menunjukkann cth kejayaan Jepun krn kesetian kpd
maharaja mrk.

2.4 Teori Deontologi

1. Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" atau “duty”


“tugas/tanggungjawab”yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan".
2. Menurut teori ini, seseorang melakukan sesuatu atau tidak melakukannya semata-mata
kerana pekara itu difikirkannya baik atau buruk, bukan kerana ada sesuatu kesan
peribadi akibat perbuatan itu.
3. Pertama, ‘Prinsip Duty’ (Principle of Duty) iaitu apabila seseorang melaksanakan
tanggungjawab atau tugas yang diberi semata-mata kerana mengikut arahan bagi
melaksanakan tugas itu. Duty for the sake of duty. Misalnya tentera Amerika Syarikat
yang terlibat dalam mengebom Hiroshima dan Nagasaki melakukannya kerana
melaksanakan tugas yang diberi.
4. Kedua, ‘Prinsip Eksistensialisme’ (Principle of Existentialism) di mana nilai baik atau
buruk mesti berasaskan kepada pilihan setiap individu secara bebas; pilihan peribadi
dan bukannya dipaksa. Misalnya apabila kita menderma untuk tabung kebajikan. Ia
menjadi nilai yang baik jika kita menderma secara sukarela tetapi menjadi nilai yang
tidak baik jika kita menderma kerana dipaksa atau kerana terpaksa.
5. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German
(1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.
6. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan
akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan
kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita.
7. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat
kebaikan atau keburukan.
8. Prinsip kewajipan:
(a) Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Kecuali good will
atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat.
(c) Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk
melaksanakan prinsip atau peraturan).
(d) Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan,
kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti
kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian,
ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak

10
hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik
tanpa syarat.
(e) Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan
bukan atas apa yang dilakukannya.
(f) Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa,
kemahuan atau kecenderungan semula jadi.
(g) Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan
kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif
tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui.
(h) Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap
memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.
9. Kategorikal Imperatif
(i) Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip
moral iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat.
(j) Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh
orang lain.
(k) Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain
bertindak terhadapnya.
(l) Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan
bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan
alat perlakuan individu.
(m) Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.
(n) Cth ‘Jangan menculik’, kerana penculik melayan mangsanya sbg alat
mendapat wang tebusan, bukan kemanusian mjdi matlamat penculik itu.
10. Kekuatan dan kelemahan:

KEKUATAN KELEMAHAN
Melahirkan insan yang patuh dan Bolehkah kita mengetepikan
taat kepada kewajipan, peraturan, langsung akibat suatu tindakan di
undang-undang dan agama dalam menentukan satu sistem
moral yang berkesan?
Mewujudkan individu yang Apakah faedah sesuatu sistem
bertanggungjawab terhadap moral itu kalau tidak membawa
dirinya akibat baik terhadap diri kita
sendiri, orang lain dan kedua-
duanya?
Sifat ikhlas adalah dasar utama Apa gunanya mengamalkan
teori ini. Tanpa kerelaan dan sistem moral yang begitu rigid
keikhlasan sesuatu tindakan tiada sedangkan ia tidak semestinya
nilainya. boleh membawa kebaikan pada
masa-masa tertentu

11
11. Kewajiapan Prima Facie:
(a) Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada
asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju
dengan kemutlakan teori-teori Kant.
(b) Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita
sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita
buat yang berlainan.
(c) Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things")
(d) Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji,
mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan
keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross
percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah
obligasi manusia melakukannya.
12. Eksistensialisme:
(a) Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme.
(b) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi
sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian
"kebebasan".
(c) Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia
mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti
dihapuskan dari alam kemoralan.
(d) Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap
hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu
bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.
(e) Dlm buku ‘Being & Nothingness’ bagi kes Manusia sahaja- ‘kewujudan (existence)
mendahului zat (essence).
(f) Bezakan dengan pisau.Sifat sudah ditetapkan (fikir dulu baru buat).Bermaksud zat
pisau mendahului kewujudan.
(g) Manusia tidak difikirkan, tidak dijadikan mengikut spesifikasi tertentu @ dibuat utk
tujuan tertentu.
(h) Manusia wujud dahulu siapa mereka bergantung kpd apa yg dilakukan mereka.
(i) Dlm diri manusia terdapat kekosongan @ ketiadaan (Nothingness) yg mesti diisi
oleh manusia melalui kesedaran, pemikiran, dan tindakan sepanjang hayat.
(j) Objek yg tiada kesedaran ialah spt kerusi, meja, bola bersifat statik dan tidak
berubah.
(k) Manusia tidak boleh mengubah dirinya (Being for itself) menjadi (Being in itself) yg
kaku/konkrit/maujud spt meja,batu,kerusi. Oleh itu nilai moral itu sentiasa
berubah,subjektif,tidak mutlak dan sebagainya.Manusia terus bebas memilih.
(l) Manusia ingin menjadi sesuatu yg mempunyai sifat tetap yg menyebabkan dia
ditentukan utk bertingkah laku secara khusus.
(m) Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku
moralnya sendiri.

