You are on page 1of 6

Praktikal 2: Daya dan pergerakan

Hasil pembelajaran:

1. Untuk mengenalpasti pelbagai jenis daya pada konteks yang berbeza


2. Untuk mengukur pecutan bagi objek jatuh bebas

Teori:

Everyone has a feeling what force is, but a “feeling” is not sufficient to build a precise
definition. Forces can cause motion, but they are not always correlated with motion.
The pull of gravity on a parked car does not cause motion. There are hundreds of
object around us on which forces are acting, but which are not moving.

Newton stated that change of motion is caused by forces. In other words force is
“something” which can change the state of motion. By state of motion we
understand parameters defining the motion, that is direction, velocity,
acceleration.

Aristotle's idea that falling bodies on earth are seeking out their natural places
sounds strange to us today. After all, we know the answer: It's gravity that makes
things fall.

After few decade, Newton tried to give operational meaning to the idea of gravity by
seeking out the laws according to which it acts. Bodies near the earth fall toward it
with a certain acceleration due to the gravitational "attraction" of the earth. But how
can the earth make a body at a distance fall toward it? How is the gravitational force
transmitted? Has the acceleration due to gravity always remained the same? These
and many other questions about gravity have yet to be answered satisfactorily.

Performing this experiment, we will become more familiar with the effects of gravity-
we find the acceleration of bodies in free fall ourself. Free-fall is a special type of
motion in which the only force acting upon an object is gravity. Objects which are
said to be undergoing free-fall, are not encountering a significant force of air
resistance; they are falling under the sole influence of gravity. Under such conditions,
all objects will fall with the same rate of acceleration, regardless of their mass and
height. This means that under free fall all objects have the same constant
acceleration, which in the metric system is 9.81 m/s 2 at sea level, directed towards
the center of the earth.

Bahan dan radas:

Sebuah blok kayu, sebiji bola ping pong, wayar yang diregangkan di atas blik kayu,
bikar dan buku

Aktiviti 1: Mengenalpasti pelbagai jenis daya pada konteks yang berbeza

Prosedur:

1. Sebuah blok kayu telah diletakkan di atas lantai. Blok kayu tersebut ditolak
dan pemerhatian dibuat.
2. Sebiji bola ping pong dijatuh dari atas ke bawah. Pemerhatian ke atas bola
ping pong dicatatkan.
3. Seutas wayar diikat diantara dua batang paku yang yang diketuk di atas
sebuah blok kayu. Wayar tersebut disentuh dan pemerhatian dicatatkan
4. Sebiji bola ping pong diletakkan di dalam bikar yang berisi air. Bola ping pong
ditekan ke dalam air. Pemerhatian dicatatkan
5. Sebuah buku diletakkan di atas tapak tangan. Pemerhatian dicatatkan
6. Inferens dinyatakan bagi setiap pemerhatian yang dibuat.

Keputusan

Bil. Pemerhatian Inferen

1 Kayu bergerak ke arah daya tolakan. Daya tolakan melebihi daya berat
menyebabkan kayu bergerak ke
arah yang ditolak.

2 Bola bergerak ke atas dan jatuh ke Daya tolakan menyababkan bola


bawah. bergerak ke atas. Daya graviti
menyebabkan bola jatuh ke bawah.

3 Wayar yang diikat dengan kayu telah Dawai mengitarkan udara di


bergetar dan mengeluarkan bunyi. sekitarnya mengeluarkan bunyi.
Daya getaran mengeluarkan bunyi.

4 Bola ping-pong terapung di atas air. Daya apung oleh air menyebabkan
Bola ping-pong tidak masuk ke dalam bola ping-pong terkeluar daripada
air apabila cuba ditolak ke dalam air. air.

5 Buku tidak bergerak dan berada di Daya angkat buku sama dengan
tapak tangan pada kedudukan yang daya berat buku. Keadaan ini
sama. menyebabkan buku itu statik di
tapak tangan.

Aktiviti 2: Mengukur pecutan objek jatuh bebas

Bahan dan radas:

Jangka masa detik, pita detik, apit G, bekalan kuasa 12V, wayar penyambung,
beban 300g, 450g dan 600g dan pita selofon

Inferen:

Jisim tidak mempengaruhi pecutan graviti

Pembolehubah:

Dimanipulasi: Jisim pemberat

Bertindakbalas: Nilai pecutan graviti

Dimalarkan: Jenis Pemberat

Prosedur:

1. Sebuah kerusi diletakkan di atas sebuah meja. Jangka masa detik diletakkan
di atas kerusi
2. Pita detik dipasangkan pada jangka masa detik dan beban 300g dilekatkan di
hujung pita ticker.
3. Jangka masa detik dihidupkan dan beban dijatuhkan ke bawah secara bebas
4. Pita detik dibahagi kepada 2 dot dan disusun untuk membentuk graf.
5. Langkah 3 diulang untuk berat beban 450g dan 600g
6. Bagi setiap berat beban, graf dibina daripada keratan pita detik dan pecutan
bagi setiap berat beban dikira.

