P. 1
eksimen kimpalan peralatan n peraturan keselamatan

eksimen kimpalan peralatan n peraturan keselamatan

|Views: 5,478|Likes:

More info:

Published by: Sollehhuddin Mohammad on Apr 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/21/2014

pdf

text

original

PERALATAN, PERATURAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL KIMPALAN. 1.0 PENGENALAN.

Para pengguna peralatan bengkel kejuruteraan am seperti kerja-kerja memesin, menggegas, foundri dan termasuklah kerja kimpalan sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerjakerja di dalam bengkel. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan bengkel wajib diketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau panca indera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari. Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika menggunakan alatan dan mesin. Sehubungan dengan itu peraturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan di empat kerja. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja, umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis : I. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka. II. Peralatan dan mesin yang digunakan tidak selamat seperti mesin pemampat udara yang tidak mempunyai pelindung, atau menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah longgar. Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja di kawasan yang gelap, sempit dan lantai yang berminyak.

1

1 Pelindung mata dan Google. Antara peralatan yang digunakan adalah seperti berikut : 2. kerja-kerja kimpalan merupakan prosedur kerja yang melibatkan penggunaan haba dan arus elektrik yang tinggi. peralatan keselamatan yang digunakan sedikit berbeza dengan bengkel lain. cahaya yang boleh menyebabkan radiasi dan kecederaan pada penglihatan.0 PERALATAN KESELAMATAN DI BENGKEL KIMPALAN Secara umumnya. Gogal adalah alat pelindung mata yang amat penting di antaranya melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kerja-kerja kimpalan dilakukan. Pelindung mata keselamatan ini selalunya digunakan semasa bekerja di kawasan ± kawasan berhabuk.2. Oleh itu. 2 . Rajah di atas menunjukkan pengimpal memakai goggle dan pelindung mata. mempunyai asap yang membahayakan. Kantanya dapat menahan hentakan dan lebih kuat daripada kanta biasa.

Sekiranya kita bekerja di kawasan elektrik. But jenis foundry atau Gaiter menggunakan zip bertujuan untuk memudahkan kita untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. but istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak berpenebat elektrik. Gambar di atas merupakan But Keselamatan yang berfungsi mengelakkan percikan api arka dan berpenebat bagi mengelakkan arus bocor. Antaranya jika kita bekerja di kawasan mudah terbakar. tetapi apa yang terpenting adalah untuk kita mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli dan juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka bagi mengelakkan dari licin. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api semasa proses kimpalan dilakukan.2. 3 . Kasut keselamatan penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek. terhiris atau tajam.2 Kasut dan But Keselamatan. terjatuh. Terdapat jenis-jenis but keselamatan untuk kegunaan tertentu. but jenis nitril atau neoprene digunakan bagi melindungi kaki. bahan kimia dan bahaya elektrik. Terdapat banyak jenis gaya dan but keselamatan.

Supaya kita akan selesa di samping menyelamatkan kita.2. Jika terlalu longgar kemungkinan untuk tersangkut di dalam mesin adalah tinggi. Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. agar tidak terlalu ketat atau longgar. Kita hendaklah memilih pakaian yang sesuai. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk ke dalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas. Gambar di atas menunjukkan sarung tangan kulit yang digunakan untuk kimpalan arka 2. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. 4 . Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan. Kebanyakan baju keselamatan ini diperbuat untuk menghalang berlaku kemalangan. Jika terlalu ketat.4 Baju Keselamatan atau Baju Bengkel Baju keselamatan atau baju bengkel ini. saiz dan jenis bahan yang berbezabeza mengikut penggunaan. dapat melindungi kita daripada bahaya percikan api dan sinaran UV yang boleh membahayakan kita.3 Sarung Tangan Keselamatan (Kulit) Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk. kita akan mengalami kesesakan untuk jangka masa yang lama.

Gambar di bawah menunjukkan contoh baju bengkel bagi kerja kimpalan. Kain pengesan sepatutnya digunakan di tempat yang sesuai seperti membersihkan minyak.5 Kain pengesat. 5 . lap tangan yang basah dan sebagainya. Ia penting bagi mengelakkan dari risiko kecederaan seperti tergelincir akibat lantai licin dan mengelakkan dari berlakunya arus bocor. Baju Bengkel 2. Gambar menunjukkan kain pengesat.

