You are on page 1of 1

Adab musafir mengikut Islam

1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.

Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada
Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”

2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada
waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.

Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui
bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir
sendirian.”

4. Berdoa dalam musafir

Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan
dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang
tua terhadap anaknya.”

5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada
Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat
kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali
melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah,
dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada
orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan
kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)

6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat
makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada
kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)

You might also like