Keputusan

 Masa untuk 1 detik(2 titik berturutan) = 1/50, iaitu t=0.02s


 Jumlah masa= (jumlah bilangan potongan -1) × masa 1 potongan
Jumlah masa,t= (11-1) × 0.02s=0.2s
 u= s awal/t awal cms-1
 v= s akhir/t akhir cms-1
 a=(v-u)/(11-1)t cms-2

a. Jisim = 300g
u = 0.4cm/0.02s = 20cms-1
v = 2.8cm/0.02s = 140cms-1
a = (140-20)/0.2 = 600cms-2

b. Jisim = 450g
u = 0.56cm/0.02s = 28cms-1
v = 2.95cm/0.02s = 147.5cms-1
a = (147.5-28)/0.2 = 597.5cms-2

c. Jisim = 600g
u = 0.55cm/0.02s = 27.5cms-1
v = 2.50cm/0.02s = 125cms-1
a = (125-27.5)/0.2 = 600cms-2
Perbincangan

Nilai pecutan bagi setiap berat beban yang berbeza adalah tidak sama dengan nilai
pecutan graviti,g yang sebenar iaitu 9.8ms-2. Malahan nilai pecutan yang didapati
bagi setiap beban adalah kurang daripada 9.8. Ini disebabkan terdapat daya luar lain
yang mempengaruhi nilai pecutan bagi setiap berat beban. Antara daya luar yang
mempengaruhi nilai pecutan berat beban ialah seperti daya rintangan atau geseran
udara antara jisim pemberat dan geseran antara pita detik dan jangka masa detik
semasa jisim pemberat dilepaskan ke bawah.

Semua objek di sekeliling di tarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali
daya tarikan graviti atau daya tarikan graviti. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke
arah pusat bumi apabila dilepaskan. Satu objek yang jatuh di bawah daya tarikan
graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai
jatuh secara bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya berlaku
dalam keadaaan vakum, iaitu dalam ruang yang tidak mempunyai sebarang jirim.
Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan. Pecutannya dikenali sebagai
pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak dipengaruhi dan bergantung kepada
bentuk atau jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang
mempengaruhi kejatuhannya. Pecutan graviti bumi mempunyai satu nilai yang tetap.

Jika eksperimen sama dijalankan di permukaan bulan, nilai pecutan graviti yang
diperoleh adalah berbeza daripada nilai pecutan graviti di bumi iaitu nilai pecutan
graviti di bulan adalah lebih rendah. Ini disebabkan nilai tarikan graviti di bulan
adalah satu per enam daripada nilai tarikan graviti di bumi.

Daya wujud dalam pelbagai bentuk seperti daya geseran, daya normal, daya spring,
daya regangan dan sebagainya. Setiap jasad mempunyai daya walaupun berada
dalam keadaaan pegun atau tidak bergerak. Tanpa daya, kehidupan akan menjadi
sukar seperti manusia akan sukar untuk bergerak kerana tiada daya geseran.
Apabila satu objek dilepaskan daripada keadaan pegun, objek tersebut akan jatuh ke
arah pusat bumi dengan mengalami pecutan atau tarikan graviti pusat bumi. Dalam
keadaan vakum di mana tiada rintangan udara atau sebarang daya luar, semua
objek tidak kira bentuk dan jisim akan jatuh pada pecutan yang sama iaitu pecutan
graviti. Daya tarikan yang bertindak ke atas sesuatu objek itu semakin berkurangan
apabila objek itu semakin menjauhi pusat bumi manakala di permukaan bumi atau
ruang angkasa, tarikan graviti adalah lemah dan dikatakan dalam keadaan vakum.

Kesimpulan:
Daya terdiri daripada pelbagai jenis seperti daya geseran, daya regangan, dan daya
normal. Pecutan graviti tidak bergantung pada jisim objek yang jatuh. Hipotesis
diterima.

Rujukan

Khoo Goh Kow, 2007.  Reference Text Series PHYSIC SPM. Selangor: 
        Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Poh Liong Yong, 2003. Physics for STPM Volume 1. Shah Alam.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://en.wikipedia.org/wiki/Gravitational_acceleration

http://theoryx5.uwinnipeg.ca/mod_tech/node55.html

You might also like