6 Alat Pemadam Kebakaran Alat pemadam keselamatan adalah alat di mana boleh digunakan untuk mengawal dan memadam api pada peringkat awal. Pemadam api kelas C iaitu karbon dioksida dan kelas ABC.2.Dimana kita perlu melayangkan hos ke kiri dan ke kanan bagi memadam api. Bagi kebakaran yang melibatkan elektrik dan bahan kimia seperti gas asetilena seperti kimpalan gas oksi-asetilene.langkah penggunaan alat pemadam api. Alat ini digunakan secara manual.Dimana perlu menekan ³lever´ untuk mengeluarkan agen pemadam api.  Sentiasa menggunakan kaedah PASS KAEDAH PASS     P ± PULL -Dimana kita harus menarik atau mencabut pin keselamatan A ± AIM -Dimana langkah ini mengharuskan kita untuk arahkan nozel ke arah punca api. Terdapat pelbagai alat pemadam api dan jenis ± jenis alat pemadam api di pasaran. serbuk kering digunakan. Terdapat jenis ± jenis alat pemadam api mengikut jenis punca kebakaran. Berikut merupakan jenisjenis alat pemadam api mengikut punca kebakaran : KELAS A  Api daripada kayu  Api daripada kertas  Api daripada plastik  Api daripada kain KELAS B  Api daripada minyak  Api daripada vanish KELAS C  Butana  Gas  Oxy acetylene KELAS D  Magnesium  Sodium  Kalsium Langkah. Tetapi langkah-langkah penggunaannya adalah sama. 6 . Antara langkah-langkah penggunaannya ialah:  Memilih alat pemadam api yang sesuai mengikut punca kebakaran  Mulakan proses memadam mengikut arah angin. S ± SWEEP. S ± SQUEEZE.

Gambar di atas menunjukkan peti pertolongan cemas. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri. namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. 7 . kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor.Gambar di bawah menunjukkan alat pemadam kebakaran. Peti Pertolongan cemas merupakan alatan keselamatan bagi penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit seperti melecur akibat dari kerja kimpalan. 2. Alat pemadam kebakaran. Khidmat segera ini diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku kemalangan atau kecederaan.7 Peti Pertolongan Cemas.

Selain itu juga. Gas-gas ini akan memudaratkan kesihatan kita di mana ianya boleh menyebabkan kita sesak nafas. sakit tekak 8 . Kecederaan diri 3. Sinaran Ultraungu dan Sinaran Inframerah yang terhasil itu tadi akan menyebabkan kulit terbakar dan mata berasa sakit. Radiasi daripada tempat kerja ii. Renjatan elektrik iv.2 Gas beracun Gas beracun ini terhasil semasa proses mengimpal.3. Gas beracun iii. Antaranya Sinaran Ultraungu dan Sinaran Inframerah.0 PERATURAN DIBENGKEL KIMPALAN Peraturan di bengkel kimpalan mengikut jenis-jenis kemalangan yang kerap berlaku : i. Kebakaran v. pembersihan bahan kerja menggunakan bahan kimia dan lain-lain lagi. terdapat cahaya yang terhasil daripada kimpalan tersebut. meloyang. pemotongan asetilena.1 Radiasi daripada kimpalan Semasa kita melakukan kimpalan. Antara langkah ± langkah keselamatan yang boleh diambil ialah:  Menggunakan pelindung keselamatan  Menggunakan pakaian keselamatan yang sesuai  Tidak mengimpal atau memotong dengan kadar terlalu lama. ianya boleh menyebabkan sel ± sel di dalam badan mati. di mana sinaran ini amat membahayakan kepada kesihatan kita. 3.

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengelak berlakunya renjatan elektrik:  Memeriksa kawasan kerja terhadap bahaya elektrik  Tidak mengabaikan masalah elektrik  Menggunakan penyambungan atau pendawaian yang sesuai dan mendapat khidmat daripada pakar. 3.  Pastikan tidak menghidu terlalu banyak gas beracun atau asap tersebut untuk suatu jangka masa yang panjang.dan kegatalan sekiranya tidak mengambil langkah-langkah keselamatan semasa melakukan proses ini.  Sentiasa mematuhi operasi peralatan yang digunakan. 9 .  Menggunakan penyedut asap agar asap atau gas beracun tersebut tidak berada di tempat kerja.  Mengubahsuai alat-alat yang sedia ada tanpa kelulusan mana ± mana pihak  Menggunakan peralatan yang telah rosak.3 Renjatan Elektrik Renjatan elektrik adalah keadaan seseorang manusia terkena kejutan elektrik. Kerosakan alat elektrik seperti kebocoran kabel hidup(L) kimpalan arka dan kecuaian manusia sendiri adalah sebab utama berlakunya renjatan elektrik di mana boleh dibahagikan kepada tiga bahagia Iaitu :  Kecuaian mematuhi peraturan keselamatan.  Memakai topeng keselamatan atau pakaian keselamatan yang lengkap. Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah:  Memastikan pengaliran udara bersih secukupnya.

