P. 1
hukum sembelihan

hukum sembelihan

|Views: 358|Likes:
Published by park_air

More info:

Categories:Types, Research
Published by: park_air on Apr 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/06/2013

pdf

text

original

Diriwayatkan daripada Abu Sa'labah al Khusyani r.a katanya: Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.

w lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami tinggal di bumi satu kaum dari kalangan Ahli Kitab. Kami makan dengan menggunakan bekas mereka dan di situ aku berburu. Aku berburu dengan menggunakan panah, terkadang dengan menggunakan anjingku yang telah terlatih dan terkadang pula dengan menggunakan anjingku yang tidak terlatih. Ceritakanlah kepadaku apa yang halal untuk kami dari semua itu. Baginda bersabda: Apa yang kamu katakan bahwa kamu tinggal di negeri kaum Ahli Kitab lalu kamu makan dengan menggunakan bekas mereka, sekiranya kamu boleh dapati selain dari bekas mereka, janganlah kamu makan di dalam bekasnya. Kalau kamu tidak dapati selainnya, basuhlah dahulu dan makanlah di dalam bekasnya. Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah. Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah.

Bab Memburu Dengan Menggunakan Anjing Yang Terlatih Hadis Adiy bin Hatim r.a katanya: Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya. Aku bertanya lagi kepada baginda: Bagaimana jika aku memburu binatang dengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Baginda menjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya, maka makanlah. Tetapi jika terkena dari bahagian belakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah kamu makan Bab Apabila Seseorang Kehilangan Binatang Buruannya Kemudian Menemuinya Hadis Abu Sa'labah r.a: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Apabila kamu melontar anak panahmu pada binatang buruan, lalu hilang kemudian kamu menemuinya, maka makanlah selagi tidak berbau busuk
Alhamdulillah, dalam fatwa Islamqa.com ada disebutkan tentang kes seperti di atas. Jawapannya ialah jika ditembak binatang buruan sama ada burung atau sebagainya dengan senapang dan anda telah menyebut nama Allah Taala (membaca bismillah), lalu tepat mengenai sasarannya, dan binatang itu mati akibat tembakan tersebut., maka ia halal dan harus dimakan. Namun jika sempat mendapatkannya dalam keadaan hidup, wajib menyembelihnya. Sheikh Ibn Uthaimin pernah ditanya adakah burung yang ditembak dengan senapang dan mati, adakah ia halal atau haram. Jawab Sheikh bahawa jika anda menembak dengan senapang akan binantang buruan seperti burung dan seumpamanya cthnya arnab, kijang dan anda menyebut nama Allah ketika melepaskan tembakan, maka ia halal sekalipun anda mendapatinya telah mati akibat tembakan. Dalilnya sabda Nabi s.a.w : ´Apa yang menumpahkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah´. Tetapi, jika masih hidup, yakni hayah mustaqirrah (hidup yang kuat), maka wajib anda menyembelihnya dan menyebut nama Allah ketika sembelihan dilakukan. Jika anda tak menyembelihnya dan mati selepas itu, maka

binatang buruan itu menjadi haram dimakan. [Sila Rujuk : http://www.islamqa.com/ar/ref/121239]

Sembelih dua kali Jika berlaku sembelihan dua kali disebabkan keadaan darurat, seperti pisau terlepas secara tidak sengaja, maka sah sembelihan itu secara sepakat ulama. Sebahagian ulama mensyaratkan ketika disembelih kali kedua, binatang itu masih dalam hayat mustaqirrah (kehidupan yang kuat, seperti masih kuat menggelepur). - Jika berlaku sembelihan dua kali, tanpa ada darurat, tetapi sembelihan kedua itu dilakukan secara segera sejurus selepas itu, maka ada khilaf ulama. Yang ditarjihkan oleh Lajnah Fatwa IslamWeb ialah sah sembelihan itu. - Tetapi jika sembelihan pertama belum sah, kemudian binatang terlepas, dan mengambil masa yang lama untuk dilakukan sembelihan kedua, sedangkan ia sudah sampai kepada hayat mazbuh, maka tidak sah sembelihan itu.

Korban Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah

(ÇáÃÖÍíÉ) memakan sebahagian dari

daging, memberikan sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :"dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28]. Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda :"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim]. Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau : "Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman." [sumber : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ ... on=FatwaId ] Urat perlu dipotong semasa sembelih Prof Dr al-Imam Yusof al-Qaradhawi dalam kitab alHalal wal Haram bab Sembelihan menolak perincian terhadap jenis-jenis urat dan saluran yang wajib dipotong ketika menyembelih. Ini kerana ia sudah dikenali dan diamalkan oleh manusia tentang apa itu sembelihan dan cara mengalirkan darah haiwan. perincian tentang jenis2 saluran atau urat yang perlu dipotong bererti menyusahkan dan mempersulit.

