You are on page 1of 3

Pendekatan Perkembangan

Perkembangan bimbingan merujuk kepada program-program yang direka untuk meningkatkan


fungsi dan perkembangan potensi individu dan kumpulan yang sihat. Fokus pendekatan ini
adalah untuk membantu murid-murid memperolehi pertumbuhan peribadi yang positif menerusi
pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi kompetensi murid atau
hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan, iaitu, akademik,
kerjaya dan peribadi/sosial. Adakah anda tahu apakah keperluan perkembangan bimbingan
bagi murid-murid ? Ianya adalah seperti berikut :

Tahap Perkembangan Perkembangan Perkembangan


sekola Akademik Kerjaya Peribadi/Sosial
h
1 Murid-murid perlu Murid-murid perlu Murid-murid perlu
dibantu dalam dibantu dalam dibantu dalam
perkembangan berikut: perkembangan berikut: perkembangan berikut:
 Kemahiran asas yang  Kebolehan untuk  Kesedaran kendiri,
mereka perlukan menjelaskan keyakinan dan
untuk berjaya di pekerjaan di pelbagai kompetensi
sekolah (3M) latar, jenis pekerjaan  Kemahiran dalam
 Menjelaskan dalam ahli keluarga,. menjelaskan
bagaimana mereka  Kebolehan untuk perhubungan dan
belajar sesuatu, menjelaskan apa proses dalam
bagaimana mereka yang mereka suka menjalin dan
mengingat kembali lakukan dan mengekalkan
maklumat, dan bagaimana mereka persahabatan
bagaimana mereka berubah dari tahun ke  Gambaran positif
merancang untuk tahun tentang attribut dan
menyelesaikan  Kesedaran tentang keunikan kualiti bagi
tugasan. perbezaan antara diri sendiri dan orang
 Keupayaan untuk rakan sebaya dan diri lain.
mengenalpasti situasi mereka.  Tanggungjawab
di mana  Kesedaran tentang terhadap tugasan di
pembelajaran adalah kemahiran yang rumah, sekolah dan
mudah atau sukar mereka ada penjagaan diri serta
hak milik
2 Murid-murid perlu Murid-murid perlu Murid-murid perlu
dibantu dalam dibantu dalam dibantu dalam
perkembangan berikut: perkembangan berikut: perkembangan berikut:
 Strategi yang  Pengiktirafan  Menjelaskan tentang
membantu murid terhadap pilihan yang diri mereka, kekuatan
belajar seperti dibuat oleh manusia mereka
mengambil nota, terhadap pekerjaan
 Mengena lpasti akibat
mengamalkan serta peranan lain
daripada tindakan
kemahiran dalam hidup mereka
mereka ke atas orang
mengingat,  Kebolehan untuk lain dan adanya
menetapkan
Tahap Perkembangan Perkembangan Perkembangan
sekola Akademik Kerjaya Peribadi/Sosial
h
matlamat dan menghuraikan kesan dari pilihan
bersedia untuk ujian pekerjaan yang tersebut
 Memahami dilakukan oleh lelaki  Memahami
bagaimana dan perempuan, dan bagaimana trait
pembelajaran berlaku hubungan antara berkembang
secara berbeza minat dan keupayaan
untuk bekerja  Keupayaan untuk
terhadap individu melahirkan
yang berbeza dan  Kebolehan untuk penghargaan kepada
bagaimana ianya menjelaskan orang lain di atas
berlaku serentak di bagaimana kualiti diri mereka
dalam dan di luar kehidupan mereka yang unik
sekolah. pada masa akan
datang  Keupayaan untuk
 Kebolehan untuk mengetahui bila
mengaplikasi perubahan mungkin
kemahiran berbeza atau tidak mungkin
bagi matapelajaran berlaku
dan latar sekolah
yang berbeza  Keupayaan untuk
mengenal pasti dan
 Kebolehan untuk melahirkan perasaan
menghuraikan dalam adab yang
perkara yang diterima
dipelajari berkaitan
diri mereka dengan
mengambil ujian

Ciri-ciri perkembangan bimbingan adalah seperti berikut:

Merupakan usaha jangka panjang


Berbentuk kumulatif (terkumpul)
Ia tertumpu kepada perkembangan individu secara menyeluruh
Ia menekankan tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram,
kaunseling dan kerja kumpulan berkaitan.

Pendekatan Pencegahan

Pencegahan adalah berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan
sekarang atau yang diperlukan pada masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran
tersebut. Tujuannya adalah untuk menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi
mencegahnya dengan menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang diperlukan atau
dengan menghasilkan perubahan di persekitaran. Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu
masalah dikenal pasti. Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan bagi memastikan
masalah kecil tidak menjadi semakin serius. Usaha bagi mencegah kesukaran belajar
mempunyai matlamat iaitu mengelakkan sepenuhnya dari masalah.

Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan masalah akan datang dan menyediakan


maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi mencegah masalah yang mungkin timbul.
Pencegahan selalunya proaktif, iaitu langkah permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif
dan sasaran adalah ditumpukan kepada satu kumpulan besar manusia bukan secara individu,
dalam menjangka masalah kehidupan yang melemahkan. Sasaran kumpulan terhadap program
pencegahan secara amnya dianggap berisiko, atau mudah dipengaruhi dan kadang kala
mengalami keadaan kecelaruan dalam jangka masa terdekat. Objektif utama adalah untuk
menyampaikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh mencegah atau sekurang-
kurangnya dapat meminimakan insiden kecelaruan terhadap populasi yang berisiko ini. Sebagai
contoh, program pencegahan penagihan dadah untuk murid-murid di sekolah rendah.

Pendekatan Pendidikan Pemulihan

Apakah maksud pemulihan? Ia adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan
masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah.
Pendekatan ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan
masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat
memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak
dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah
yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-
teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal.

Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah


yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan murid-murid
membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi
yang berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan pemulihan terhadap
murid-murid yang belum berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan
yang sihat dan untuk mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.

Pendekatan Krisis

Guru pembimbing juga terlibat dalam perhubungan berorientasikan krisis dengan murid-murid
dan keadaan ini mengukuhkan proses permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang
profesional dan agensi-agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk
arahan dan berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru pembimbing
tidak mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan murid-murid membuat refleksi-
kendiri, penerokaan dalaman terhadap persepsi dan aspek tumpuan.

Biasanya murid-murid yang dilanda krisis memerlukan panduan, dan sehingga mereka berada
dalam keadaan stabil serta selamat maka mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat
keputusan. Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan awal
diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat awal..

You might also like