You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Permainan bola lisut, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola iaitu “pitcher” dan
menjadi sasaran pemain lawan yang memukul iaitu “batter” dengan menggunakan kayu
pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang
iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap
pasukan berlumba mengumpulkan markah dengan cara mengelilingi petak berbentuk
potongan segi empat (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir
dikenali sebagai home plate.

Perkara yang paling penting dalam menguasai kemahiran permainan bola lisut adalah
lemparan. Unsur utama yang harus diperhatikan dalam melakukan gerakan
melempar bola dalam permainan softball antara lain: ketepatan, kecepatan
melempar bola dan jalannya bola serta kemudahan untuk melakukan gerakan
melempar (Parno,1992: 16). Tidak kira apa jenis posisi yang dimainkan, lemparan
penting dalam permainan bola lisut. Kemahiran lemparan memerlukan ketetapan,
kepantasan serta kecergasan secara menyeluruh. Pengujian yang dilakukan lebih
kepada membuat analisis terhadap kejituan serta kepersisan terhadap balingan yang
dibuat.

Kekuatan juga penting mempengaruhi leparan dalam permainan bola lisut. Kekuatan
menurut M.Sajoto (1988:16) adalah komponen komposisi fizik seseorang tentang
kemampuannya dalam mempergunakan otot untuk menerima beban sewaktu
bekerja. Selain itu Harsono (1988:176), mendefinisikan kekuatan sebagai
kemampuan dari otot untuk dapat mengatasi tekanan atau beban dalam aktiviti.
Kekuatan penting dalam membuat lemparan supaya daya kesampaianya tepat. Perkara
yang penting dalam lemparan adalah kekuatan. Pada lemparan atas kekuatan lengan
sangatlah penting kerana pada ketika melakukan lemparan atas tersebut akan
mempengaruhi keras dan tepatnya bola terhadap sasaran( Vateh Al Amien, 2007:
29)
Berdasarkan pembacaan terdapat beberapa jenis lemparan yang digunakan dalam
permainan bola lisut. Balingan mengikut putaran jam atau dengan bahasa asingnya
“Visualizing the Clock” merupakan teknik lemparan yang memerlukan kemahiran tinggi
dalam permainan bola lisut. Kecekapan anggaran atau andaian penting bagi
memastikan lemparan tepat bagi kelajuan yang tinggi. Dalam olahraga, kekuatan
merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai suatu prestasi maksimum.
Selain penggunaan kekuatan dalam melakukan aktiviti, ia juga untuk
mempermudah mempelajari teknik dan mengelak dari kecederaan dalam
olahraga (Suharno HP,1983:21). Terdapat teknik lain yang akan dikupas hasil analisis
yang akan dibuat berdasarkan teknik latihan dalam tajuk seterusnya.

1.1 Jenis permainan

Terdapat beberapa jenis permainan yang melibatkan teknik lemparan seperti


“fast pitch softball”, madified pitch softball dan slow pitch softball. Permainan bola
lisut sememangnya memainkan hampir keseluruhan kemahiran lemparan.
Huraian mengenainya adalah seperti berikut:

1.1.1 Fast pitch softball

Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar


bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball.
Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara pelepasan
bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dari posisi glove.
1.1.2 Modified pitch softball

Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah


untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam
kategori “fast-pitch”. Pemain-pemain yang belum biasa dengan
permainan sofbal tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan
yang "ketat" di sofbal seperti strike zone, jarak antara base, masa
permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam
modball berada di antara fast dan slow pitch. Kecepatan bola
dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

1.1.3 Slow pitch softball

Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola.


Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk
memukul bola tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan
melambung (flyball). Permainan ini sering dimainkan dalam
masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

Gambarajah 1: Teknik lemparan yang cepat serta tepat mampu


menjamin kejayaan pasukan(Gambar hiasan)

2.0 KEMAHIRAN ASAS


Melempar merupakan salah satu teknik penting dalam permainan bola lisut yang perlu
dikuasai. Pada dasarnya teknik melempar bola dalam permainan bola lisut terdapat tiga
bentuk lemparan yang sering dilakukan antaranya ialah lemparan atas, lemparan
samping dan lemparan bawah. Unsur utama yang harus diperhatikan dalam melakukan
gerakan melempar bola dalam permainan bola lisut antara lainnya adalah ketepatan,
kecepatan melempar bola dan serta keselesaan untuk melakukan gerakan melempar.
Berikut merupakan teknik balingan asas yang digunakan dalam permainan bola lisut:

2.1 Lemparan Bawah

Lemparan bawah adalah suatu teknik yang perlu dilakukan dengan cepat, dalam
jarak dekat dengan tujuan agar dapat mematikan lawan dengan cepat. Teknik
lemparan ini bukan seperti yang dilakukan oleh pitcher pada lemparan kepada
batter. Gerakan lemparan tidak terlalu kuat atau lambat sesuai dengan jarak
kedua pemain, sehingga pergerakan bola lambat tetapi tepat pada sasaran.