Namun bagi memenuhi hajat anda, diperturunkan secara ringkas khilaf di kalangan madzhab sunni yang empat:

Binatang ada 4 saluran semuanya: saluran pernafasan (kerongkong/halkum), saluran makanan (merih/tenggorok) dan dua urat nadi atau jugular veins)

Madzhab Syafi'iy dan Hanbali: memadai dua jenis saluran sudah memenuhi syarat sembelihan yakni saluran makanan (merih) atau food pipe dan saluran pernafasan (halkum atau respiratory duct) [Fiqh alManhaji, 3/488, pustaka salam)

Madzhab Malik: putus saluran pernafasan dan dua urat nadi madzhab Hanafi: saluran makanan (tenggorok), saluran pernafasan dan salah satu urat nadi.

[Mausu'ah Fiqhiyah, jld 21/178. WA Posted by aizuddin at 10:15 AM

Syarat-syarat sah sembelihan telah disebutkan di dalam surah Al-Ma'idah iaitu hendaklah pihak yang menyembelih itu orang Islam ataupun ahli kitab. Sembelihan orang kafir dan murtad tidak sah dan tidak boleh dimakan. Alat sembelihan pula hendaklah tajam. Tidak boleh menggunakan kuku dan tulang binatang. Seterusnya urat halkum dan merikh binatang yang disembelih hendaklah dipastikan putus. Berhubung sembelihan yang dilakukan oleh seseorang wanita hukumnya adalah sah. Begitu juga dengan sembelihan kanak-kanak yang sudahpun berakal, malah wanita yang sedang haid sah sembelihannya sebagaimana yang disebut di dalam kitab kifayatul Akhyar. Tidak ada bacaan khusus ketika menyembelih selain dari mengucapkan bismillah hirahmanir rahim atau menyebut Bismillah Allahu akbar. Sesudah sembelih mohonlah supaya Allah menganugerahkan kepadanya rezeki yang baik dan halal.

Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid
Soalan : Assalamu 'alaikum Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk? Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com), saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor, so, betul ke boleh baca Quran masa haid? Jawab :

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh. Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu. Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal. Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

Tambah : 1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu': Pendapat muttakhir adalah dibolehkan. Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz. Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.

2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu' Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur'an Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an. Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah. Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya

benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.

Membaca Ayat Al-Quran Tanpa Wudhu'
Soalan: Apakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu' umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur ? ADI PUTRA , PJ

Jawapan: Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu', jika tidak berwudhu' tidaklah berdosa. Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud: "Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap saat". Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra. "Bahawa Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali janabat" (Riwayat Ash Habus Sunan disahkan oleh Tirmizi) Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub. Hukum wanita haid memegang dan membaca al-Quran Para muslimah seringkali keliru tentang hukum memegang dan membaca al-Quran ketika didatangi haid. Menurut seorang penulis daripada artikelnya bertajuk 'Amalan Wanita yang didatangi Haid dalam bulan Ramadhan', beliau memberikan beberapa dalil dan ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang isu ini. Berikut adalah artikel yang ditulis oleh beliau, dan semoga kita mendapat manfaat darinya InsyaAllah.

Pertama: Hukum wanita yang didatangi haid memegang al-Qur an.

Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh. Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79]

Diikuti dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidaklah menyentuh al-Qur an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]

Manakala bagi pendapat kedua, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersetubuh. Adapun hukum memegang al-Qur an, tidak ada dalil tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.

Ayat al-Qur an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan: Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2] Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh alMahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]

Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.

Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.

Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu . Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:

Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]

Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.

Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur an.

Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur an.

Kedua: Hukum wanita yang didatangi haid membaca al-Qur an.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur an seorang yang dalam keadaan junub atau haid.[4]

Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha if. Berkata Imam alNawawi rahimahullah (676H):[5]

Adapun hadis Ibn Umar: Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur an seorang yang dalam keadaan junub atau haid , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha if, didha ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha ifan yang terdapat padanya adalah jelas.

Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-

Qur an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[6] Namun hal ini dianggap tidak tepat kerana dua sebab:

1. Peranan qiyas ialah mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa-apa perkara baru yang wujud selepas itu, maka hukumnya disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya ( illat). Adapun haid, maka ia adalah sesuatu yang wujud secara lazim pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila pada zaman itu Allah dan Rasul-Nya tidak menjatuhkan hukum melarang wanita yang haid daripada membaca al-Qur an, maka tidak perlu bagi orang-orang terkemudian membuat hukum yang baru.

2. Haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar daripada keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.

Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[7]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang wanita, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang melarang sesuatu ibadah seperti solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Adapun pensyari atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur an apabila ia dibaca oleh seseorang wanita yang sedang dalam keadaan haid.

Pernah sekali Abu Hurairah radhiallahu 'anh mengasingkan diri daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:

Subhanallah! Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis. Kata-kata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang

mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis sekalipun dia dalam keadaan junub. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.

Sebagai rumusan kepada kupasan ini, berikut dinukil kata-kata Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H):[9]

Sesungguhnya para wanita mereka mengalami haid pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka seandainya membaca al-Qur an diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi. Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sememangnya tidak haram.

