P. 1
BIMBINGAN DAN KAUNSELING - SOALAN LATIHAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING - SOALAN LATIHAN

4.68

|Views: 6,430|Likes:
Published by Ahmad Sidi
Beri satu definisi kaunseling yang anda telah pelajari,Apakah perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi?Mengapa kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelasan terlebih dahulu sebelum kaunseling dimulakan?
Beri satu definisi kaunseling yang anda telah pelajari,Apakah perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi?Mengapa kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelasan terlebih dahulu sebelum kaunseling dimulakan?

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Ahmad Sidi on Aug 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

11/02/2015

pdf

BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAHAGIAN A 1. Beri satu definisi kaunseling yang anda telah pelajari.

(2M) Satu definisi kaunseling yang telah saya pelajari adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami masalah, seterusnya sama-sama memilih alternative penyelesaian masalah yang terbaik. 2. Apakah perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi? Kaunseling merupakan satu proses jangka pendek iaitu selama 6 bulan untuk membantu individu yang mengalami kecelaruan fikiran serta masalah harian yang ditempuhinya supaya dapat meneruskan kehidupan yang lebih tenteram. Psikoterapi pula lebih menekankan kepada pemulihan penyakit mental selain daripada pertumbuhan dan ianya dijalankan dalam jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun. 3. Mengapa kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelasan terlebih dahulu sebelum kaunseling dimulakan? (2M) Kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelajasan terlebih dahulu agar klien akan merasa lebih selesa dan jelas tentang ke arah mana hendak dituju. Klien dan kaunselor hendaklah bersetuju tentang beberapa perkara terlebih dahulu sebelum memulakan proses kaunseling. 4. Nyatakan 2 ciri klien yang degil tetapi komited. (Ruj. ms 44)

5. Namakan 5 tahab kaunseling yang perlu dilalui yang perlu dilalui dalam satu sesi kaunseling. (2 M) 1. 2. 3. 4. 5. Tahab membina hubungan Tahab Penerokaan Tahab membuat keputusan Tahab Perlaksanaan Tahab Penamatan Sesi Kaunseling

BAHAGIAN B Soalan 1 a) apakah maksud “kerahsiaan” dalam kaunseling? (5M) Dalam kaunseling “kerahsiaan” maksudnya kaunselor bertanggungjawab memelihara kerahsiaan klien supaya hubungan baik yang telah terjalin tidak sia-sia. Dalam kontek ini klien akan meletakkan kaunselornya sebagai orang yang paling dipercayai dan tidak akan membocorkan rahsianya kepada sesiapa. Kaunselor hendaklah sentiasa memikirkan tentang kesejahteraan kliennya dn menjaga rahsia yang didedahkan dalam sesi kaunseling tidak disalahgunakan. Kerahsiaan juga hendaklah dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau hak orang ramai. Walaun bagaimanapun seorang kaunselor mesti membuat pertimbangan yang sewajarnya dan berfikir secara rasional bilakan kerahsiaan itu boleh dikecualikan keran kerahsiaan itu bergantung kepada benda-benda yang hendak dirahsiakan dan juga pada situasi yang tertentu. b) Mengapakah kerahsiaan dalam kaunseling itu penting? (5M) Kerahsiaan dalam kaunseling itu penting supaya klien boleh berinteraksi dengan kaunselornya tanpa sebarang perasaan curiga. Dalam hal ini, apabila kerahsiaan itu dipelihara maka kliennya akan lebih percaya atas kemampuan kaunselornya dalam membantunya meleraikan kekusutan yang di alami. Dengan erti kata lain, hubungan baik diantara kaunselor dank lien akan terjalin dan ini akan memudahkan proses kaunseling dijalankan. c) Nyatakan dengan contoh dalam situasi-situasi manakah kerahsiaan ini boleh dikecualikan. (5M) Kerahsiaan boleh dikecualikan dalam situasi tertentu contohnya apabila klien membahayakan diri atau orang lain maka tindakan kaunselor ialah mendedahkan perkara yang dirasakan boleh membantu pihak berkuasa. Dalam kes yang lain pula, mahkamah memerlukan maklumat tentang klien maka kerahsiaan adalah dikecualikan bagi membantu mahkamah menyelesaikan kes yang berkemungkinan berkaitan dengan klien. Kerahsiaan juga boleh dikecualikan apabila klien sendiri membenarkan maklumat tentang dirinya didedahkan. Kerahsiaan juga boleh dikecualikan sekiranya kaunselornya mencurigai tentang adanya kes penderaan berlaku.