12
(n) Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep
"kewujudan sah".
(o) Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral
yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila
individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia
dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.
13. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice)
dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
(a) Kebebasan jasmani
(b) Kebebasan kehendak
(c) Kebebasan moral
14. Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa paksaan dan larangan.
15. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang
dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.
16. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan
kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang
dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan
keputusan moralnya sendiri.
17. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).
18. Kritikan terhadap teori Eksistensialisme:
(a) Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional/mutlak yg berfungsi sbg
panduan moral.Menurut satre org yg mematuhi peraturan tradisional akan
menyekat kebebasanya. Moral ini perlu dihapuskan dari kemoralan. Individu mesti
bertanggungjawab terhadap tingkahlaku moral sendiri.
(b) Tidak berguna bercakap mengenai isu moral kerana individu tiada hak terhadap
kemoralan & tingkahlaku orang lain.
(c) Fredoom of choice, walaupun tidak mementingkan diri boleh membawa individu
kepada relativisme @ individualisme.
(d) Bagi Satre jika individu tidak mencipta nilai baru, tindakan dianggap tidak bermoral.
Tidak perlu bagi setiap individu mencipta nilai & prinsip sendiri kerana akan
menjadikan kehidupan sosial tidak teratur. Manusia hanya perlu pilih prinsip etika
atas sebab yg rasional bagi memastikan kehidupan lebih baik.

13
3.0 NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

3.1 Pengenalan

1.
Rajah 3.0: Agama dan Kepercayaan Utama Di Malaysia

Salah satu pandangan tentang dari mana datangnya kemoralan adalah bahawa
kemoralan manusia mengenai yang betul dan salah berasal dari Tuhan atau Kuasa
Luar Biasa (kemoralan objektif).
2. Pandangan A:
(a) Prinsip asas kemoralan ini ialah apa-apa tindakan yang dilarang oleh Tuhan adalah
tidak bermoral.
(b) Tuhanlah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang menjadikan sesuatu
perbuatan itu betul atau salah melalui larangan-Nya.
(c) Sesuatu tindakan seperti rogol adalah salah kerana ia dilarang oleh Tuhan.(jika
tidak dilarang oleh Tuhan, adakah rogol itu bermoral?)
3. Pandangan B:
(a) Tuhan tidak menjadikan sesuatu perbuatan itu betul atau salah tetapi melarang
kelakuan tertentu seperti keseksaan dan rogol kerana ia adalah tidak bermoral
(b) Membenarkan tindakan lain seperti menolong orang kerana ia bukan tidak
bermoral dan memerlukan kelakuan seperti menghormati ibu bapa kerana tidak
melakukannya adalah tidak bermoral.
(c) Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada
kewujudan Tuhan dan keimanan kepadaNya dan kehidupan Akhirat (selepas
mati).

14
ti
r
lK
Is
u
B
m
h
k
S
e
o
a
T
d
in
H
4. Ada tiga bentuk utama:
(a) Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan
(b) Moral Zuhud - Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat
(c) Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu
5. Setiap insan yang beragama sudah sepatutnya mengabdikan dirinya kepada Tuhan
dengan membuat apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarangNya.
6.

15
16

You might also like