Kesimpulan:

Allah Subhanahu wa Ta ala berfirman: Alif-Lam-Mim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orangorang yang (hendak) bertaqwa. [al-Baqarah 2:1-2] Setiap individu Muslim yang bertaqwa memerlukan al-Qur an sebagai kitab yang memberi petunjuk kepada mereka. Petunjuk ini diperlukan pada setiap masa dan tempat, termasuk oleh para wanita ketika mereka didatangi haid. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa ketika haid mereka tidak memerlukan petunjuk dalam kehidupan sehari-harian mereka. Atas keperluan inilah al-Qur an dan al-Sunnah yang sahih tidak melarang para wanita yang didatangi haid daripada memegang dan membaca al-Qur an seperti biasa. Adapun pendapat yang mengatakan ianya haram, ia adalah pendapat yang lemah sekalipun masyhur. AC/DC's mammoth power-chord roar became one of the most influential hard rock sounds of the '70s. In its own way, it was a reaction against the pompous art rock and lumbering stadium rock of the early '70s. AC/DC's rock was minimalist -- no matter how huge and bludgeoning the guitar chords were, there was a clear sense of space and restraint. Combined with Bon Scott's larynx-shredding vocals, the band spawned countless imitators over the next two decades. AC/DC was formed in 1973 in Australia by guitarist Malcolm Young after his band, the Velvet Underground, collapsed (Young's band has no relation to the seminal American group). With his younger brother Angus as lead guitarist, the band played some gigs around Sydney. Angus was

only 15 years old at the time and his sister suggested that he should wear his school uniform on stage; the look became the band's visual trademark. While still in Sydney, the original lineup (featuring singer Dave Evans) cut a single called "Can I Sit Next to You," with ex-Easybeats Harry Vanda and George Young (Malcolm and Angus' older brother) producing. The band moved to Melbourne the following year, where drummer Phil Rudd and bassist Mark Evans joined the band. The band's chauffeur, Bon Scott, became their lead vocalist when their singer, Dave Evans, refused to go on stage. Previously, Scott had been a drummer for the Australian pop bands ... AC/DC's mammoth power-chord roar became one of the most influential hard rock sounds of the '70s. In its own way, it was a reaction against the pompous art rock and lumbering stadium rock of the early '70s. AC/DC's rock was minimalist -- no matter how huge and bludgeoning the guitar chords were, there was a clear sense of space and restraint. Combined with Bon Scott's larynx-shredding vocals, the band spawned countless imitators over the next two decades. AC/DC was formed in 1973 in Australia by guitarist Malcolm Young after his band, the Velvet Underground, collapsed (Young's band has no relation to the seminal American group). With his younger brother Angus as lead guitarist, the band played some gigs around Sydney. Angus was only 15 years old at the time and his sister suggested that he should wear his school uniform on stage; the look became the band's visual trademark. While still in Sydney, the original lineup (featuring singer Dave Evans) cut a single called "Can I Sit Next to You," with ex-Easybeats Harry Vanda and George Young (Malcolm and Angus' older brother) producing. The band moved to Melbourne the following year, where drummer Phil Rudd and bassist Mark Evans joined the band. The band's chauffeur, Bon Scott, became their lead vocalist when their singer, Dave Evans, refused to go on stage. Previously, Scott had been a drummer for the Australian pop bands Fraternity and the Valentines. More importantly, he helped cement the group's image as brutes -- he had several convictions on minor criminal offenses and was rejected by the Australian Army for being "socially maladjusted." And AC/DC was socially maladjusted. Throughout their career they favored crude double entendres and violent imagery, all spiked with a mischievous sense of fun. The group released two albums -- High Voltage and TNT -- in Australia in 1974 and 1975. Material from the two records comprised the 1976 release High Voltage in the U.S. and U.K.; the group also toured both countries. Dirty Deeds Done Dirt Cheap followed at the end of the year. Evans left the band at the beginning of 1977, with Cliff Williams taking his place. In the fall of 1977, AC/DC released Let There Be Rock, which became their first album to chart in the U.S. Powerage, released in spring of 1978, expanded their audience even further, thanks in no small part to their dynamic live shows (which were captured on 1978's live If You Want Blood, You've Got It). What really broke the doors down for the band was the following year's Highway to Hell, which hit number 17 in the U.S. and number eight in the U.K., becoming the group's first million-seller. AC/DC's train was derailed when Bon Scott died on February 20, 1980. The official coroner's report stated he had "drunk himself to death." In March, the band replaced Scott with Brian Johnson. The following month, the band recorded Back in Black, which would prove to be their biggest album, selling over ten million copies in the U.S. alone. For the next few years, the band was one of the largest rock bands in the world, with For Those About to Rock We Salute You topping the charts in the U.S. In 1982, Rudd left the band; he was replaced by Simon Wright. After 1983's Flick of the Switch, the band's commercial standing began to slip; they were able to reverse their slide with 1990's The Razor's Edge, which spawned the hit "Thunderstruck." While they haven't proved to be the commercial

powerhouse they were during the late '70s and early '80s, the '90s have seen them maintain their status as a top international concert draw. In the fall of 1995, their sixteenth album, Ballbreaker, was released. Produced by Rick Rubin, the album received some of the most positive reviews of AC/DC's career. Ballbreaker entered the American charts at number four and sold over a million copies in its first six months of release. In february 2000 they published Stiff Upper Lip.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->