You are on page 1of 16

Jenis ilmu fonetik, perbezaan fonetik dan fonologi

by Pendidikan on September 18, 2010Comment


Jenis-jenis ilmu fonetik, perbezaan fonetik dan fonologi, dan penghasilan bunyi.
Soalan: Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu
Jawapan:
Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk
berkomunikasi.  Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu:

a)    Fonetik Akustik

b)    Fonetik Artikulasi

c)    Fonetik Auditori

a)Fonetik Akustik

Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi
berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan
kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun,
norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut.
Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”
Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan  makna “Ya” dalam perbualan akan
berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh
perbualan berikut:
1. em yang menunjukkan makna “Ya”

Awak yang menghabiskan makanan itu?

em..
2. em yang menunjukkan makna “Tidak”

Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?

emmmmm..
Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma, P. dan David Weenink
(1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen
akustik seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut
pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan
kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.

b)Fonetik Artikulasi

Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa
melibatkan daerah dan organ artikulasi.

Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi
semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.

Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif.  Artikulator aktif ialah
organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat
bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras.

Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir
tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan
sebagainya.

c)Fonetik Auditori
Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah
tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-
unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.

Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis
ketepatan dapatan makna penutur.

Soalan 1(b)
Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi
Jawapan:
Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi
yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum
memahami bidang fonologi.

Bil. Fonetik Fonologi


1. 1. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi
semula jadi, produksi dan persepsi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. tersebut secara umum. Kajian dilakukan
terhadap segala yang berkaitan dengan
sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan
fonotaktik.
1. 2. Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada Kajian fonologi adalah berkaitan dengan
tiga bahagian iaitu fonetik akustik, hubungan antara butir-butir lekasikal 
fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori. dengan butir-butir lekasikal lain yang
membentuk ayat.
1. 3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap Bidang fonologi mengkaji pola-pola
bunyi. intonasi.
1. 4. Bidang fonetik menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem
transkripsi fonetik untuk semua bunyi ejaan sesuatu bahasa.
dari semua bahasa.
2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu.
(b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut.
Jawapan:
Membunyikan huruf konsonan dalam bahasa Melayu.
Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak
atau rongga hidung.

Secara ringkasnya bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:

1.Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan
atau tidak.
2. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. Jika glotis dirapatkan danpita suara
digetarkan apabila  arus udara keluar dari paru-paru, maka akan terhasillah bunyi konsonan
bersuara. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar pula, maka terhasillah bunyi tidak bersuara.
3. Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. Terdapat tujuh jenis
konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian,sengau dan separuh
vokal.
4. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa
bunyi itu dihasilkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-
bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung,
menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.
5. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan,
antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan,konsonan gusi-
lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak.
KONSONAN LETUSAN

 Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.
 Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.
 Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan.
 Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit kerastak bersuara
[c] dan bersuara [j].
 Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara:
 Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
dinding belakang rongga tekak.
 Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah
dengan gusi-lelangit keras.
 Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.
 Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah
konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c].
 Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras
bersuara [j].
 Contoh penggunaan dalam perkataan:
 cuka jumlah
 baca panji
 Mac caj
KONSONAN LETUPAN

¢  Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.
¢  Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.
¢  Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan.

 Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah:


1. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke
dinding belakang rongga tekak.
2. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.
3. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.
4. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang
terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].
5. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua
bibir bersuara [b].
6. Contoh penggunaan dalam perkataan:
pakar bungkus
api      abadi
tiap sebab
LETUPAN GUSI

 Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah:


1. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.
2. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung
lidah dengan gusi.
3. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.
4. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil
ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].
5. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].
6. Contoh penggunaan dalam perkataan:
tiap datin
atas adegan
LETUPAN LELANGIT LEMBUT

 Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah:


1.Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.
2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang
lidah dengan lelangit lembut.
3. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
LETUPAN LELANGIT LEMBUT

 Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
 Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara
[g].
 Contoh perkataan:
kapak             gila
laksa sagu
HENTIAN GLOTIS

 Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:


1. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
2. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.
3. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi
hentian glotis.
4. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya:
[budak]
[kapak]
[tidak]
KONSONAN GESERAN

¢  Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

¢  Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.