SOALAN 2 Kaunseling adalah satu lproses yang berkembang dan berubah dari suatu tahap ke suatu tahap yang lain. a) Apakah yang dimaksudkan dengan “perubahan dari suatu tahap ke suatu tahap yang lain”? Apa yang dimaksudkan dengan “perubahan dari suatu tahap ke suatu tahap yang lain ialah semasa proses kaunseling dijalankan, proses tersebut hendaklah ada permulaan, maju dari tahab ke tahap dan seterusnya ada kesudahan. Untuk permulaan kaunselor dan klien hendaklah melalui tahab membina hubungan kemudian tahab pemerokaan masalah diikuti pula pada tahap membuat keputusan tentang pendekatan dan strategi yang akan diambil dan ianya mestilah dipersetujui oleh klien. Seterusnya tahap melaksanakan keputusan tentang pendekatan dan strategi yang telah dipersetujui dalam membantu klien menyelesaikan kebuntuannya. Akhir sekali adalah tahap menamatkan sesi kaunseling iaitu setelah klien yakin dapat menghadapi masalahnya. b) Apakah yang diharapkan akan dicapai oleh kaunselor pada tahap penerokaan? Pada tahab ini, seseorang kaunselor mengharapkan akan dapat memahami mengapa klien bertindak sebegitu dan kemudian bagi kaunselor untuk membantu kliennya menyedari dengan lebih mendalam yang masalahnya memerlukan bantuan kaunseling. c) Nyatakan bagaimana anda boleh mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi dalam sesi kaunseling? Untuk mewujudkan suasana menggalakkan interaksi dalam kaunseling, saya hendaklah menunjukkan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati perasaan, sikap dan masalahnya. Semua ini boleh saya lakukan dengan menujukkan sepenuh perhatian dan mengganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan dihargai. Di samping itu saya juga hendaklah mendengar dengan aktif dan meletakkan diri saya dalam keadaannya bagi membolehkan saya menyelami masalah yang dihadapinya kemudian saya akan memberi respon terhadap klien saya.

SOALAN TAMBAHAN 1. Nyatakan kepentingan menstruktur temubual Menstruktur temubual adalah penting kerana ianya boleh memberi gambaran awal kepada klien tentang apa yang akan berlaku dalam sesi kaunseling supaya klien tidak akan tersalah anggap tentang kaunseling. Pentingnya menstruktur temubual juga supaya klien tahu peranan kaunselor, Peranannya sebagai klien, matlamat klien tertemu kaunselor dan supaya klien tahu yang terdapatnya kerahsiaan dalam kaunseling. 2. Jelaskan 3 perkara yang perlu diberitahu kepada klien pada perjumpaan kali pertama. Pada perjumpaan pertama, klien hendaklah diberitahu tentang peranan kaunselor hanyalah membantu klien mencari jalan kearah penyelesaian masalahnya bukannya tempat klien bergantung untuk menyelesaikan masalahnya. Klien juga perlu tahu tentang peranannya iaitu sepanjang sesi kaunseling berlangsung, klien hendaklah bersikap jujur dalam menceritakan masalahnya agar kaunselor boleh menyelami permasalahan yang sebenarnya. Akhirnya klien perlu tahu matlamat sebenar kedatangannya berjumpa dengan kaunselor. 3. Huraikan bagaimana anda memulakan sesi kaunseling. Untuk memulakan sesi kaunseling, saya boleh berbual ringan dahulu dengan klien untuk beberapa minit bagi mengurangkan rasa bimbang dan was-wasnya Kemudian setelah saya merasakan klien saya sudah boleh berkomunikasi dengan saya maka saya bolehlah memberitahunya tentang batasan masa serta peranan untuk menggerakkan temubual adalah datangnya dari klien sendiri. Sebagai seorang kaunselor, saya juga perlu melihat situasi klien saya samada klien saya tadi dihantar oleh orang yang ketiga samada ibu bapa atau pihak mahkamah kerana biasanya klien yang dihantar ini mempunyai kebimbangan yang sangat tinggi dan juga sering enggan bekerjasama sebelum saya memulakan sesi kaunseling. 4. Huraikan perbezaan antara soalan terbuka dengan soalan tertutup. Perbezaan antara soalan terbuka dengan tertutup ialah dalam menggunakan teknik soalan terbuka, kaunselor menggalakkan kliennya berkonsi maklumat dengan memberi kebebasan kepada klien untuk memberi jawapan dan tidak terkongkong kepada pendapat dan pandangan kaunselor semata-mata. Klien bukan sekadar memberi jawapann ya atau tidak tetapi sebaliknya memberi pendapatnya. Manakala soalan tertutup hanyalah menghasilkan jawapan yang bersifat fakta dan tidak relevan dengan masalahnya, sekadar untuk keperluan ingin tahu sahaja.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->