2.2 Lemparan Samping

Lemparan samping adalah suatu gerakan lemparan yang dilakukan dengan


menghayunkan lengan dari belakang lurus disamping badan sejajar dengan
tanah. Lintasan jalan bola pada teknik lemparan samping bergerak lurus dan
lebih cepat mencapai sasaran, kemungkinan kesalahan yang terjadi pada
lemparan samping ada dua arah iaitu pada samping kiri dan samping kanan
sasaran atau pemain. Lemparan samping lebih tepat dipergunakan pada jarak
pendek, dari base ke base yang memerlukan kecepatan.

2.3 Lemparan Atas


Teknik lemparan ini merupakan teknik yang banyak dilakukan oleh para pemain
dalam permainan berbanding jenis teknik lemparan yang lain. Lemparan ini
disebut lemparan atas kerana sesuai dengan gerak hayunan lengan dilakukan ke
atas melewati paras bahu. Di samping itu teknik ini mampu menyebabkan bola
dilempar dengan kuat, sehingga memiliki kecepatan tinggi dan lebih jauh.
Lemparan banyak dipengaruhi oleh kekuatan otot lengan, pusatkan perhatian
terhadap sasaran atau sasaran sampai berakhir gerak lanjutan, posisi bahu
dalam keadaan sama rata atau sama tinggi sampai terjadi gerak lanjutan,
lecutkan pergelangan tangan dengan membuat putaran bola kearah belakang,
pelepasan lengan demikian adalah baik untuk memperoleh lintasan bola pada
garis lurus. Lemparan atas banyak digunakan oleh pemain luar (out fields)
daripada pemain dalam (in fields).

3.0 KAEDAH PENGUJIAN

3.1 Teknik pengujian


Teknik pengujian yang dilaksanakan ialah “Accuracy Throwing Technique” atau
dengan kata lainya, teknik kejituan lemparan. Teknik ujian akan akan melihat
kepada pengujian yang bakal dilalui oleh setiap pemain yang akan melakukan
lemparan. Pengujian ini penting bagi mematikan pihak lawan yang akan
melakukan “home plate”. Lemparan tepat dan cepat akan membantutkan
pergerakan lawan dari melakukan larian yang selesa.

Nama pengujian : Kejituan Lemparan ( )


(Accuracy Throwing Technique)
Objektif ujian : Objektif ujian adalah untuk:
1. Melihat kemampuan lemparan secara terus dan pantas
2. Melihat kepada kejituan atau kepersisan lemparan

Gambarajah 2: Pelan kaedah pengujian kejituan lemparan

3.2 Fungsi Ujian


Teknik pengujian “Accuracy Throwing Technique ( ) ” merupakan satu teknik
yang menguji kemahiran dalam permainan bola lisut. Kemahiran yang akan diuji
adalah dari aspek lemparan sampingan yang digunakan semasa lemparan base
ke base. Ujian ini melihat kepada lemparan yang pantas di mana lemparan
pantas mampu menghasilkan balingan jitu. Jarak lemparan mengikut jarak base
ke base.

Fungsi ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran lemparan dikuasi
oleh pemain. Pemain yang mahir akan mampu mencapai lemparan yang jituan
pada 5 kali lemparan.

Gambarajah 3: Kepantasan lemparan akan menghasilkan lemparan yang jitu.

3.3 Sejarah Instrumen


Memanah merupakan satu kemahiran serta disiplin yang tinggi dalam mencapai
titik sasaran. Graviti juga turut mempengaruhi titik sasaran yang dibuat.
Kombinasi antara graviti, ketegangan tali, jarak, serta keselarasan
mempengaruhi pencapaian titik sasaran. Begitu juga dalam membuat lemparan
kepada base ke base dalam permainan bola lisut. Disiplin, keselarasan serta
lemparan yang di pengaruhi oleh faktor graviti, mempengaruhi pencapaian dalam
menjadi seorang pemain bola lisut yang mahir.

Timbulnya idea Kejituan Lemparan ini hasil daripada kemahiran memanah yang
memerlukan lebih kejituan dalam mendapat markah yang tinggi dalam
pemanahan. Menggunakan instrumen yang sama, papan sebagai sasaran.
Sasaran perlu dicapai bagi melihat ketepatan lemparan.