¢  Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan
konsonan geseran glotis [h].
GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA

 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara:


1. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
2. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.
3. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung
lidah dengan gusi.
4. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
5. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].
6. Contoh perkataan:
Semut
Asap
Keras
GESERAN GLOTIS

 Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara:


1. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
2. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
3. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Hutan
Sahaja
Suluh
KONSONAN GETARAN

¢  Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.

¢  Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].
 Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:
1. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah.
2. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
3. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
4. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Rambut
Seru
Sukar
KONSONAN SISIAN

¢  Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.

¢  Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].
¢  Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara:
¢  Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

¢  Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).

¢  Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

¢  Contoh kehadiran dalam perkataan:

¢  Lambat
¢  Tuala
¢  Cekal
KONSONAN SENGAU

 Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam
rongga mulut.
 Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
 Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan
bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.
 Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan
sengau lelangit lembut [ŋ ].
KONSONAN SENGAU DUA BIBIR

 Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan
dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
 Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .
 Contoh kehadiran dalam perkataan:
Malam
Aman
Siam
KONSONAN SENGAU GUSI

 Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.
 Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.
 Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
 Contoh kehadiran dalam perkataan:
Nampak
Tanak
Daun
KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS

 Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.
 Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
 Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
 Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini
dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.
 Contoh kehadiran dalaam perkataan:
Nyawa
Anyam
KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT

 Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.
 Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
 Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
 Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.
 Contoh kehadiran daalam perkataan:
Ngilu
Angan
Bising
DIFTONG

Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain.
 Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan.
 Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi.
 Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak sama. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi
rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya.
 Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.
¢  Contoh :
[   ai    ]  =  vokal depan rendah + vokal depan tinggi
* capai, hairan
[   au   ]  =  vokal depan rendah + vokal belakang tinggi
*  kacau, kalau
[    oi   ]  =  vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi
*  baloi, kaloi
Rujukan :

 Permulaan Linguistik. Arbak Othman. Kuala Lumpur. 1983. Sarjana Enterprise.


 Fonetik dan fonologi. PTS Professional. 2006. Inderawati Zahid. Kuala Lumpur.

Fonem Segmental atau Fonem Penggalan

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


Mencatat maklumat berkaitan fonem Segmental dalam bahasa Melayu:
Konsonan sengauan
Konsonan  separuh vokal
Konsonan  pinjaman.

Fonem Segmental
Tiap-tiap satu bunyi merupakan 1 segmen atau penggalan daripada arus tuturan.
Fonem penggalan adalah fonem-fonem yang boleh dipenggal-penggalkan atau dipisahkan diantara satu sama lain.
Fonem penggalan  terbahagi kepada 3 iaitu vokal, konsonan, dan diftong.
Dari segi penyebaran, fonem-fonem ini boleh menduduki tempat diawal, ditengah , dan diakhir perkataan.
KONSONAN SENGAUAN
4 konsonan sengau:
Dua bibir
Gusi
Gusi lelangit keras
Lelangit lembut
KONSONAN SENGAU DUA BIBIR
Konsonan sengau dua bibir m dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan
arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Malam
Aman
Siam
KONSONAN SENGAU GUSI
Konsonan sengau gusi n dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Nampak
Tanak
Daun

KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS


Konsonan sengau lelangit keras ? dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Oleh sebab lambang ? tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini
dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.
Contoh kehadiran dalaam perkataan:
Nyawa
Anyam

KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT


Konsonan sengau lelangit lembut ?  dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Ngilu
Angan
Bising

KONSONAN SEPARUH VOKAL


Dinamakan separuh vokal kerana tidak dapat dihasilkan dengan sempurna.
Bunyi ini dilafazkan dengan sekatan aliran udara berlaku.
Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi hanya separuh jalan
sahaja.
Kedudukan lidah berubah selepas itu.

KONSONAN SEPARUH VOKAL


Terdapat 2 bunyi separuh vokal:
Separuh vokal dua bibir (w)
- Keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan (w).
- Contoh:
(wayang)
(kawan)
(pulau)

KONSONAN SEPARUH VOKAL


Separuh vokal lelangit keras (y)
- Semasa melafazkan (y) keadaan bibir dihamparkan.
- Contoh:
(yang)
(tayang)
(pakai)

KONSONAN PINJAMAN
Geseran Lelangit Lembut
Belakang lidah dan lelangit lembut dinaikkan
Kedudukan lidah sama seperti membunyikan letupan lelangit lembut tetapi tidak ada sekatan.
Apabila pita suara digetarkan, timbul bunyi geseran lelangit lembut bersuara        dan apabila selaput suara tidak
digetarkan timbul bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara
Contoh:
Ghaib                     Akhbar

