You are on page 1of 2

LAPORAN REFLEKSI

Sepanjang saya melakukan tugasan Kajian Pengurusan Kurikulum


Pendidikan Seni Visual PSV 3104, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada pemahaman dan
pengetahuan terhadap kurikulum Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual , saya
dapat mendalami definisi dan konsep kurikulum dan juga perkembangan kurikulum
Sukatan Pelajaran, KBSR dan juga perubahan sesuatu kurikulum. Tugasan
memerlukan pelajar membuat perbandingan huraian sukatan pelajaran tahap 1 dan
2 untuk melihat perbezaan dan persamaan dari segi isi kandungan dan tajuk
pelajaran mengikut tahap.

Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan
sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut aktiviti pendidikan seni
visual. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka
bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Saya juga mempelajari membuat inventori dan rekod stok untuk pengurusan stor
seni di sekolah.

Saya juga perlu menghasilkan satu pelan bilik dan stor seni yang ideal untuk sekolah
dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam stor
yang ideal dari segi keberkesanan dan fungsi serta ciri-ciri yang kondusif,
keselesaan, kemas dan teratur.

Tugasan berkumpulan untuk menghasilkan pelan stor dan bilik seni juga dapat
dihasilkan dengan jaynya. Ahli kumpulan telah memberikan kerjasama dan akhirnya
dapat melaksanakan tugasan yang yang perlu disiapkan. Kekangan dalam
menghasilkan tugasan ini ialah ahli kumpulan saya tidak tinggal berdekatan dan ini
telah menyukarkan kami untuk berjumpa dan duduk berbincang.
Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dan tugasan ini berjaya juga
disiapkan dalam waktu ditetapkan.
Akhir kata, banyak pengetahuan yang dapat saya timba melalui tugasan ini.
Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak yang
perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan major saya dan juga
banyak ilmu yang berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya
nanti.

You might also like