dan melecur. Ianya juga boleh menyebabkan letupan dan juga kemusnahan jika berlaku. Antaranya:  Menjauhkan bahan-bahan mudah terbakar dari kawasan mengimpal tempat-tempat yang terdedah kepada haba yang panas  Memberitahu kepada penyelia atau orang atasan sekiranya berlaku kebocoran gas. 3. melecet. Antaranya seperti melakukan proses kimpalan berdekatan sumber bahan mudah terbakar. memakai safety boot dan memakai sarung tangan kulit. ataupun litar pintas dengan segera. Alatan yang telah rosak perlulah dibaiki oleh yang berkemahiran dan bertauliah  Mematikan peralatan setelah selesai menggunakannya  Sentiasa memastikan kawasan sekitar peralatan elektrik kering dan kemas serta tiada pendawaian yang bocor. 3. Untuk mengelak berlakunya kebakaran ini. 10 . pendawaian. langkah-langkah berjaga-jaga perlu diambil. Antaranya seperti mengenakan pakaian kimpalan yang betul seperti apron kulit. sekiranya kita mengamalkan tatakerja dan etika kerja yang baik serta mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan maka risiko untuk mendapat kecederaan dapat dikurangkan.4 Kebakaran Kebakaran boleh berlaku sekiranya kita tidak peka akan tempat penyimpanan dan kecuaian diri sendiri. Bagaimanapun.  Memastikan peralatan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik.5 Kecederaan diri Bekerja di bengkel sememangnya terdedah kepada risiko kecederaan seperti luka.

kewangan. Keselamatan diri diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada kita daripada kemalangan atau kecelakaan yang boleh berlaku. jam tangan. gelang.4. dan loket. fizikal.  Sentiasa mengemaskan diri dan mengenakan pakaian yang betul sebelum memulakan kerja bagi memastikan tidak berlakunya kemalangan seperti mengikat rambut jika rambut panjang dan mengenakan pakaian bengkel kimpalan jika hendak melakukan kerja-kerja kimpalan. Kita juga haruslah menyenggara kelengkapan tersebut dengan sebaik-baiknya. pekerjaan dan perkara-perkara lain boleh menyebabkan kemalangan atau kerosakan. 4. Antara keselamatan diri adalah dengan cara memakai pakaian keselamatan. Ia juga perlu mengikut spesifikasi dan kegunaan semasa melakukan pekerjaan. Ini merupakan pertahanan yang terakhir untuk mengelakkan berlakunya kecederaan.1 Keselamatan Diri  Mengelakkan daripada memakai perhiasan diri seperti cincin. 11 . rantai. Selain itu juga. Ini bagi memastikan kelengkapan tersebut boleh berfungsi dengan baik dan berkesan apabila kita hendak menggunakannya lagi.0 KESELAMATAN DI BENGKEL KIMPALAN Keselamatan bermaksud keadaan di mana terlindung daripada masalah social. kita perlulah mengetahui tentang cara -cara dan keadaan pemakaian yang boleh mengoptimumkan keselamatan serta had -had penggunaannya.

 Bersihkan peralatan-peralatan yang tertentu sebelum alatan tersebut disimpan. malahan pada sekolah. 4.  Memastikan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik.3 Keselamatan Rakan Sekerja  Sentiasa mematuhi peraturan di dalam bengkel ataupun tempat kerja. sektor pekerjaan yang melibatkan kerja-kerja kimpalan seterusnya kerugian kepada negara terutamanya dari segi sumber modal insan yang berkemahiran.  Pastikan peralatan disimpan di tempat yang telah ditetapkan setiap kali selepas melakukan kerja kimpalan. Kesimpulannya.2 Keselamatan Alatan Kerja  Tidak menggunakan dan mengambil alatan tanpa kebenaran guru.0 KESIMPULAN. Perkara ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan terhadap diri sendiri mahupun orang lain. 5. Kemalangan bukan sahaja menyebabkan kerugian pada diri sendiri.  Sentiasa melakukan kerja tanpa membahayakan keselamatan rakan sekerja yang lain  Tidak bergurau semasa berada di dalam bengkel. peralatan dan peraturan keselamatan di bengkel kimpalan haruslah dipraktikkan dan dipatuhi oleh pelajar mahupun guru. 12 .4.  Tidak sesekali membiarkan alatan tangan bersepah di atas lantai kerana boleh menyebabkan kemalangan.

6.0 LAMPIRAN Pengimpal berpakaian selamat dan bahaya. Pengimpal berpakaian selamat Pengimpal berpakaian bahaya 13 .

2003.0 BIBLIOGRAFI i.com Yusoff bin Ali et al.com www. www. v. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 5. Pengajian Kejuruteraan Jentera Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka vi.wikipedia. iv. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. 14 . iii. Jen Chong Tak et al. Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Bhd..scribd. 1994. ii. Shannon Lim. 2003.. Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras dan Elektif). The Ser Kok.7.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->