KONSONAN PINJAMAN
2.     Geseran Gusi Bersuara       – (z)
Lidah dinaikkan dan hujung lidah menyentuh sedikit bahagian gusi.
Udara keluar melalui sempitan diantara daun lidah dan gusi.
Lelangit lembut dinaikkkan ke atas untuk menyekat udara dari rongga hidung. Pita suara digetarkan.
Contoh:
Zaman                    Lazim

KONSONAN PINJAMAN
3.     Geseran Bibir Gigi   f    v
Letakkan bibir bawah dan bibir atas bersama-sama dengan tekanan yang cukup untuk membolehkan udara keluar
melaluinya.
Lelangit lembut dinaikkkan apabila pita suara tidak digetarkan keluar bunyi geseran bibir gigi tidak bersuara   f   dan
kalau pita suara digetarkan timbul bunyi geseran gigi bersuara v
Contoh:
fasih                    novel

KONSONAN PINJAMAN
4.     Geseran Gigi                 – (dh) (th)
Naikkan lelangit lembut untuk menyekat aliran udara ke rongga hidung.
2 bibir dirapatkan (tidak sampai bertemu) supaya membuat sempitan untuk udara yang keluar melaluinya.
Jika pita suara digetarkan terdapat geseran dua bibir bersuara            dan kalau tidak digetarkan timbul bunyi
geseran gigi tidak bersuara         .
Contoh:
Selasa                     Hadir

KONSONAN PINJAMAN
5.     Geseran Gusi Lelangit Keras                   – (sy) (z)
Lelangit lembut dinaikkan untuk meyekat perjalanan udara apabila melaluinya.
Hadapan lidah (bahagian belakang) diletakkan bertentangan dengan lelangit keras dan gusi.
Hujung lidah terkena pada gigi bawah. Sekiranya pita suara tidak bergetar bunyi yang timbul ialah         
dilambangkan juga sebagai          .
Kalau pita suara digetarkan timbul bunyi geserangusi lelangit keras bersuara            (dilambangkan juga
sebagai           )
Contoh:
Zohor                         Mesyuarat

KONSONAN PINJAMAN
6.     Geseran Glotis     – ( h )
Pita suara direnggangkan, udara yang keluar dari paru-paru boleh keluar dengan bebasnya melalui glotis yang
terbuka itu.
Keadaan ini serupa dengan keadaan semasa kita bernafas. Lambang konsonan ini ialah     atau h.
Contoh:
Hasad                  Ahad

Tamat
Rujukan :
Permulaan Linguistik. Arbak Othman. Kuala Lumpur. 1983. Sarjana Enterprise.
Fonetik dan fonologi. PTS Professional. 2006. Inderawati Zahid. Kuala Lumpur.

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI


by Pendidikan on September 19, 2010Comment
KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI
KONSEP FONETIK
Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang
dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi
yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat
deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-
bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini
bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi
suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik.
Deskripsi Fonetik
Bagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyi tersebut sebagai unit-unit yang
dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyi-bunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal  bunyi-
bunyi tersebut kepada unit-unit terkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebut
adalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi, kerana bunyi bahasa
dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmen bunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya
setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadi unit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan
bahasa pula, walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem, mengeluh dan
batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa.

Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusia adalah bersambung-sambung
dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggal bunyi-bunyi ini kepada unit-unit individu. Sebagai contoh,
perkataan ‘makan’ sebenarnya terdiri daripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf ‘m’, bunyi kedua diwakili
oleh huruf ‘a’, bunyi ketiga diwakili oleh huruf ‘k’, bunyi keempat diwakili oleh huruf ‘a’, dan bunyi yang terakhir diwakili oleh
huruf ‘n’.
Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antara satu perkataan dengan
perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi terhenti-henti berdasarkan sempadan setiap satu
perkataan. Contohnya, ‘Saya makan nasi’ terdiri daripada tiga aliran arus bunyi, iaitu aliran bunyi yang diwakili oleh ‘ saya’,
aliran bunyi yang diwakili oleh ‘makan’ dan aliran bunyi yang diwakili oleh ‘nasi’. Bagi yang memahami bahasa Melayu, tidak
ada masalah untuk memenggalkan aliran arus bunyi ini.
Membuat deskripsi bunyi dilakukan dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati dalam menuturkan
bunyi-bunyi tersebut. Apabila membuat deskripsi bunyi-bunyi bahasa, kita mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut
dituturkan, apa daerah sebutan yang terlibat, apa alat sebutan yang digunakan, dan adakah pita suara digetarkan atau
tidak.

