You are on page 1of 3

KOS

 Kos merupakan sumber yang dikorbankan (dalam bentuk nilai wang atau nilai persamaan
wang) untuk mendapatkan keluaran dan perkhidmatan yang akan memberikan faedah
semasa atau masa hadapan kepada organisasi.
 Kos mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada situasi yang diaplikasikan bagi
tujuan berbeza. Memahami konsep dan klasifikasi kos membolehkan akauntan
pengurusan menyediakan data bersesuaian dengan keperluan pengurus.
 Kos-kos yang dilibatkan di sesebuah organisasi boleh dilkasifikasikan mengikut objektif kos
iaitu penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan.

OBJEKTIF KOS PEMBUATAN KEPUTUSAN


 Setiap gambaran yang ingin diketahui oleh pengurus apabila menilai satu keputusan
berkaitan dengan kos adalah melalui 2 kaedah/objektif :
(a) tingkah laku kos (kos tetap, kos berubah dan kos campuran)
(b) kos relevan dan kos tidak relevan

KOS RELEVAN DAN KOS TIDAK RELEVAN


 Konsep yang berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan adalah
kerelevanan. Kos relevan merupakan kos masa hadapan yang akan berbaza daripada satu
alternatif kepada satu alternatif. Manakala kos tidak relevan adalah kos yang tiada
bezanya di antara kesemua alternatif.
 Pihak pengurus perlu mendefinisikan secara jelas antara kos relevan dan kos tidak relevan
supaya mereka tidak membazirkan masa mempertimbangkan kos yang sama yang tidak
memberi kesan ke atas mana-mana keputusan yang akan diambil.
 Secara terperincinya, kos relevan merupakan maklumat kos dan hasil yang digunakan
untuk membantu pengurusan membuat keputusan atau pertimbangan untuk memilih
sesuatu yang mempunyai kesan jangka pendek & dalam situasi tertentu.
 Secara umumnya, kos relevan terbahagi kepada 5 jenis iaitu :
(i) Kos Hangus
(ii) Kos Pertambahan
(iii) Kos Melepas
(iv) Kos Pembezaan
(v) Kos Boleh Elak

(i) Kos Hangus - juga dikenali sebagai kos tenggelam merupakan kos yang telah
dilibatkan dan tidak boleh diperolehi kembali, kos telah berlaku pada masa lepas
yang tidak boleh elak dan tidak relevan, kos dianggap relevan apabila kos tersebut
akan terlibat atau berlaku di masa hadapan. Sebagai contohnya adalah kos mesin
lama.
(ii) Kos Pertambahan - terlibat apabila syarikat ingin menjalankan sesuatu aktiviti.
Sebagai contoh, bila membeli mesin baru, perlu dihantar pekerja baru untuk latihan
penggunaan mesin baru dengan kos berjumlah RMXXXX, maka kos RMXXXX dikenali
sebagai kos pertambahan.
(iii) Kos Melepas - merupakan satu faedah atau manfaat yang terpaksa dilepaskan atau
dikorbankan akibat memilih satu alternatif yang lain. Sebagai contoh, hasil sewa
kedai yang terpaksa dilepaskan apabila syarikat menggunakan kedai t ersebut untuk
membuat tempahan khas.
(iv) Kos Pembezaan - kos-kos yang terlibat antara alternatif hanya akan relevan apabila
terdapat perbezaan kos antara alternatif-alternatif tersebut. Contoh, susutnilai
mesin lama RM2000, susut nilai mesin baru RM1000, maka pembezaan RM1000
dikenalai sebagai kos pembezaan.
(v) Kos Boleh Elak - kos yang tidak perlu terlibat atau tidak terus berlaku lagi di masa
hadapan jika alternatif itu dipilih. Sebagai contoh, kos sewa peralatan khas dalam
pembuatan sesuatu komponen. Kos tidak boleh elak - kos yang masih perlu terus
berlaku walaupun mana-mana alternatif diambil dan ianya tidak mempunyai ciri
pembezaan dan tidak relevan.

APLIKASI PEMBUATAN KEPUTUSAN


 Pembuatan Keputusan boleh digunakan dalam 3 situasi :
(a) Membuat atau Membeli
(b) Meneruskan atau Menghentikan barisan produk/bahagian/segmen
(c) Menerima atau Menolak pesanan khas

(a) Membuat atau Membeli


 Keputusan samada hendak terus membuat komponen yang sedang digunakan
dlm pengeluaran produknya atau membeli daripada pembekal luar.
 biasanya kos jenis berubah - relevan & boleh elak.
 susutnilai aset - tidak relevan kerana tidak boleh elak & kos hangus
 kos overhed tetap-kos tidak boleh elak & tidak relevan

(b) Meneruskan atau Menghentikan barisan produk/bahagian/segmen


 Wujud apabila pengurus menghadapi situasi di mana prestasi keuntungan
sesuatu segmen perniagaan @ barisan produk tertentu tidak memuaskan.
 Untung @ rugi dan margin caruman segmen itu perlu dinilai untuk melihat
pencapaian
 Kos tetap yang bersifat umum – tidak relevan. Sebagai contoh, gaji pengurus
kilang dan belanja susutnilai kilang

(c) Menerima atau Menolak pesanan khas


 Keputusan menerima sesuatu pesanan khas atau kontrak ini bergantung kepada
lebihan kapasiti pengeluaran pengeluar
 Sekiranya wujud kapasiti terbiar (idle), kemungkinan besar jualan melalui
pesanan khas memberi keuntungan tambahan sykt. walaupun harga jualan
adalah di bawah harga jualan sebenar.
FAKTOR KUALITATIF MEMPENGARUHI APLIKASI PEMBUATAN KEPUTUSAN
 Seorang pengurus apabila menilai satu keputusan boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor
kualitatif seperti berikut :
i. Sosial - Hubungan baik dengan pembekal, peluang pekerjaan, tanggungjawab
masyarakat
ii. Persekitaran - Imej syarikat dan kualiti alam sekitar
iii. Teknologi - Proses semakin efisyen dan elektif, kecanggihan teknologi
iv. Peraturan dan Undang-undang - Kehendak kerajaan, peraturan syarikat

RUMUSAN
Secara keseluruhannya boleh dijelaskan bahawa maklumat kos digunakan bagi pelbagai tujuan
pengurusan. Seseorang pengurus harus memahami jenis-jenis kos yang wujud dalam organisasi
tersebut agar mereka boleh memilih kos yang betul dan membuat keputusan yang betul bagi
tujuan-tujuan yang berbeza. “Kos berbeza dengan tujuan berbeza” merupakan asas bagi
pengurusan perakaunan yang bermakna tujuan penggunaan maklumat kos tersebut perlu
dikenalpasti secara berhati-hati sebelum memilih apakah jenis kos yang sesuai digunakan.
Untuk membuat keputusan kos yang cepat dan tepat, pengurus harus mengenalpasti kos dan
hasil yang relevan untuk setiap alternatif, mengetahui 3 situasti pembuatan keputusan serta
menilai faktor-faktor kualitatif.

You might also like