Lemparan adalah penting dalam permainan bola lisut. Kepersisan serta lemah
dalam membuat lemparan mampu menyebabkan pihak lawan mengambil
kesempatan dalam membuat larian. Pengujian ini juga boleh dilakukan sebagai
garis panduan dalam pemilihan pemain bola lisut. Ketepatan lemparan yang jitu
akan melayakan seseorang itu untuk berkhidmat dalam suatu pasukan.

Penghasilan instrumen pula hasil idea yang diperolehi dari laluan yang dilihat
dari kawasan perjalan ke Semantan di mana terdapat rumah yang membuat
penanda laluan jalan sebagai lorong masuk ke kawasan rumah mereka.
Penanda ini merupakan satu kaedah yang sesuai dalam membuat pengujian
tehadap lemparan. Jarak yang digunakan untuk pengujian juga sama seperti titik
sasaran antara base ke base.

Rajah 4 dan rajah 5 menunjukan spesfikasi instrumen yang digunakan dalam


set pengujian kejituan yang dibuat.
Gambarajah 4: Spesfikasi perlatan ujian

Gambarajah 5: Standard instrumen ujian

4.0 PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN


Terdapat 3 kumpulan murid yang akan diuji dalam kemahiran lemparan bola lisut.
Mereka terdiri dari tahun 3, tahun 4 dan tahun 6. Pengujian dilakukan mengikut tahun
yang mana ia dijalankan berperingkat bermula dari tahun 4, tahun 5 dan akhir sekali
tahun 6.

Berikut merupakan pelan perlaksanaan ujian:

Gambarajah 6: Struktur susunan peralatan ujian

Berdasarkan rajah, pengujian akan dijalankan mengikut prosedur seperti diatas. Gelung
rotan pada penanda A akan melakukan lemparan biasa kepada pemain B yang akan
diuji. Pemain B akan melakukan lemparan terus ke C. C merupakan pusat ujian kejituan
bagi posisi B yang melakukan lemparan. 5 lemparan akan dilakukan oleh pemain B
yang akan menentukan kejituan atau ketepatan lemparan. Lemparan yang tepat
mengena kepada papan penguji C akan dicatat sebagai memenuhi penetapan
pengujian. Masa yang diambil untuk menghabiskan keseluruhan lemparan juga turut
dicatat.
Gambarajah 7: Kaedah perlaksanaan ujian. Lemparan yang dilakukan oleh pemain A
kepada pemain B.

Gambarajah 8: Lemparan tepat akan dilakukan selepas menerima bola dari pemain A.

4.1 Keperluan alatan

Alatan yang diperlukan dalam melakukan ujian ini adalah seperti berikut:

1. Gelung rotan 2 unit


2. Bola lisut 5 unit
3. Pita ukur 1 unit
4. Papan sasaran 1 unit
5. Jam randik 1 unit
6. Wisel 1 unit

4.2 Keluasan kawasan pengujian

Keluasan kawasan pengujian adalah seluas 100 kaki persegi. Jarak antara
lemparan dengan titik sasaran ialah 35 kaki. Jarak memainkan peranan yang
penting dalam melaksanakan Sesuatu pengujian. Ia juga berdasarkan kepada
tahap umur permainya. Ujian ini telah diubahsuai bagi melihat aras umur pemain.

Gambarajah 9: Kedudukan serta keluasan padang


Gambarajah 10: Kedudukan sebenar padang perminan bola lisut bagi membuat
lemparan.

4.3 Limitasi perlaksanaan

Berdasarkan perlaksanaan pengujian yang dijalankan, terdapat bebrapa limitasi


semasa pengujian dilaksanakan. Berikut merupakan kekangan dalam
perlaksanaan kejituan balingan:

1. Analisis yang dilakukan tidak menunjukkan pengujian yang tepat


disebabkan perbezaan 3 tahap iaitu pada umur 10 tahun, 11 tahun dan
12 tahun. Setiap murid mempunyai umur yang berbeza mempunyai
tahap kekuatan otot yang berbeza, serta panjang otot yang berbeza.
Jadi keadaan ini mempengaruhi balingan pada peringkat umur yang
berbeza.
2. Kepekaan para murid terhadap balingan selepas menerima bola
menyebabkan banyak lemparan yang dibuat tersasar.
3. Balingan dari pemain A kepada pemain B yang diuji, tidak mempunyai
satu pengukuran tepat dalam perlaksanaan.