Klasifikasi Bunyi
Bunyi-bunyi yang mempunyai ciri-ciri yang sama diklafisikasikan ke dalam satu golongan.  Klasifikasi bunyi dilakukan
dengan menggunakan maklumat dalam deskripsi bunyi tadi. Maklumat tentang daerah sebutan, alat-alat sebutan, kesan-
kesan pendengaran bunyi-bunyi dan keadaan pita suara digunakan dalam deskripsi. Kemudian baharulah bunyi-bunyi tadi
diklasifikasikan ke dalam dua golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Kemudian, vokal pula diklasifikasikan lagi kepada
jenis-jenisnya, dan konsonan juga kepada jenis-jenisnya.

Transkripsi
Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyi-bunyi
bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan sebaliknya.
Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan huruf. Ini seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari
hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi.

KONSEP FONOLOGI
Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi
sebagai item linguistik. Ia melibatkan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut
secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.
Skop kajiannya adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang
membentuk ayat.

Bidang-bidang Fonetik
Bagi mengkaji fonetik, terdapat tiga pendekatan yang sering digunakan iaitu fonetik artikulasi, fonetik auditori dan fonetik
akustik.

i.        Fonetik Artikulasi
Fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. Ini
adalah kaedah yang baik bagi menghasilkan deskripsi yang memuaskan untuk tujuan mengajar bahasa. Pendeskripsian ini
melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah
bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz.
Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator aktif ialah organ dalam saluran
suara yang bergerak seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala organ artikulator pasif ialah organ dalam
saluran suara yang tidak bergerak seperti lelangit keras dan gigi atas. Kajian ini melibatkan produksi bunyi tuturan oleh
organ vokal manusia, iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi
yang digunakan dalam tuturan, dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan. Dengan mendeskripsi cara
bunyi bahasa dihasilkan, kita dapat memahami bagaimana bunyi bahasa disebut atau dituturkan.

Apabila membuat deskripsi bunyi dari segi penyebutan atau artikulasi, kita mendeskripsi bunyi-bunyi sebagaisengau,
letupan, geseran dan sebagainya. Kita membuat penggolongan terhadap pendengaran dan tidak semata-mata sebutan.
Selain itu, kajian fonetik juga menggunakan alat. Antara alat-alat tersebut ialah palatogram, laringoskopi dan letromiografi.
Dengan menggunkan alat ini, ahli fonetik dapat menentukan alat, kedudukan lidah, bahagian lelangit keras yang terlibat
dalam mengujarkan sesuatu bunyi.

ii.        Fonetik Auditori
Fonetik auditori ialah pendekatan mengkaji bunyi melalui pendengaran, iaitu membuat deskripsi bunyi yang didengar.
Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, iaitu melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang
hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod tertentu seperti bunyi, kata dan ayat. Manakala pendengar pula mentafsirkan
maklumat ini dalam fikiran untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlaku.  Melalui
pendengaran, bunyi dideskripsikan sebagai kasar, garuk, halus, nyaring, lantang, lunak dan sebagainya.

Pandangan pendengar terhadap ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang
secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Makna emosi tersebut pula dianggap sebagai suatu kod yang
ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Pendekatan ini memperhatikan pengaruh bunyi terhadap
syarat pendengar yang dipengaruhi neurologi. Oleh kerana proses perolehan bunyi melalui syarat pendengar sukar
dianalisis, maka pendekatan ini kurang digunakan.

iii.        Fonetik Akustik
Fonetik akustik mengkaji sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alat-alat yang
persis. Ia merupakan kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Melalui
alat-alat yang sensitif, bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya. Teknik ini menganalisis gambar-gambar gelombang bunyi
yang dirakam. Sifat-sifat bunyi seperti ukuran gelombangnya, kesengauan bunyi, daerah sebutan dan lain-lain mudah dilihat
dalam gambar-gambar akustik atauspektogram.

