You are on page 1of 2

Definisi AIDS

AIDS adalah akronim bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome yang


bererti Sindrom Kurang Daya Ketahanan Melawan Penyakit. AIDS merujuk kepada
kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang dijangkiti oleh
virus HIV, akitbat sistem daya tahan badan mereka yang telah lemah atau musnah.
Virus HIV adalah Human Immunodeficiency Virus yang bererti Kurang Daya Tahan
Melawan Penyakit. Virus ini merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi
badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.
Penyakit yang menghidap AIDS akan mengakibatkan Sistem Ketahanan Badan
Manusia menjadi lumpuh diakibatkan oleh serangan virus AIDS. Sistem Ketahanan
Badan Manusia membolehkan badan kita mengatasi jangkitan yang biasa dan
menghadapi ancaman organism halus atau “microbes” tanpa mengakibatkan apa-
apa bahaya. Seseorang yang dijangkiti virus AIDS akan dijangkiti semua jenis
kuman yang tidak berbahaya. Contohnya, selsema dan deman. Pada masa kini,
Virus AIDS belum mendapat apa-apa perubatan atau vaksin untuk mencegahnya.

Tentang sejarah AIDS, AIDS tidak diketahui dengan tepat hingga kini.
Masyarakat mendapat 4 andaian tentang asal-usul AIDS. Andaian yang pertama
ialah mungkin virus AIDS sudah lama wujub tetapi tidak dikenali. Selain itu, Virus
AIDS mungkin mengalami perubahan atau “mutuation” mengikut peredaran masa.
Yang ketiga, Mula-mulanya virus AIDS menwjub pada haiwan tertentu dan tanpa
diketahui penyakit itu mula menular kepada manusia. Andaian keempat mungkin
sekelompol manusia tertentu yang tersish dan mempunyai perhubungan yang terhad
dengan dunia luar. Pada tahun 1979, virus AIDS mula menular di Amerika Syarikat.
Virus AIDS merupakan virus yang baru dan tidak pernah dikenali pada masa itu.
Oleh sebab itu, para penganalisasi memalingkan muka mengenai asal-usul AIDS ke
tempat lain. Mereka mempertimbangkan bahawa AIDS berkemungkinan berasal dari
AFrika berdasarkan kepada kes-kes yang dilaporkan di sana. Virus HIV mula
ditemui di Afrika iaitu berdasarkan sejenis virus yang terdapat pada darah sejenis
Kera Hijau Afrika (African Green Monkey). Seterusnya, virus ini pula muncul pada
darah pelacur-pelacur di Afrika Barat. AIDS mula menular di kalangan rakyat pada
tahun 1970-an. Pada perhujungan 1970 ,wabak AIDS di Afrika dikatakan bermula di
sekitar Tasik Victoria sebelah timur Afrika. Di Tanzania dan Uganda. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan laporan pertama tentang AIDS,sebanyak
298,914 kes AIDS dari 179 buah Negara pada Jun 1981 sehingga Okt 1990. Jumlah
sebenar adalah tiga kali ganda daripada yang dilaporkan.

AIDS, penyakit yang digeruni di seluruh dunia telahpun menjadi masalah


kepada Malaysia dan risikonya terdedah ke atas semua rakyat Malaysia. Walaupun
pada ketika ini AIDS belum lagi menguasai sistem kesihatan di Malaysia, namun
angka pembawa HIV dan penghidap AIDS bertambah. Pada Disember 1985, kes
AIDS pertama muncul di Johor, Malaysia. Penyakit terserbut ialah seorang penagih
dadah. AIDS telah mengancam kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Mengikuti
Laporan Bilangan Jangkitan Baru HIV yang dilaporkan oleh Unit AIDS/ STI,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Kes AIDS dan Kematian, pada tahun 2002
terdapat jangkitan kes yang tertinggi berbanding dengan tahun 1986 hingga tahun
2008. Pada tahun 2002, kes jangkitan AIDS sebanyak 6987 adalah kes-kes
jangkitan yang tertiggi bagi tahunan. Selain itu , kes kematian yang tertinggi terletak
pada tahun 2007, kes kematian pada tahun itu sebanyak 1179.

Kementerian Kesihatan Malaysia mula melaporkan kes HIV/AIDS pada tahun


1986. Semenjak daripada itu, sejumlah 84530 jangkitan HIV telah dilaporkan di
Malaysia dan 11384 orang telah meninggal dunia dari AIDS seperti dilaporkan
sehingga 31 Disember 2008. Majoriti jangkitan terbaru HIV telah dikesan di kalangan
orang dewasa yang berumur 20 hingga 29 tahun ( 32.5% kes pada 2003 dan 24.9%
kes pada 2008) dan mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun ( 41.8% kes pada
2003 dan 42.2% kes pada 2008). Transmisi HIV kebangyakanya melalui
penggunaan suntikan dadah(70% kes pada 2003 dan 53.2% kes pada 2008) dan
bilangan jangkitan melalui hubungan seksual telah meningkat dari 19% kes pada
2003 ke 26.8% kes pada 2008. Walaupun lelaki mewakili majority kes-kes baru HIV
di Malaysia, jumlah wanita yang HIV semakin meningkat. Wanita mewakili 9.5%
pada semua kes-kes baru pada tahun 2000, 10.8% kes pada 2004 dan 19.1% kes
pada 2008.

Kesimpulanya, AIDS masih belum mendapat cara untuk merawat. Penyakit


AIDS akan berlaku banyak masalah masyarakat kerana rakyat Malaysia tidak
menpunyai lebih informasi tentang penyakit AIDS. Namun mereka tidak akan
menghormati perasaan penghidap AIDS dan tidak mengetahui apabila mendapat
gejala penyakit itu.

You might also like