5.0 ORGANISASI PENTADBIRAN UJIAN

Organisasi pentadbiran ujian merupakan satu kaedah atau prosedur bagi mendapatkan
sesuatu data semasa proses pengujian dilakukan. Perlaksanaan dijalankan mengikut
pengaturcaraan yang telah diatur dengan teliti. Setiap data dikumpul oleh penilai.
Pembahagian dibuat kepada 3 kumpulan yang akan diuji dan dinilai.

5.1 Perlaksanaan peringkat I

Tarikh : 10.02.2010

Tahun: Tahun 6

Bilangan pelajar : 17 orang

Borang data penilaian : Lampiran I

5.2 Perlaksanaan peringkat II

Tarikh : 23.02.2010

Tahun: Tahun 5

Bilangan pelajar : 14 orang

Borang data penilaian : Lampiran II

5.2 Perlaksanaan peringkat III

Tarikh : 23.02.2010

Tahun: Tahun 4

Bilangan pelajar : 16 orang

Borang data penilaian : Lampiran III


Gambarajah 11: Prosedur perlaksanaan Ujian Kejituan Lemparan

Gambarajah 12: Aktiviti regangan otot dilaksanakan bagi mengurangi kecederaan


Gambarajah 13: Barisan murid yang akan diuji ketepatan lemparan mengikut prosedur.

Gambarajah 14: Lemparan dari pemain A kepada pemain B


Gambarajah 15: Lemparan terus ke sasaran C (Lelaki)

Gambarajah 16: Lemparan terus ke sasaran C (Perempuan)


Gambarajah 17: Aktiviti penyejukan badan dilakukan

6.1 ANALISIS PENGUJIAN


7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penelitian serta kajian yang dibuat, lemparan sampingan penting dalam
permainan bola lisut. Lemparan memerlukan balingan yang kuat, cepat serta tepat.
Himpunan data hasil kajian menunjukan bahawa :
1) Tahap umur sekolah rendah, lemparan sampingan yang tepat kebanyakan
mengenai sasaran pada C sejumlah 2 kali ketepatan pada Ujian Kejituan
Lemparan dengan jumlah 15 oarang.

2) Sejumlah 32 peratus daripada lemparan yang dibuat mengenai sasaran pada


kejituan balingan ketepatan sasaran 2 dan merupakan jumlah tertinggi yang
mencapai ketepatan. Jumlah murid yang membuat lemparan tepat sasaran 2
ialah 15 orang(32%). Pada kejituan sasaran ke 3 sejumlah 23.4 peratus yang
mampu dicapai oleh murid dengan bilangan 11 orang (23.4%) yang mencapai
ketepatan balingan. Selebihnya, terdiri dari pencapai rendah iaitu, lemparan
sasaran 1 sejumlah 10 orang(21.2%), sasaran 0 sejumlah 4 orang (8.5%),
sasaran 4 pada 4 orang(8.5%) juga ketepatan dan sasaran 5 sejumlah 3
orang(6.3%) yang mencapai ketepatan.

7.1 Pandangan

Secara keseluruhanya, untuk mendapatkan lemparan sampingan yang tepat dan


jitu, latihan secara berterusan perlu dilakukan bagi mencapai ketepatan
lemparan. Kemahiran yang sangat penting dalam permainan bola lisut iaitu
lemparan. Fokus serta kekuatan balingan penting dalam mengatasi kekangan
seperti graviti dan kesampaian. Penerapan kemahiran perlu memuatkan
kekangan yang wujud dalam mencapai ketepatan.

Selain itu, penelitian perlu melihat kepada, rujukan dengan cara mengganti dari
kesan sampingan seperti kekuatan otot, panjang lengan serta komponen-
komponen yang lain baik mampu memberi kecepatan mahupun ketepatan agar
perolehan pencapaian pada tahap kejituan yang tinggi

8.0 BIBLIOGRAFI

Parno, 1992. Olahraga Pilihan Softball. Semarang : Depdikbud

Suharno H.P., 1986. Ilmu Coaching. Yogyakarta: FKIK IKIP

M. Sajoto, 1988. Pembinaan Kekuatan Kondisi Fisik dalam Olahraga Semarang :


Dahara Prize.

Harsono, 1988. Coaching dan Aspek-aspek Pesikologis dalam Coaching. Jakarta :


CV Tambak Kusuma.

Bethel Dell, 1993. Petunjuk Lengkap Basebal dan Softball. Semarang : Dahara
Prize.

R. Soekarman, 1973. Kinesiologi dan Body Mechanies. Jakarta : Pendidikan dan


Kebudayaan.

Borhannudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, 2007. Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan Kesihatan Tahun 5 , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sofbol

You might also like