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Organ Pernafasan

Semasa menghasilkan bunyi bahasa, banyak organ pernafasan yang digunakan. Ini termasuklah organ yang terlibat
dengan sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru. Dalam menghasilkan bunyi, semua organ dan sistem
pernafasan digunakan. Organ-organ penting yang terlibat dalam aliran udara bagi bernafas, juga terlibat dalam
penghasilan bunyi. Antaranya ialah paru-paru, rengkung, epiglotis dan tekak.

Organ Sebutan

Organ sebutan ialah organ yang terlibat dalam proses mengeluarkan bunyi bahasa secara langsung. Lidah adalah
organ yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Organ sebutan lain yang terlibat ialah gigi, bibir, gusi,
lelangit keras, lelangit lembut, rongga hidung dan pita suara.

Alat artikulasi

Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga iaitu alat bahagian dalam tubuh,
alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu gerakan
udara seperti paru-paru trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis dan farinks.

Alat pertuturan dan fungsinya

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
FUNGSI ALAT PERTUTURAN

 Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada 
empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan
lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah
merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

 Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik
dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang menghasilkan bunyi.

 Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar
daripada rongga mulut.

 Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini
digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

 Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur
dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke
rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan
apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

 Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung
kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

 Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran
suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaan.

FONEM
Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961),
Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem
suprasegmental.

Fonem segmental

Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau
teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya.

Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya
terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat
halangan ketika difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya.
Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut digelar vokal misalnya, / a, i,
u, /. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada fonem-
fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/.

Fonem suprasegmental

Bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Fonem-fonem
yang tidak boleh dipisahkan daripada fonem/fonem-fonem yang ditumpanginya. Iaitu fonem yang kewujudannya
harus bersama-sama dengan fonem segmental. Bersifat fonemik iaitu bersifat bunyi.

JENIS-JENIS

 Tekanan
 Panjang pendek (mora)
 Jeda/persendian (hentian)
 Nada/ton
 Intonasi
Tekanan

-       Keras/lembut penyebutan sesuatu suku kata

-       Lambang [  ] diletak atas suku kata yang menerima tekanan

-       BM tidak beza makna

-       BI bersifat fonemik

-       Cth : ‘export – perbuatan mengeksport

ex’port – hasil yang dieksport

c’onduct – perangai/kelakuan

condu’ct – memimpin/membimbing

s’urvey – penyelidikan

surv’ey – menyelidik

Panjang pendek
-       Kadar pendek sesuatu bunyi diucapkan.

-       Lambang [ : ] –mora

[ . ] – ½ mora

[ : ] – 1 mora

[ : : ] – 2 mora

# Bahasa Melayu tidak beza makna, tetapi Bahasa Inggeris berbeza.

Contoh :  sit  [ sit ]  – duduk      ,     seat  [ si : t ] – tempat duduk

ship [  ip ] – kapal     ,     sheep [  i : p ] – kambing biri-biri

fit  [ fit ] – sesuai       ,     feet [ fi : t ] – kaki

-       Bahasa Arab dipanggil ‘harkat’ = panjang pendek (tidak bezakan makna), baris bezakan makna.

Jeda/persendian

-       Unsur hentian yang memisahkan antara linguistik. (perkataan, ayat, rangkaitaan)

-       Lambang [ # ] – ayat ,  [ + ] – perkataan

-       Contoh :   i.   [ # saya makan nasi ma? # ]

[ # saya makan nasi # ma? # ]

ii.  [ b likan + tin ]   ,  [ b li + kantin ]

iii.  [ b r + ikan ]   ,   [ b rikan ]

iv.  [ ai + skri:m ]   – 1 scream

v.  [ ais + kri:m ]   – aiskrim

Nada/tona

-       Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu perkataan.

-       Dalam bahasa Mandarin, Thai, Vietnam, Kampuchea, Laos dan lain-lain, membezakan makna.

-       Contoh :  mendatar [ ma ]     ,       meninggi [ ma ]

turun naik [ ma ]    ,       menurun [ ma ]

Intonasi

-       Menaik atau menurun penyuaraan sesuatu ayat atau frasa

-       Bahasa Melayu, intonasi ayatnya berbeza-beza

-       Contoh :

1. Intonasi ayat berita meurun di akhir ayat.


Ibu mencuci pakaian

1. Intonasi ayat tanya meninggi di akhir ayat.


Awak dapat wang itu dari mana?

You might also like