You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

-Definisi dadah

-Pengelasan dadah

-Kaedah penggunaan

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

-Narkotik

-Ganja dan hashish

-Kokain

-Halusinogen

KESIMPULAN

PENGENALAN

DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang


mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi
jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna
apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang
menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah
tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada


hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan
seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah
dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang
dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an
lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif.
Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program,
dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah
dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih
yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap
kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah
masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai
jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

PENGELASAN DADAH

Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina

KANABIS : ganja dan hasyis

PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan


barbiturat) dan trankuilizer

PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

KAEDAH PENGGUNAAN

Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan


serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam
sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan
intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah
biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi
ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80%
daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.
JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

NARKOTIK

Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan


terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu.
Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai
sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat
patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah
digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan
cirit-birit.

Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu
papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk
negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang
telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama
opiat )dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu
mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal
ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu
mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid
tersebut daripada pokok popi tua yang kering.

Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2


kumpulan alkaloid iaitu:

Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina

Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin

Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding


dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK

Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis


morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu.
Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk
serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan
sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina.
Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan
kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil,
kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas
berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.
BAHAYA NARKOTIK

Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat


pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila
narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan.
Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil
saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui
hidung dan dihisap seperti rokok.

Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya


akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang.
AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering
berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan
seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari.
Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik
tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.

GANJA DAN HASHISH

Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak


tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga
yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai
marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan
Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.

Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika


dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi
421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza.
Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan
sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah
tetrahidrokanabinol ataupun THC.

Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan
sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah
dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang
merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak
ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan
penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula
dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada
ketagihan.

Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-


negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tingg. Hashish diperbuat
daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk
bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil
daripada pengekstrakan kanabis.
BAHAYA KANABIS

Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan


digulang seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu
akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan
awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual,
muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering.
Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.

Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa


khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan.
Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

KOKAIN

Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh


1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.

Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru,
Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta
menghilangkan keletihan. Pes yang diperolehi daripada daun coca ini
dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain
hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka
dan kokain.

Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta


untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan
pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain
kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara
haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan
bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara
menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN

Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal


yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai
dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan
orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau
benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan
penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan
tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin
berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.
HALUSINOGEN

Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang


mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang
benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah
yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada
tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari
cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi
(Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica
frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura
stramomium).

Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD).
LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia
ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea
yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.

Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan


dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin.

Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh
menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan
yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.

Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah


digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang
dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid
ibotenik Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan
toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak
mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.

Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan


halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin
dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin.
Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan
halusinasi.

Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah


atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura
stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi
dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang
mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya
ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah
akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan
kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali
sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan
sebanyak 5-15 gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam
selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan
terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh
menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam
seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.

Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine,


iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya
menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah
penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.

Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang


dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar
ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya.
Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan
penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan
Mexico.

Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun


demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah
hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat
penagihan dadah ini.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah


berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin
berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera
agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini
akan berkekalan selamanya.

You might also like